Wanita dihempap pokok meninggal dunia sejurus tiba dengan helikopter di Pengkalan TUDM Kuantan
JERANTUT : Wanita yang mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Tahan yang cedera dihempap pokok ketika tidur di Kem Seputih, berdekatan Gunung Rajah Kuala Tahan meninggal dunia.
Superitendan Ketua Polis Daerah Jerantut, Zukri Muhammad
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Zukri Muhammad berkata, beliau mendapat laporan mangsa tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) semasa mendarat di Pengkalan TUDM, Kuantan kira-kira 8.00 malam tadi.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HT) Kuantan untuk menjalani bedah siasat di Unit Pathology, HTAA pagi ini..
“Wanita itu, Wan Nurulhuda Mior Abdullah berusia 49 tahun itu mengalami kecederaan di pinggul dan tidak sedarkan setelah dihempap pokok ketika tidur di Kem Seputih, berdekatan Gunung Rajah Kuala Tahan kira-kira jam 12.00 tengah malam semalam,” katanya.
Katanya, wanita itu menyertai pendakian bersama 10 orang peserta dengan bantuan Malim Gunung Mainol Azian.
“Bantuan helikopter diperlukan untuk membawa keluar mangsa kerana perjalanan darat akan mengambilnya untuk membantu mangsa dan memakan masa selama dua hari serta tempoh berjalan kaki mengambil masa kira-kira 11 jam untuk sampai ke lokasi.
“Helikopter Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) sudah berada di Kuala Tahan menerbangkan mangsa ke Kuantan petang semalam,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEMPEN Jom Sihat Sepanjang Hayat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antara lain adalah usaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup tidak sihat.
Kempen berkenaan penduduk di komuniti terbabit berpeluang membuat saringan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan tidak menghidap penyakit berbahaya di samping itu untuk menggalakkan mereka mengamalkan amalan dan cara hidup mempromosi kesihatan.
Sehubungan itu, Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dewan Undangan Negeri (DUN) N24 Semenyih dan Klinik Kesihatan Semenyih menganjurkan program ‘Jom Sihat Sepanjang Hayat’ Senamrobik dan Pemeriksaan Kesihatan di Dewan Komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Taman Sri Tanjung, Semenyih, baru-baru ini.
Program dianjurkan bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatanj Semenyih itu mendapat kerjasama Komuniti Madani Semenyih Sentosa, KRT Pekan Semenyih dan KRT Taman Sri Tanjung, Semenyih.
Pengerusi KRT Taman Sri Tanjung, Semenyih yang ditemui, Karim Rabu, berkata program julung kali itu diadakan untuk menarik perhatian serta tumpuan lebih 200 penduduk di taman berkenaan dan sekitarnya apabila datang awal pagi untuk melakukan saringan kesihatan.
Menurutnya, ini secara tidak langsung menunjukkan penduduk makin sedar akan kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka benar-benar sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya.
Tambahnya, bagi gerakan KRT sentiasa mengambil berat kehidupan serta kesejahteraan penduduk dan memberi galakan untuk mereka mengambil inisiatif melakukan pemeriksaan kesihatan apatah lagi apabila ia diadakan secara percuma berbanding bayaran yang dikenakan sesetengah hospital atau klinik swasta.
“Di samping pemeriksaan kesihatan penduduk diberikan penerangan atau kaunseling ringkas mengenai langkah menjaga kesihatan, pemilihan makanan sihat, cara pemakanan ubat yang betul dan sebagainya untuk mengelak melakukan kesilapan,” ujarnya.
Katanya, selain itu turut diadakan pemeriksaan untuk wanita iaitu pap smear/HPV, klinikal payu dara, pemeriksaan kanak-kanak, teknik urutan, mengawal stres, ceramah kesihatan, kuiz dan pameran berkaitan kesihatan.
Program yang turut mendapat kerjasama serta sokongan Jawatankuasa Kejiranan KRT taman berkenaan turut mengadakan pertandingan gubahan bunga, membuat pulut hiasan dan mewarna membabitkan kanak-kanak berusia antara empat tahun dan lima tahun. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
195 orang dipindahkan ke lima PPS akibat banjir di Temerloh
TEMERLOH : Seramai 195 orang mangsa daripada 54 buah keluarga di kawasan Lanchang dan Mentakab telah dipindahkan ke lima buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dilaporkan dibuka pada jam 11.15 pagi hari ini.
