Hadiah hari lahir paling menarik Ketua Peneroka Jengka 24 sebelum ke Tanah Suci
JERANTUT – Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud seolah-olah mendapat ‘durian runtuh’ hari ini.
Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkunjung ke daerah Jerantut bagi merasmikan kilang milik FELCRA.
Dan tengah hari pula, Ahmad Zahid meluangkan masa bersama pimpinan UMNO Pahang, termasuk Bahagian Jerantut dalam satu majlis tertutup.
Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Menteri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Paling menarik, hari ini juga adalah tarikh hari lahir Razak dan tanpa disedari, dia berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan Asyraf Wajdi, katanya beliau sangat bertuah berkongsi bulan kelahiran bersama Setiausaha Agung UMNO itu. ”
“Yang pertama sekali saya nak ucap terima kasihlah kepada Wanita UMNO Cawangan Jengka 24 yang sudi membeli kek bagi meraikan hari lahir saya.
“Memang terharu apabila tarikh bermakna ini disambut bersama ramai rakan-rakan, walaupun secara kecil-kecilan tapi ia sangat bermakna,” katanya.
Dia yang juga AJK UMNO Bahagian Jerantut turut menganggap kunjung Ahmad Zahid dan Asyraf Wajdi ke Jerantut seperti ‘hadiah istimewa’ untuk sambutan hari lahirnya.
“Rasa gembira kerana berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan Datuk Asyraf Wajdi yang menyambut hari lahir 14 Mei lalu,” katanya lagi ini saat manis yang akan diingati sebelum ke Tanah Suci pada 22hb April ini.
Razak juga menghargai pada semua rakan sekerja di Yayasan Pahang yang meraikan sambutan hari lahirnya tanda ingatan .
“Sebelum ke Makkah, sempat juga sambut hari lahir,” katanya yang akan berangkat ke Tanah Suci pada 22 Mei ini. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Golongan belia di tanah rancangan FELDA seluruh negara digalakkan menyertai aktiviti berpersatuan bagi memudahkan penyaluran maklumat dan bantuan dilakukan.
Buat masa ini, pertubuhan Kami Anak FELDA (KAF) sedang berusaha menarik pembabitan dan minat golongan muda dan belia untuk bersama-sama dalam agenda transformasi FELDA secara lebih sistematik.
Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, setiap tanah rancangan FELDA di Pahang sudah memiliki Pengerusi KAF masing-masing untuk menyelaras pendaftaran ahli baharu.
“Jadi saya menyeru agar semua golongan muda dan belia yang masih belum berdaftar dengan KAF, untuk mengambil peluang ini.
“Kita sasarkan 100,099 ahli yang terdiri daripada anak muda serta belia bersama-sama kita dalam KAF bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga peneroka terus diberi tumpuan,” katanya.
Amizar yang juga ADUN Pelangai berharap usaha meningkatkan kesedaran dan penambahan keahlian KAF dapat dijadikan keutamaan oleh warga peneroka generasi kedua dan ketiga.
Katanya, pelbagai aktiviti dan peluang untuk memajukan diri selain pelbagai latihan kemahiran boleh diikuti jika golongan ini menyertai KAF.
“Yang penting ialah kebersamaan antara warga peneroka dalam satu wadah untuk memudahkan mereka bergerak secara bersama.
“Sudah pasti menjadi impian dan harapan saya untuk melihat lebih ramai mengambil bahagian secara aktif untuk memajukan FELDA yang kita cintai ini.
“Selain itu, melalui pembabitan dalam KAF juga, bermacam-macam aktiviti, peluang, latihan, penyebaran maklumat dapat diselaraskan dengan lebih berkesan dan menyenangkan semua pihak,” jelasnya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Memasak mi segera di stesen minyak Genting Highlands undang kebimbangan orang ramai
BENTONG – Perbuatan sekumpulan pemilik kenderaan memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands mengundang kebimbangan dan kegusaran orang ramai yang berada di situ.
