TELUK INTAN: Sebanyak 15 kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap bumbung parkir yang roboh ketika ribut dan hujan lebat di Hospital Teluk Intan, pada petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata selain parkir, sebahagian bumbung laluan pejalan kaki turut runtuh dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu.
“Bagaimanapun, kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa. Hanya 15 kereta mengalami kerosakan antaranya cermin hadapan pecah selain kemik pada badan kenderaan.
“Pihak Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan susulan untuk membersihkan kawasan parkir tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis, lapor KOSMO online.
Katanya, pengadu iaitu salah seorang pemilik kereta menyedari kejadian itu ketika mahu mengambil kenderaannya berhampiran Jabatan Pesakit Luar hospital berkenaan.
Video/ gambar media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TANGKAK – Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Tangkak hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan pemerasan dan perbuatan khianat, Sabtu lalu.
Majistret Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mazatul Amira Mohamad Ali, 31, gagal membayar denda atas kedua-dua pertuduhan.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang juga penganggur melakukan pemerasan bagi tujuan menakutkan Suhada Abd. Hamid, 28, dan Maznah Md. Rehat, 49, dengan menyatakan akan menghancurkan mereka berdua dan barang-barang kedai jika wang tidak diserahkan kepadanya.
Manakala pertuduhan kedua, Mazatul Amira didapati melakukan khianat ke atas harta kedai milik Roslinah Bahar, 47, yang menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM2,661.
Kedua-dua kesalahan dilakukan di sebuah premis perniagaan di Jalan Payamas, di sini pada pukul 4.20 petang, 24 April lalu, lapor KOSMO online.
Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman denda sehingga tujuh tahun atau penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Manakala bagi pertuduhan kedua pula, dia dituduh mengikut Seksyen 427 kanun yang sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Mazatul Amira mengaku tidak mampu membayar denda sebelum mahkamah memutuskan hukuman penjara berjalan serentak selama 10 bulan bermula hari ini.
Terdahulu, prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syamilah Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat dalam satu kenyataan berkata, polis menahan wanita berkenaan selepas menerima laporan kejadian amuk di sebuah premis sehingga menyebabkan kerosakan harta kedai.
Beliau berkata, dalam kejadian Sabtu lalu, Mazatul Amira telah memeras ugut dua pekerja kedai kosmetik yang juga kenalannya bagi mendapatkan wang berjumlah RM1,000.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka enggan menyerahkan wang diminta sebelum tertuduh bertindak agresif melakukan kerosakan dengan memecahkan barangan kosmetik di kedai berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Sushi ialah salah satu makanan tradisional yang popular di Jepun dan kini turut digemari dan boleh didapati di Pasar Ramadan Jerantut dengan citarasa Melayu yang diolah semula oleh penjual sushi itu.
Sepasang suami isteri yang menjual sushi di Pasar Ramadan, Rohaizi Yazi Abu Hassan dan Qurratuainah Mohamed Ghani kedua-dua berusia 34, mula menjual makanan kegemaran Jepun itu pada September 2020 di Pasar Malam dan Pekan Sehari Jerantut.
Qurratuainah melayan pelanggan di Pasar Ramadan Jerantut.
Kata Qurratuainah, masyarakat Melayu tidak begitu gemar dengan citarasa Jepun kecuali golongan muda, maka dia beralih kepada olahan selera Melayu dan selain sushi selera Jepun, mula mendapat sambutan yang menggalakkan.
“Orang kita terutama golongan yang berusia mula menyukai sushi selera Melayu dengan menambah perasa rempah dan sedikit pedas, sejak itu saya dapat menjual di pasar malam dan pekan sehari Jerantut hampir 500 butir.
“Jualan di pasar Ramadan, saya hanya menyediakan 300 butir, tetapi pada situasi pandemik ini saya terus menyediakan dalam bentuk siap dibungkus pada harga RM4, RM5 dan RM10 kerana mula berniaga pada jam 4.30 petang sehingga 6.30 petang,” katanya.
Juadah sushi selera Melayu yang siap sedia dibungkus untuk dijual di Pasar Ramadan Jerantut.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur dan bahan untuk membuat sushi boleh didapati di pasar raya di Jerantut tetapi ada bahan perlu dibeli di Kuantan atau Kuala Lumpur.
