SEBERANG PERAI – Seorang lelaki mabuk maut selepas ditikam beberapa kali oleh rakannya yang juga sedang mabuk di sebuah pangsapuri di Taman Desa Jawi, Nibong Tebal di sini awal pagi tadi.
Mangsa yang merupakan pemandu lori berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) kira-kira empat jam selepas kejadian itu berlaku di rumah suspek kira-kira pukul 3.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Lee Chong Chern berkata, kejadian tercetus selepas suspek berusia 27 tahun serta mangsa yang juga jirannya mahu pulang ke rumah selepas keluar minum dan mabuk.
Beliau berkata, isteri suspek berusia 23 tahun telah menegur suaminya agar tidak membuat bising.
Menurutnya, akibat teguran itu suspek memukul wanita itu di ruang tamu rumah sambil dilihat oleh mangsa dan seorang saksi iaitu wanita berusia 50 tahun yang menyewa bilik.
“Menurut saksi, dia nampak suspek memukul isterinya sebelum melihat suspek mengambil dua anaknya yang masih kecil dan membawa masuk ke dalam bilik, manakala mangsa turut berada di situ.
“Saksi itu terdengar bunyi bising (sekali lagi) sebelum dia keluar (bilik) dan nampak suspek telah menikam belakang badan mangsa dengan pisau,” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, saksi dan isteri suspek cuba menghalang, namun lelaki yang bekerja sebagai pengutip sawit itu terus menikam mangsa berkali-kali, bahkan sehingga terkena pada lengan saksi, lapor BH ONLINE.
“Mangsa yang cedera sempat meminta saksi menghubungi ambulans, namun dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSB kira-kira pukul 7.15 pagi.
“Siasatan lanjut mendapati terdapat tujuh kesan tikaman pada badan mangsa, manakala polis merampas sebilah pisau berhulu warna oren sepanjang 25 sentimeter di tempat kejadian,” katanya lagi.
Menurut Chong Chern, suspek turut ditangkap selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WARGA EMAS POSITIF COVID-19 DITEMUI BERSEMBUNYI DI KEBUN
KINABATANGAN: Seorang warga emas positif COVID-19 yang melarikan diri ketika mahu dibawa ke hospital ditemui bersembunyi di sebuah kebun di Kampung Kuala Tongod, di sini, petang Isnin.
Lelaki berusia 69 tahun itu ditemui penduduk kampung kira-kira jam 6.30 petang, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di Tongod, kemudian mengambil lelaki berkenaan untuk dibawa ke hospital.
“Pada jam 6.50 petang, polis menyerahkan warga emas berkenaan kepada petugas KKM,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.
Terdahulu, kira-kira jam 11 pagi Isnin, warga emas itu dikatakan melarikan diri ketika hendak dibawa ke Hospital Sandakan untuk rawatan selepas didapati positif COVID-19.
Dalam kejadian itu, sepasukan petugas KKM pergi ke kampung berkenaan untuk membuat makluman dan persediaan membawa individu yang disahkan positif COVID-19 ke Hospital Sandakan untuk rawatan.
Petugas kemudian membuat tinjauan ke rumah lelaki berkenaan dan mendapati warga emas itu sedang mengemaskan barang-barang di luar rumahnya, lapor HM online.
Petugas menyangka lelaki itu sedang bersiap untuk dibawa ke hospital, namun mereka mendapati lelaki itu menghilangkan diri tidak lama kemudian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUCHING: Seorang wanita warga emas sempat keluar menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan kediamannya di Taman Desa Wira, Batu Kawa di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa Jelani Sat, 63, berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
Jelasnya, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 11 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan Padungan ke lokasi.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 800 kaki persegi telah musnah 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, kebakaran itu juga mengakibatkan sebuah kereta yang diletakkan di pekarangan rumah terbabit musnah 80 peratus.
Menurutnya lagi, bomba bertindak membentang satu aliran 100 kaki dan dua salur bantu mula sumber air dari jentera, lapor Sarawak Post.
Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.47 pagi selepas api berjaya dikawal pada jam 11.28 pagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti lokasi persembunyian usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang sedang dikesan pihak berkuasa negara ini.
Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed enggan mendedahkan lokasi sebenar Nur Sajat kerana dikhuatiri menganggu siasatan.
“Kita tahu, cuma saya tak boleh dedahkan kerana ia adalah sebahagian daripada siasatan,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara maya di sini, pada Isnin.
Terdahulu, Polis Ampang Jaya dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sedang mengesan usahawan kosmetik kontroversi itu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.
Nur Sajat merupakan seorang saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.
Menurut kenyataan itu, Nur Sajat dikesan beralamat terakhir di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu, Media sebelum ini melaporkan, Nur Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas diburu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.
Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu, lapor KOSMO online
Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
54 INDIVIDU DIKENAKAN KOMPAUN JOGING, LEPAK DI JAMBATAN
KLANG: Gara-gara berkumpul dan berjoging sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Sekatan Pergerakan Penuh, seramai 54 individu dikenakan kompaun di Jambatan Raja Muda Nala, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tindakan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam terhadap aktiviti di lokasi berkenaan.
