MARANG – Seorang pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan meninggal dunia ketika menjalani latihan merentas desa pagi tadi di persimpangan Kampung Asing.
Memetik laporan Berita Harian, sebelum kejadian, pelajar terbabit yang dikenali dengan nama Aman Basri Muhd Rohaizi berusia 16 tahun sedang menjalani latihan penyesuaian ‘track’ merentas desa pada jam 8.34 pagi sebelum disedari pengsan oleh guru bertugas.
Menurut Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, mangsa segera dibawa ke klinik Pengkalan Berangan untuk menerima rawatan namun doktor bertugas mengesahkan pelajar berkenaan telah meninggal dunia pada jam 9.05 pagi.
Berdasarkan temu bual bersama beberapa saksi pelajar sekolah yang sama, mereka cuba memberi bantuan pernafasan namun keadaan mangsa semakin lemah.
Hasil daripada pemeriksaan fizikal mendapati terdapat luka di bahagian atas kening sebelah kanan, calar di bawah dagu sebelah kiri dan calar di belakang tangan sebelah kiri yang dipercayai berlaku semasa mangsa terjatuh.
Bapa mangsa membuat laporan polis dan menolak proses bedah siasat dilakukan kerana berpuas hati atas sebab kematian.
Beliau juga menyatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya terjadi perkara berbangkit pada masa akan datang.
Hasil pemeriksaan pada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Kereta Hyundai Elantra yang terbakar di Jalan Genting Hilghlands, petang semalam
Pengguna jalan ke Genting Highlands cemas kereta terbakar mengundur
BENTONG – Pengguna jalan raya laluan ke arah Genting Highlands cemas apabila sebuah kereta Hyudai Elantra yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun terbakar dengan marak sambil mengundur sejauh kira-kira 100 meter di KM2.9, Jalan Genting Highlands, pada jam 1.45 petang, semalam.
Satu rakaman video daripada laman sosial Tik tok berdurasi 23 saat itu sempat dirakam oleh orang awam yang ketika kejadian sedang berada di dalam sebuah kereta kebel yang bergerak.
Keadaan kereta yang terbakar rentung
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan itu melibatkan dua buah kenderaan terdiri daripada sebuah kereta jenis Hyundai Elantra dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire.
“Hasil siasatan pihak polis, kereta yang dipandu oleh lelaki tersebut dari arah Kuala Lumpur menghala ke Genting Highlands, tiba-tiba terbakar di bahagian enjin dan merebak kebahagian lain.
“Pemandu kereta yang terbakar itu, telah berhenti dan keluar serta meninggalkan keretanya di atas jalanraya dan berundur tanpa dapat dikawal,” katanya melalui kenyataan media.
Katanya, melalui rakaman tersebut, kelihatan beberapa orang awam berlari memberi amaran kepada pemandu kenderaan lain yang berada di belakang untuk ke tepi jalan dan cuba menggelak daripada merempuh kereta terbakar itu.
“Kereta terbakar itu mengundur dengan sendiri dan melanggar sebuah kereta MPV yang berada di belakang dan sekali gus kereta tersebut terhenti.
“Kedua pemandu kenderaan yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Kaedah 14 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (ln166/59) yang boleh dihukum mengikut kaedah yang sama, “ katanya..
Katanya, pihak polis meminta saksi-saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Zaiham menasihati orang ramai supaya berhati-hati membawa kenderaan yang dipandu dan mengingatkan supaya pastikan kenderaan yang dipandu sentiasa dalam keadaan selamat dan diselenggara dengan baik.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Seorang lelaki yang terjun dari jambatan dan dikhuatiri lemas pada pada jam 11.00 pagi, Ahad lalu, ditemui tersangkut pada sangkar ikan patin, hari ini.
Mayat Mohamad Hanizam Md Khalisb, 30, telah ditemui oleh penduduk kampung pada jam 9.01 pagi, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Syed Moshen Tuan Ismail berkata, mayat mangsa telah dijumpai oleh orang awam berhampiran di sebuah sangkar ikan pada jarak 1 kilometer dari lokasi kejadian.
