SEKOLAH DITUTUP SELEPAS 11 GURU, SEORANG MURID POSITIF COVID-19
KOTA BHARU – Sebuah sekolah di Ketereh terpaksa ditutup selepas 11 guru dan seorang murid dipercayai positif Covid-19.
Difahamkan berkemungkinan berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan sebelum menjangkiti guru dan murid tersebut, lapor Sinar Harian.
Kes berkenaan dikesan semalam selepas guru terbabit menjalani ujian calitan.
Sekolah ditutup selepas diarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Kesihatan Daerah.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Harga jualan petrol RON97 naik tiga sen seliter ke RM2.50 manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal tidak berubah masing-masing pada harga RM2.05 dan RM2.15 bagi tempoh 25 hingga 31 Mac.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Bagi melindungi pengguna daripada peningkatan harga minyak dunia, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran untuk kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling semasa, lapor Bernama.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH: Kecewa dengan perebutan dalaman kepimpinan dan mengabaikan kepentingan rakyat, seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat bertindak keluar parti dan menyertai Gerakan.
Pengerusi Gerakan Perak, See Tean Seng berkata, ahli tersebut keluar dari PKR tahun lepas dan kini secara rasmi menyertai mereka selepas pihaknya menerima borang permohonan keahlian, lapor FMT.
“Setakat ini seramai 300 bekas ahli PKR dari Ipoh barat telah menyatakan hasrat menyertai kami, daripada jumlah itu, kira-kira 50 borang keahlian telah lengkap diisi dan diserahkan. Ada juga borang yang yang masih dalam proses penelitian pihak kami.
“Kami terima penyertaan mereka dan akan memberikan penerangan mengenai perjuangan kami,” katanya dalam sidang media di Wisma Gerakan Ipoh.
GAMBAR HIASAN
Sementara itu, seorang wakil dari kumpulan bekas ahli PKR Ipoh Barat tersebut, Alfaizal Shahul Hamid, 44, berkata, keputusan yang dibuat mereka itu adalah disebabkan perebutan kuasa yang sering berlaku dalam kepimpinan PKR, selain tidak mengendahkan masalah rakyat sejak pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Perjuangan mereka hanya untuk diri sendiri dan bukan untuk rakyat. Oleh itu, saya sertai ahli-ahli yang lain mengambil keputusan untuk keluar parti,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Hujan lebat berterusan di sini sejak semalam mengakibatkan beberapa laluan di Sungai Lembing, dekat sini, ditenggelami air.
Situasi ini membuatkan penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah bimbang seandainya banjir besar kembali berulang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, walaupun banjir kilat yang melanda beberapa kawasan sejak semalam semakin reda, keadaan cuaca masih tidak menentu.
“Kita mengambil langkah berjaga-jaga berikutan hujan lebat masih lagi berlaku hari ini.
“Penduduk di kawasan rendah sudah diberitahu supaya bersiap-siaga sekiranya rumah mereka dinaiki air,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, beberapa bahagian jalan antara Kuantan dan Sungai Lembing ditutup kepada semua kenderaan berikutan dinaiki air.
“Semalam ada rumah terjejas akibat banjir kilat, tapi sudah dibersihkan malam tadi,” katanya.
Md Sohaimi berkata, ketika ini, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Lembing sesang dalam proses untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir dan memindahkan mereka ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya keadaan semakin buruk.
GAMBAR IHSAN JBPM PAHANG
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, bomba membantu seorang wanita berpindah di Kampung Pandan 2, jam 5.30 pagi tadi.
“Bomba terpaksa menggunakan bot untuk membawa mangsa ke rumah keluarganya selepas rumah mangsa dinaiki air setinggi dua meter,” katanya-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUBANG: Sebuah helikopter jenis Airbus H125 terhempas di dalam kawasan Lapangan Terbang Subang pagi tadi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Lima individu dalam helikopter itu termasuk seorang juruterbang dan penolong juruterbang terselamat dalam kejadian itu, dengan seorang mengalami kecederaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.47 pagi tadi dan segera ke lokasi kejadian.
“Tiada kebakaran dikesan pada helikopter itu dan kesemua mangsa dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi.
