IPOH : Seorang penunggang motosikal mati digilis sebuah bas awam dalam kemalangan di Jalan Sultan Nazrin Shah, berhampiran stesen minyak Petronas Kampung Kepayang, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kemalangan kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC, dalam perjalanan dari tempat kerja hendak balik ke rumah.
Menurutnya, apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa dikatakan terlanggar seekor anjing yang sedang melintas jalan.
“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal tercampak di tengah jalan, kemudian datang sebuah bas dari arah yang sama cuba brek dan elak namun terlanggar juga di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Yahaya, akibat dari kemalangan tersebut, mangsa tersepit di bawah tayar kiri hadapan bas dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pihak hospital.
Pemandu bas, seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lelaki maut dilanggar lori selepas kelar leher ibu
GURUN, KEDAH: Seorang anak tergamak mengelar leher ibunya selepas berlaku pertengkaran di antara mereka dalam kejadian di Batu 5, Jalan Jeniang dekat Gurun, awal pagi Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6 hingga 7 pagi di mana suspek turut memotong cuping telinga mangsa sebelum bertindak melarikan diri.
Katanya, ketika kejadian hanya suspek dan mangsa berada di rumah.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan senjata pisau tumpul dan sehingga kini polis masih mencari senjata digunakan suspek dalam kejadian itu.
“Selepas melakukan perbuatan itu, suspek keluar rumah dengan menaiki motosikal sejauh lebih dua kilometer sebelum bertindak memberhentikan motosikalnya dan meninggalkannya di bahu jalan.
“Suspek kemudian bertindak nekad meluru ke tengah jalan dan m@^t dilanggar lori,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di lokasi kejadian.
Polis sedang menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tidak puas hati sering dihimpit lori, punca baling batu
JITRA – Perbuatan khianat seorang lelaki membaling batu ke arah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Malau dekat sini sejak Ahad lalu berakhir apabila dia ditahan di jejambat Bandar Darulaman di sini hari ini.
Suspek berusia 34 tahun itu ditahan ketika dia dipercayai mahu mengulangi perbuatan sama di lokasi tersebut kira-kira pukul 1.45 tengah hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan memberitahu, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota polis mengesan seorang lelaki menaiki motosikal jenis Honda Wave di atas jejambat tersebut seorang diri.
Katanya, suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan di atas jejambat dari Jalan Wang Tepus menghala Bandar Darulaman.
“Pemerhatian mendapati penunggang motosikal itu telah turun dari motosikal dan mengambil sesuatu dari raga motosikal.
“Anggota melihat gerak geri suspek dan mengesyaki dia cuba melakukan sekali lagi perbuatan membaling batu dari atas jejambat ke arah kenderaan di lebuh raya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini hari ini.
Menurutnya, pihaknya kemudian bertindak menahan suspek dan pemeriksaan menemui dua ketul batu di dalam motosikalnya.
Menurutnya, suspek seterusnya dibawa ke IPD Kubang Pasu dan hasil soal siasat, lelaki terbabit mendakwa melakukan perbuatan itu kerana rasa tidak puas hati dengan pemandu lori yang sering menghimpit kenderaannya sebelum ini.
“Suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine selain memiliki tujuh rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah,” ujarnya, lapor kosmo online
Sementara itu, katanya, polis setakat ini menerima dua laporan kenderaan rosak akibat terkena batu yang disyaki dibaling suspek manakala pihak PLUS pula menerima sebanyak tiga laporan berkaitan kes berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Ibu membawa bayinya yang cedera di muka untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
KUANTAN: Sebuah keluarga yang mengunjungi kawasan peranginan Teluk Cempedak dan menginap di sebuah hotel terkenal di situ diserang monyet liar dan nyaris berlaku kecelakaan serius kepada bayi pengunjung itu.
Pengunjung itu hanya dikenali Pengunjung 2105, berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) mengambil tindakan terhadap monyet lkiar itu agar tidak menggugat ketenteraman dan keselamatan penggunjung di kawasan itu.
Katanya, sekeluarga itu yang berjalan kaki ke kereta untuk mengambil selipar dan ingin ke kawasan Teluk Cempedak yang terletak bersebelahan dengan hotelnya, terdapat sekawan monyet liar di pokok dan ada yang memanjat kereta pengunjung disitu.
Salah seorang anak pengunjung yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk mendapatkan rawatan dengan ambulan.
