KOTA SAMARAHAN – Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disahkan m@ut dalam kejadian tembakan yang berlaku di Kem TUDM di sini pagi tadi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.
“Siasatan awal mendapati kejadian tembakan berlaku ketika masa serah tugas apabila salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum bertindak menembak diri sendiri.
“Dua m@ngsa yang ditemb@k meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Aidi, mangs@ yang mengalami kecederaan parah sempat memandu kenderaan sendiri bagi mendapatkan rawatan di klinik tentera yang berada di dalam kem berkenaan.
“Mangsa yang parah pada bahagian perut meningg@l dunia ketika sedang menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan, lapor KOSMO online
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak serta Forensik Hospital Umum Sarawak telah hadir di tempat kejadian,” jelas beliau.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KANAK-KANAK JATUH SUNGAI KETIKA MEMANCING DITEMUKAN MATI LEMAS
Kuantan: Kanak-kanak lelaki yang terjatuh ketika memancing berhampiran jeti Kampung Belit Seberang Guai di Bera semalam, ditemukan lemas pada 9.20 pagi ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerusi kenyataan hari ini memaklumkan mayat Abtaham Baraq Mohd Khairuddin, 11, ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tersangkut pada jaring di sungai berkenaan.
Gambar Ihsan Bomba
“Mangsa dijumpai pada jarak 200 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh, dengan anggaran kedalaman 1.5 meter sebelum berjaya dibawa naik oleh Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA),” menurut kenyataan itu, lapor Bernama.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi mencari dan menyelamat yang bermula 7.06 malam semalam dengan pembabitan 16 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Triang, Bera serta Bukit Angin, Temerloh ditamatkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kangar: Pemilik kedai makan berdepan hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Majistret, di sini, atas dua pertuduhan mengedar ganja dan syabu awal bulan ini.
Tertuduh, Azharadziz Zainol, 37, bagaimanapun tidak direkodkan sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan Majistret Kamaliza Md Zain.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu ganja seberat 163.79 kilogram (kg) di sebuah rumah di Kampung Bohor Gandil, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar pada 4 Ogos lalu jam 11.15 pagi.
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu syabu seberat 3,139 gram (tiga kg) di rumah beralamat sama pada 5 Ogos lalu jam 1.45 tengah hari.
Sehubungan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta 15 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Yi Tying manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 15 Oktober hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, enam lagi suspek yang ditahan berkaitan kes pengedaran dadah berkenaan sudah dibebaskan sebelum ditahan semula untuk siasatan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985, lapor HM online
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad mengesahkan penahanan suspek berkenaan.
Minggu lalu, tujuh lelaki berusia 30 hingga 51 tahun ditahan di Perlis dan Selangor selepas didapati terbabit dengan sindiket pengedaran dadah jenis ganja dan syabu.
Dalam operasi itu, polis turut merampas dadah jenis ganja dan syabu bernilai RM603,920.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLUSTER TEMPAT KERJA, 12 ORANG ASLI MATI DI BATANG PADANG
IPOH – Sebanyak 12 kematian akibat Covid-19 dilaporkan membabitkan orang asli di daerah Batang Padang, setakat ini.
Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, daerah sama turut mencatatkan 1,159 orang asli telah dijangkiti wabak berkenaan.
Menurutnya, punca jangkitan yang dikenal pasti bermula daripada orang asli bekerja di kilang dan tempat kerja yang menjadikan kluster Covid-19 seterusnya merebak ke komuniti masing-masing.
“Tindakan kawalan jangkitan telah dijalankan melalui pengasingan dan rawatan di Pusat Kuarantin Risiko Rendah Covid-19 (PKRC) Sungkai khas bagi pesakit Covid-19 dalam kalangan orang asli.
“Turut dikenakan adalah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi 24 kampung terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Pada 9 Ogos, kerajaan mengenakan PKPD selama 14 hari bermula Rabu sehingga 24 Ogos ini ke atas 24 lokaliti perkampungan orang asli di daerah itu melibatkan Kampung Sungai Lah, Mukim Chendering; Kampung Menderang, Mukim Sungkai serta Kampung Senta, Kampung Chang dan Kampung Sanding di Mukim Bidor.
