GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terputus dua selepas dipercayai terjatuh dari koridor tangga di tingkat 26 sebuah kondominium di Bayan Lepas di sini kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Mayat lelaki yang belum dikenalpasti identiti itu dijumpai seorang tukang cuci bangunan semasa dia dikatakan sedang membersihkan kawasan taman di aras enam perumahan berkenaan.
Pekerja lelaki itu dikatakan tergamam sebaik melihat keadaan mangsa yang terputus dua dari bahagian kepala ke pinggang manakala pinggang ke kaki dipercayai terkena tembok batu besar di situ.
Kematian lelaki tersebut telah disahkan oleh pasukan Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi kejadian.
Difahamkan, polis turut menemui selipar dipercayai milik lelaki tersebut berdekatan tangga, lokasi dia dipercayai terjatuh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal, ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian itu. – K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAYUAN TUNGGAKAN CUKAI RM 1.69 BILION NAJIB DIJADUAL SEMULA KE 11 OGOS
Mahkamah Rayuan menetapkan 11 Ogos ini sebagai tarikh baharu bagi mendengar rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan beliau membuat pembayaran RM1.69 bilion yang tertunggak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Peguam Najib, Wee Yeong Kang ketika dihubungi berkata rayuan pada mulanya dijadual untuk didengar hari ini, namun ia dilapangkan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Pendengaran rayuan kini dijadualkan pada 11 Ogos,” katanya selepas perkara berkenaan hari ini dijadikan sebagai pengurusan kes secara dalam talian oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman.
LHDN diwakili oleh Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus.
Pada 22 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Najib kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan.
Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran itu kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.
Pada 4 Feb lepas kerajaan melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap Najib selaku penghutang kerana gagal membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion yang ditetapkan Mahkamah Tinggi.
Pada 14 Jun Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menggantung pelaksanaan perintah bahawa beliau perlu membayar cukai tertunggak sebanyak RM1.69 bilion kepada LHDN.- Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Sedang leka membungkus dadah seorang lelaki Melayu berusia 27 tahun tidak sedar rumahnya diserbu dan dicekup polis hasil maklumat orang awam di sebuah rumah di Taman Saujana Indah, di sini, pada jam 10.45 pagi pada 14 Jun 2021, lalu.
Lelaki tersebut sanggup menyewa sebuah rumah inap harian (homestay) di taman itu untuk memproses pembungkusan dan mengedar dadah telah diberkas oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut dalam Ops Tapis.
Semasa serbuan di rumah berkenaan polis telah telah menjumpai dan merampas dadah jenis Syabu seberat 50.38 gram, alat penimbang digital dan mesin pembungkusan plastik.
Ketua Polis Jerantut, Suprintendan Mazlan Hassan berkata, ketika serbuan, suspek sedang leka membungkus dadah dan tidak menyedari kehadiran polis serta menyerbu masuk ke rumah inap itu.
Ketua Polis Jerantut, Suprintendan Mazlan Hassan berkata, ketika serbuan, suspek sedang leka membungkus dadah dan tidak menyedari kehadiran polis serta menyerbu masuk ke rumah inap itu.
“Polis menemui dadah jenis Syabu seberat 50.38 gram yang bernilai RM7,000 dalam pemeriksaan di rumah inap berkenaan dan dipercayai melakukan kerja pembungkusan dadah untuk segera diedarkan kepada penagih di daerah ini berdasarkan penemuan mesin pembungkusan plastik dan alat penimbang digital.
“Suspek yang tinggal di sebuah taman perumahan bandar ini juga mempunyai rekod lampau jenayah dadah, iaitu di bawah Seksyen 12 (2), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) ADB 1952 dan didapati positif dadah Methaphetamine akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di Ibupejabat Polis Daerah di sini, hari ini.
Katanya, polis Jerantut akan terus giat menggempur aktiviti dadah di daerah ini menerusi OPs Tapis ke atas pengedar dan penagih antaranya melibatkan sasaran golongan remaja di kawasan bandar, kampung tradisional dan seluruh kawasan Felda.