Kenyataan Portal Info Bencana Jabatan Kebjikan Masyarakat (JKM)melaporkan PPS yang dibuka semalam di kawasan Lanchang, iaitu di dewan SMK Seri Semantan seramai 110 mangsa daripada 32 keluarga, PPS SK Lanchang 36 mangsa (12 keluarga), PPS Balai Raya Mempateh seramai 30 orang mangsa (6 keluarga).
Turut dilaporkan, dua lagi PPS yang dibuka pada hari ini di kawasan Mentakab, iaitu Masjid Kampung Bongsu menempatkan seramai 19 orang mangsa (empat keluarga) dan SK Desa Bakti (jumlah mangsa belum diperolehi).
Portal tersebut turut melaporkan, mangsa yang dipindahkan ke lima buah PPS iaitu seramai 78 orang lelaki, wanita 53 orang, kanak-kanak lelaki (26 orang), kanak-kanak perempuan (33 orang), manakala bayi lelaki (2 orang) dan bayi perempuan tiga orang.
Sementara itu, laman sesawang info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh mencatat paras kenaikan 35.42 meter, berbanding sebelum ini 33.5 meter.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Pengusaha kebun pisang dan durian, Shafie Ripin menunjukkan kawasan kebun diceroboh gajah.
Pekebun rugi, gajah ceroboh kebun pisang, musang king
JERANTUT : Dua pengusaha kebun tanaman pisang dan durian Musang King mengalami kerugian apabila kebun mereka diceroboh gajah dan turut memusnahkan tanaman di kebunnya yang terletak di Blok 20, Ladang sawit Felda Kota Gelanggi Dua dekat sini.
Kebun mereka yang terletak kira-kira 500 meter dari Hutan Simpan Lepar serta kebun sawit milik peneroka lain yang bersempadan dengan kebunnya di situ turut terjejas.
Muhamad Ridzuan menunjukkan dahan pokok durian antara yang dirosakkan oleh gajah yang masuk ke dalam kebunnya.
Pekebun tersebut, Muhamad Ridzuan berkata, pada hari Khamis dan Jumaat lalu, kumpulan gajah liar itu dianggarkan kira-kira 10 ekor telah menceroboh ke kebunnya di antara jam 9.00 malam sehingga awal pagi hari tersebut.
“Kejadian terbaharu ini, gajah telah mematahkan dahan kira-kira 30 pokok durian Musang King berusia empat tahun setinggi kira-kira tiga meter.
“Pagar kawat yang dibina di sekeliling kebun saya seluas 1.2 hektar turut tumbang ditolak haiwan ini serta merosakkan tangki jenis poly untuk saya menakung air,” katanya.
Katanya, selain itu, paip jenis poly yang dipasang di sekitar kebun saya turut ditarik dan dirosakkannya dan usaha untuk membaiki dan membeli baharu untuk mengantikannya memerlukan kos kira-kira RM 10,000 hingga RM20,000.
“Ini bukan kali pertama kumpulan gajah masuk ke kebun saya, pada bulan Ogos lalu kira-kira 200 pokok pisang jenis berangan dan tanduk yang sudah hampir tempoh untuk dituai dan dijual turut musnah dan saya mengalami kerugian.
“Kali ini, gajah yang masuk ke kebun saya hanya untuk makan umbut pisang, pucuk muda dan buah, manakala selebihnya dirosakkan oleh kumpulan ini,” katanya.
Katanya, daripada keadaan kesan yang terdapat di kebunnya, kumpulan haiwan ini kira-kira 10 ekor termasuk anak telah masuk ke kebun pisang selain meninggalkan kira-kira 10 tompokan najis gajah bersaiz kira-kira 30 sentimeter (cm) hingga 50 cm.
Seorang lagi pengusaha kebun pisang dan durian, Shafie Ripin (72) turut mengalami kejadian yang sama.
Kebunnya terletak kira-kira 300 meter daripada kebun Muhamad Ridzuan turut memusnahkan pagar dan pokok pisang yang ada di kebunnya.
“Pokok pisang saya kira-kira 100 pokok turut tumbang dan rosak, manakala pokok durian saya hanya patah dahan.
“Sebelum ini saya dimaklumkan oleh rakan peneroka mengenai gajah liar kerap berkeliaran di hutan berdekatan Sungai Kijeng tidak jauh dengan kebun sawit di Blok 20 pada bulan lalu, tetapi masih tidak menceroboh tanaman pisang dan musang king,” katanya.
