ROM: Cristiano Ronaldo melanggar sekatan perjalanan COVID-19 dengan berkunjung ke sebuah resort pergunungan, menurut laporan media pada hari ini.
Ronaldo yang juga penyerang Juventus didakwa melakukan perjalanan ke Courmayeur, iaitu kira-kira 150 kilometer di barat laut dari markas kelab Serie A berkenaan, untuk sambutan ulang tahun kekasihnya, Georgina Rodriguez.
Juventus bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi AFP.
Rodriguez yang berusia 27 tahun pada Rabu lalu, menyiarkan video pasangan itu di atas kenderaan ski di Instagram.
Dia kemudian memadamnya, tetapi ia sudah diambil oleh beberapa laman berita Itali.
GAMBAR IHSAN AFP
Akhbar Gazzeta dello Sport mendakwa Ronaldo dan Rodriguez menghabiskan malam Selasa di sebuah hotel sebelum kembali ke Turin.
Mengikut peraturan COVID-19 Itali, pasangan itu sepatutnya tidak boleh meninggalkan bandar Turin.
Mereka berisiko didenda 400 euro (kira-kira RM1,963) setiap seorang.
Pemain bola sepak berusia 35 tahun itu pernah terbabit dalam kontroversi berkaitan COVID-19 sebelum ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELBOURNE: Seorang bekas pengetua di sebuah sekolah Yahudi ultra ortodoks muncul di mahkamah Australia hari ini, beberapa jam selepas dia diekstradisi dari Israel untuk berdepan tuduhan penderaan seksual kanak-kanak.
Malka Leifer, warga Israel berusia 50-an, dituduh melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak ketika bertugas sebagai guru pendidikan agama dan pengetua di Adass Israel School di Melbourne antara tahun 2004 dan 2008.
GAMBAR HIASAN
Dengan mengenakan penutup kepala berwarna putih dan pelitup muka biru, wanita itu muncul di pautan video di mahkamah Melbourne dan direman dalam tahanan.
Leifer menundukkan kepalanya sepanjang pendengaran kes ringkas itu dan kekal diam ketika dipanggil majistret.
Dia berdepan 74 pertuduhan termasuk rogol, serangan tidak senonoh dan penderaan seksual kanak-kanak yang didakwa berlaku antara 2004 dan 2008, menurut dokumen rasmi.
Peguamnya, Tony Hargreaves tidak memohon sebarang jaminan namun meminta anak guamnya dipindahkan secepat mungkin dari tahanan polis ke penjara yang mempunyai lebih banyak kemudahan susulan masalah kesihatan mental ketara dialami tertuduh.
Leifer meninggalkan Australia dan pulang ke Israel selepas dakwaan terhadapnya timbul pada tahun 2008, yang mana dia berpindah bersama keluarganya ke penempatan Emmanuel di Tebing Barat yang dikuasai rejim Israel.
Pihak berkuasa Australia membuat pendakwaan pada 2012 dan meminta dia diekstradisi dua tahun kemudian.
Dia tiba di Melbourne melalui penerbangan pada Rabu lalu, selepas enam tahun bertelingkah mengenai undang-undang di Israel, termasuk sama ada dia berpura-pura sakit jiwa untuk mengelakkan perbicaraan di Australia.
Mahkamah Agung Israel sebelum ini menolak rayuan terakhir peguamnya terhadap ekstradisi itu pada Disember lalu.
Percubaan ekstradisinya yang pertama gagal selepas Leifer dimasukkan ke institusi kesihatan mental dan pakar menyatakan dia tidak layak untuk berdepan perbicaraan.
GAMBAR HIASAN
Penyiasat peribadi yang menyamar kemudian merakamkan Leifer kelihatan menjalani kehidupan normal, mendorong pihak berkuasa Israel melakukan siasatan adakah dia memalsukan penyakit mental dialaminya hingga menyebabkan dia ditangkap semula pada Februari 2018.
Pendengaran komital kes wanita itu akan didengar semula di mahkamah pada 9 April depan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANDA ACEH: Pasangan gay dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai di wilayah konservatif Aceh, Indonesia hari ini kerana melakukan hubungan seks sejenis.
