JOHOR BAHRU: Polis Johor sehingga kini menerima 16 laporan daripada pelbagai pihak berhubung penerbitan buku berbentuk memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, sejak isu berkenaan mendapat perhatian ramai beberapa hari lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Bernama memberitahu, susulan laporan berkenaan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.
Thomas yang menjadi Peguam Negara dari Jun 2018 hingga Februari tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mempertikai bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang didakwa mereka antaranya mengandungi pelbagai fakta tidak betul, menghina, malah menfitnah.
DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Pelbagai pihak telah membuat laporan polis berhubung kandungan buku itu, antaranya Pemuda UMNO Johor yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, petang ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TANAH MERAH: Seorang peniaga maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas masuk ke dalam longkang di Kampung Peralla 2, Gual Ipoh di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Saifuddin Mat, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBR 1000RR dari arah Kota Bharu menghala ke Gual Ipoh di sini.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh.
“Insiden itu menyebabkan, motosikal mangsa terbabas sebelum tercampak masuk ke dalam longkang yang berada di bahu kiri jalan,” katanya ketika dihubungi KOSMO!Online hari ini.
Menurut Mohd. Zamri, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PONTIANAK: Seekor harimau Sumatera yang tergolong dalam spesis terancam ditembak mati hari ini manakala seekor lagi masih bebas selepas lolos dari sebuah zoo di pulau Borneo.
Kedua-dua harimau betina berumur 18 bulan itu terlepas dari Zoo Sinka yang terletak di bandar Singkawang dekat Kalimantan Barat pada lewat petang semalam ketika hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh dan mewujudkan ruangan terbuka.
GAMBAR IHSAN AFP
Seorang penjaga zoo berumur 47 tahun turut ditemui mati dengan kesan cakaran dan gigitan pada badannya, lapor AFP.
Selain itu, pihak berkuasa juga menjumpai bangkai burung kasawari, burung unta dan monyet berhampiran kandang harimau itu.
Berikutan itu, tempat pelancongan berdekatan diperintahkan ditutup dan penduduk tempatan dimaklumkan supaya kekal berada dalam rumah masing-masing sementara pihak polis mencari haiwan itu.
Ketua Agensi Pemuliharan Tempatan, Sadtata Noor Adirahmanta, memberitahu AFP bahawa polis dan pegawai perhutanan segera dikejarkan ke tempat kejadian untuk mencari harimau yang masih terlepas.
“Kami cuba dengan senapang ubat pelali terlebih dulu tetapi tidak berjaya.
“Jadi, kami terpaksa menembak harimau itu kerana bertindak agresif.
“Kami takut ia akan melarikan diri ke kawasan berhampiran meskipun kami berusaha sedaya upaya untuk menangkapnya hidup-hidup, keutamaan kami adalah keselamatan manusia,” katanya.
Ketika ini, pihak berkuasa masih menjalankan operasi pencarian seekor lagi harimau di hutan yang mengelilingi zoo berkenaan.
GAMBAR IHSAN AFP
Turut disediakan, sebuah sangkar yang diletakkan umpan bagi memujuk harimau berkenaan pulang pada waktu makannya.
Harimau Sumatera dianggap haiwan paling terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN), dipercayai kurang 400 ekor haiwan itu masih hidup dalam hutan.
Anggota badan haiwan itu digunakan meluas dalam perubatan tradisional terutama di China, meskipun terdapat bukti saintifik ia tidak mempunyai nilai yang bermanfaat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KETEREH: Kementerian Wilayah Persekutuan akan membina 12,000 unit kediaman berharga RM200,000 melalui program Residensi Prihatin di Putrajaya.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata projek itu akan dilancarkan pada 22 Februari ini dan dijangka mengambil tempoh 24 hingga 30 bulan untuk siap.
Tan Sri Annuar Musa melakukan gimik penyerahan hamper Tahun Baru Cina di Taman Puspa, Kok Lanas Kelantan hari ini.