Kejadian itu ditularkan melalui satu klip video berdurasi 50 saat memaparkan kumpulan itu sedang melakukan aktiviti memasak.
Ketua Polis daerah Bentong, Superitendan Zahiam Mohd Khar berkata, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerima satu laporan polis berkaitan kes itu kira-kira jam 12.35 tengah hari, hari ini.
“Hasil siasatan pihak polis mendapati, klip video tersebut telah tular melalui satu laman sosial Twitter (X) dan telah dimuatnaik pada 13 mei 2024.
“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan menyebabkan kegusaran am kepada orang awam dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain,” katanya melalui siaran media hari ini.
Zaiham berkata, beliau memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
“Pihak polis Bentong akan mengambil tindakan tegas dan akan membuat operasi bersepadu di sekitar lokasi stesen minyak berkenaan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.
“Pihaknya mendapat maklumat dan aduan lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pemilik-pemilik kenderaan yang berkumpul dan melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam dan pengguna jalan raya lain yang melalui lokasi berkenaan,” katanya. – SAHIH.
Video : https://pandulaju.com.my/masak-mi-segera-di-stesen-minyak-genting-highlands-kumpulan-honda-jazz-teruk-kena-kecam/
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KETIKA pelbagai pihak berpolemik tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sama ada relevan atau tidak kepada murid,
Pasukan penyelidik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, melakukan kajian tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sama ada relevan atau tidak kepada murid.
Pasukan itu diketuai Prof Madya Dr Norazilawati Abdullah dari Fakulti Pembangunan Manusia turut membuat kajian perkara itu baru-baru ini.
Prof Madya Dr Norazilawati (dua dari kanan) bersama rakan yang melakukan penyelidikan mengenai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sejak 1 Julai 2022 dan dijangka berakhir pada 31 Disember 2024.
Kajian beliau dibantu oleh Penyelidik Bersama iaitu Dr Hairul Faiezi Lokman dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas; Dr Vijaya Letchumy Baskaran (Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Perak); Dr Saniah Sembak (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia); Dr Eftah Moh @ Abdullah (Inspire Kids Preschool); Prof Madya Dr Mazlina Che Mustafa (NCDRC/FPM, UPSI) serta Dr Mazarul Hasan Muhamad Hanafi (FPM,UPSI).
Mereka menjalankan penyelidikan menerusi dana Geran Kumpulan Berkepentingan Khas (Special Interest Group) di bawah Geran Penyelidikan Universiti (GPU) itu menjalankan “Kajian Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan PBD terhadap Kemenjadian Murid B40 Prasekolah dan Sekolah Rendah” terhadap 400 guru sekolah rendah.
Dr Norazilawati, berkata kajian mendapati tahap pelaksanaan PBD dari dimensi konteks meliputi persekitaran pengajaran, prasarana mendapati kebanyakan guru menyatakan persekitaran kerja di sekolah iaitu sokongan pentadbir dan kerjasama rakan sekerja sangat membantu mereka dalam melaksanakan PBD secara formatif dan sumatif.
Kajian mereka juga mendapati tahap pelaksanaan PBD secara dalam talian dari dimensi proses pula meliputi kaedah pengajaran guru dan sistem pelaporan juga berada pada tahap yang tinggi malah boleh menerangkan kepada ibu bapa tentang pelaporan Tahap Prestasi (TP) murid.
“Kajian ini umumnya mendapati adanya kesan dan hubungan yang kuat kepada produk pelaksanaan PBD dari aspek kemenjadian murid B40 yang meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap.
“Guru menyatakan bahawa murid mereka boleh memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif berkaitan isi pelajaran menerusi pelaksanaan PBD.
“Kajian kami juga mendapati tiga cabaran yang wujud dalam pentaksiran PBD berlegar kepada tiga aspek iaitu pengetahuan, pencapaian dan pelaksanaan.