“Mangsa ditemui tersangkut pada sangkar ikan patin dan anggota bomba berjaya membawa mayat mangsa ke tempat selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya”
“Kejadian Ahad lalu, pemuda tersebut dipercayai mempunyai masalah gangguan mental telah terjun dari Jambatan Songsang dan meninggalkan sebuah motosikal di lokasi kejadian.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Grup Komuniti Simpang Tiga bergotong royong membersihkan sampah yang ditinggalkan oleh pengguna jalan raya di laluan Central Spine Road (CSR) Lipis-Merapoh bagi menghindari ‘sakit mata’ melihat sampah sarap bertaburan di tepi laluan itu.
Penduduk Simpang Tiga kutip sampah di laluan CSR, Lipis-Merapoh
LIPIS – Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berharap keadaan sampah sarap yang ditinggalkan pengguna jalan raya laluan CSR, Lipis-Merapoh tidak akan berulang lagi pada Hari Raya Aidilfitri tahun depan dan memohon pengguna laluan itu dapat menjaga kebersihan selari dengan ajaran agama Islam.
“Tahun sebelum ini, saya dan isteri pernah turut serta bersama penduduk Kechau, pekerja Alam Flora dan Majlis Daerah Lipis turun bergotong-royong mengutip sampah-sampah di laluan ini untuk memastikan persekitaran kiri-kanan jalan raya ini bersih semula.
Grup Komuniti Simpang Tiga mengutip sampah-sarap di sepanjang 400 meter di laluan CSR di situ dan mengumpul bahan buangan itu sebanyak 40 buah plastik untuk dimuatkan ke dalam lori pemungut sampah.
” Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) akan dibina berdekatan Gua Bama, Kampung Relong bagi keselesaan pengguna jalan raya di laluan ini. Kita berharap pihak yang berwajib membina segera kemudahan ini sebelum hari raya tahun depan,” katanya.
Manakala, Grup Komuniti Simpang Tiga bergotong royong membersihkan sampah yang ditinggalkan oleh pengguna jalan raya di laluan Central Spine Road (CSR) Lipis-Merapoh bagi menghindari ‘sakit mata’ melihat sampah sarap bertaburan di tepi laluan itu.
Ketua Grup Komuniti Simpang Tiga, Padang Tengku, Tengku Al Malek Faizal berkata, setiap kali sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri, mereka mengutip sampah berselarakkan sejak lima tahun lalu.
Katanya, paling banyak sampah berada di sebelah kiri laluan Simpang Padang Tengku dan Kampung Kechau seperti tin minuman, polisterin, plastik bungkusan makanan, kotak rokok, lampin pakai buang dan sebagainya dipercayai dibuang sesuka hati dari tingkap kenderaan.
“Nak buat cam mana, saya bersama beberapa orang penduduk kampung ini berusaha sendiri mengutip sampah-sarap di laluan ini kerana sudah tidak tahan ‘sakit mata’ melihat sampah.
“Kami membawa plastik sampah besar dan mengutip sampah di laluan ini sejak pukul 8 pagi hari ini, dan sudah menjadi rutin kami turun mengutip sampah, ” katanya di laluan CSR berdekatan Kechau dekat sini hari ini.
Katanya, sampah-sarap dibuang bersepah oleh orang ramai daripada Lembah Kelang dan tempat lain untuk pulang bercuti panjang berhari raya ke kampung halaman masing-masing dan kawasan berdekatan sejak sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri atau balik semula selepas hari perayaan.
Kata Tengku Al Malek, mereka mengutip sampah-sarap di sepanjang 400 meter di laluan CSR di situ dan mengumpul bahan buangan itu sebanyak 40 buah plastik untuk dimuatkan ke dalam lori pemungut sampah.
Seorang lagi aktivitis tersebut, Izwan Mustapa berkata, dia dan rakannya yang lain sudah sedia maklum kejadian buang sampah di laluan itu akan berlaku setiap kali menjelang sambutan hari raya dan hari perayaan lain.
“Kami tidak mengutip sampah menjelang hari raya kerana keadaan akan berlaku lagi, oleh itu eluklah kami kutip sampah selepas semua sudah balik semula ke Lembah Kelang.
“Memandangkan suasana yang amat kotor di jalan ini, saya sedih serta memohon pengguna yang berkenderaan di laluan ini ketika pulang berhari raya di negeri berdekatan Pahang supaya lebih berdisiplin dan menjaga sensitiviti penduduk di sini,” katanya.
