KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyaksikan penasihat undang-undang baharu, Julia Ibrahim mengangkat sumpah sebelum bermula Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Pahang Bil 4/2021 , pagi ini.
Julia mengantikan Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim yang bertukar tugas sebagai Pengarah Cawangan Jabatan Peguam Negara, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
WAN ROSDY MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT EXCO SECARA MAYA PAGI TADI/GAMBAR IHSAN PEJABAT MENTERI BESAR PAHANG
“Selamat datang saya ucapkan kepada Puan Julia, semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah,” katanya.
Selepas majlis ringkas angkat sumpah, MB Pahang terus menjalankan mesyuarat secara sidang video.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lembah Jaya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo meninggal dunia pada usia 69 tahun di Hospital Sungai Buloh sekitar 12.30 tengah hari Rabu.
Perkara itu disahkan Ketua UMNO Bahagian Langat, Datuk Johan Aziz ketika dihubungi Astro AWANI.
Allahyarham sebelum ini pernah menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya pada tahun 1995 sehingga 2008
Bagaimanapun majlis pengebumian jelasnya belum dimuktamadkan ketika ini.
Allahyarham sebelum ini disahkan positif COVID-19 sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dalam entri terbaharu Facebook rasminya turut memaklumkan pemergian Allahyarham.
“Innalillahi wainnaillaihi rojiun. Dukacita dimaklumkan sahabat saya dalam Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Ismail Kijo Ketua UMNO Bahagian Ampang telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Hospital Sungai Buloh.
“Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham diletakkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Salam Takziah kepada seluruh anggota keluarga. Al-Fatihah,” jelasnya.
Allahyarham sebelum ini pernah menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya pada tahun 1995 sehingga 2008.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA KRAI: Tiga sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pokok getah di Jalan Sungai Sam-Dabong dekat Kuala Gris di sini hari ini.
Dalam nahas pada pukul 9.30 pagi itu, pasangan suami isteri, Mohd. Hafeez Ibrahim@Yusoff, 32, Surina Mohd. Othman, 36 dan kakak lelaki itu, Rahimah Ibrahim@Yusoff, 51 disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.
GAMBAR IHSAN KOSMO ONLINE
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, siasatan awal mendapati, tiga sekeluarga itu sedang dalam perjalanan dari Kampung Cabang Gemas ke Dabong di sini, lapor KOSMO! Online.
Menurutnya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu Mohd. Hafeez dipercayai terbabas sewaktu melalui laluan selekoh.
“Kemalangan itu menyebabkan kereta berkenaan masuk ke kawasan kebun getah sebelum merempuh pokok getah di situ.
“Surina yang duduk di bahagian penumpang depan manakala Rahimah di bahagian penumpang belakang disahkan maut di lokasi kejadian.
Manakala, Mohd. Hafeez pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Dabong di sini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Empat pegawai kanan FELDA Wilayah Jengka dinaikkan pangkat berkuatkuasa bulan ini.
Walaupun ia adalah berita gembira, namun kenaikan pangkat itu juga menyaksikan mereka ditukarkan dan bertugas di tempat baru.
Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan menyifatkan proses pertukaran kakitangan FELDA adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
“Ini adalah berita gembira tapi sedih untuk semua warga peneroka FELDA Wilayah Jengka kerana hubungan rapat dibina antara kami dan keempat mereka sejak sekian lama.
PENGERUSI JAWATANKUASA BIRO SOSIAL FELDA WILAYAH JENGKA, RAZAK DAUD
“Walaupun sedih, kami terima berita ini dengan penuh keredhaan dan semoga mereka semua dapat meneruskan khidmat cemerlang di tempat baru kelak,” katanya.
Mereka yang dipindahkan dan dinaikkan pangkat ialah Pengurus Besar FELDA Wilayah Jengka, Afzal Hanis Abd Kadir; Penolong Pengurus Besar, Azlan Zunaidak; Ketua Unit Komuniti, Sessasom Abdullah dan Akauntan FELDA Wilayah Jengka, Noorain Abd Manap.
GAMBAR IHSAN FACEBOOK FELDA WILAYAH JENGKA
Razak berkata, pihaknya agak terkilan kerana tidak dapat mengadakan jamuan perpisahan untuk empat individu yang sangat berjasa kepada warga peneroka FELDA Wilayah Jengka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disambung hingga 18 Februari ini.