Dua lelaki masing-masing dikenakan hampir 80 sebatan kerana melakukan hubungan seks sejenis, perbuatan yang melanggar peraturan di Aceh mengikut undang-undang Syariah.
Pasangan yang tidak dinamakan itu dilihat menahan kesakitan dan merayu sebatan dihentikan, ketika pegawai syariah bertopeng menjalankan hukuman menggunakan rotan.
GAMBAR HIASAN
Hukuman itu dihentikan seketika dan kedua-dua lelaki itu berusia 20-an itu diberikan air minuman sebelum sebatan disambung.
Ibu kepada seorang lelaki itu pengsan ketika melihat anaknya menjalani hukuman berkenaan.
Pegawai ketenteraman awam, Heru Triwijanarko, memberitahu AFP bahawa penguatkuasaan Syariah Islam adalah muktamad tanpa mengira siapa individu itu, malah pengunjung juga perlu menghormati norma penduduk tempatan.
Pasangan lelaki itu ditahan pada November tahun lalu di sebuah rumah sewa, apabila tuan rumah menemui kedua-duanya dalam keadaan separuh bogel dalam bilik mereka.
Seks sejenis tidak menyalahi undang-undang di kawasan lain di Indonesia kecuali Aceh, yang juga satu-satunya wilayah di negara dengan penduduk Islam terbesar di dunia melaksanakan undang-undang Syariah.
GAMBAR IHSAN AFP
Hukuman sebat di khalayak ramai adalah perkara biasa di Aceh dan ia dijatuhkan terhadap pelbagai kesalahan, termasuklah berjudi, minum arak serta berzina.
Empat lagi individu berusia antara 17 dan 40 tahun, turut dikenakan hukuman sebat pada hari sama, atas dakwaan minum arak atau bertemu pasangan berlainan jantina.
Kumpulan hak asasi manusia menyelar hukuman sebat di khalayak ramai dan menyifatkannya sebagai kejam manakala Presiden Indonesia, Joko Widodo, menggesa ia dihentikan dan kebanyakan rakyat Aceh menyokongnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan ibunya maut digilis lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan 4/3a – 6/3a, Pusat Bandar Utara, berdekatan Pasar Borong Selayang, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, Harisa Kassim, empat tahun, membonceng motosikal Honda NF100 ditunggang ibunya Shahidah Tuaher, 34 tahun.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dua beranak itu maut serta-merta di tempat kejadian selepas digilis pada bahagian perut, lapor BH Online.
GAMBAR IHSAN PDRM
“Kemalangan berlaku ketika sebuah lori bergerak dari lorong paling kanan di persimpangan lampu isyarat semasa lampu isyarat warna hijau dan menghala ke Jalan 6/3a iaitu simpang di sebelah kanan jalan.
“Tiba-tiba motosikal yang dinaiki mangsa datang dari belakang dan cuba memotong lori berkenaan dari arah kiri jalan.
“Namun motosikal itu bergesel pada bahagian kiri hadapan lori dan akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa terjatuh ke bawah tayar kiri lori dan mereka tergilis di bahagian perut,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati ibu yang maut itu adalah suri rumah warga Myanmar beragama Islam dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
GAMBAR IHSAN PDRM
Beliau berkata, jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
“Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.
“Pemandu lori berusia 72 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Ujian alkohol dan dadah terhadap pemandu lori didapati negatif,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT KEMALANGAN TIGA KENDERAAN
TAIPING: Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis lori dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Taming Sari di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pada pukul 1.20 tengah hari itu, mangsa, Yap Chee San, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha sedang menghala ke arah Taman Tasik.
“Tiba di lokasi, seorang wanita berusia 52 tahun yang memandu kereta jenis Proton Wira secara tiba-tiba membuka pintu keretanya menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar pintu kereta berkenaan.