Gambar Hiasan
Sementara Mukim Batang Padang pula adalah Batu 6, Batu 7, Batu 7 ½, Batu 14, Batu 16, Batu 17, Batu 18, Batu 19, Kampung Kenderong, Kampung Sungai Rensa, Kampung Sungai Chendon, Kampung Sungai Odak, Kampung Ampangan, Kampung Pos Woh, Kampung Sungai Bot Dalam, Kampung Sungai Bot Luar, Kampung Sungai Tidong, Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Woh Intake.
Mengulas lanjut, Lay Ming berkata, setakat Jumaat, seramai 10,221 orang asli iaitu 45.5 peratus daripada jumlah keseluruhan komuniti itu di Perak telah menerima dos pertama vaksin COVID-19, lapor SINAR HARIAN
“Sasaran 80 peratus warga dewasa orang asli menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dijangka dicapai pada akhir Ogos ini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KERAJAAN PAHANG BERI BAUCER PENGINAPAN KEPADA PELANCONG
Kerajaan Pahang akan beri baucer kepada pelancong yang melancong ke negeri ini
BENTONG: Kerajaan Pahang akan memberi baucer pusat penginapan kepada pelancong yang melancong ke negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, dan Perladangan dan Komiditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, bantuan ini adalah julung kali yang diberikan oleh Kerajaan Pahang.
“Baucer yang akan diberikan oleh Kerajaan Pahang sebanyak RM30 dan RM20 kepada pengunjung yang menginap di hotel atau chalet di sekitar negeri ini untuk menampung pembiayaan bayaran penginapan pelancong.
“Contohnya, bilik yang dipilih berharga RM130, dapat baucer RM30, pelancong perlu membayar RM100 sahaja, oleh itu untuk mendapatkan baucer ini, pelancong perlu memohon melalui aplikasi PahangGO, “ katanya semasa semasa Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada pemandu pelancong dan pengusaha pusat penginapan di Chalet MamaPapa, di Janda Baik.
Bantuan baucer ni adalah percubaan julung kali oleh Kerajaan Negeri dan sekiranya mendapat sambutan, tawaran ini akan diteruskan.
“Baucer ini hanya untuk hotel atau chalet bajet sahaja dan diterima secara automatik apabila pelancong memohon melalui aplikasi PahangGO”, katanya.
Turut hadir, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim; Pegawai Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin; dan Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd Zulkifli Hashim.
Penerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP), Atal Abd Manap, 71, pemilik KZ@JB Homestay mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada industri pelancongan.
“Bantuan ini kami sudah terima sebanyak tiga kali, inilah yang dapat menampung serba sedikit perusahaan kami walaupun tidak boleh berniaga.
“Sebagai pemandu pelancong selama 15 tahun ini, kami berharap perancangan Tourism Pahang ini, kami dapat bekerja semula dan kami sedang buat persediaan”, katanya.
Seorang lagi pemandu pelancong, Nurul Aswad Akib, 39, dia merupakan pemandu pelancong untuk 101 Resort di Janda Baik mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang sudi memberi bantuan kepada industri pelancongan.
“Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Pahang dengan bantuan ini memandangkan saya juga hampir setahun tidak mempunyai kerja sebagai pemandu pelancong.
“Kami sudah dapat bantuan tiga kali dari Kerajaan Negeri dan kami mengalu-alukan dengan pembukaan semula resort ini dapat membantu industri pelancongan. Kami bersedia untuk bekerja, kami juga sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya”, katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MOHON MKN SEMAK ISU INDIVIDU PULANG DARI LUAR NEGARA DIKUARANTIN
BENTONG: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, dan Perladangan dan Komiditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin memohon Majlis Keselamatan Negara (MNK) semak semula kebenaran kepada individu yang pulang dari luar negara harus menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing.