Katanya, seluruh warga peneroka merakamkan setinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada mereka semua dan berharap hubungan baik terjalin selama ini dapat dikekalkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin memulakan program imunisasi COVID-19, merangkumi petugas kesihatannya yang ditempatkan di Tebing Barat.
Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kaila, ketika mengumumkan perkara itu berkata, program bagi membendung penularan COVID-19 berkenaan dimulakan hari ini.
Katanya, bekalan dos vaksin akan turut dihantar ke Gaza, iaitu wilayah yang dikuasai pejuang Hamas untuk kegunaan petugas barisan hadapan.
“Kita sudah beri keutamaan tertinggi kepada petugas kesihatan dan mereka yang bekerja di unit rawatan rapi,” katanya dalam perutusan khas.
Israel yang melaksanakan kempen inokulasi besar-besaran terhadap penduduknya, sebelum ini berdepan tekanan hebat pada peringkat global, termasuk daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk tampil membantu rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza bagi mendapatkan vaksin, lapor AFP.
Kementerian Pertahanan Israel, kelmarin dilaporkan berkata, pihaknya akan menghantar 5,000 dos vaksin kepada Pihak Berkuasa Palestin, sebagai bekalan program imunisasi membabitkan petugas perubatan.
Pihak Berkuasa Palestin sebelum ini menjangka perolehan vaksin menerusi program pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX yang disokong PBB bagi membantu negara kurang berkemampuan menangani kesan pandemik.
GAMBAR IHSAN AFP
Agensi yang berpangkalan di Ramallah, Tebing Barat itu turut mendedahkan bahawa pihaknya sudah menandatangani kontrak bersama empat penyedia bekalan vaksin, termasuk syarikat pengeluar Sputnik V, keluaran Russia.
Pelan perolehan vaksin berkenaan dijangka mencukupi untuk menampung bekalan 70 peratus penduduk Palestin yang mendiami kawasan di Tebing Barat dan Gaza.
Di Tebing Barat, yang menjadi penempatan 2.8 juta rakyat Palestin setakat ini merekodkan lebih 108,000 kes positif COVID-19, termasuk 1,325 kematian.
GAMBAR IHSAN AFP
Wilayah yang dibelenggu kemiskinan dan didiami dua juta penduduk, Gaza pula mencatatkan lebih 51,000 kes positif, termasuk 523 kematian.
Program vaksinasi Israel digambarkan sebagai pelan pelaksanaan yang terpantas di dunia, apabila tiga juta atau 33.33 peratus daripada keseluruhan sembilan juta penduduknya, sudah menerima suntikan pertama vaksin Pfizer.
Selain itu, Israel dikatakan memeterai perjanjian perolehan vaksin daripada Moderna, termasuk untuk bekalan yang akan disalurkan kepada Pihak Berkuasa Palestin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas sembilan tuduhan rasuah RM3 juta membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, tujuh tahun lalu.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen 50 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas imbangan kebarangkalian bahawa penerimaan wang suapan oleh tertuduh seperti dalam sembilan pertuduhan adalah dilakukan secara rasuah sebagai upah membantu menguruskan pembelian hotel berkenaan.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
Mohd Nazlan dalam penghakimannya, berkata mahkamah mendapati pembelaan tertuduh bersifat pemikiran terkemudian, tidak konsisten dan hanya penafian tanpa sokongan yang berasas atau boleh dipercayai.
Katanya, mahkamah juga mendapati pembelaan tertuduh dalam konteks keseluruhan keterangan kes juga gagal menimbulkan sebarang keraguaan munasabah, lapor BH Online.
“Pihak pendakwaan dengan ini berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dalam semua sembilan pertuduhan.
“Oleh itu, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kesemua sembilan pertuduhan,” katanya.
Pada 14 Disember 2018, Mohd Isa, 72, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebelum kes itu dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bermula 8 Oktober tahun lalu.
Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3.09 juta daripada Ikhwan Zaidel iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.
GAMBAR HIASAN
Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakala peguam Datuk Salehuddin Saidin mengetuai barisan pembelaan.
Terdahulu, seramai 20 wartawan, seorang daripada organisasi media terpilih, diberi pas untuk mengikuti prosiding melalui pautan video di sebuah bilik.