Dadah yang dibungkus dan alat pembungkus yang dijumpai ketika menyerbu rumah tersebut.-Foto PDRM
“Polis juga berterima kasih kepada orang ramai yang membuat laporan mengenai kegiatan dadah di tempat masing-masing sambil berharap kerjasama erat ini diteruskan pada masa akan datang bagi memudahkan usaha pembenterasan aktiviti mengedar dan penagihan dadah.
“Orang ramai yang mempunyai semua maklumat jenayah diharap membantu polis dengan menyalurkan maklumat kepada IPD Jerantut menerusi talian 09-2662222 sambungan 262,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
POLIS SIASAT INSIDEN PENGUAT KUASA PBT REBUT TELEFON PENJAJA
PASIR MAS – Polis membuka kertas siasatan berhubung rakaman video pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) berebut telefon dengan seorang penjaja kecil di sebelah sebuah bank di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kertas siasatan dibuka selepas anggota itu hadir ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kes tersebut apabila klip video berkenaan tular di media sosial.
Menurutnya, berdasarkan laporan pegawai PBT itu, dia bersama tujuh lagi anggota mengadakan operasi penguatkuasaan di sebelah sebuah bank di bandar Pasir Mas terhadap penjaja tanpa lesen yang menyebabkan halangan di tempat awam.
Katanya, semasa operasi dijalankan seorang lelaki yang merupakan penjaja nasi bungkus telah membuat rakaman melalui telefon nya, lapor KOSMO online.
“Pegawai PBT itu telah menghalang lelaki tersebut daripada terus membuat rakaman sebelum berlaku pergelutan antara mereka. Lelaki berkenaan telah mengeluarkan kata-kata kesat selain menghalang anggota PBT menjalankan tugas.
“Penjaja itu dipercayai tidak memberi kerjasama apabila anggota penguat kuasa PBT memintanya menyerahkan kad pengenalan untuk mengeluarkan kompaun selepas berniaga di ruang petak tempat letak kereta selain alat pengimbas suhu di gerainya didapati rosak” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.-
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MASUK IPD KUALA LANGAT MENYAMAR POLIS, DOKTOR DITAHAN
KUALA LANGAT – Tindakan seorang penganggur yang menyamar menjadi pegawai kanan polis dan memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat membawa padah apabila ditahan pihak berkuasa.
Suspek berusia 34 tahun itu ditahan ketika tampil ke IPD berkenaan semasa menemani teman wanitanya untuk membuat laporan berhubung perselisihan faham dengan rakan kongsi niaganya.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, kejadian itu berlaku pukul 4 petang pada 4 Jun lalu.
Katanya, berdasarkan siasatan, teman wanita suspek berusia 39 tahun mendakwa rakan kongsinya menggunakan modal perniagaannya berjumlah RM5,000 untuk membuat pengubahsuaian di pusat latihan tanpa pengetahuannya.
“Suspek lelaki kemudiannya memperkenalkan dirinya dengan nama Shah berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur manakala teman wanita pula mendakwa dia merupakan seorang doktor perubatan di sebuah hospital swasta di Klang.
“Mereka mengarah pegawai penyiasat berpangkat inspektor menyiasat kes secara mendalam, pegawai bertugas kaunter itu mula curiga dengan tingkah laku dan perwatakan lelaki yang menyatakan nombor badannya adalah G17058 tetapi tidak menunjukkan kad kuasa ketika diminta.
“Polis bertugas bertanya sama ada suspek mengenali Ketua Polis Daerah Kuala Langat yang juga bekas Pegawai Turut D9 Kuala Lumpur dan akhirnya suspek terkejut apabila penyamarannya akhirnya terbongkar,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Tambah Ahmad Ridzwan, hasil siasatan, suspek mengaku dia menyamar sebagai pegawai polis untuk memastikan laporan teman wanitanya itu disiasat dengan cepat.
Menurut Ahmad Ridhwan, semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod kesalahan jenayah lampau menyamar sebagai pegawai kanan polis Bukit Aman.
Ujar beliau, teman wanita suspek berkenaan turut ditahan kerana menyamar diri sebagai seorang doktor hospital swasta.