GAMBAR IHSAN PDRM
“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke tengah jalan sebelum digilis sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun yang berada di laluan sama,” katanya ketika dihubungi KOSMO! Online.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HULU TERENGGANU: Polis Hulu Terengganu mengesan dua suspek wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, dua suspek berkenaan dipercayai warga Indonesia, lapor Harian Metro.
GAMBAR IHSAN PDRM
“Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Hulu Terengganu sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan kami memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat suspek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan.
“Sebarang maklumat tentang suspek boleh menghubungi terus pegawai penyiasat kes, Sarjan Rezza di talian 013-6777128 atau salurkan kepada balai polis yang berdekatan,” katanya.
Mohd Adli turut mengingatkan kepada semua masyarakat terutama pemilik kedai emas supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan trend kejadian jenayah yang dilakukan oleh suspek.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA KRAI: Seorang penoreh getah maut selepas motosikalnya merempuh sebatang tiang Telekom yang tumbang dan menghadang laluan di Kilometer 69.9 Jalan Kota Bharu–Gua Musang, berhampiran Guchil 7 di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam, Hanafi Yusof, 45, yang menunggang motosikal jenis Honda Dash maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.
GAMBAR IHSAN PDRM
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Kampung Bedal menuju ke bandar Kuala Krai, lapor Utusan Online.
Menurutnya, tiang Telekom terbabit dipercayai dilanggar sebuah lori sehingga tumbang dan menghadang jalan sebelum mangsa melalui jalan itu.
“Kecuaian pemandu lori yang telah melanggar tiang Telekom itu sehingga jatuh menghadang jalan menyebabkan kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismal Petra (HSIP) Kuala Krai untuk bedah siasat.
Pemandu lori dipercayai jenis Hino tersebut sedang dikesan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUBANG JAYA : Penghantar makanan wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer S1.4 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dekat susur masuk Putra Height dari Puchong, semalam.
Dalam kejadian 6.01 petang itu, Wong Lai Yie, 30, yang menunggang Yamaha YZF- R15 dipercayai terbabas akibat permukaan jalan basah dan melanggar pembahagi jalan sebelum terpelanting.
Kakak mangsa yang mahu dikenali sebagai Wong berkata, adiknya bekerja sebagai penghantar makanan sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, ketika kejadian, mendiang dikatakan mengambil pesanan makanan di Cheras untuk dihantar kepada pelanggan di USJ, di sini.
“Saya diberitahu ketika kejadian ada pemandu lain melihat motosikal mangsa terbabas berhampiran sebuah kereta. Bagaimanapun tidak pasti sama ada motosikal adik bergesel dengan kereta itu atau tidak,” katanya.
Mereka sekeluarga memohon saksi yang melihat kejadian atau pengguna jalan raya yang merakam insiden itu melalui kamera papan pemuka untuk tampil membantu pihak polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman mengesahkan kemalangan berkenaan, lapor Harian Metro.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa terbabas akibat permukaan jalan yang basah, lalu melanggar pembahagi batu dan terpelanting sebelum melanggar sebatang pokok.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menggesa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali, tampil menjelaskan tindakan segera yang diambil kerajaan bagi menangani kejatuhan terus pelaburan langsung asing (FDI) negara.
Kata ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki, berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) yang diterbitkan 24 Januari, FDI Malaysia merosot sehingga 68 peratus – jauh teruk berbanding negara negara lain ASEAN yang disebut dalam laporan itu.
KETUA PEMUDA UMNO, ASYRAF WAJDI DUSUKI
Dalam laporan itu, FDI Malaysia ialah sebanyak AS$2.5 bilion berbanding negara Singapura (AS$58 bilion – jatuh 37 peratus), Indonesia (AS$18 bilion – jatuh 24 peratus), Vietnam (AS$14 bilion – jatuh 10 peratus), Thailand (AS$11.4 billion – jatuh 50 peratus), dan Filipina (AS$6.4 bilion – naik 29 peratus).
“Amat menyedihkan lagi mengecewakan, Malaysia yang satu ketika dulu sentiasa berada pada kedudukan teratas dan dikenali sebagai destinasi mesra dan tumpuan utama pelabur asing, kini berkedudukan tercorot,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Malaysiakini.