Katanya, setelah dimaklumkan kejadian itu, dia tidak sedap hati dan pergi melihat kebunnya dan terkejut rosak pagar dawai dan saluran paip poly turut dimusnah dn dirosakkan.
“Bila saya tiba di kebun kira-kira jam 8.00 pagi semalam kesemua tanaman pisang musnah dan mujurlah sebanyak 100 batang pokok musang king yang berusia tiga tahun tidak diganggu.
“Pokok pisang tanduk dan berangan ini merupakan kali keempat bakal mengeluarkan hasil selepas mula ditanam sejak dua tahun lalu,” katanya.
Katanya, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) dan pejabat pertanian telah dimaklumkan berkaitan kejadian itu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jerantut, Bentong dan Rompin dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat hari ini
JERANTUT – Penduduk di kawasan Jerantut, Bentong dan Rompin perlu berhati-hari dengan jangkaan ribut petir dan hujan lebat diramal akan berlaku hari ini.
Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan ribut petir dan hujan lebat terus berlaku di lapan negeri hingga 4 petang ini.
Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1.55 tengah hari ini oleh MetMalaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di seluruh Johor serta beberapa kawasan di Kedah (Langkawi) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung).
Selain itu, MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat dan Hulu Langat dan di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah.
Di Sabah, keadaan sama dijangka berlaku di kawasan pedalaman iaitu di Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan, di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Ahmad (tiga kanan) mendengar taklimat daripada Pengarah JKR Negeri Perak, Zamri Mat Kasim (dua kanan) ketika hadir Lawatan Projek Pembaikan Cerun dan Membaik Pulih Jalan di Laluan FT185 Seksyen 44.1, Jalan Simpang Pulai hari ini. – Gambar Bernama
Pembaikan cerun dan membaik pulih jalan di Cameron Highlands telan belanja RM122 juta
CAMERON HIGHLANDS : Projek Pembaikan Cerun dan membaik pulih jalan persekutuan FT185 Seksyen 44.1 Jalan Simpang Pulai – Blue Valley Daerah Kinta, Perak akan dijalnkan dengan menelan belanja sebanyak RM 122 juta.
Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, laluan itu yang kerap digunakan pengguna jalan raya untuk berulang alik ke Cameron Highlands perlu diselenggarakan.
“Di kawasan Blue Valley ini telah dikenalpasti awal sebagai lokasi berisiko di sepanjang Jalan Persekutuan dalam dokumen Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun.
“Sebagaimana diketahui, satu kejadian runtuhan tanah cerun berlaku di jalan ini di Seksyen 44.1 dan anggaran kedalaman runtuhan setinggi 250 meter dan sepanjang 600 meter,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Pelancaran Garis Panduan Pemetaan bahaya dan risiko cerun di sini, hari ini
Katanya, secara ringkasnya, skop kerja yang terlibat bagi projek ini adalah kerja ukur tanah, siasatan tanah, kerja-kerja pengukuhan cerun menggunakan ‘contiguous bored pile wall with anchor dan rockfill’.
“Selain itu, kerja-kerja sistem perparitan, kerja-kerja pencegahan dan amaran awal tanah runtuh.
“Kerja pembaikan cerun telah dimulakan pada 1 Julai 2022 dan dijangka siap pada Disember 2025. Sehingga 25 September 2024 kemajuan kerja fizikal di tapak telah mencapai 33.31 peratus,” katanya.
Katanya, komitmen Kerajaan Perpaduan dalam meningkatkan kualiti infrastruktur jalan raya yang selamat lagi selesa terutamanya di lokasi yang terancam bencana seperti kegagalan cerun.
“Ini selari dengan hasrat Program MYJalan yang diwujudkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).
“Kementerian berharap pasukan pembinaan dapat mengekalkan momentum penyiapan projek ini dengan menepati mutu yang ditetapkan dari segi kualiti, kos dan masa,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penduduk Kuala Tahan akan alami gangguan bekalan air sementara
JERANTUT – Penduduk kawasan Kuala Tahan akan mengalami gangguan air sementara ketika melakukan kerja pengalihan injap paip.
Pengalihan itu perlu dilakukan kerana injap pili bomba berada di atas paip utama menyebabkan gangguan air sering belku kepaada masyarakat setempat.