“Laporan yang dibuat oleh suspek adalah benar bagaimanapun tindakan penyamaran sebagai pegawai polis adalah salah kerana mengarahkan polis bertugas bertindak ke atas rakan perniagaan, lapor mG
“Mereka bercinta lebih lima tahun dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.
“Polis akan melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada timbalan pendakwaraya untuk arahan lanjut,” tegasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WANITA RENTUNG, VAN TERBAKAR SELEPAS BERLANGGAR SUV
Kuala Kangsar: Wanita ditemui rentung apabila van dipandunya terbakar selepas terbabit nahas dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) di persimpangan lampu isyarat dekat Taman Bunga Raya, Talang di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak ketika dihubungi memaklumkan mangsa berumur 38 tahun tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sebelum itu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar diketuai Ahmad Izuan Zakaria, dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 5.55 petang.
“Van mangsa terbakar 90 peratus, manakala mangsa terperangkap di dalam kenderaan. Pemandu SUV jenis Nissan X-Trail pula tidak cedera, lapor HM online
“Mayat mangsanya dikeluarkan sejurus api dipadamkan dan diserah kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi itu tamat sepenuhnya pada jam 7.12 malam. Video/gambar: Bomba/media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Georgetown: Suspek yang bertindak agresif ketika cuba melarikan diri daripada polis di Jalan Batu Uban 2 di sini, pagi tadi, mengaku berada di bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan awal mendapati, suspek memperoleh dadah itu daripada rakannya di Bayan Lepas, untuk kegunaan sendiri.
Namun Soffian berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada dadah itu turut diagih kepada rakannya yang lain.
“Kita percaya suspek melarikan diri kerana bimbang tindakannya menyimpan dadah diketahui polis.
“Suspek sudah bercerai dengan isterinya dan memiliki seorang anak,” katanya.
Soffian ditemui ketika meninjau lokasi lelaki berusia 61 tahun yang meninggal dunia akibat dilanggar suspek di Jalan Perak di sini, ketika suspek cuba lari daripada polis.
Mengulas lanjut, Soffian berkata, pihaknya sudah mendapatkan rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran bagi melakukan siasatan lebih menyeluruh insiden mangsa dilanggar suspek.
Katanya, berdasarkan siasatan awal terhadap rakaman CCTV itu, mangsa dilanggar Perodua Myvi dipandu suspek ketika sedang melintasi lampu isyarat.
Akibat rempuhan, mangsa melambung sebelum digilis kereta dipandu suspek ketika melarikan diri.
“Kami masih mengesan waris mangsa bagi tujuan tuntutan selepas proses bedah siasat dijalankan esok.
“Suspek akan dipohon reman jam 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Pulau Pinang bagi membantu siasatan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Soffian berkata, pihaknya sudah berhubung dengan wakil di Konsulat Indonesia bagi membuat pengesahan mengenai jaket dipakai suspek yang mempunyai logo konsulat itu.
“Suspek mengaku memperoleh pakaian itu dua bulan lalu daripada bapa saudara rakannya yang bekerja di konsulat berkenaan, lapor BH ONLINE
“Pihak konsulat juga bimbang sekiranya suspek pernah bekerja dengan mereka namun kita sudah maklumkan kepada mereka (siapa suspek),” katanya.
Pada kejadian jam 6.40 pagi, suspek berusia 46 tahun bertindak agresif dan melarikan diri sebelum dikejar polis selama kira-kira 25 minit.
Tiba di Jalan Perak, suspek melanggar seorang lelaki sebelum memecut di Jalan Van Praagh.
Polis terpaksa melepaskan empat das tembakan kerana suspek terus bertindak agresif malah hampir melanggar polis ketika melalui Jalan Batu Uban 2.
Pemeriksaan pada suspek menemukan tiga paket heroin seberat 13 gram.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GERIK: Pengawal Keselamatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat Fasa ll, Gerik – Kupang berhadapan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bintang Hijau, kira-kira jam 6.10 pagi tadi.
