Semangat seorang veteran dari Umno Bahagian Jerantut sanggup berpeluh demi agama,bangsa dan negara.
Razak Daud sanggup berpeluh demi kestabilan politik negara di usia senja
Demi kestabilan politik membawa kepada kesejahteraan negara dan rakyat selesa.
UMNO dan Barisan Nasional telah membuktikan kestabilan dan kesejahteraan negara dalam tempoh 60 tahun sebelum diambil alih oleh parti pemerintahan yang bertahan 22 bulan.
Kemudian pentadbiran kerajaan ‘campuran’ di bawah kepimpinan ‘orang UMNO’, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Demi bangsa, Razak Daud (62) masih ‘kuat’ untuk turut turun padang bersama berkempen di Parlimen Segamat (P140) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Buluh Kasap dan Jementah.
Beliau bersama bertugas di sana dengan Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Jerantut .-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Anak Pahang golongan kurang kemampuan terima bantuan pendidikan
JERANTUT- Kerajaan negeri Pahang melalui Yayasan Pahang menyediakan dana khas setiap tahun membantu keluarga kurang berkemampuan untuk mengikuti pendidikan di peringkat rendah dan menengah termasuk ke institut pengajian tinggi..
Oleh itu, seramai 45,205 pelajar anak Pahang menerima bantuan Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) dan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang sempena sesi persekolahan 2022 yang akan bermula pada 21 Mac ini.
Datuk Nazri Ngah (kiri) berkata, Yayasan Pahang memperuntukkan RM13.6 juta bagi tujuan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, Yayasan Pahang memperuntukkan RM13.6 juta bagi tujuan berkenaan.
“BSM yang diperkenalkan sejak 1983 dan diberikan kepada pelajar anak Pahang yang belajar di tingkatan satu hingga enam di sekolah bantuan kerajaan di negeri ini menerima biasiswa bernilai RM600 setahun.
“Manakala, BSR sebanyak RM300 setahun diberikan kepada murid tahun empat hingga enam yang belajar di sekolah rendah kebangsaan dan jenis kebangsaan termasuk sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan BSR dan BSM peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak dan DUN Tahan di Dewan Majlis Daerah Jerantut hari ini.
Penerima dari DUN Damak seramai 918 orang, DUN Tahan (472 orang) dan DUN Pulau Tawar membabitkan 796 orang menerima biasiswa tersebut.
Beliau berkata, teras pemilihan penerima biasiswa berkenaan mengambil kira status ekonomi keluarga, orang kurang upaya (OKU), ahli keluarga ramai dan cemerlang akademik serta kokurikulum.
Pegawai Yayasan Pahang, Razak Daud turut membantu agih biasiswa kepada penerima biasiswa, hari ini.
“Keprihatinan kerajaan negeri dan Yayasan Pahang terhadap kemajuan pendidikan anak-anak Pahang terserlah daripada dahulu, kini dan selamanya.
“Oleh itu keluarga miskin dan sederhana tiada alasan kukuh tidak menghantar anak ke sekolah,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Hujan lebat yang berlaku mengakibatkan banjir kilat di jalan-jalan utama di sekitar ibu negara turut menenggelamkan ratusan kenderaan sejak 3.00 petang, hari ini.
Antaranya jalan yang terjejas teruk ialah Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi, sehingga beberapa kenderaan dilihat ditenggelami air di tengah-tengah jalan serta menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.
Antara laluan yang dinaiki air akibat hujan lebat berlaku petang ini.
Banjir turut melanda di Jalan Persekutuan, apabila dilaporkan kenderaan terpaksa membuat pusingan-U kerana paras air yang tinggi.
Selain itu, air di Sungai Klang didapati melimpah sehingga di hadapan Masjid Jamek, Jalan India turut dinaiki air, malah jalan menuju ke Pudu juga dinaiki air.
Lebuhraya Bukit Jalil dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dilaporkan terjejas teruk dengan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.
Turut terkesan dengan banjir kilat adalah Jalan Cheras, Jalan Sultan Ismail, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Parlimen, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak dan Jalan Ampang.
Empat kawasan di sekitar Gombak turut dinaiki air selepas hujan lebat pada waktu petang antaranya Bandar Baru Sungai Buloh, Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang dan Kampung Melayu Sungai Serai, Batu Arang.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian berkenaan telah menyebabkan lebih 50 kediaman terjejas namun tiada pemindahan dilakukan.
Sementara itu, kata beliau, kejadian banjir yang berlaku di Jalan Masjid Kampung Gombak Batu Arang dekat sini telah menyebabkan tiga kediaman terjejas.
“Kejadian kira-kira jam 3.00 petang itu telah menyebabkan air naik dengan cepat sedalam kira-kira 0.3 meter.