“Elemen pengetahuan menjurus kefahaman segelintir guru dan pentadbir dalam melaksanakan PBD di sekolah dan salah satu puncanya adalah kurangnya pengetahuan dalam merungkai kandungan mahu pun silibus dalam mata pelajaran,” ujar beliau.
Selain itu, keselarasan dalam pelaksanaan pada peringkat sekolah, daerah dan negeri sering kali mendapat rungutan oleh guru.
Justeru, jelasnya, untuk mengatasi masalah itu, dicadangkan supaya guru sendiri perlu mahir membina item pentaksiran dan perlu sentiasa merujuk Dokumen Standard Kurikulum Dan Prestasi (DSKP) setiap masa dan tidak hanya bergantung kepada buku aktiviti sedia ada.
Menurutnya, segelintir ibu bapa terutama golongan B40 yang masih tidak cakna apakah sebenarnya pentaksiran PBD, disebabkan itu sikap dan pemahaman ibu bapa terhadap PBD perlu dipertingkat berikutan golongan B40 menghadapi cabaran yang lebih besar seperti masalah kewangan dan kemudahan yang boleh diberi kepada anak-anak supaya lebih serius terhadap proses pembelajaran.
Dr Norazilawati, berkata oleh itu guru perlu sensitif dan peka terhadap golongan murid B40 untuk menjalankan pembelajaran secara terbeza supaya setiap murid dapat ditaksir secara telus dan adil kerana masalah tiada kesungguhan murid, jumlah murid yang terlalu besar dalam sesebuah kelas.
Bagi meningkat motivasi murid, katanya, guru perlu mengelakkan pentaksiran dilakukan secara ‘one size fits all’ untuk setiap murid di kelas atas sebab bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah supaya lebih adil dan saksama.
Beliau berkata, walaupun PBD mempunyai cabaran namun PBD turut memberikan banyak impak yang baik malah dilihat sebagai sebuah pentaksiran yang bersifat holistik melalui aspek pembelajaran yang komprehensif merangkumi aspek kemajuan, perkembangan dan pencapaian.
“PBD boleh membantu murid dalam meningkatkan mutu pencapaian dan keupayaan dalam menguasai mata pelajaran adalah sangat tinggi. Beberapa cabaran dan impak PBD merupakan satu proses yang wajar dipandang oleh semua masyarakat khususnya pendidik, ibu bapa dan murid.
“Sebagai pendidik beberapa siri program lanjutan bagi berkenaan PBD perlulah dilakukan secara berkala. Kekreatifan guru juga dituntut dalam melaksanakan PBD melalui inisiatif kendiri,” katanya.
Katanya, ibu bapa pula perlulah lebih cakna dengan pentaksiran PBD melalui sesi perkongsian dan penerangan yang disampaikan oleh pihak sekolah dan kementerian.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Penduduk di sekitar Chemomoi dalam kawasan DUN Pelangai diraikan pada Program Penyerahan Pahang Pride Kids, baru-baru ini.
Penyerahan dilakukan ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam di Rumah UMNO FELDA Chemomoi, dekat sini.
“Saya ke Rumah UMNO FELDA Chemomoi bagi menyempurnakan penyerahan Pahang Pride Kids DUN Pelangai daripada Kerajaan Negeri Pahang.
“Seperti selalu diungkapkan YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited membantu rakyat di negeri ini dari segenap lapisan umur, dari bayi baru lahir sehingga warga emas,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.
Amizar selaku Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang memaklumkan program Pahang Pride Kids adalah antara peranan dan fungsi terbesar kerajaan negeri dalam memastikan kemakmuran negeri dan rakyat. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN – Seorang ahli perniagaan dari Chenor, dekat Maran, menjadi mangsa penipuan suspek yang menyamar sebagai pegawai CIDB Pahang.
Muhammad Fazrol Md Nasir, 34, mendakwa dia menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp daripada suspek pada 30 April lalu, menawarkan projek berkaitan kursus untuk kontraktor.