Tangki sudah sedia untuk membekalkan air kepada masyarakat setempat
Jawatankuasa Penyelaras Komuniti Bandar Kampung Kuala Tahan telah ke lokasi, langkah awal tangki air disediakan untuk kegunaan sementara menunggu kerj pengalihan itu siap.
Kerja itu dilakukan susulan aduan yang diterima semalam melalui laman Facebook oleh seorang penduduk https://www.facebook.com/share/p/sDgewNn3ub78wfAw/ maka langkah awal dilakukan untuk memastikan isu tersebut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kakitangan Perhilitan maut, pesara polis wanita cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan.
TEMERLOH : Kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kuala Tahan, Jerantut meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di KM20 Jalan Temerloh – Jerantut pada jam 1.36 tengah hari, semalam.
Pemandu lelaki tersebut meninggal dunia di tempat kejadian itu, berusia 33 tahun dan tinggal di Rumah Kakitangan Perhilitan, Jerantut.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, mangsa yang maut memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan dari Temerloh ke Jerantut.
“Manakala, sebuah lagi kenderaan jenis Proton X70 dipandu oleh seorang pesara polis wanita berusia 64 tahun yang datang dari laluan bertentangan.
“Tiba di tempat kejadian, pemandu kenderaan Proton X70 gagal mengawal kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Perodua Viva,” katanya di sini, hari ini.
Katanya, pemandu wanita itu beralamat di Kampung Baru Kuala Tekal, Kuala Krau, Temerloh mengalami kecederaan tulang pinggul dan peha sebelah kanan dan dirawat di Zon Kuning di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, “ katanya hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Wanita yang hilang, Henik Winarti berusia 45 tahun.
Wanita Indonesia dilapor hilang
BENTONG : Seorang wanita warga negara Indonesia dilapor hilang pada 8 Oktober di alamat terakhir di Lurah Bilut, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita tersebut, Henik Winarti berusia 45 tahun, berkulit sawa matang, ketinggian kira-kira 155 sentimeter (cm) dan berat 50 kilogram (kg).
“Wanita ini bertubuh sederhana dan kali terakhir memakai, baju kemeja T berwarna biru dan berseluar trek berwarna kelabu.
“Pihak polis menerima laporan Orang Hilang (OH) itu daripda suminya berusia 57 tahun pada 9 Oktober pada jam 5.08 petang,” katanya.
Katanya, pihak polis mohon pohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (PKD) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2231999.
Tambahnya, orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana balai polis di bawah pentadbiran IPD Bentong seperti berikut : Balai Polis Bentong : 09-2222222; Balai Polis Genting Highlands : 03-61012222; Balai Polis Karak : 09-2311222, Balai Polis Lurah Bilut : 09-2377222; Balai Polis Manchis : 09-2450522; Balai Polis Bukit Tinggi : 09-2330222 dan Balai Polis Telemong : 09-2399222.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang telah menubuhkan pasukan Civil Defence Auxiliary (CDA) SUK di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang.
Penubuhan CDA SUK Pahang ini merupakan pasukan pertama ditubuhkan di kalangan pejabat-pejabat kerajaan negeri di seluruh Malaysia sesuai dengan slogan Pahang First.
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (3 dari kiri) di Majlis Pelancaran CDA di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, hari ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rodsy Wan Ismail berkata, tujuan penubuhan pasukan ini adalah bagi memberi bantuan kepada rakyat di Negeri Pahang semasa berlaku musibah bencana serta membantu meringankan beban pasukan penyelamat yang ada dalam tugas-tugas menyelamat mangsa bencana.
“Pasukan ini juga turut berfungsi dalam memberi bantuan awal kepada sebarang kecemasan yang berlaku dalam premis kerajaan negeri.
“Seramai 80 orang kakitangan Pejabat SUK telah diberi latihan oleh APM Pahang meliputi rawatan luka dan kepatahan, Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR), teknik menyelamat, ikatan dan simpulan serta kawad kaki,” katanya di Majlis Pelancaran CDA di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, hari ini.
Wan Rosdy berkata, latihan secara berkala turut dirancang dalam memastikan anggota CDA SUK Pahang mempunyai kemahiran yang cukup dalam memberi bantuan kepada mangsa.
“Dicadangkan penubuhan CDA ini turut diperluas kepada agensi-agensi lain di bawah Kerajaan Negeri Pahang.
“Saya berharap pasukan ini akan terus berkembang dan menjadi contoh kepada seluruh rakyat negeri ini dalam aspek kesukarelawan dan kemanusiaan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!