“Bagaimanapun air tidak memasuki rumah dan air semakin surut. Tiada berlaku pemindahan mangsa dilakukan, Terowong SMART turut ditutup sepenuhnya,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Barisan juri Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 memilih Pelukan Angkasa yang disampaikan oleh SOG x Shila Amzah sebagai lagu terbaik kali ini kerana dilihat mempunyai naskah yang segar dan mempunyai kelainan di kalangan 12 lagu yang lain.
Lagu tersebut menumpaskan enam lagu balada, 2 lagu etnik tradisional dan hip-hop yang berentap untuk dinobatkan sebagai juara malam semalam.
Ketua juri AJL Ke-36, Datuk Mokhzani Ismail berkata, Pelukan Angkasa datang dengan satu naskah yang begitu segar seterusnya terdapat kelainan dalam garapan muziknya.
DatuK Mokhzani Ismail
Tambahnya , Pelukan Angkasa datang dengan satu pakej yang lengkap dengan sebuah kumpulan muzik yang berbakat dan berilmiah, hadir bersama sebuah lagu yang baik.
“Pelbagai sudut dilihat dalam lagu tersebut yang telah memenuhi kriteria penjurian, segar, citrarasa moden dan etnik dengan bahagian korus yang dapat mengumpan dan ‘memerangkap’ pendengar bagai terngiang-ngiang di telinga.
“AJL satu pentas yang secara tidak langsung terus membentuk dan mengangkat martabat industri muzik tanah air ke satu peringkat yang lebih tinggi serta yang membanggakan dengan kehadiran pencipta dan penulis lirik yang semakin bermutu,” katanya.
Mokhzani berkata, setiap lagu yang dicipta perlu seimbang dalam semua elemen, kekuatan lagu perlu ada pada melodi dan lirik, kalau kekurangan salah satunya dan tidak saling menyokong sewajarnya lagu tersebut tidak boleh diangkat sebagai pemenang.
“Bila sebut lagu ia merangkumi lirik dan gubahan muzik atau kreativiti dalam olahan muziknya menjadikan lagu tersebut menarik dan disokong oleh penyanyi dan persembahan yang bagus.
“Saya tidak nafikan lagu-lagu lain juga tidak kurang hebat dan datang dengan pelbagai genre dan rentak, cuma mempunyai unsur ‘cliché’ yang sudah menjadi kebiasaan dalam lagu-lagu balada dan tidak boleh lari dari kegemaran awam dan masih tetap menambat pendengar,” katanya ketika dihubungi SAHIH.
Katanya, lagu yang sudah ada dalam ‘market’ dinilai oleh orang awam, manakala pendengaran juri mengupas dari semua kriteria, lagu yang original dan olahan kreativiti susunan muzik dan jangan bandingkan antara ‘orchestration’ dengan susunan muzik biasa jika ia sesuai dengan lagu, maka juri juga berlaku adil dalam penjurian dan penilaian.
“Ada juga lagu terlebih berkualiti dan kesannya kepada penerimaan dari sudut nilai komersilnya masih kurang dan tidak memberi maknanya dalam pasaran.
“Kita jangan terpegun dengan panyanyi, yang dinilai lagu bukan penyanyi, kadang-kadang penyanyi bagus tapi lagu yang dibawa melodinya hanya biasa sahaja, namun, tidak dinafikan saling sokong menyokong,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sik – Masalah gangguan bekalan air bersih yang membelenggu penghuni 200 buah rumah di Kampung Hujung Bandar, Sik, berjaya diatasi.
Paip air masyarakat Kampung Hujung Bandar sebagai sumber air alternatif itu kini telah siap dibina dan telah menyalurkan bekalan air bukit ke rumah penduduk.
Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, pembinaan paip air masyarakat ini menggunakan peruntukkan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB.
“Selain rumah penduduk, paip air masyarakat tersebut turut disalurkan ke masjid dan sekolah…” Katanya selepas merasmikan Paip Air Masyarakat Kampung Hujung Bandar di sini.
Beliau berharap dengan adanya paip air masyarakat akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk untuk melaksanakan urusan harian.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA PERLIS -Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi berjaya mematahkan sekumpulan warganegara Myanmar dalam cubaan masuk ke Malaysia dalam Penugasan OPS LANDAI di kawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Perlis.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi, Asisten Komisioner Polis Shamsol Kasim memaklumkan, tangkapan dilakukan oleh anggota Unit Risikan Marin (URM) dan dibantu oleh anggota Unit Risik Kompeni D Batalion 2 PGA Kuala Perlis di kawasan tersebut.
Pemeriksaan ke atas 6 lelaki dan 1 wanita berkenaan mendapati tiada dokumen pengenalan diri.
Ketujuh-tujuh individu berkenaan disyaki merupakan pendatang tanpa izin yang baru sampai daripada negara Thailand.
