KUALA LUMPUR: Orang ramai disarankan menangguhkan rancangan pulang ke kampung atau berkumpul bersama ahli keluarga sehingga kes COVID-19 reda ke angka yang lebih rendah.
Jabatan Kesihatan Awam Malaysia dalam satu hantaran di laman sosial Facebook menjelaskan, jika ingin pulang ke kampung, individu disarankan bergilir-gilir (tidak serentak) dengan adik-beradik lain untuk pulang.
Selain itu, individu yang tidak sihat, disaran membatalkan perjalanan pulang ke kampung, manakala mereka yang ada berhubung dengan individu positif, pertimbangkan untuk tidak pulang ke kampung dalam tempoh sehingga dua minggu.
“Walaupun kebenaran merentas negeri dan daerah sudah dibenarkan, elakkan sebarang kenduri-kendara, perjumpaan besar bersama keluarga, majlis hari jadi, tahlil, majlis sosial dan sebagainya.
“Sebolehnya bincang tarikh yang sesuai,” menurut hantaran di Faceboook itu seperti yang dilaporkan BHOnline.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEMANDU, JURURAWAT PKD PEKAN MAUT DALAM KEMALANGAN
PETALING JAYA: Seorang jururawat maut apabila kenderaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, Pahang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan pagi tadi ketika dalam perjalanan menghantar Pasukan Bergerak Orang Asli, PKD Pekan ke perkampungan Orang Asli.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kenderaan tersebut terlibat kemalangan ketika melakukan lawatan pemeriksaan kesihatan berkala.
“Kemalangan tersebut telah meragut nyawa pemandu dan seorang jururawat, manakala seorang pegawai perubatan telah dirujuk untuk rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.
Katanya, punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.
“Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan yang terkorban ketika melaksanakan tugas.
“Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dipetik dari KOSMO! Online.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Pengarah syarikat pelaburan berdepan detik cemas apabila diculik sekumpulan lelaki sebelum dikurung di inap desa di Jitra, Kedah pada 30 November lalu.
Kumpulan berkenaan turut meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta untuk membebaskannya.
Sumber berkata, mangsa yang berusia 52 tahun itu diculik sebelum di kurung di sebuah inap desa yang disewa kumpulan terbabit.
“Dalang penculikan terbabit dipercayai seorang anggota keselamatan yang mengarahkan kumpulan itu menculik lelaki berkenaan kerana tidak berpuas hati selepas gagal mendapatkan semula wang pelaburannya.
GAMBAR HIASAN
“Mangsa dikatakan sudah membayar RM270,000 wang tebusan berkenaan, namun dua hari kemudian dia berjaya melarikan diri dari rumah terbabit,” katanya.
Menurutnya, anak mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
“Susulan itu, beberapa siri serbuan dijalankan sebelum pihak polis menahan enam suspek pada 2 dan 3 Disember lalu.
Menurut laporan HarianMetro, polis kini sedang memburu seorang lagi suspek yang dipercayai menjadi dalang kejadian penculikan berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi berkata, semua suspek yang ditahan sudah dipohon permohonan reman.
“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NIBONG TEBAL: Pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, dipercayai terlelap sebelum Toyota Vellfire dipandunya hilang kawalan dan terbabas dalam kemalangan di Kilometer 163.6 berhampiran Plaza Tol Jawi, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, siasatan mendapati punca kemalangan itu dipercayai akibat penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan tertidur dan menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan.
“Gagal mengawal kenderaan menyebabkan pemandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan sebelum terbalik dan terseret berdasarkan kesan calar di jalan.
“Kejadian menyebabkan tiga penumpang iaitu bayi lelaki, ibu mentua dan pembantu rumah warga Indonesia maut di lokasi akibat kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
SHAFIQ AHMAD (DUDUK ATAS KERUSI RODA) DITENANGKAN AHLI KELUARGANYA/FACEBOOK
Dalam pada itu, Chong Chern berkata, isteri kepada Muhammad Syafiq patah tulang rusuk, pendarahan dalam perut, otak serta patah tulang paha kiri.
“Anak sulung mereka juga dipercayai mengalami pendarahan dalam otak yang mana kedua-dua ibu dan anak itu kini mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
“Muhammad Syafiq pula hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Memetik laporan HarianMetro dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, Muhammad Syafiq yang memandu dari Johor Bahru dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Norain, 25, yang sedang berpantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.