Katanya, mereka bergotong royong mengutip sampah turut membantu pekerja Alam Flora dan Majlis Daerah Lipis setiap kali selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri di laluan ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pelancong wanita sambut Ramadan, menjelang Aidilfitri di Kuala Tahan
JERANTUT – Dua pelancong wanita Barat, iaitu Michelle Gerards dari England dan Phoebe Thorogood berasal dari Belanda mengalami suasana menarik ketika penduduk Islam di Malaysia berpuasa di bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Kunjungan kali pertama mereka selama dua hari dua malam di pusat peranginan hutan tropika kehadiran mereka dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri membekalkan banyak cerita menarik untuk disampaikan kepada keluarga dan rakan masing-masing apabila pulang ke negara mereka selepas mengunjungi Taman Negara Kuala Tahan dekat sini.
Phobe Thorogood (duduk, kiri) dan Michelle Gerards sedang melayan seorang kanak-kanak, Aishah Akmal bermain bunga api ketika menginap di pusat inap Delimah Guesthouse Kampung Kuala Tahan, Jerantut, baru-baru ini.
Kedua pelancong tersebut merupakan ‘backpackers’ dan cuma bertemu di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur yang kebetulan masing-masing mempunyai hasrat dan tujuan yang sama untuk mengunjungi Taman Negara Kuala Tahan.
Setibanya di Kuala Tahan, mereka memilih untuk menginap di salah sebuah pusat inap penduduk tempatan, iaitu Delimah Guesthouse milik Abdul Jalil Abd Rahman yang terletak di pesisir Sungai Tembeling setelah meneliti sebuah portal mengenai pelancongan dan penginapan di Taman Negara.
Gerards berkata, dia memilih negara ini untuk berkunjung selepas mula dibuka untuk orang luar khususnya pelancong kerana sangat berminat dengan keunikan hutan tropika Taman Negara yang dipercayai berusia lebih 130 juta tahun masih menyimpan banyak khazanah flora dan fauna.
“Lebih menarik, tempoh kunjungan saya ke sini ketika umat Islam sedang berpuasa dan sangat teruja untuk menghayati kehidupan masyarakat Melayu Kuala Tahan ketika mereka membuat persiapan juadah berbuka puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Saya teruja dengan budi bahasa dan keramahan ahli keluarga pemilik pusat ini kerana melayan kami dengan mesra bagaikan keluarga dan meghidangkan makanan tempatan yang cukup pedas tetapi sangat menyelerakan,” katanya di Kuala Tahan dekat sini hari ini.
Kata Thorogood pula, kedamaian Kampung Kuala Tahan jauh berbeza dengan tempat tinggal di negaranya sekali gus kunjungan ke situ cukup menenangkan fikirannya walaupun cuma tempoh yang singkat menginap di pusat inap tersebut.
“Selepas makan (berbuka puasa), saya dan Gerards turun bermain bunga api dengan cucu pemilik pusat inap ini dan sungguh seronok dengan keindahan suasana waktu malam di kampung ini sehingga tidak sedar hingga menjelang tengah malam.
“Saya merancang untuk kembali ke sini tahun depan bersama rakan tempat kerja dari Belanda dan menginap lebih lama kerana masih banyak kawasan rekreasi di Taman Negara yang belum dikunjungi,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lebuhraya LPT 1 lancar tiada kesesakan kedua dua arah
KUANTAN -Keadaan trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) adalah lancar di kedua-dua arah.
Menurut facebook Lebuhraya Pantai Timur, sementara di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak keadaan trafik perlahan di sebelum dan selepas Tol Plaza Bentong.
“Di Km 72.4 sehingga Tol Plaza Bentong trafik perlahan sepanjang 10.6 kilometer.
“Manakala Tol Plaza Bentong sehingga km58.5 trafik perlahan sepanjang 3.3 kilometer.
” Sementara trafik perlahan di Km55.6 sehingga Km49.2 iaitu di jalan Lentang ke Bukit tinggi, sepanjang 6.4 kilometer,”katanya.
Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa trend trafik adalah semakin meningkat ekoran pertambahan kenderaan di jalan raya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Selepas dua hari, mayat remaja lelaki berusia 14 tahun yang dikhuatiri lemas di Pasir Kubur,Sungai Lembing,Kuantan,Pahang ditemukan petang tadi.