Pasukan serbuan turut dibantu oleh Pasukan Op Benteng Balai Kuala Perlis untuk memeriksa keliling kawasan dan telah menjumpai 1 lelaki warga asing sedang menunggu di dalam sebuah kenderaan di kawasan berhampiran.
Setelah melakukan pemeriksaan mendapati individu berkenaan merupakan tekong darat sedang menunggu ketujuh-tujuh individu untuk dibawa pergi.
Hasil siasatan awal menyatakan bahawa bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Malaysia kepada Warga Mnyammar adalah dalam sekitar RM 3,000 sehingga RM 5,000 seorang dan dibayar oleh ejen di Myanmar.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kuala Perlis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 26A Akta ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Bagi seorang penduduk Kampung Kuala Sat, pedalaman Ulu Tembeling kira-kira 120 kilometer dengan bandar Jerantut, Zulkifli Jamaludin, 56, berjaya menangkap seekor ular tedung selar di dalam rumahnya hari ini.
Kejadian berlaku pada jam 5.40 petang hari ini, seekor ulang tedung selar sepanjang tiga meter yang sememangnya reptilia berbisa di darat dapat ‘dijinakkan’ dan ditangkap oleh Zulkifli.
Zulkifli Jamaludin, 56, berjaya menangkap seekor ular tedung selar yang berada di dalam rumahnya hari ini.
Zulkifli berkata, ketika dia menunaikan solat Asar terdengar bunyi suara ayam berketuk dan disambut dengan bunyi yang berdesis berdekatan kediamannya.
“Selesai sahaja solat, saya turun ke belakang rumah yang betul berdekatan bilik dan terkejut melihat ular tedung selar mengembang kepalanya.
“Menyedari kehadiran saya, ular ini terus menjalar ikut sebuah lubang dan memasuki sebuah bilik berdekatan dapur yang kebetulan isteri sedang memasak,” katanya di Kampung Kuala Sat dekat sini hari ini.
Katanya, dia menggunakan kayu yang agak panjang dia terus memasuki ke dalam bilik dan melihat ular itu sudah semakin agresif dengan mengembang kepalanya.
“Saya terus membiarkan ular ini melingkar di lantai, lagi pun pergerakannya agak terbatas kerana permukaan (lantai) agak kesat.
“Selepas hampir lima minit saya berjaya menekan kepala ular ini dan pantas memegang kepalanya dan badannya dengan kuat dan sekiranya terlucut boleh mengundang padah,” katanya.
Menurut Zulkifli, seperti penangkap ular yang terlatih, dia perlu bersabar dan waspada dengan risiko keselamatan diri dan perlahan-lahan menghampiri reptilia itu yang sudah melingkar itu kemungkinan juga sudah kekenyangan.
Dia berkata, kejadian itu disaksikan oleh beberapa orang jirannya sambil menasihatkannya supaya dilepaskan bagi mengelakkan dia dipatuk ular tersebut.
Dia menasihatkan orang ramai supaya jangan menangkap ular berbisa kecuali ada kemahiran, pengalaman termasuk berani berdepan dengan situasi berkenaan.
“Saya peroleh kemahiran serta teknik mendekati reptilia ini daripada seorang rakan ketika bekerja sebagai penoreh getah sebelum ini.
“Saya pun memasukkan ular ini ke dalam guni dan kemudiannya dilepaskan ke dalam hutan berdekatan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pelukan Angkasa, komposer Raja NAzrin Shah dan penulis lirik Fazleena Hishamuddin dendangan SOG x Shila Amzah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 dengan membawa pulang RM100,000 dan sebuah trofi.
Lagu ini menumpaskan 12 lagu finalis yang dibarisi komposer ternama dan dinyanyikan oleh penyanyi popular tanah air.
Marsha Milan dengan lagu Cinta tempat kedua
Naib juara dimenangi lagu Cinta disampaikan oleh Marsha Milan, komposer oleh Bunga Cantik dan Hang Nadim dan lirik oleh Hang Nadim memenangi RM50,000 dan trofi.
Mimpi dicipta dan lirik oleh Haqiem Rusli (atas) dan Datuk A.Aida
Tempat Ketiga jatuh kepada lagu Mimpi dicipta dan lirik oleh Haqiem Rusli dan Datuk A.Aida membawa pulang RM30,000 dan trofi.
Manakala Aina Abdul dengan lagu Sepi dipilih bagi vokal terbaik dengan RM12,000 dan Marsha Milan dengan lagu Cinta untuk persembahan terbaik dengan hadiah wang RM 18,000 dan trofi.
Aina Abdul dan Khai Bahar dipilih sebagai Penyanyi Pilihan Popular dan menerima RM5,000 dan trofi.