“Sebelum menjual sushi saya pernah menjual makanan ringan seperti donut, tetapi oleh kerana tiada peniaga yang menjual sushi di Jerantut, maka saya memberanikan diri menjual juadah ini.
“Saya berharap jualan sushi selera Melayu akan menjadi popular dan merancang akan membuka kiosk di bandar Jerantut dengan jenama sendiri,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PELAJAR ASRAMA SEKOLAH, KOLEJ VOKASIONAL DI PKPD TAK BOLEH PULANG HARI RAYA
KUALA LUMPUR: Pelajar asrama sekolah dan Kolej Vokasional (KV) di bawah Kementerian Pendidikan yang berada di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti perayaan Aidilfitri.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor pendidikan untuk PKPD juga menetapkan tiada individu dari sekolah dan KV dibenarkan keluar atau masuk ke atau dari kawasan terlibat.
“Tiada tetamu dan pelawat luar dibenarkan masuk dalam tempoh PKPD berkuat kuasa. Semua aktiviti persekolahan secara fizikal dan kokurikulum ditangguhkan sepanjang PKPD,” demikian menurut SOP sektor pendididikan yang dikongsikan MKN di laman Telegram rasminya.
Bagaimanapun, bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, pergerakan dibenarkan dengan syarat perlu mendapat kebenaran pihak polis selain wakil keluarga boleh menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
Semua pelajar bagi negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dibenarkan pulang secara berperingkat mulai 6 Mei dan kembali ke asrama pada 12 Jun.
Pelajar untuk negeri Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) pula dibenarkan pulang mulai 7 Mei dan kembali pada 13 Jun, lapor Bernama.
Bagi tujuan pergerakan pelajar, MKN menetapkan kenderaan sekolah atau sewa khas perlu disediakan sekiranya terdapat lebih 10 orang yang perlu merentas negeri atau zon bagi Sabah dan Sarawak, manakala kenderaan sendiri hanya boleh digunakan bagi pelajar yang tidak perlu merentas negeri dan terdapat 10 orang atau kurang yang perlu merentas negeri atau zon di Sabah dan Sarawak.
“Sekolah perlu menetapkan lokasi bagi menurunkan/mengambil murid di setiap negeri. Ibu bapa/penjaga boleh menjemput anak/anak jagaan di lokasi yang telah ditetapkan,” menurut SOP itu.
Bagi tujuan pengurusan kesihatan, semua pelajar perlu menjalani saringan kesihatan sebelum menaiki kenderaan yang disediakan oleh sekolah dan telah disanitasi, sentiasa memakai pelitup muka dan mematuhi SOP ditetapkan sepanjang perjalanan.
Selain itu, pelajar yang sihat sahaja dibenarkan kembali ke asrama dengan syarat mereka dan ahli keluarga yang tinggal serumah tidak dalam tempoh kuarantin atau kontak rapat individu positif Covid-19, selain perlu mengemukakan borang pengisytiharan kesihatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) bersetuju dengan langkah Kementerian Pendidikan mengumumkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk tahun ini dibatalkan sepenuhnya bermula tahun 2021.
Presidennya, Jasni Md Kechik berkata, pemansuhan kedua-dua ujian penilaian tersebut memberi lebih kuasa autonomi ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan lebih berkesan.
Jasni Md Kechik
Pengumuman itu telah dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin, selaras pemansuhan UPSR dan pembatalkan PT3, untuk melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk mengukur pencapaian murid terlibat.
Jasni berkata, Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan digunakan untuk pengambilan murid yang terlibat untuk kemasukkan ke sekolah berasrama penuh untuk tingkatan satu dan empat.
“Murid sekolah rendah, menggunakan kaedah pentaksiran PBD bermula tahun ini, oleh itu pentaksiran peringkat sekolah diadakan dapat diperkasakan dan tiada subjek yang tercicir kerana sebelum ini subjek yang tiada dalam UPSR sering dianaktirikan.
“Untuk makluman semua pemansuhan telah dibuat setelah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru dan murid. Malah turut melibatkan kesatuan guru, Majlis Guru Besar dan Majlis Pengetua Kebangsaan,” katanya.
Katanya, pemansuhan boleh memberi ruang kepada warga guru untuk menilaian secara holisitik dan sekali gus dapat meningkatkan pembentukan karakter pelajar dan tidak berasaskan peperiksaan (exam orientated).