Kata Asyraf, keyakinan pelabur masih belum pulih setelah berlakunya perubahan kerajaan – daripada BN kepada PH – pada 2018, iaitu melalui pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Untuk rekod, kerajaan sekali lagi bertukar tahun lalu, apabila kerajaan PH tumbang bukan menerusi pilihan raya, dan pentadbiran diambil alih Perikatan Nasional (PN) yang turut disokong UMNO.
Terjejasnya kepercayaan dan keyakinan pelabur itu, kata Asyraf, disebabkan tiada dasar jelas oleh kerajaan, selain faktor risiko politik dan risiko kedaulatan (sovereign risk) – yang digambarkan menerusi perubahan kontrak yang telah termeterai apabila kerajaan bertukar.
GAMBAR HIASAN
Antaranya, kata Asyraf, penamatan projek yang dibuat selepas BN tumbang seperti projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR), projek Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dari Melaka ke Kedah, projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dari Kimanis ke Sandakan dan Tawau.
Turut disebut Asyraf ialah pembatalan projek-projek infrastruktur di Sarawak bagi menghubungkan kawasan terpencil seperti projek-projek jambatan.
Faktor-faktor itu, kata Asyraf, mempengaruhi persepsi dan sentimen pelabur luar negara ke atas Malaysia hingga menjunamkan nilai FDI.
Hal itu, tambahnya, meningkatkan kadar pengangguran dan pembuangan kerja apabila banyak syarikat dan kilang ditutup atau berpindah ke negara jiran.
“Justeru, Pemuda UMNO Malaysia meminta Azmin selaku menteri kanan ekonomi merangkap menteri perdagangan antarabangsa dan industri untuk segera tampil memperjejaskan kepada rakyat tindakan segera kerajaan untuk menangani kejatuhan teruk FDI ke dalam negara,” katanya lagi.
Untuk rekod, ada antara projek yang disebut Asyraf itu baru sahaja ditamatkan setelah ditangguhkan ekoran pertukaran kerajaan pada 2018.
Contohnya, perjanjian HSR yang ditandatangani 2016 tetapi pembinaannya ditangguhkan pada 2018 bagi memberi ruang perbincangan antara Malaysia dan Singapura.
Ia akhirnya ditamatkan pada awal tahun ini oleh kerajaan PN.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAGI MEMASTIKAN USAHA PUTUSKAN RANTAIAN COVID-19 BERHASIL
MARAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih meneruskan operasi sanitasi awam nyah cemar kuman di tempat yang dikesan mempunyai penularan tinggi wabak Covid-19.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib berkata, sebanyak 14 ribu 858 operasi nyah cemar kuman telah dijalankan di 16 ribu 47 buah premis bermula Mac tahun lalu sehingga semalam.
Beliau berkata, Johor merupakan negeri paling banyak dilakukan operasi nyah cemar kuman iaitu sebanyak 2,181 operasi di 2,343 premis diikuti Melaka 1,698 operasi di 1,690 premis dan Sarawak pula sebanyak 1,584 operasi di 1,708 premis.
“Sanitasi awam ini adalah tugas Kementerian Perumahan Dan Tempatan dan kita berikan tugas utama kepada bomba yang mana masih meneruskan operasi ini terutama ketika ada beberapa negeri dilanda banjir.
“Proses itu perlu kerap dilaksanakan kerana ia membabitkan tempat yang sering dikunjungi orang ramai membabitkan semua jabatan kerajaan, masjid, pusat beli belah serta kawasan awam,” katanya berkata demikian ketika gotong-royong pembersihan pasca banjir di Madrasah Raudah Al Muhibin di Pondok Pok Kob Chenor, di sini.
Pondok Pok Kob dilanda banjir yang teruk sehingga 30 buah rumah yang menempatkan 60 warga emas, guru dan pelajar tahfiz ditenggelami banjir sehingga paras bumbung.
Gotong-royong tersebut turut dibantu Pejabat Parlimen Maran; Wanita UMNO Maran; Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dan Ampang; Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia daerah Maran.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!