“Setiba berhampiran dengan kereta, suami saya berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta memandangkan ada beberapa ekor monyet yang berada di atas kereta bersebelahan kereta kami.
“Ketika itu monyet yang ada berdekatan kereta saya tidak menunjukkan reaksi terancam. Belum sempat suami tiba di kereta, ada seekor monyet yang agak besar di antara monyet lain terus mengejarnya dan cuba menerkam suami saya,” katanya.
Katanya, mereka sekeluarga menjadi panik dan suaminya terus berlari semula ke arah hotel, dia dan anak-anak yang lain turut panik dan cuba untuk melarikan diri kerana monyet liar tu ketika itu hampir berada di sebelah kereta sorong bayi (stroller).
“Saya cuba untuk selamatkan diri dan anak-anak lain dengan menoak stroller secepat yang boleh, oleh kerana panik dan laju, bayi saya terjatuh tersembam ke jalan.
“Bayi saya mengalami luka dan lebam di muka, anggota badan lain tidak cedera. Ketika kejadian tiada seorang pun pengawal hotel yang berada berhampiran kami,” katanya.
Beliau berharap pihak Perhilitan Kuantan memantau keadaan di sekitar kawasan hotel itu memandangkan di situ adalah tempat tumpuan perlancong dan dimaklumkan perkara itu telah dimaklumkan kepada pengetahuan Perhilitan tentang kehadiran monyet-monyet liar tersebut.
“Saya berharap kejadian seperti ini tidak berlaku pada pengunjung-pengunjung yang lain kerana boleh melibatkan nyawa, diharap pihak hotel menyediakan khidmat parking valet untuk memberi khidmat hantar dan ambil kereta pengunjung ke tempat letak kereta.
“Selain itu, pihak pengurusan hotel sewajar menyediakan pengawal untuk mengawal keselamatan pengunjung dan menghalau monyet-monyet liar berdekatan hotel ini,” katanya.-SAHIH.
Gambar dan sumber dipetik daripada FB
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEMBANCUH AIR ASYIK RAKAM KEJADIAN KEMALANGAN MAUT DIREMPUH KERETA
MELAKA : Seorang lelaki yang merakam gambar kejadian kemalangan jalan raya maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Tun Hamzah, di sini pada jam 9.20 pagi tadi.
Mangsa yang bekerja sebagai pembancuh minuman ‘coconut shake’ maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
Lelaki tersebut, Syarurazi Kaharudin, 23 tahun yang bekerja sebagai pembancuh minuman ‘coconut shake’ maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian malang itu, telah berlaku kejadian kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Saga yang datang dari Ayer Keroh ke Duyong.
“Mangsa yang melalui jalan itu berhenti melihat kejadian itu dan menghampiri ke lokasi untuk merakam gambar sebelum dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi.
“Hasil siasatan awal, pemandu Myvi seorang wanita dipercayai terlelap menyebabkan kereta itu yang turut dinaiki bersama seorang anak perempuan berusia lapan tahun terbabas dan melanggar mangsa,” katanya. –SAHIH
Dipetik Daripada K Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Jerantut dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Malaysia, Kelab Lion Jerantut bersama Unit Tabung Darah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengadakan program derma darah baru-baru ini.
Seramai 76 menderma darah di program itu yang diadakan di Pasaraya Econsave Jerantut yang mendapat sambutan di luar jangka.
Setiausaha PEMADAM Jerantut, Wan Rohani Wan Mohd Hashim berkata, ramai yang hadir untuk menderma tetapi tidak berjaya melepasi saringan awal pihak petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Program derma darah di Jerantut mendapat sambutan luar jangka, baru-baru ini.
“Ramai yang hadir untuk menderma, tetapi yang berjaya menderma hanya 76 orang sahaja. Ada yang ingin menderma tetapi usia melebihi 60 tahun.
“Ada yang datang untuk menderma tetapi tidak berjaya kerana tidak melepasi pelbagai ujian saringan,” katanya.
Seorang penderma, Muhammad Azli Muhammad Ariff (22) berkata, dia menderma buat kali pertama kerana ingin mengetahui apa kesan selepas menderma darah.
“Ada diperkata lepas derma akan pengsan, lemah-lamah badan, oleh itu saya ingin mengetahuinya daripada mendengar cakap orang.
“Tetapi ada juga berkata badan akan rasa segar selepas menderma, oleh itu saya cuba menderma buat kali pertama,” katanya.