Annuar berkata kira-kira 8,000 unit yang bakal dibina itu merupakan lima projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia yang dijenamakan semula di bawah Residensi Prihatin dengan sebahagian projek tersebut tergendala sebelum ini, lapor Bernama.
“Sementara empat projek lagi melibatkan 4,000 unit rumah akan dibuat secara permohonan cadangan (RFP) untuk pemaju dipilih secara terbuka,” katanya kepada pemberita selepas hadir gimik penyerahan hamper Tahun Baru Cina di Taman Puspa, Kok Lanas Kelantan hari ini.
Menurut Annuar, projek tersebut akan dibangunkan di kawasan strategik termasuk berhampiran kemudahan pengangkutan awam, antaranya di Presint 7 dan 9.
Turut beramah mesra dengan penduduk di kawasan Parlimennya.
“Kementerian akan membuka permohonan kepada pembeli dengan keutamaan kepada penjawat awam dan golongan muda yang berkeluarga, pada 23 Februari ini,” katanya.
Dia yakin projek tersebut akan mendapat sambutan memandangkan ramai pemohon sebelum ini gagal membeli rumah berharga RM300,000 menerusi Program Rumah Wilayah yang ditawarkan sebelum ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 dengan segera.
Pengarah Urusan Brickfields Asia College Raja Singham berkata, ramai pihak sudah mula gusar akan impak Covid-19 terhadap persiapaan peperiksaan serta keselamatan pelajar yang bakal menduduki ujian terbabit.
GAMBAR HIASAN
“Pujian harus diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana telah memperkenalkan alternatif kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan dari rumah.
“Namun, garis panduan yang terperinci berkenaan peperiksaan SPM yang akan berlangsung pada bulan Februari ini masih belum dijelaskan.
“[…] Pekeliling mengenai SOP yang jelas perlulah dikeluarkan dengan segera supaya tidak menimbulkan kegusaran dalam kalangan guru, ibu bapa serta pelajar.
“Contohnya, apakah yang perlu dilakukan sekiranya pelajar dan pekerja di kawasan sekolah disahkan positif?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini, lapor Malaysiakini.
Meskipun yakin kerajaan akan berusaha memastikan tahap pematuhan SOP memuaskan sewaktu peperiksaan fizikal pada 22 Februari ini, Sigham juga berharap, KPM menyediakan rancangan lain bagi memastikan pendidikan pelajar tidak ketinggalan lagi.
Singham turut mencadangkan beberapa rancangan lain, antaranya untuk mewujudkan peperiksaan tambahan atau menggunakan penilaian pilihan ganda berdasarkan bank soalan automatik yang digunakan kepada pelajar sijil profesional.
Selain itu, dia juga mencadangkan kerajaan supaya mempertimbangkan penggunaan sistem peperiksaan dalam talian dengan menggunakan pengawasan maya.
“Kementerian lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), agensi kerajaan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), syarikat telekomunikasi dan teknologi serta badan bukan kerajaan perlu mencari penyelesaian jangka masa panjang bagi membantu negara dalam memastikan kelangsungan pelajaran anak-anak bangsa,” jelas Raja.
Tambahnya, dia juga menyatakan, perlu ada sikap adil dan belas kasihan dalam membuat penilaian SPM tahun ini, melihat kepada kekangan dan cabaran pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
GAMBAR HIASAN
“Selain daripada itu, peperiksaan yang akan diduduki oleh pelajar SPM kali ini perlu mengambil kira lanskap proses pengajaran dan pembelajaran mereka sebelum ini.
“Terdapat pelbagai kekangan dan cabaran semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), terutama sekali disebabkan oleh ketiadaan kelas yang berjalan sempurna sepanjang tahun.
“Malah isu seperti ketiadaan akses kepada internet dan gajet, kesediaan guru untuk mengajar secara dalam talian, masalah kemurungan dan kesihatan mental juga boleh memberi kesan signifikan kepada calon peperiksaan,” tambahnya.