“Diambil kira semasa penularan wabak Covid-19, kelas bersemuka sering terganggu, maka pentaksiran PBD dapat dijalan dengan lebih baik tanpa melibatkan pihak pusat KPM, pihak sekolah dan guru boleh menjalankan pentaksiran lebih adil dan telus kepada murid.
“Selain itu, tidak berlaku pengasingan murid kepada kelas terbaik hingga kelas yang dianggap terlemah,”katanya.
Bagi PT3 pula, antara asas dipertimbangkan adalah mengambil kira masa murid untuk buat persediaan secara bersemuka dengan guru, keadaan penularan pandemik belum dapat ditangani sepenuhnya dan keadaan semasa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Kira-kira 1,000 penduduk Sungai Putat, Kampung Doja dan Kampung Sungai Yap mengenai kesukaran mereka keluar ke bandar Jerantut dan yang bersekolah di Felda Padang Piol bakal mendapat jambatan Compact Bailey untuk menyeberangi Sungai Beletir tidak lama lagi.
Jambatan sepanjang 24 meter dan 5 meter lebar itu akan disiapkan dalam tempoh 3 hari oleh 80 orang anggota Rejimen Askar Di Raja Kor Jurutera daripada Kem Terendak, Melaka dan Kem Batu 3 Mentakab,Temerloh diketuai oleh Kolonel Mohd Hanapiah Harun daripada Kem Terendak.
Ahli Dewan Undangan Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, pembinaan jambatan bailey itu untuk menggantikan jambatan batang kelapa dan kayu hutan yang dibaikki lantai jambatan itu yang rosak sebelum ini oleh penduduk setempat.
Datuk Nazri Ngah dan Mohd Zakhwan melawat aggota tentera bersiap sedia untuk memulakan kerja pembinaan jambatan di Sungai Beletir
Katanya, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah telah memohon bantuan Kementerian Pertahanan untuk membaiki jambatan itu sebelum sambutan hari raya Aidil Fitri tidak lama lagi.
“Kerjasama daripada Menteri berkenaan (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) bersimpati dengan masalah penduduk di sini lalu segera meluluskan pembinaan jambatan Compact Bailey menggantikan laluan (jambatan) yang dibina menggunakan batang kelapa dan kayu hutan secara bergotong-royong pada minggu lalu.
“Bagi pihak kerajaan negeri dan penduduk di sini, saya melahirkan penghargaan terima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana cakna dengan aduan ini serta mengambil tindakan segera untuk membina jambatan yang lebih kukuh bagi menggantikan struktur binaan daripada batang kelapa dan kayu hutan,” katanya.
Sementara itu, Datuk Nazri Ngah berkata, apabila siap jambatan bailey nanti penduduk di tiga buah kampung kawasan itu dapat berulang alik ke bandar serta pelajar ke sekolah dengan selesa dan selamat.
Sementara itu, penduduk Kampung Sungai Putat, Mohd Zain Awang, 50, berkata, dia dan penduduk gembira mendapat tahu kerajaan akan menggantikan dengan pembinaan jambatan itu di Sungai Beletir kampung tersebut.
“Dengan siapnya jambatan ini, sambutan hari raya bertambah meriah kerana laluan itu menghubungkan tiga kampung dan sebagai jalan dekat untuk keluar ke bandar serta ke kebun sawit,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KANAK-KANAK SAKIT GENETIK, KETUMBUHAN INGIN NAIK KERETA PERONDA POLIS
MARAN : Awal kelahiran Mohd Aqil Aqmar Nordin adalah seperti bayi normal tetapi perubahan fizikal bermula di bahagian jari tangan dan kaki bayi itu mula membengkok ketika di usia bulan ketiga termasuk berlaku tulang mengeras dan usia 6 bulan kemudian berlaku perubahan seolah ketumbuhan di bahagian mulut.
Pasangan, Nordin Jasni, 39 dan Ros Asroini Muhammad, 39, apabila diuji oleh Allah memelihara anak bongsu yang kini berusia 4 tahun, yang menderita penyakit juvenile hyline fibromatosis disahkan oleh doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Nordin memangku Mohd Aqil , manakala gambar kecil Mohd Aqil di peringkat awal kelahirannya
Nordin berkata, pada awal kelahiran anak ketiga dari tiga beradik itu masih sempurna, tetapi kerap kali menangis dan menyangka merupakan tabiat bayi ketika lapar, buang air dan tidak selesa.