Turut berada dalam kenderaan terbabit adalah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dua anak, Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari dan Aaira Nur Saffiyya, 2, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42.
Jenazah Zainab dan Muhammad Aisy Saqeef selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai, Padang Pusing, Pendang, Kedah selepas proses bedah siasat selesai di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB).
KEADAAN KENDERAAN DIPANDU SHAFIQ AHMAD/FACEBOOK
Jenazah pembantu rumah itu pula sudah dituntut Pegawai dari Konsulat Indonesia Cawangan Pulau Pinang yang mana ia akan dihantar pulang ke negaranya untuk dikebumikan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB: Kesemua lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Raub yang telah ditutup semalam, telah selesai disanitasikan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Antara PPS yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai, Masjid Kampung Kuala Semantan dan Dewan Serbaguna Kampung Pia.
Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, JBPM perlu melakukan sanitasi sebelum PPS dibuka dan selepas ditutup.
Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM Pahang) Shahrulnizam Nasir
Semalam, kesemua 145 penduduk daripada 49 buah keluarga terjejas telah pulang ke rumah masing-masing selepas keadaan air banjir yang kembali surut.
Bagaimanapun, ketika pembersihan di rumah, penduduk masing-masing perlu membersih dan sanitasi rumah mereka dengan pemantauan pihak bomba.
“Semua rumah-rumah yang dinaiki air telah surut dan dan air telah kembali pulih dan org kampung atau penduduk yang telah dipindahkan tu telah pulang ke rumah masing-masing… mereka telah menjalankan pembersihan dan membersihkan rumah-rumah mereka,” katanya.
ANGGOTA BOMBA MELAKUKAN OPERASI SANITASI DI PPS DAERAH RAUB
Sementara menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lapan sungai utama di daerah Lipis seperti di Kuala Medang dan Bukit Betong telah pun berada pada paras normal dan hanya sedikit taburan hujan direkodkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TIDAK ADA SEKATAN JALAN RAYA, TIDAK PERLU MOHON SURAT KEBENARAN
BERA: Pergerakan keluar masuk di kawasan terbabit dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dibenarkan bermula esok.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu adalah susulan daripada pengumuman dibuat semalam mengenai penamatan PKPB di seluruh negara, kecuali di beberapa kawasan atau daerah yang masih berisiko.
“Seperti yang diumumkan semalam, rentas daerah dan rentas negeri sudah dibenarkan di seluruh negara (bermula esok)… ini bermakna tidak ada lagi sekatan untuk memasuki atau keluar dari (kawasan) PKPB.
GAMBAR HIASAN
“Maknanya sama sahaja… kalau dia nak balik ke Kota Bharu, Kelantan dari Kuala Lumpur… boleh terus balik tanpa memerlukan kebenaran dari pihak polis atau pihak berkuasa lain.
“Jadi kita dah buka… jadi tidak ada isu lagi lah seperti dulu, kena mohon permit polis… terus boleh balik, tidak ada isu lagi,” katanya.
ISMAIL SABRI (KIRI) MENYAMPAIKAN SIJIL PENGHARGAAN FRONTLINERS KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA PEJABAT KESIHATAN DAERAH BERA
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program Moh Ngeteh Bersama Pegawai dan Anggota Pejabat Kesihatan Daerah Bera di perkarangan Pejabat Kesihatan Daerah, di sini, hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SELANGOR TERTINGGI 337 KES, NEGERI SEMBILAN 258 KES
PUTRAJAYA: Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mamaklumkan jangkitan baru Covid-19 merekodkan sebanyak 1,335 kes pada hari ini, maklum dan menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 11,039 kes manakala 1,069 kes sembuh dilaporkan hari ini.
Menurut Dr Noor Hisham, dua kematian dicatat dengan jumlah terkumpul korban seramai 382 orang.
Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah
“Sehingga kini, terdapat 126 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya
Sementara itu, negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 515 kes (38.6 peratus).
Daripada jumlah ini, negeri Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 337 kes (65.4 peratus).
Ini diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 258 kes (19.3 peratus) dan negeri Sabah sebanyak 250 kes (18.7 peratus).