Menyifatkan peperiksaan bukanlah penentu masa depan pelajar, namun Raja mengatakan ia boleh menghalangi para pelajar untuk meneruskan kelangsungan akademik mereka.
“Oleh itu, perlu ada inisiatif segera daripada kita untuk mengatasi cabaran semasa pandemik ini berlaku,” kata Singham lagi.
Untuk rekod, Kementerian Pendidikan akan menamatkan sesi persekolahan secara bersemuka bagi semua calon SPM dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) tahun 2020 pada 9 Februari ini.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu pekeliling dikeluarkan Ketua Pengarah Pelajaran Habibah Abdul Rahim bertarikh 4 Februari.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MALAYSIA BAKAL MILIKI LADANG DURIAN TERBESAR DI DUNIA
LADANG SELUAS 12,140 HEKTAR TERLETAK DI KAWASAN GUNUNG INAS, BALING
BALING: Melalui satu hantaran video yang ditularkan dipercayai seorang pihak pengurusan tertinggi yang mengusahakan ladang durian itu mendakwa sebuah ladang Raja Buah berkeluasan 12,140 hektar (30,000 ekar) dipercayai terbesar di dunia.
TAPAK SEMAIAN BENIH DURIAN DIUSAHAKAN DI GUNUNG INAS, DEKAT BALING
Ladang durian itu bakal direalisasikan di kawasan Gunung Inas, Baling.
Turut memaparkan kawasan yang terdapat 550,000 anak pokok yang sudah sedia untuk ditanam di kawasan gunung setinggi 1,801 meter itu.
Berdasarkan klip video yang ditularkan netizen itu menyatakan tanah seluas 4,046 hektar (10,000 ekar) sudah ditanam dengan durian, manakala 8,093 hektar (20,000 ekar) lagi bakal diterokai dan ditanam pokok Raja Buah itu kemudian.
RAKAMAN KLIP VIDEO MENUNJUKKAN SEBAHAGIAN KAWASAN PENANAMAN DURIAN DIDAKWA TERBESAR DI DUNIA
Penanaman benih durian itu dipercayai dijalankan oleh pihak tertentu, selepas pembalakan di kawasan berkenaan selesai sejak lebih setahun lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Selangor bagi menggantikan Datuk Noor Azam Jamaludin yang bersara wajib pada 15 Disember lalu.
Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara, Superintendan A Skandaguru dalam kenyataan berkata, arahan pertukaran itu berkuatkuasa 1 Mac ini.
Abdul Jalil, 57, pernah menjadi Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Pahang pada 25 Julai 2019.
Selepas persaraan Noor Azam, jawatan Ketua Polis Selangor dipangku timbalannya, Datuk Arjunaidi Mohamed sehingga kini.
Noor Azam menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Selangor selama setahun 10 bulan dan berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 33 tahun.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENJUALAN HAIWAN ITU SEBAGAI LANGKAH PENGURANGAN KOS
KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menyangkal laporan akhbar Free Malaysia Today pada 4 Februari 2021 mengenai penjualan Rusa Bintik (Rusa Axis) menyalahi peraturan.
RUSA BINTIK
Menurut PERHILITAN, Rusa Bintik adalah spesies hidupan liar yang tidak dilindungi di bawah Akta 716, maka penjualan haiwan itu oleh Zoo Negara tidak tertakluk kepada Akta 716.
Pengurusan Zoo Negara, bekalan harus dilaksana, berikutan jumlah rusa bintik sedia ada di Zoo Negara yang sudah ada 50 ekor dan melebihi keperluan.
“Penjualan kepada syarikat swasta sebagai langkah untuk mengurangkan kos pengurusan terutama ketika menghadapi situasi pandemik COVID-19,” kata PERHILITAN dalam kenyataan, hari ini.