Penderma berusia 53 tahun yang enggan nama disiarkan berkata, dia sudah 9 kali menderma, setiap kali menderma darah dia rasa segar.
“Selain itu saya rasa bertanggung jawab kepada masyarakat yang memerlukan bantuan darah, ini sahaja sumbangan yang saya mampu lakukan untuk negara dan masyarakat,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA KUBU BHARU: Warga emas yang mengelar leher anak sendiri selepas dikatakan bertengkar kerana berebut siaran televisyen di Ulu Bernam , pada 3 November lalu , didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Rabu atas tuduhan membunuh.
S. Krisman , 72, dihadapan di hadapan hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai majistret , namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Beliau dituduh mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh anak lelakinya , K. Apacnaidu , 37, di sebuah rumah di Jalan Kemudi , Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam , antara jam 11 pagi hingga 11.30 pagi , 3 November lalu.
Di sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati . Pendakwaan kes di kendalian timbalan pendakwa raya , Siti Khadijah Amir Hamzah , manakala tertuduh di wakil peguam, Dr Vasu Appu . Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula kes dan serahkan dokumen-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Polis buru pemandu Toyota Corolla rempuh Perodua Alza
GEORGE TOWN : Polis sedang mengesan identiti pemandu kereta jenis Toyota Corolla yang bertindak melarikan diri selepas merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dari arah belakang di Persiaran Bukit Jambul, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang juga pemilik MPV tersebut berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 8.48 pagi itu.
“Terdahulu video kemalangan kecil melibatkan dua buah kenderaan yang berdurasi satu minit 18 saat tular di media sosial hari ini.
“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Alza berhenti di simpang untuk sedia membelok manakala pemandu Toyota Corolla dikatakan tidak mengikut giliran dan memotong ke kanan (garisan berkembar dan melawan arus).
“Pemandu Toyota Corolla telah mencelah masuk semula ke laluan asal (kiri) apabila terdapat kenderaan lain datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkan dia melanggar bahagian belakang Perodua Alza.
“Pemandu terbabit cuma hendak berbincang, namun pemandu Toyota Corolla bukan sahaja enggan memberi kerjasama malah terus melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini,lapor kosmo online
Bagaimanapun beliau memberitahu, setakat petang ini, pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan Toyota Corolla berkenaan masih belum tampil membuat laporan polis.
Katanya, usaha mengesan pemandu dan pemilik kenderaan sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah kaedah-kaedah lalulintas 1959.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JITRA – Dua pengunjung lelaki terperangkap dalam kejadian kepala air di Hutan Lipur Bukit Wang di sini petang tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, dua mangsa berusia 19 dan 21 tahun itu berada di kawasan hutan lipur tersebut ketika kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang.
Katanya, mereka bagaimanapun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Anggota bomba dan APM telah berada di hutan lipur tersebut untuk menyelamat kedua-dua mangsa,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurutnya, kejadian kepala air itu berlaku selepas hujan lebat selama tiga jam pada petang tadi.
Dalam perkembangan sama, ujar beliau, seramai 30 penduduk daripada lapan keluarga dari tiga kampung berdekatan hutan lipur itu terjejas apabila dilanda banjir kilat sedalam 0.5 meter.
Katanya, tiga kampung terlibat adalah Kampung Bukit Wang, Kampung Padang Panjang dan Kampung Sampang,lapor kosmo
“Bagaimanapun mangsa terlibat tidak dipindahkan kerana banjir kilat tersebut beransur surut selepas dua jam,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA: Polis melaka membuka lima kertas siasatan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Razali Abu Samah berkata sehingga hari ini pihaknya menerima lima laporan membabitkan di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah.
Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah
Hanya lima kereta siasatan yang di buka ade lima laporan polis dibuka dan semua kes ini adalah disiasat di bawah seksyen 269 kanun keseksaan dan peraturan 17 satu kawalan peraturan penyakit berjangkit 2021 kerana mereka berhimpun dan tidak mengadakan penjarakan fizikal, siasatan akan buka dan panggil mereka untuk kita rakam percakapan bila lengkap akan di kompaun ke mahkamah.
Katanya laporan itu dibuat selepas terdapat kehadiran penyokong dalam jumlah antara 15 hingga 25 orang di pusat penamaan yang mengiringi calon.
Setakat ini tiada sebarang kompaun dikeluarkan polis ke atas individu yang dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!