Sebanyak 243 kes (18.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (141 kes), Kluster Tembok (92 kes), Kluster PTS Sibuga (7 kes), Kluster Bakti (2 kes) dan Kluster Rumah Merah (1 kes).
Dr Noor Hisham hari ini juga memaklumkan tiga kluster baru dikenal pasti iaitu kluster Ceram (Negeri Sembilan), kluster Pulau Berhala (Sandakan, Sabah) dan kluster Jalan Tampoi (Johor Bahru).
Sumber : Malaysiakini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALOR SETAR: Seorang Timbalan Pengarah Operasi sebuah jabatan kerajaan hari ini ditahan bagi berhubung dakwaaan menyeleweng peruntukan bantuan duitraya sempena Aidilfitri tahun ini berjumlah RM22,500.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada jam 11.45 pagi tadi di pejabat SPRM Alor Setar.
GAMBAR HIASAN
“Suspek dipercayai salah guna kuasa dengan menyeleweng peruntukan duit raya daripada kerajaan negeri untuk diagih kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak RM500 seorang.
“Namun, bantuan itu tidak diagihkan kepada penerima yang layak,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JENAZAH BAYI, IBU MENTUA SYAFIQ AKAN DIKEBUMIKAN DI KAMPUNG BUKIT MURAI
PENDANG: Jenazah bayi lelaki dan ibu mentua pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad dijangka dikebumikan dalam satu liang lahat.
Bapa mentuanya, Norain Shahadan, 50, berkata, mereka sekeluarga sedang menunggu kepulangan jenazah isterinya, Zainab Wahab, 46, dan cucunya, Muhammad Aisy Saqeef, berusia 22 hari, yang dijangka tiba di Jalan Padang Pusing, tidak lama lagi.
PEMAIN JDT DAN SKUAD KEBANGSAAN, MUHAMMAD SHAFIQ AHMAD
Katanya, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai, Padang Pusing selepas ahli keluarga memberi penghormatan terakhir untuk jenazah.
“Apapun berlaku saya tetap reda…Saya dah minta orang kampung uruskan semua (liang),” katanya ketika ditemui BH Online di rumahnya di Jalan Padang Pusing, hari ini.
Tinjauan di kediaman keluarga mentua Muhammad Syafiq mendapati ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung memenuhi perkarangan kawasan itu.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25 yang sedang berpantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.
Kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal yang meragut tiga nyawa, Zainab, Muhammad Aisy Saqeef dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan kewujudan akaun palsu di media sosial yang berniat jahat.
Menerusi kenyataan, MCMC memaklumkan akaun palsu sengaja diwujudkan untuk melindungi identiti sebenar bagi tujuan menipu, menimbulkan syak wasangka dan memecahbelahkan masyarakat.
SKMM MENGELUARKAN KENYATAAN RASMI MENGENAI PENGGANTUNGAN AKAUN PARODI BERMANATV
“Berkaitan perkara ini, MCMC telah mendapat kerjasama Twitter yang menggantung akaun BermanaTV (@Bermanadotcon) yang didapati melanggar Piawaian Komuniti ditetapkan penyedia platform media sosial itu.
“MCMC menghargai tindakan yang diambil oleh Twitter berdasarkan aduan dimajukan oleh MCMC.
“Paparan di akaun tersebut sering mengelirukan masyarakat dengan berselindung di sebalik nama parodi yang seolah-olah dikaitkan dengan sebuah agensi berita nasional,” katanya dilaporkan Malaysiapost.
MCMC juga menyatakan langkah penggantungan atau pemadaman akaun itu adalah bersifat reaktif dan sementara.
“Akaun-akaun sebegini berkemungkinan boleh diwujudkan semula dan orang ramai perlu berwaspada agar tidak mudah terpengaruh.
“Mereka boleh memastikan kesahihan setiap maklumat dengan mengikuti saluran rasmi serta akaun media sosial yang mendapat lencana pengesahan biru atau kelabu daripada penyedia platform seperti Twitter, Facebook, Instagram, YouTube dan sebagainya.
“Lencana ini mengiktiraf bahawa sesuatu akaun media sosial berasal daripada organisasi serta individu yang telah disahkan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!