GAMBAR IHSAN JBPM SELANGOR
Norazam berkata, seorang mangsa patah kaki dan cedera di kepala manakala empat yang lain tidak mengalami kecederaan, lapor Bernama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, helikopter berkenaan terhempas di dalam kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 9.18 pagi tadi.
Katanya semua penumpang dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara sedang menyiasat punca kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TERGURIS JIWANYA BILA BERLAKU KEMUSNAHAN DAN PENCEMARAN KEPADA ALAM
JERANTUT: Lukisan yang banyak memaparkan keindahan semula jadi di kawasan Taman Negara, Kuala Tahan dan kampung sekitar menjadikan sumber inspirasi kepada Alizan Alias, 39 tahun untuk menghasilkan lukisannya.
Penduduk jati Kampung Pagi itu, sudah banyak kali mengadakan pameran lukisannya secara solo di hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam.
Alizan Alias, menjadikan pemandangan semula jadi sekitar hidupnya menjadi sumber inspirasi lukisannya
“Kira-kira 50 lukisan yang bersaiz besar sudah dihasilkan dan sudah banyak dijual dan berharga antara RM1,000 hingga RM5,000.
“Kebanyakan lukisan dibeli oleh pihak hotel untuk dijadikan hiasan di bilik hotel atau ruang tertentu, malah terdapat lukisan bersaiz 3 meter tinggi dan lebar 3.65 meter (10 kaki x 12 kaki) dijadikan lukisan mural di bandar Jerantut,” katanya.
Katanya, oleh kerana hidup dikelilingi dengan alam semula jadi dan sering melihat alam, hatinya berasa ketenangan dan damai.
Alizan Alias bersama lukisannya
“Sering terguris kalau berlaku kemusnahan hutan dan sungai, sedih melihat hutan dicerobohi tanpa sebab, sungai tercemar dengan air lumpur yang datang dari kawasan bukit yang ditarah atau berlaku hakisan tanah,”katanya.
Beliau berharap sayangi khazanah alam semula jadi agar menjadi harta yang boleh dihayati oleh generasi akan datang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HUJAN BERTERUSAN DI KAWASAN HULU MENGAKIBATKAN PARAS AIR SUNGAI TEMBELING NAIK
JERANTUT : Hujan berterusan sejak kira-kira 7.00 pagi Selasa tanpa henti di daerah ini, mengakibatkan air mula membanjiri tebing Kampung Bantal, pada jam 1.30 pagi hari ini.
Sebanyak lapan buah kedai dilaporkan terjejas dan bacaan di Stesen Kampung Bantal hari ini, curahan air hujan sebanyak 105 milimeter (mm) dan bacaan paras air Sungai Tembeling, 103.34 meter, masih di paras normal dan menunjukkan trend menurun.
Berasaskan laporan di laman sosial Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia, semalam hujan lebat dijangka berterusan di Pahang membabitkan kawasan Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin.
Jerantut antara daerah yang terkesan dengan musibah banjir kerana aliran sungai utama, iaitu Sungai Tembeling di negeri ini bermula di Hulu Tembeling menyaksikan apabila hujan lebat berterusan mengakibatkan kawasan kampung di pesisir sungai itu dinaiki air.
Penduduk Kampung Bantal, Japran Ali, 63 tahun berkata, siren amaran banjir berbunyi pada pukul 12.27 pagi hari ini apabila air melimpah masuk ke kawasan dataran kampung melibatkan kedai makan, pondok menunggu bot penambang, jeti dan beberpa buah kediaman penduduk.
Penduduk Kampung Bantal, Japran Ali
“Kami tidak terkejut kerana sudah pun menjangkakan air Sungai Tembeling akan melimpah masuk ke kawasan premis memandang hujan lebat sejak tiga hari lalu.
“Kejadian ini berpunca apabila berlaku pertembungan aliran Sungai Sepia dan Sungai Tembeling berdekatan kampung ini menyebabkan air naik begitu cepat,” katanya di Kampung Bantal, Hulu Tembeling dekat sini hari ini.
Menurutnya, sehingga ini hujan masih turun serta paras air melebihi paras amaran bahaya dan bagaimanapun penduduk sentiasa waspada dengan senario itu seperti yang pernah dialami pada musim tengkujuh penghujung tahun lalu.