“Usia tiga bulan keadaan fizikal tangan, kaki termasuk kedua jari anggota berkenaan mulai membengkok dan tidak mampu menggenggam dan memasukkan jari ke mulut kebiasaan tabiat seorang bayi dan perubahan fizikal akibat penyakit ini berlarutan sehingga usia enam bulan apabila tulang belakang membengkok
“Kini tidak mampu meluruskan tangan, siku dan kakinya, malahan saya terkejut apabila ketumbuhan berlaku pada bahagian gusi dan mulutnya,” katanya di FELDA Hulu Jempol, dekat sini, semalan.
Nordin berkata, dia membawa anaknya mendapatkan untuk rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh dan doktor di situ meminta anaknya dirujuk kepada pakar di HKL untuk mengesahkan penyakit serta membuat rawatan susulan.
Katanya, dia dan isteri amat sedih melihat keadaan anggota tubuh Mohd Aqil Aqmar semakin tidak sempurna manakala ketumbuhan semakin membesar di bahagian mulut selain cuping telinganya juga membesar dan anaknya tidak ceria dan gembira ketika saat-saat hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
“Dia cuma berbaring secara mengiring sepanjang masa kerana tulang belakangnya membengkok dan hanya minum susu menggunakan tiub yang dipasang ke perutnya selepas menerima rawatan di HKL.
“Anak ini sudah dua kali membuat pembedahan pembedahan di HKL, iaitu menebuk leher untuk saluran pernafasan dan perut (saluran makan) pada 19 September tahun lalu dan membuang ketumbuhan di mulut dan gusi pada 14 April baru-baru ini dan nampaknya dia agak selesa membuka mulut dan bercakap,” katanya.
Ibunya dan kakaknya, keadaan wajah Mohd Aqil
Nordin berkata, anaknya kerap meminta ingin menaiki kereta peronda polis mengelilingi kawasan penempatan FELDA di situ walaupun sekejap kerana barangkali dia sudah meletakan cita-cita untuk menjadi anggota beruniform tersebut.
Dia dan isterinya berterima kasih kepada doktor Hosas Temerloh dan HKL kerana membantu merawat anaknya setiap bulan di samping motivasi menjaga keperluan kesihatan serta kebajikan semasa di rumah.
“Saya dan isteri reda dengan ujian Allah dan terus menjaga kesihatannya walaupun mengikut kata doktor pakar memang penyakit ini tiada peluang sembuh seperti keadaan dialami hari ini, malahan lebih teruk bakal ditempuh pada masa akan datang,” katanya.
Nordin berkata perbelanjaan peralatan kebersihan diri, makanan dan berulang alik ke HKL mencecah hampir RM900 sebulan sambil berharap kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), agensi tertentu dan para dermawan dapat membantu Mohd Aqil Aqmar.
“Saya berterima kasih kepada Zakat Pahang kerana memberikan bantuan kewangan enam bulan sekali sebanyak RM1,000 dan sedikit selesa menyediakan keperluan kebajikan anak ini, namun masih belum mencukupi sekiranya tanpa bantuan pihak tertentu.
“Bekerja sebagai buruh binaan kadang-kadang tidak menentu cuma RM1,000 sebulan, mana mampu saya membiayai belanja kebajikan serta keperluan anak ini di samping barang keperluan dapur termasuk belum lagi berbelanja pakaian baharu dua orang anak bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.
Orang ramai dan para dermawan yang ingin beramal jariah boleh menghubungi Nordin Jasni menerusi talian 011-37455906 atau sumbangan terus akaun Bank Rakyat bernombor 220301411912 (Nordin).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Tengku Afzan dekat sini melakukan proses sanitasi di sekolah berkenaan hari ini.
Proses itu dilakukan dengan kerjasama guru dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG Biro Ekonomi dan Keceriaan SM Tengku Afzan, Razak Daud berkata, proses sanitasi itu adalah antara usaha pihak sekolah untuk memastikan keselamatan pelajar.