“Kita berbincang dalam mesyuarat exco mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah diumumkan oleh Kerajaan, mereka membenarkan individu yang pulang daripada luar negara terutama rakyat Malaysia yang pulang, mereka hanya perlu kuarantin di rumah sahaja.
Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin memohon Majlis Keselamatan Negara (MNK) semak semula kebenaran kepada individu yang pulang dari luar negara harus menjalani kuarantin kendiri
“Kita telah maklumkan kepada Menteri Besar dan beliau bersetuju untuk bawakan isu ini kepada mesyuarat MKN kerana kebimbangan akan berlaku new variant seperti Lambda dan Delta Plus yang berasal dari luar negara.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID -19 di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), di Janda Baik.
Beliau menegaskan bahawa sekiranya Kerajaan tidak mengambil langkah inisiatif kepada mereka yang pulang dari luar negara tidak mematuhi prosedur kuarantin kenduri selama 14 hari di kediaman masing-masing menyebabkan variant mudah tersebar.
“Jika mereka dibenarkan kuarantin kendiri, saya sangat curiga dan bimbang kerana bukan orang di rumah sahaja yang kena, kita juga tidak tahu mereka sedang dikuarantin kerana tidak memakai gelang pink.
“Sedangkan orang yang pakai gelang pink pun boleh merayap, inikan pula tidak pakai gelang kuarantin, mereka rasa mereka sihat tetapi sebenarnya tidak”, katanya.
Turut hadir Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd Zulkifli Hashim, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim, dan Pegawai Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin.
Beliau berharap pihak MKN membuat semakan semula mengenai perkara ini apabila Menteri Besar Pahang membentang isu kuarantin kendiri.
“Dengan ini kita berharap MKN dapat kaji semula setelah Menteri Besar membawa perkara ini di mesyuarat nanti, mereka yang pulang dari luar negara mesti kuarantin selama 14 hari di tempat khas kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan”, katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ada beberapa buah negara penularan virus COVID-19 semakin pulih.
Bahkan negara-negara ini juga sudah tidak mewajibkan memakai pelitup muka ketika keluar.
Sama juga dengan negara India yang mendapati jumlah jangkatan COVID-19 turun sejak Mei lalu.
Penurunan jumlah kes memberi peluang kepada rakyat negara tersebut melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan termasuk pembukaan sempadan untuk aktiviti pelancongan.
Rakyat dari negara India mula keluar dan melakukan aktiviti pelancongan antarabangsa.
Namun, banyak negara masih menutup sempadan negara masing-masing menyebabkan warganegara dari India tidak dapat memasuki sempadan negara lain dan jumlah penerbangan dari India dikurangkan.
Kini penerbangan komersial dari India dibenarkan beroperasi ke negara yang memiliki perjanjian yang dipersetujui oleh dua negara termasuk Afghanistan, Bahrain, Bangladesh, Bhutan, Kanada, Ethiopia, Perancis, Jerman, Iraq, Jepun, Kenya, Kuwait, Maladewa, Nepal, Belanda, Nigeria, Oman, Qatar, Rusia, Rwanda, Sri Lanka, Tanzania, Seychelles, Ukraine, UAE, Uzbekistan dan Amerika Syarikat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKERJA BENGKEL PENGHAWA DINGIN MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA
JERANTUT: Seorang penunggang motosikal yang bekerja di bengkel penghawa dingin di kawasan perindustrian Jerantut maut di tempat kejadian setelah bertembung dengan sebuah kereta di KM26, Jalan Jerantut-Ulu Cheka berdekatan Kampung Koi, dekat sini, semalam.
Penunggang motosikal itu, Muhammad Nur Haqiemie Suhadi, 18 tahun yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bharu bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.
Penunggang motosikal, Muhammad Nur Haqiemie Suhadi, 18 tahun maut di tempat kejadian, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Suprintendan Azman Mat Kamis berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 6.55 petang.
“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai penunggang motosikal itu telah masuk ke laluan bersebelahan lalu bertembung .