“Air memenuhi kawasan dataran melibatkan pondok menunggu bot penambang, kedai makan dan beberapa buah rumah penduduk, tetapi masih tidak melibatkan pemindahan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
THAILAND MAHU TOM YAM KUNG TERSENARAI DALAM UNESCO 2021
BANGKOK – Thailand mahu hidangan terkenal Tom Yam Kung disenaraikan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai sebahagian daripada warisan budaya tidak ketara negara itu.
Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha semalam bersetuju untuk hidangan nasional Thailand – Tom Yam Kung– sebagai calon untuk senarai Warisan Budaya UNESCO 2021 tahun ini.
Tom Yam Kung adalah sup pedas, dihasilkan dengan mencampurkan pelbagai bahan segar termasuk serai, daun limau purut, jus limau nipis, cili, sos ikan, dan udang.
Perkataan Tom Yam merujuk kepada proses memasak, Tom bermaksud merebus dan Yam bermaksud bercampur, sementara Kung merujuk kepada udang.
Menteri Kebudayaan, Itthiphol Kunplome berkata, Tom Yam Kung mencerminkan gaya hidup sederhana masyarakat pertanian yang tinggal di sepanjang sungai dan terusan Thailand yang subur, lapor Bernama.
“Mencadangkan Tom Yam Kung sebagai warisan global akan menjadi detik yang membanggakan buat rakyat Thailand dan juga meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang asing mengenai kepelbagaian makanan Thailand.
“Penyenaraiannya dalam UNESCO akan mewujudkan peluang perniagaan kepada makanan Thailand, pekerjaan dan pendapatan bagi pengusaha makanan termasuk penternak udang dan petani tumbuhan herba serta pengeksport, pengusaha restoran dalam dan luar negara,” katanya seperti dipetik The Nation.
Tarian Khon dan urutan tradisional Thailand masing-masing telah disenaraikan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO pada 2018 dan 2019.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengenal pasti identiti mayat individu yang ditemukan dalam keadaan reput di sebuah rumah kosong di Jalan Sentul, di sini, pada 1 Mac lalu.
Menurut Ketua Balai Polis Sentul, Inspektor Mohd Hairie Osman, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu jam 5.18 petang.
“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati rumah berkenaan yang juga kuarters milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah kosong.
“Pemeriksaan dilakukan mendapati mayat berkenaan dilihat kelihatan berada dalam keadaan terbaring di tengah rumah dan kepala tergantung serta reput,” katanya.
Mohd Hairie berkata, hasil temubual dilakukan dengan saksi iaitu penduduk yang tinggal bersebelahan rumah kosong berkenaan mendapati dia sudah menghidu bau busuk sejak lebih satu minggu.
Katanya, mayat itu dihantar ke Instut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Beliau berkata, hasil bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian adalah disebabkan tergantung.
“Siasatan awal dilakukan mendapati tiada bukti dan petunjuk di lokasi yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah. Identiti si mati juga tidak dapat dipastikan dan cap jari si mati tidak dapat diperolehi akibat mayat sudah reput.
“Kami hanya menemukan dua gambar kanak-kanak berbangsa India bersama mayat,” katanya, lapor Harian Metro.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Sarjan Rahime Roslan di talian 019-3299546 atau tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Ini termasuk bagi membantu mengesan waris si mati melalui pengecaman gambar yang ditemui bersama mayat berkenaan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Hujan lebat yang berlaku hampir 24 jam di bandar ini menyebabkan bandar Sungai Lembing dinaiki air.
Bagaimanapun, kenderaan masih boleh dilalui di jalan raya di pekan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah menerusi Facebook berkata, beliau berkesempatan meninjau bandar tersebut yang telah dinaiki air.
“Hujan lebat dari 11 malam tadi hingga hari ini menyebabkan pekan Sungai lembing sudah mula banjir.
“Ada juga yang sudah mula naik ke dalam deretan kedai di pekan Sungai Lembing.
“Semoga banjir ini tidak melarat. Sama-sama kita doakan,”katanya.
Pada masa sama beliau turut menziarahi keluarga bekas Ketua Kampung Melayu,Tengku Nordin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!