Mangsa, Amirun Mohamad ditemui pada 6.10 petang tadi oleh orang awam kira-kira 6.2 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.35 petang semalam berhubung kejadian itu.
Kejadian berlaku ketika tiga remaja dalam lingkungan 14 dan 16 tahun menjalankan aktiviti mandi manda.
Seorang daripada mereka telah dihanyutkan air deras sementara dua lagi terselamat.
Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan sejak semalam dibantu 36 pegawai dan anggota daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuantan dan Pekan ; Pasukan K9 dan Pasukan Bomba Sukarela Sungai Lembing.
Operasi tamat pada jam 7.22 petang tadi.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Disyaki terjun Jambatan, seorang lelaki masih dicari
TEMERLOH : Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Pahang digerakkan bagi mencari seorang lelaki berusia 30 tahun yang disyaki terjun dari jambatan Kampung Raja Temerloh.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 24 anggota daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam dilancarkan sejak jam 11.07 pagi Ahad.
Menurut komandan operasi, Hairysam Mat Tahar dari balai bomba Mentakab, setakat ini pencarian dilakukan ditebing sungai sepanjang sungai Semantan.
Hairysam berkata, pihaknya menerima laporan seorang pemuda yang dipercayai mempunyai masalah ganguan mental telah terjun jambatan pada jam 11.00 pagi dan setelah tiba dijambatan mendapati sebuah motosikal ditinggalkan dilokasi kejadian
Operasi pencarian dilakukan sepanjang sungai Semantan dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA)
Setakat ini, tiada petunjuk baharu ditemui namun, operasi akan diteruskan-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BESERI, 8 Mei-Dua pelatih dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Cabang,Beseri berjaya melarikan diri dari pusat berkenaan kira-kira jam 6 petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Pemangku Asisten Komisioner, Mohd Shokri Abdullah, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu yang dibuat pengawal keselamatan PUSPEN sejurus selepas kejadian berlaku.
Kedua-dua pelatih lelaki berkenaan berusia 44 tahun dan 51 tahun dipindahkan dari PUSEN Batu Kurau,Perak ke PUSPEN Bukit Chabang pada 4 Januari lalu dan dijangka tamat menjalani pemulihan pada Disember 2023.
Ketika kejadian , salah seorang pelatih memakai baju berwarna kuning dan berseluar track warna gelap, manakala seorang lagi memakai baju berwarna putih dan berseluar track warna gelap.
Susulan kejadian itu, pihak Ibu Pejabat Polis Padang Besar telah melancarkan Ops Tutup bagi mengesan kedua-dua pelatih melibatkan 7 pegawai dan 53 anggota serta dibantu 1 pegawai dan 9 anggota AADK Perlis.
Selain itu, tiga sekatan jalan raya turut didirikan di tiga lokasi sebagai tambahan kepada tiga sekatan jalan raya sedia ada dibawah kawalan Pasukan Gerakan Am.
Pihak polis memohon kerjasama dari penduduk yang berdekatan menyalurkan maklumat jika mempunyai maklumat tentang kedua-dua saspek.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Penasihat 1 PJMM, Azman Rasman (berdiri kanan) bersama-sama kakitangan Grab, Saiful Anuar, Tengku Dewi dan sebahagian warga emas yang menerima agihan Wakalah Zakat.
LZS dan Grab agih zakat
SEMENYIH – Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama Grab mengadakan Program Kasihku untuk agihan Wakalah Zakat di Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang dan Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), di Semenyih, Selangor, baru-baru ini.
Menurut Pegawai Hal Ehwal Awam dan Polisi Grab Petaling Jaya, Tengku Dewi Ahdiyana pula, agihan Wakalah Zakat itu memberi peluang kepada syarikat melalui wakilnya mereka mengagihkan sendiri zakat kepada penerima terbabit.
“Saya sendiri berasa terharu apabila berpeluang mengunjungi dua pusat jagaan ini kerana dapat melihatkan dengan lebih dekat kepayahan dan keuzuran warga emas yang perlu disantuni dengan baik dan tugas itu diuruskan dengan sempurna serta penuh rasa kasih sayang petugas pusat jagaan berkenaan,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!