“Suspek memperkenalkan diri sebagai Intan Liana Sarkawi dan bertugas di Unit Bahagian Lesen Kontraktor Bermasalah, CIDB Pahang.
“Dia menawarkan saya untuk menjalankan kursus integriti dan bisnes dan meminta saya membayar sejumlah wang bagi mendapat projek itu.
“Saya mula memindahkan wang ke akaun e-dompet diberikan suspek bermula 30 April hingga 5 Mei lalu dengan jumlah keseluruhan RM3,070,” katanya ketika ditemui di Maran, semalam.
Muhammad Fazrol berkata, dia menyedari sudah menjadi mangsa penipuan selepas usaha menghubungi suspek bagi berbincang berkaitan penganjuran kursus dijanjikan tidak berhasil.
Dia kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Awah, dekat Maran pada 7 Mei lalu.
Sementara itu, siasatan awal polis mendapati suspek adalah seorang wanita berasal dari Sarawak dan dipercayai menetap di sekitar Pahang.
Suspek juga menggunakan satu nama syarikat dipercayai bagi menjalankan aktiviti penipuan seperti itu. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Kelulusan usul dikemukakan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sidang DUN Pahang hari ini bagi melantik Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah sebagai ADUN lantikan amat bersesuaian.
Ini kerana Haris Salleh adalah seorang peguam yang dikenali dan aktif dalam kerja kemasyarakatan.
Ketua UMNO Cawangan Jengka 24, Razak Daud berkata, pemilihan Haris Salleh juga dibuat secara teliti oleh Wan Rosdy, selain dipersetujui oleh barisan Exco Kerajaan negeri yang bermesyuarat sebelum ini.
“Saya mewakili ahli akar umbi UMNO Cawangan Jengka 24 sangat teruja dengan pelantikan dibuat Menteri Besar dan yakin Haris Salleh dapat menjalankan tugas dengan baik.
“Selain itu, kepakaran dan kebolehan dimiliki Haris Salleh juga dapat memberi manfaat kepada kerajaan Pahang dalam menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri maju,” katanya yang juga AJK UMNO Bahagian Jerantut.
Razak memaklumkan pimpinan UMNO Bahagian Jerantut menyokong penuh lantikan itu dan berterima kasih atas kepercayaan Kerajaan Pahang terhadap Haris Salleh.
“Semoga pelantikan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak, baik di peringkat Jerantut dan negeri Pahang,” katanya.
Bagi Ketua UMNO Cawangan Sungai Tekam Utara, Sharif Salleh, pelantikan Haris Salleh adalah satu keputusan yang sangat dihargai.
Katanya, sudah tentu pelantikan dibuat adalah hasil kebijaksanaan dan perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Bagi kami di peringkat Cawangan Sungai Tekam Utara, kami akan berikan sokongan 100 peratus kepada Haris Salleh dan sudah tentu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Kami akan pastikan UMNO kekal sebagai benteng utama untuk agama, bangsa dan tanah air,” katanya.
Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Labu, Jerantut, Datuk Wan Zamsuri Wan Hasnan menyatakan rasa bangga atas lantikan Haris Salleh sebagai ADUN dilantik oleh kerajaan Pahang.
“Keputusan melantik Haris Salleh ini diyakini melalui perbincangan teliti dan seterusnya diperkenan oleh Baginda Sultan Pahang.
“Kami sangat bangga dengan kepercayaan Datuk Seri Wan Rosdy terhadap pimpinan UMNO Bahagian Jerantut dan kita akan membalas kepercayaan diberikan sebaik mungkin dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUN Pahang lulus usul lantik ADUN lantikan, Haris Salleh antara yang menggalas tugas ADUN lantikan di Jerantut
KUANTAN – Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini, meluluskan usul melantik lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.
Mereka adalah pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pekan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri; Ketua MCA Bahagian Temerloh, Datuk Wong Tat Chee; Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah; Pengerusi AMANAH Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Rizal Jamin.
Pelantikan itu mendapat sokongan majoriti mudah selepas dicadangkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan disokong tujuh ADUN Pahang.