Dua belas lagu yang berjaya ke peringkat akhir AJL ke-36,
Haqiem Rusli : Mimpi
Aina Abdul : Sepi
Aina Abdul & Khai Bahar : Nafas Cinta
Ernie Zakri : Boneka
Naim Daniel : Purnama
SOG X Shila Amzah : Pelukan Angkasa
Bunga & Noraniza Idris : Intan Payung
Yonnyboi : Salahku
Shiha Zikir & Noki : AEWO
Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli : Lara
Siti Nordiana : Angkara
Marsha Milan : Cinta
Anugerah Juara Lagu ke-36 disiarkan secara langsung oleh stesen TV3 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Perdagangan Dunia Putra, di ibu kota, semalam.
Dalam memilih lagu terbaik, jemaah juri profesional yang berpengalaman luas dalam dunia muzik telah dilantik untuk melaksanakan penilaian berasaskan kualiti lagu yang mana ia merangkumi aspek melodi dan penulisan lirik.
Barisan juri profesional yang dilantik adalah Dato Mokhzani Ismail selaku Ketua Juri, Dato Syafinaz Selamat Altimet, Helen Yap, LY, Datuk Acis dan Edrie Hashim.-SAHIH.
Foto : TV3
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Permudahkan urusan di KLIA dengan aplikasi baharu, prosedur lebih baik
PETALING JAYA: Seorang bekas menteri persekutuan menggesa supaya diwujudkan aplikasi MySejahtera baharu untuk pelawat antarabangsa bagi menamatkan apa yang disifatkan sebagai “pengalaman pahit KLIA”.
Abdul Rahman Dahlan berkata permohonan baharu aplikasi “MySejahtera International” perlu disediakan
Abdul Rahman Dahlan berkata permohonan baharu aplikasi “MySejahtera International” perlu disediakan, dan pegawai imigresen diberi kuasa untuk memeriksa butiran kesihatan pelawat antarabangsa semasa ketibaan.
Beliau berkata agensi kerajaan perlu menamatkan pertelagahan di lapangan terbang mengenai siapa yang mempunyai bidang kuasa ke atas ketibaan antarabangsa.
“Biarlah kami memberi kepercayaan kepada pegawai imigresen untuk melakukan pemeriksaan bukti vaksin semasa mereka memproses pasport pelawat antarabangsa.
“Jika Kementerian Kesihatan bertegas bahawa yang mempunyai bidang kuasa, maka benarkan pegawai KKM ditempatkan sejurus selepas kaunter imigresen,” katanya.
Cadangan Rahman itu dibuat dalam catatan Facebooknya hari ini susulan kolum pandangan FMT oleh Rosli Khan yang menceritakan “pengalaman pahit” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur setibanya di tanah air dari Indonesia.
Rahman berkata pengembara antarabangsa sepatutnya boleh memuat turun aplikasi MySejahtera baharu ketika mereka masih berada di luar negara dan mengisi semua butiran yang diperlukan sebelum mereka tiba.
“Malah butiran dan gambar keputusan PCR terkini mereka boleh disimpan dalam aplikasi,” katanya di Facebook.
Semasa ketibaan, pengembara antarabangsa hanya perlu mengimbas dan menunjukkan aplikasi mereka kepada pegawai imigresen atau hanya menunjukkan butiran ujian PCR mereka.
Rahman berkata bukti vaksinasi Covid-19 tidak perlu lagi diperiksa oleh pegawai Kementerian Kesihatan kerana ia mengakibatkan lebih banyak barisan dibuka.
“Ia memakan masa, apatah lagi menyusahkan dan mengakibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan. Kita perlu percaya berikan kepercayaan kepada pegawai imigresen untuk melakukan pemeriksaan bukti vaksinasi semasa mereka memproses pasport pelawat antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata polisi yang terlalu berwaspada dan bidang kuasa yang pelbagai boleh menjejaskan objektif negara untuk membuka sempadannya dan akan menjadi tidak produktif.
SUMBER : FMT
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penyokong dan pengundi Johor yakin BN akan memenangi PRN
Foto atas : Datuk Seri Najib turut turun berkempen di PRN Johor.
Sokong kepada Barisan Nasional (BN) sangat mengalakan dalam kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Johor yang bakal turun untuk memangkah pada 12 Mac ini.
Salah seorang yang Ahli jawatankuasa UMNO Jerantut yang berada di sana, Razak Daud berkata, pemerhatiannya mendapati sokongan padu diberi oleh penyokong dan pengundi di sana terhadap BN.
“Kita mengharapkan kemenangan besar kepada BN Johor untuk membentuk kerajaan yang stabil bagi mentadbir negeri Johor dan pada 12 Mac ini akan menjadi kenyataan.
“Oleh itu, rakyat Johor perlu mengambil peluang yang terhidang ini untuk mengembalikan UMNO/BN untuk membentuk sebuah kerajaan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!