PERHILITAN berkata Zoo Negara beroperasi sebagai entiti perniagaan yang diuruskan Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS) dan diberikan permit pengendalian zoo mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
“Zoo Negara perlu mendapatkan lesen atau permit khas daripada PERHILITAN bagi penjualan atau pembelian mana-mana spesies hidupan liar mengikut Akta 716.
“Bagaimanapun, penjualan rusa bintik ialah spesies hidupan liar yang tidak dilindungi mengikut Akta 716, justeru penjualan haiwan berkenaan tidak tertakluk kepada Akta 716,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Persatuan Cina mendakwa tuntutan mereka tidak dipenuhi semasa perbincangan dengan kerajaan berhubung prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 bagi sambutan Tahun Baru Cina pada 12 dan 13 Februari nanti.
Ini setelah SOP yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Pertahanan) Ismail Sabri Yaakob pada 4 Februari lalu, menerima bantahan dari orang ramai termasuk ahli politik.
Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dalam satu kenyataan mendakwa bahawa SOP yang diumumkan tidak menggambarkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan sebelum ini.
GAMBAR IHSAN MALAYSIAKINI
Menurut ketua bahagian wanita KLSCAH, Ng Geok Chee, yang menghadiri perjumpaan yang diadakan secara dalam talian itu, terdapat perbincangan untuk membenarkan kurang daripada 20 ahli keluarga untuk jamuan makan besar keluarga (family reunion dinner).
Sebaliknya, SOP yang dikeluarkan mengatakan, hanya ahli keluarga yang tinggal di rumah yang sama yang dibenarkan untuk jamuan makan besar keluarga.
Ketua Abbess Fo Guang Shan Malaysia, Jue Cheng, memberitahu Malaysiakini bahawa tidak ada keputusan dicapai semasa perbincangan dalam talian. Sebaliknya, kerajaan hanya mengumpulkan pendapat mereka saja.
Dia menambah persatuan Fo Guang Shan hanya menghadiri pertemuan pertama, walaupun mereka dijemput untuk kedua-dua sesi pada 12 dan 18 Januari lalu.
Sebelum ini, Kementerian Perpaduan Nasional mendakwa terdapat 21 persatuan agama dan budaya Cina yang telah dimaklumkan mengenai pertemuan itu.
Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dalam satu kenyataan mendakwa bahawa SOP yang diumumkan tidak menggambarkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan sebelum ini
Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Tan Yew Sing pula memberitahu Malaysiakini wakil mereka hanya menghadiri salah satu daripada dua sesi dialog tersebut.
“Masalah jamuan makan besar keluarga keluarga dan lawatan rumah tidak dibincangkan pada sesi pertama pada 12 Januari,” katanya.
Setelah menerima kecaman Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan versi terkini SOP pada 5 Februari, dengan memadam had 20 orang dibenarkan untuk jamuan makan besar keluarga.
Walau bagaimanapun, versi baru SOP menyatakan bahawa perayaan itu akan terhad kepada anggota keluarga yang sama yang tinggal bersama tetapi menghapus perkataan ziarah ahli keluarga di rumah yang sama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik sebuah akaun Facebook jika benar individu itu memuat naik kenyataan memperlekeh kerabat diraja.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini pihaknya sedang menyiasat perkara itu susulan empat laporan polis yang diterima sebelum ini.
GAMBAR HIASAN
“Institusi diraja ini merupakan tiang seri kepada Perlembagaan dan Rukun Negara kita, jangan ada usaha untuk meruntuhkan dan mencemarkannya… itu pasti akan diambil tindakan,” katanya pada sidang media di Johor Bahru hari ini, sebagai mengulas laporan mengenai akaun FacebookFaruq Sungib memuat naik kenyataan berbentuk provokasi berhubung kerabat J, dipercayai merujuk kepada kerabat diraja Johor.
Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata pemilik akaun media sosial berkenaan dikenal pasti sebagai lelaki tempatan berusia 25 tahun dan menetap di Batu Pahat, lapor Bernama.
Kes disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!