“Akibat kemalangan itu, penunggang telah maut di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Beliau menasihati pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati dan mengikut peraturan jalan raya yang ditetapkan. Kemalangan itu di bawah Seksyen 41(1) APJ1987.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
1,300 EKOR IKAN PATIN DIAGIH KEPADA PENDUDUK PKPD KUALA TAHAN
JERANTUT – Kira-kira 2,000 penduduk di sini menerima sumbangan 1,300 ekor ikan patin daripada Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti Kuala Tahan dilaksanakan, hari ini.
Datuk Ahmad Nazlan berkata, agihan ikan patin antara juadah digemari penduduk tempatan itu bertujuan membantu meringankan beban mereka serta menceriakan penduduk yang terpaksa berkurung akibat pelaksanaan PKPD.
Datuk Ahmad Nazlan bersama petugas pertubuhan Bird Group Taman Negara, anggota Angkatan Pertahanan Awam dan Jawatankuasa Dangau Rezeki Komuniti Kuala Tahan, hari ini.
“Saya cukup bersimpati dengan nasib pengusaha ternakan di Kampung Perlok apabila pasaran terbantut dalam tempoh PKP ini, maka saya memborong sejumlah 1,300 ekor ikan patin untuk membantu penduduk Kampung Kuala Tahan.
“Menerusi cara ini, Pejabat Parlimen Jerantut dapat membantu meringankan beban penternak ikan patin dan pada masa yang sama turut memberikan keselesaan penduduk Kuala Tahan menyediakan juadah dalam tempoh beberapa hari ini,” katanya di Kuala Tahan dekat sini hari ini.
Ahmad Nazlan ketika ditemui menurunkan ikan patin daripada lori untuk diagihkan kepada penduduk Kuala Tahan dengan bantuan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), pertubuhan Bird Group Taman Negara, anggota Angkatan Pertahanan Awam dan Jawatankuasa Dangau Rezeki Komuniti Kuala Tahan.
“Saya terpanggil untuk membantu penduduk di sini yang kebanyakannya bekerja di sektor ekopelancongan Taman Negara yang masih lagi terjejas pendapatan dan tekanan perbelanjaan sejak pelaksanaan PKP awal tahun ini.
“Kesusahan yang sedia ditanggung semakin berat dipikul apabila lokaliti Kuala Tahan diletakkan di bawah penguatkuasaan PKPD sejak 8 hingga 21 Ogos ini berikutan penularan wabak Covid-19,” katanya.
1,300 ekor ikan patin diagihkan kepada penduduk PKPD Kuala Tahan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd. Rahman berkata, pemberian ikan tersebut amat bermakna dan mengembirakan penduduk yang sedang menjalani PKPD.
“Agihan dilakukan dari rumah ke rumah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan yang melibatkan agihan kepada kira-kira 550 keluarga di kawasan berkenaan.
“Ini adalah pertama kali ikan patin hidup diagihkan kepada penduduk dalam tempoh pandemik ini, walaupun agak sukar mengagihkan ikan hidup ia berjalan lancar dan siap pada tengah malam,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Dua beranak sanggup membelanjakan RM1,300 untuk menyewa sebuah ambulan swasta untuk membawanya pulang ke kampungnya di Gemas, Negeri Sembilan, semalam.
Difahamkan wanita berusia 30 tahun bersama ibunya yang berusia 70 tahun turut membawa dua anak berusia 10 bulan dan enam tahun menaiki ambulans berkenaan dari Temerloh ke kampungnya pada jam 6.15petang.
Namun taktik terbaharu itu masih gagal mengaburi pihak polis yang berjaya mengesan dan menahan suspek.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof berkata, polis menahan empat individu iaitu dua penumpang wanita dan juga dua lelaki yang merupakan pemandu dan pemandu kedua ambulans di sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Kampung Belenggu di sini.
“Ketika pemeriksaan kesemua mereka gagal mengemukakan surat kebenaran daripada polis, siasatan masih dilakukan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!