Mohamad Amirul Ahmad, 21, yang tinggal di Kampung Permatang Gelok, Alor Setar, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan treler yang keluar dari kawasan R&R berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Zulkifli Mahmood, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.20 pagi dan siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan motorsikal ditunggangi mangsa berseorangan dan treler yang dipandu, Mohd Saufi Yaakub, 54, dari Kampung Kandis Telong, Bachok, Kelantan.
Katanya, kejadian berlaku ketika treler tanpa muatan itu yang keluar dari R&R berkenaan dan membelok ke kanan, dan pada masa sama motosikal ditunggangi mangsa tiba dari arah Gerik ke Baling.
“Motosikal ditunggangi mangsa gagal mengelak dan melanggar bahagian tengah treler.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil bedah siasat mendapati kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala. Pemandu lori tidak cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor BH ONLINE.
Sementara itu. Komander Operasi, Kamarul Ariffin Abdul Ghani dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, berkata mangsa tersepit dan tidak sedarkan diri, dipercayai sudah meninggal dunia.
“Anggota mengeluarkan mangsa tanpa menggunakan peralatan khas,” katanya.
Kamarul Ariffin berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut dan operasi tamat jam 8.05 pagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seremban: Pasangan kekasih ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan penemuan bayi di hentian bas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Sendayan di sini, semalam.
Lelaki dan wanita berkenaan ditahan pada 7.30 malam di Garden Avenue Seremban 2 di sini, selepas tujuh jam bayi terbabit ditemukan.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pasangan berusia 26 dan 23 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini untuk permohonan reman.
Menurutnya, mereka ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, lapor HM online.
Semalam, seorang pekerja pembersihan di SMK Sri Sendayan menemui bayi terbabit pada 11.58 pagi.
Bayi yang dipercayai berusia dua hari itu dibalut dengan tuala dan diletakkan di dalam kotak sebelum ditinggalkan di situ.
Bayi berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban untuk pemeriksaan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditanya selebriti Afdlin Shauki pada program bual bicara malam ini mengenai proses vaksin yang sangat rumit di Malaysia.
Afdlin memberi contoh laporan pemberian vaksinasi di luar negara yang pantas dengan berbagai kaedah termasuk cara pandu lalu.
“Jawabnya bengong, menyampah aku dah.
“Selalu saya jaga bahasa. Tetapi ini saya cakap lepas sajalah,” kata Anwar.
“Ini duduk isi-isi borang tak habis lagi. Apa ini? Orang mati,” tegasnya mengulas proses birokrasi program imunisasi negara.
Afdlin Shauki wawancara Datuk Seri Anwar Ibrahim
Setakat tengah hari ini, 101 kes kematian baru dilaporkan dengan jumlah keseluruhan korban seramai 4,069 orang.
Sementara itu, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 922 pesakit sedang dirawat di UCU dengan 450 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Pun begitu, Anwar berkata sekarang ini berlaku sedikit perubahan dalam kelancaran vaksin.
“Setelah digasak, selepas Tuanku Sultan Selangor tegur,” katanya.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Jun lalu menzahirkan rasa terkejut dan kecewa baginda apabila mendapat tahu hanya 615,210 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada negeri itu dan bukan 2.9 juta seperti didakwa sebelumnya.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Mohamad Munir Bani berkata baginda bertitah peruntukan itu adalah tidak adil kerana ia sama sekali tidak seimbang dengan populasi keseluruhan penduduk Selangor.
Katanya baginda turut mahu agar jumlah pusat pemberian vaksin (PPV) di Selangor ditambah, khususnya di kawasan luar bandar.
Sementara itu, Anwar malam ini juga memberitahu Afdlin, dia turut membangkitkan isu program imunisasi yang dikritik ramai sebagai perlahan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada 9 Jun lalu.
“Saya bila sembah laporan kepada Yang di-Pertuan Agong, saya beritahu Tuanku.
“Ampun Tuanku, rakyat sekarang banyak yang mati, yang boleh dielak kalau vaksin awal.
“Tuanku kata saya juga dapat maklumat dan sudah bagi tahu kepada kerajaan,” jelas ketua pembangkang itu.-MALAYSIAKINI
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!