Tujuh ADUN yang menyokong adalah Datuk Mohd Johari Hussain dari Tioman, Datuk Shafik Fauzan Sharif (Inderapura), Datuk Abd Aziz Mat Kiram (Batu Talam), Mohd Shahrim Md Zain (Chini), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Tras), Su Keong Siong (Ketari) dan Ho Chi Yang (Tanah Rata).
Wan Rosdy sebelum itu berkata pelantikan ADUN lantikan itu dibuat dengan mengambil kira latar belakang keluarga, pendidikan dan pencapaian serta komitmen dalam khidmat bakti kepada masyarakat.
Katanya, mereka yang dilantik adalah dalam kalangan ‘berkaliber dan berkemahiran tertentu’ serta berganding bahu bersama ADUN lain untuk menyumbangkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Saya percaya dengan pelantikan ini, ahli yang dilantik dapat membantu dalam mencapai misi dan visi kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata lima ADUN lantikan itu akan mengangkat sumpah pada Sidang DUN Pahang, Ogos depan.
Katanya, tiada kawasan diberikan kepada lima ADUN lantikan itu dan mereka berkhidmat dalam usaha membantu kerajaan negeri. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam hari ini selesai melakukan penggulungan titah Diraja sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Sidang Dewan Negeri Pahang Ke-15.
Ia mencatat sejarah peribadi kepada ADUN Pelangai itu yang baru dilantik sebagai Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang.
“Saya menjawab persoalan diajukan berkenaan hal ehwal FELDA seperti Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) dan Skim Tanah Rakyat Felda (STRF) dan prestasi Felda Plantation Management Sdn Bhd serta hal-hal lain berkaitan.
“Sementelah itu, persoalan mengenai usahawan juga saya kongsikan statistik penerima Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang atau Skim I-PUSH.
“Daripada kenyataan saya sebentar tadi, pembiayaan Fasa 1 dan Fasa 2 pada November 2022 telah diusahakan kepada pemohon yang berjaya oleh Kerajaan Negeri Pahang.
“Daripada kejayaan pembiayaan ini kepada usahawan-usahawan, Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang telah memperluas pelaksanaannya dengan tambahan peruntukan sejumlah RM5 juta di dalam Belanjawan 2024,” kongsinya melalui satu hantaran di Facebook.
Amizar turut berharap agar Allah merahmati dan dipermudahkan segala urusan.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Semangat tidak pudar UMNO Jengka 24 sedia hadapi PRU16
JERANTUT – Semangat kesepakatan dan semangat tidak pudar ditunjukkan ahli akar umbi UMNO Cawangan Jengka 24 dapat meningkatkan keyakinan UMNO Bahagian Jerantut dalam menghadapi PRU16.
Ia ditunjukkan ahli parti cawangan itu dalam Mesyuarat UMNO Cawangan Jengka 24 yang berlangsung semalam.
Bagi AJK UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud, dia bersyukur kerana semua ahli kekal bersemangat tinggi walaupun berdepan kekalahan dalam PRU15 lalu.
“Dengan semangat ditunjukkan dalam mesyuarat kali ini, saya percaya kita dapat membantu merampas kembali kerusi di peringkat DUN dan Parlimen yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu.
“Saya sendiri tidak menyangka bahawa semua ahli tidak patah semangat dalam perjuangan demi bangsa dan agama.
“Kita masih perlu bekerja keras dalam hal memenangi hati pengundi di Jerantut dan di kawasan DUN Tahan, Pulau Tawar dan Damak,” katanya.
Razak juga yakin segala gerak kerja diatur dapat dilaksanakan dengan lancar melalui kerjasama baik semua pihak, sama ada di peringkat Cawangan dan Bahagian Jerantut.
Katanya, pelbagai program turun padang dilakukan pimpinan dan ahli selepas PRU15 bagi membuktikan bahawa UMNO bukanlah parti untuk musim pilihan raya semata-mata.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!