Sebelum ini, prosedur operasi standard (SOP) semasa pandemik COVID-19 yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan liputan media semasa prosiding di mahkamah terbuka kecuali untuk kes melibatkan kepentingan awam, mahkamah boleh mempertimbangkan untuk menyediakan bilik bagi siaran langsung atau kemudahan liputan media menerusi aplikasi Zoom.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Individu memerlukan kebenaran khas untuk memasuki mana-mana kawasan kendalian Taman-Taman Sabah, khususnya pulau yang kini ditutup kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah dalam satu kenyataan di laman media sosialnya, memaklumkan kawasan pulau di Semporna adalah kawasan Taman Marin Tun Sakaran, Semporna.
Katanya, seperti mana yang dimaklumkan di media sosial rasmi pada 12 Januari lalu, seluruh kawasan Taman-Taman Sabah ditutup sementara kepada orang awam bermula 13 Januari lalu selaras pelaksanaan PKP, lapor BH Online.
GAMBAR IHSAN FACEBOOK USTAZ EBIT LEW
“Rombongan penceramah bebas, Ebit Lew adalah rombongan orang awam yang tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) PKP dan pada masa sama, pihak Taman-Taman Sabah tidak menerima makluman awal untuk kebenaran khas memasuki kawasan Taman Marin Tun Sakaran, Semporna.
“Pihak Taman-Taman Sabah membenarkan rombongan Ebit memasuki kawasan Taman Marin Tun Sakaran hanya selepas mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Kita sangat menyokong usaha murni bantuan prihatin yang disalurkan kepada komuniti di dalam semua Taman di seluruh Sabah,” jelas kenyataan itu.
Sebelum ini, kerajaan Sabah menafikan ada mengeluarkan arahan melarang Ebit meneruskan kerja amal di pantai timur Sabah.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, dilaporkan berkata pihaknya juga merujuk sama ada polis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ada mengeluarkan larangan terhadap penceramah berkenaan.
GAMBAR HIASAN
“Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada sesiapa saja untuk melaksanakan kerja kebajikan di negeri ini.
“Polis dan ESSCOM juga menyatakan perkara sama.
“Cuma, di pantai timur Sabah tertakluk kepada peraturan perintah berkurung, malah dilarang pergi ke tempat tertentu kerana ada risiko keselamatan,” katanya.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali pula dilaporkan berkata, pihaknya tidak menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program Ebit di kawasan itu.
“Walau bagaimanapun, Ebit digalakkan merujuk pihak berkuasa seperti polis dan MKN berikutan lokasi terbabit dikenakan perintah kawalan berkurung serta keselamatan orang ramai menjadi keutamaan,” katanya.
Ebit dalam perkongsiannya di akaun Facebook beliau menyatakan tidak dapat meneruskan misi bantuan di beberapa pulau di Semporna kerana tidak dibenarkan ke pulau terbabit selain diminta menghentikan bantuannya di daerah itu.
Beliau juga menyatakan terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang dirancangnya walaupun sudah menyediakan peralatan seperti kayu.
Menurut kenyataan itu, pembinaan struktur bangunan di dalam kawasan Taman Marin Tun Sakaran juga tertakluk kepada prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.
“Perkara ini berkaitan dengan kepentingan komuniti penuntut hak waris di pulau-pulau ini seperti yang terkandung dalam Surat Pewartaan Taman Marin Tun Sakaran tahun 2004,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
19 BUTIR BOM JENIS 40MM DAN SEBUTIR JENIS 135MM BERJAYA DIMUSNAHKAN UNIT PEMUSNAH BOM
KOTA TINGGI: Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama UPB Ibu Pejabat Daerah Kota Tinggi berjaya memusnahkan bom tanpa sebarang kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
Sebanyak 19 butir bom lama atau Unexploded Ordnance (UXO) jenis 40 milimeter (mm) dan sebutir jenis 135 mm di tebing Sungai Sebana, Jalan Penebok, Pengerang, Johor.
UNIT PEMUSNAH BOM PDRM MELAKUKAN PEMERIKSAAN DI LOKASI PENEMUAN BOM DEKAT KOTA TINGGI
Penemuan 19 butir UXO jenis 40 mm disekitar 25 meter di tempat kejadian adalah hasil daripada tindakan flushing dengan menggunakan alat pengesan logam.
Tindakan pemusnahan in situation telah dijalankan dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik.
Polis Johor menyeru orang ramai sekiranya menemui objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.
ANTARA BOM DITEMUI DI KOTA TINGGI
Diingatkan supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim menanyakan tahap kefahaman bahasa Melayu Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin ekoran tindakan pihak berkuasa menyiasat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana didakwa menghasut dan mengancam ketenteraman dalam negara.