“Tinjauan dijalankan kira-kira jam 6 petang mendapati terdapat ramai orang awam telah meletak kenderaan berdekatan tempat halangan batu di lokasi berkenaan, lapor Sinar harian.
“Selain itu terdapat aktiviti berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang telah ditutup,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Seramai 54 individu telah dikenakan kompaun bernilai RM2,000 setiap satu kerana berjoging dan lepak di Jambatan Raja Muda Nala.
Katanya, sehubungan itu, seramai 54 individu telah dikenakan kompaun bernilai RM2,000 setiap satu.
“Kompaun dikeluarkan terhadap mereka yang berada di lokasi aduan, bantuan turut diberikan oleh Ibu Pejapat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan menghantar Team Enforcement IPK Selangor,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Rakaman video tular yang memaparkan kelibat seorang nenek melintas jalan di Jambatan Binjai Manis Ketereh, Kelantan pada jam 3 pagi baru-baru ini akhirnya terjawab apabila individu tersebut disahkan manusia biasa.
Perkara itu didedahkan pengendali laman Facebook Hello Kelantan yang memuat naik gambar warga emas tersebut hari ini namun maklumat seperti nama, umur dan mengapa dia berjalan bersendirian tidak diketahui.
“Ini mak cik yang dipercayai ditemui pada pada jam 3 pagi di kawasan Jambatan Binjai Manis Ketereh yang tular di media sosial baru-baru ini sehingga menimbulkan pelbagai persepsi.
“Bahaya berjalan seorang diri malam-malam. Semoga Allah panjangkan usia dan permudahkan urusan mak cik,” tulis kapsyen hantaran tersebut.
Video dengan muzik latar yang agak menyeramkan itu sebelum ini menarik perhatian netizen yang kebanyakan mereka menyifatkan warga emas berkenaan sebagai jelmaan makhluk halus.
“Mungkin mak cik ini ada penyakit nyanyuk atau sebagainya. Tolonglah pantau kasihan dia,” kata seorang pengguna media sosial bernama Nur Nunu.
“Bahaya mak cik awal-awal pagi lintas jalan dalam gelap. Kereta laju-laju semua bimbang jika jumpa penyamun, haiwan buas. Kami doa mak cik sihat dan kalau hendak keluar bawa lampu suluh,” tulis netizen bernama Ayzoll AZ.
“Biasanya kalau jumpa jam 2 pagi hingga 5 pagi itu mungkin orang kampung hendak pergi menoreh getah. Orang dulu-dulu memang hati kental,” ulas seorang lagi netizen. – K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BATU PAHAT – Seorang pekerja penyelenggaraan ditemui tidak sedarkan diri dalam lubang saluran kumbahan di sebuah pasar raya tempatnya bekerja pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa Yazali Yakub, 54, disahkan meninggal dunia ketika pegawai kesihatan melakukan pemeriksaan.
Katanya, sebelum itu Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) menerima panggilan daripada orang awam pada jam 8.20 malam yang memaklumkan seorang lelaki dijumpai tidak sedarkan diri dalam lubang saluran air kumbahan.
Lelaki terjatuh dalam lubang saluran kumbahan.-Foto Bomba.
“Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam lubang sedalam kira-kira empat meter,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Ismail memberitahu, mayat di hantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, seramai sembilan anggota bomba dengan kekuatan sebuah jentera Fire Rescue Tender ( FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Batu Pahat terlibat dalam operasi mengeluarkan mangsa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang bersetuju mewartakan Taman Negeri Tasik Chini seluas 4,600 hektar sebagai Hutan Simpan Chini bagi memastikan kawasan hutan itu dipelihara dan diuruskan dengan baik selari dengan Dasar Perhutanan Negara.
Bagi memastikan kelestarian alam sekitar Tasik Chini, Kerajaan Negeri Pahang juga bersetuju agar ‘tiada kelulusan baru’ untuk melombong di kawasan terbabit.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, tidak dinafikan masih terdapat kegiatan perlombongan di situ namun ia bukan baharu seperti ditularkan dan kawasan lombong sedia ada tidak termasuk dalam Hutan Simpanan Kekal.
Pemandangan indah di Tasik Chini, tasik terbesar semulajadi di Malaysia.-Gambar Media Sosial.
“Operasi perlombongan di situ dikenakan syarat-syarat tambahan yang ketat bagi memastikan tiada pencemaran daripada aktiviti tersebut. Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) juga perlu disediakan oleh pihak berkenaan.
“Kebenaran itu tentunya bukan mudah dan perlu melalui pelbagai proses melibatkan tindakan pihak berkuasa negeri dan agensi kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), “katanya melalui Facebooknya, semalam.
Katanya, kuasa kerajaan negeri dalam perkara itu berdasarkan Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001 manakala kuasa kerajaan Persekutuan mengikut Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525) menerusi skop kebenaran pengoperasian sesuatu aktiviti perlombongan.