“Kita harap dengan proses sanitasi ini dapat melindungi pelajar daripada terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit, terutama wabak COVID-19.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG Biro Ekonomi dan Keceriaan SM Tengku Afzan, Razak Daud
“Saya mewakili PIBG SM Tengku Afzan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya pegawai dan anggota JBPM Pahang, bomba sukarela dan ibu bapa yang meluangkan masa bersama-sama dalam memastikan kelancaran proses sanitasi hari ini,” katanya.
Proses sanitasi itu membabitkan semua kelas dan bangunan asrama sekolah bermula pagi tadi dan selesai kira-kira jam 1 petang.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH : “Memang seram kerana saya datang berseorangan dan perlu menunggu lama di kawasan tanah perkuburan Cina yang sunyi,” kata penghantar makanan, Muhamad Nur Zulkifar Azizi.
Muhamad Nur Zulfikar, 26, bapa seorang anak berusia lapan bulan memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi pengalamannya menunggu pelanggan selama 30 minit di jirat Cina Tasik Ipoh, di sini.
Kisahnya tular selepas memuat naik video di TikTok yang menunjukkan dia mengeluarkan bungkusan minuman di sebuah kawasan perkuburan.
Muhamad Nur Zulfikar dari Kampung Tersusun Tanah Hitam New Village, Chemor berkata, dia menerima pesanan itu kira-kira 6.46 petang kelmarin dan tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 7.15 malam.
Setibanya di situ, Muhamad Nur Zulfikar cuba menghubungi pelanggan terbabit beberapa kali, tetapi tidak dijawab.
“Saya sangka dipermainkan kerana pernah terkena sebelum ini, salah satunya di sebuah kawasan hutan. Namun, saya tunggu juga pelanggan itu walaupun berasa seram kerana hari sudah malam.
“Setengah jam kemudian, baru pelanggan itu muncul dan rupanya dia tidak perasan panggilan saya kerana sibuk menggali kubur,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Muhamad Nur Zulfikar, pelanggan itu memohon maaf kerana kelewatannya mengambil enam minuman yang dipesannya.
Katanya, apa yang berlaku tidak membuatkan dirinya serik kerana menganggap ia sebagai lumrah pekerjaannya.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Saya sudah memilih pekerjaan ini, jadi perlu kentalkan hati saja untuk menerima cabaran. Lagipun, saya tidak boleh beredar begitu saja tanpa menghantar pesanan kerana ia boleh menjejaskan prestasi kerja.
“Disebabkan itu saya tunggu juga dan mujurlah ia bukan prank atau cubaan jenayah,” katanya.
Mengulas mengenai videonya yang tular, Muhamar Nur Zulfikar berkata, ada pihak menganggapnya sebagai kelakar, tetapi tidak kurang juga prihatin kerana bimbang dengan keselamatannya.
“Rata-rata netizen mengingatkan saya supaya berhati-hati dan saya hargai keprihatinan mereka.
“Cuma, cabaran kerja saya ini sukar diduga kerana pernah hampir dirompak ketika dalam perjalanan ke bank untuk memindahkan wang bernilai RM900 pada Ogos lalu, namun terselamat,” katanya yang juga aktif memberi makan kepada gelandangan dan petugas barisan hadapan dengan rakan penghantar makanan yang lain.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas sebuah lori dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai di sini semalam ditemui mati hari ini.
Mayat mangsa, K. Palaniappan, 66, ditemui kira-kira pukul 11.20 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat di dalam sungai berkenaan di sekitar kawasan kejadian.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya membuat pencarian di dalam kawasan radius satu kilometer dari tebing sungai berkenaan sebelum mayat mangsa ditemui.
“Mayat kemudiannya dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada polis dan operasi ditamatkan pukul 11.36 pagi,” katanya kepada pemberita hari ini, lapor KOSMO! Online.
Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang selepas lori 10 tan yang dipandunya terjunam ke dalam sungai tersebut semalam.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.10 malam sebelum bergegas ke lokasi.
Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai rakaman kejadian memaparkan seorang lelaki berjalan kaki menuju ke arah sebuah lori yang diparkir di tepi sungai.
Lelaki itu dilihat menaiki bahagian tempat duduk pemandu sebelum kenderaan terbabit meluncur ke hadapan dan menjunam ke dalam sungai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!