“Tak faham bahasakah? Memohon, merayu itu maksudnya meminta ihsan kebijaksanaan tuanku untuk, adakah itu berbunyi desakan?”
Anwar juga bertanya sama ada setiausaha agung BERSATU itu ada membaca surat yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dia memberikan kenyataan umum.
“Pak menteri, bacalah kenyataan kita dan surat kita kepada Agong. Apa yang (kami) sebut? Merayu, memohon ihsan dan kebijaksanaan baginda.
“Tak faham bahasakah? Memohon, merayu itu maksudnya meminta ihsan kebijaksanaan tuanku untuk menimbang. Adakah itu berbunyi desakan?
“Apakah rakyat biasa, rakyat tukang cuci, barisan hadapan tidak boleh merayu kepada Agong supaya baginda mempengaruhi dan memperbaiki keadaan semasa adalah hal-hal yang kita tak setuju?” katanya pada kiriman video di Facebooknya, lapor Malaysiakini.
GAMBAR HIASAN
Ahli parlimen Port Dickson itu berkata demikian sebagai mengulas reaksi kerajaan terhadap usaha dibuatnya untuk memohon memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan menggantung parlimen dalam tempoh darurat.
Antara lain Anwar memohon deklarasi dari mahkamah bahawa nasihat Muhyiddin Yassin kepada Agong untuk menggantung parlimen dalam tempoh darurat adalah bertentangan undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan.
Satu daripada alasan Anwar berbuat demikian ialah keadaan semasa Muhyiddin sebagai perdana menteri dipertikaikan apabila presiden Bersatu itu tidak lagi mendapat dukungan majoriti ahli parlimen.
Selain Anwar beberapa pihak lain turut mengemukakan permohonan ke mahkamah berhubung isu berkenaan.
Kata Anwar adakah kerajaan beranggapan rakyat akan mesti menyokong apa saja tindakan mereka sewaktu darurat berlangsung.
Menurutnya apa yang dibantah itu adalah keputusan perdana menteri dan kerajaan.
“Kedua, harus diingat bahawa yang bersetuju (dengan tindakan mahkamah tersebut) ada 114 orang ahli parlimen, dan mungkin 115.
“Maknanya ada majoriti ahli parlimen yang membuktikan PN (Perikatan Nasional) sudah hilang majoriti,” katanya.
Sepatutnya kata Anwar kerajaan tidak menggunakan ugutan apabila ada rakyat yang memohon kepada Agong untuk membuat pertimbangan mengenai keadaan semasa.
Katanya mengemukakan permohonan ke mahkamah – seperti yang dilakukan beberapa ahli politik dan Bersih – tidak bercanggah dengan undang-undang.
“Saya harap pimpinan (kerajaan) jangan guna ugutan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas yang terkenal dengan sifat dermawannya, Ebit Lew terpaksa menangguhkan niatnya untuk meneruskan misi bantuan di Sabah kerana tidak dibenarkan berbuat demikian.
Ebit mendakwa, beliau telah dimaklumkan tidak dibenarkan untuk jelajah ke pulau-pulau di Semporna bagi menyampaikan sumbangan.
Beliau juga mendakwa, boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika niat berkenaan diteruskan. Tanpa berkongsi daripada siapa arahan berkenaan diperoleh, Ebit memaklumkan perkara itu dalam hantaran di akaun Facebooknya pada Selasa.
“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan di sekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun, lapor Astro AWANI.
“Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang,”’ kata Ebit yang juga seorang usahawan yang berjaya dalam hantaran berkenaan.
Dalam hantaran itu, beliau juga memohon maaf pada tujuh orang guru yang sudah dikumpulkannya untuk membantu mendidik masyarakat yang diIslamkannya baru-baru ini.
Bahkan, tegas Ebit, kayu-kayu juga sudah dibeli untuk membina sekolah buat kanak-kanak yang memerlukan.
“Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua.
GAMBAR IHSAN FACEBOOK USTAZ EBIT LEW
“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah.
“Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, Ebit berkata, beliau kini sedang menanti penerbangan untuk Tawau bagi meneruskan misi bantuannya.
GAMBAR IHSAN FACEBOOK USTAZ EBIT LEW
“Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah.
“Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” tulis beliau lagi.
Ebit Lew Islamkan satu kampung di Sabah Pada Ahad lalu, Ebit berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam.
Misi dakwah itu dilakukannya ketika beliau ke Pulau Tatagan Semporna dalam misi bantuan kemanusiaannya ke Negeri Di Bawah Bayu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!