Gambar dari udara, Tasik Chini dipercayai dijarah,-Foto Media Sosial
“Ia bermaksud, kegiatan melombong di sesuatu kawasan tidak akan mendapat kelulusan jika tidak melibatkan kerajaan negeri dan Persekutuan. Pelbagai aspek diambil kira terutamanya alam sekitar supaya tiada pencemaran daripada kegiatan itu.
“Kerajaan negeri komited melaksanakan aspek pemulihan dan pemuliharaan Tasik Chini yang diisytiharkan sebagai tapak rezab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2009,” katanya.
Shakar berkata, pada 2019, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan Projek Tanam Semula berjumlah RM250,000 bagi menanam semula pokok tutup bumi di bekas lombong. Ini bermakna, kawasan lombong tersebut akan dipulihkan selepas operasinya tamat.
Pada 9 Jun 2021, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang mengesahkan bahawa kualiti air Tasik Chini sehingga kini dikategorikan bersih berdasarkan pemantauan yang dilakukan jabatan berkenaan.
“Dapatan ini berdasarkan pemantauan bermula tahun 2005 lagi, sejak Tasik Chini dianugerahkan status Rizab Biosfera oleh UNESCO pada Mei 2009 di bawah program Manusia dan Biosfera yang dikoordinasi oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).
Dipercayai aktiviti perlombongan dijalankan.- Gambar Media Sosial.
“Terdapat 15 stesen pemantauan kualiti air Tasik Chini di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan, dengan kekerapan pemantauan sekali sebulan di setiap stesen,” katanya.
Parameter-parameter utama yang diukur ialah Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Pepejal Terampai (SS), Nitrogen Amonia (AN) dan Besi (Fe). Walaubagaimanapun terdapat juga sememangnya mempunyai bacaan parameter-parameter yang lain.
Katanya, secara umumnya didapati bahawa, data kualiti air bagi tahun 2020 dan 2021 (sehingga Mac) menunjukkan kualiti air Tasik Chini dalam kategori bersih.
“Usaha pemulihan dan pemuliharaan Tasik Chini telahpun dimulakan dan tentunya proses itu akan mengambil masa agak panjang dalam usaha memastikan Tasik Chini kembali pulih.
“Dalam tempoh itu, agensi-agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar, dan Jabatan Perhutanan akan terus membuat pemantauan bagi memastikan tiada pencemaran daripada aktiviti perlombongan di Tasik Chini,” katanya.
Katanya, untuk jangka masa pandangan, kerajaan juga sedang menyiapkan Enakmen Biodiversiti Negeri Pahang bagi dibentangkan di dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, agar dijadikan undang-undang, supaya mempastikan kerajaan negeri mempunyai punca kuasa untuk kita menjaga fauna dan flora untuk warisan akan datang.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Shah Alam: Suami kepada usahawan dalam talian, Siti Suriani Wahiddin atau Siti Jamumall sudah membuat laporan polis berhubung kejadian bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi lain, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, suaminya, Mohammad Syafiq Irfan Azman, 23, yang menyedari tanda nama pada kaki bayi itu berbeza dengan nama isterinya.
“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam ada menerima laporan polis pada hari ini mengenai tertukarnya bayi. Kes diklasifikasi sebagai ‘Rujuk Majistret’.
“Laporan dibuat oleh bapa bayi itu pada jam 9 pagi tadi.
“Menurut laporannya, ketika dia hendak gunting tag pada bayi itu, dia menyedari nama ibu pada tag itu bukan nama isterinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baharudin berkata, pihaknya tidak akan memanggil pihak hospital swasta terbabit untuk diambil keterangan.
Bagaimanapun, pihaknya yang membuat semakan dari sudut perundangan sama ada terdapat kesalahan lain.
Terdahulu, media melaporkan kejadian itu dikongsikan sendiri oleh Siti Suriani, 23 melalui Facebook (FB) Live bermula jam 7.40 malam semalam.
Wanita itu dilaporkan berkata, dia melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Shah Alam, awal pagi Jumaat dan pihak hospital membenarkan dia serta bayinya pulang ke rumah, semalam, lapor HM online.
Bagaimanapun, dia menyedari bayi itu bukan anak mereka ketika suaminya mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu mendapati ia milik wanita lain dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuching : Seorang lelaki yang sedang menjalani rawatan Covid-19 berjaya ditahan semula enam jam selepas dia melarikan diri dari Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini.
Lelaki berusia 28 tahun itu disedari hilang dari katil di Wad Perubatan Lelaki di Tingkat 6 HUS, pada jam 8.15 pagi tadi.
Kakitangan HUS cuba menghubungi telefon bimbit lelaki yang berasal dari Kampung Tambirat Hilir, Asajaya itu, namun gagal.
Berikutan itu, pihak hospital menghubungi Balai Polis Sentral, Kuching untuk mendapatkan bantuan mengesan lelaki terbabit.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, susulan maklumat itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menubuhkan pasukan khas untuk melancarkan Ops Kesan.
Beliau berkata, pasukan terbabit berjaya mengesan lelaki itu di kawasan berdekatan tebing sungai di Satok kira-kira jam 2.30 petang.
“Lelaki itu sudah diserahkan semula kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)” katanya, lapor BH ONLINE.
Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!