Kertas siasatan video pergaduhan pelajar sekolah dibuka
SANDAKAN – Polis daerah ini membuka satu kertas siasatan berhubung video pergaduhan sekumpulan remaja berpakaian seragam sekolah yang tular di laman sosial Facebook hari ini.
Kredit video media sosial
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya mula mengetahui mengenai video pergaduhan terbabit kira-kira jam 2 petang hari ini selepas ia menjadi tular.
Pergaduhan sekumpulan murid sekolah bepakaian seragam sekolah di Sandakan, hari ini. Foto tangkap layar video media sosial
“Video berkenaan menunjukkan pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar sekolah.
“Siasatan awal pihaknya mendapati pergaduhan berkenaan berlaku di Jalan Elopura, bandar Sandakan.
“Punca sebenar pergaduhan masih dalam siasatan dan kita sedang mengenal pasti semua pelajar sekolah yang terlibat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, Abd Fuad memaklumkan polis Sandakan sudah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Sumber : KOSMO! ONLINE.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penduduk Felda Jengka 24 gembleng tenaga jaya sambutan hari raya
BANDAR PUSAT JENGKA – Penduduk di Felda Jengka 24 menggembleng tenaga menjayakan sambutan hari raya tahun ini mencerminkan semangat Keluarga Malaysia yang dihasratkan oleh Perdana Menteri direalisasikan oleh penduduk di situ yang diadakan di Dewan Felda Jengka 24, di sini, hari ini.
Bermula dengan mesyuarat ‘meletak kerja’ sehingga ke peringkat mengemas selepas majlis, pengurusannya berjalan lancar dan sangat dirindukan oleh mereka selepas dua tahun tidak menyambut perayaan hari raya kerana sekatan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) wabak Covid-19.
Ketua peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, semua peneroka di Blok 1 hingga Blok 14 turut memberi kerjasama yang erat dengan berkonsepkan kenduri kampung untuk menjayakan majlis ini dengan sokongan daripada pihak pengurusan atasan Felda Jengka 24.
“Semua gabungan penduduk di Felda ini termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) turut memberi kerjasama yang baik.
Konsep kenduri kampung turut memeriahkan suasana untuk menjayakan sambutan hari raya di Felda Jengka 24, hari ini.
“Tidak terkecuali Kami Anak Felda (KAF) dan koperasi di sini termasuk orang perseorangan berkerja keras memberi tumpuan khusus untuk menjayakan majlis sambutan,” katanya.
Turut hadir ke majlis tersebut, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah dan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut.
Seorang peneroka yang juga Jawatankuasa Biro Ladang Felda Jengka 24, Azmi Saad (60) berkata, setelah 2 tahun tidak menyambut sambutan hari raya kerana PKP, tahun ini sambutan sangat merah walaupun sederhana.
“Berkat kerjasama semua pihak majlis ini berjalan lancar dan turut diberi rezeki yang terbaik kerana harga sawit yang tinggi.
“Berkat konsep ‘sedekah’ di kalangan peneroka seramai 290 keluarga di sini, majlis ini turut dimurahkan rezeki yang lumayan kerana terdapat keluarga peneroka sudi membawa juadah dari rumah masing-masing untuk dikongsi bersama,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bekas diplomat miliki ladang ganja sekitar kediamannya di Janda Baik
BENTONG – Seorang bekas diplomat ditahan kerana disyaki mengusahakan ladang ganja di belakang rumahnya di Janda Baik, Bentong.
Suspek seorang warga emas berusia 78 tahun bergelar datuk ditahan selepas polis menemui 102 pokok ganja di sekeliling rumahnya.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya bertindak atas maklumat dan polis menyerbu dan menahan lelaki terbabit di rumahnya di Janda Baik, kira-kira jam enam petang Sabtu lalu.
“Selepas memeriksa di sekitar dan belakang kediaman datuk terbabit, polis menemui 102 pokok ganja pelbagai saiz termasuk yang sudah mencapai setinggi dua meter di kawasan seluas setengah hektar.
“Harga semua pokok ganja yang ditemui itu dianggarkan RM 61,000 serta turut menemui botol berisi cecair dipercayai minyak ganja dan 1,200 gram daun ganja kering,” katanya.
Katanya, hasil ujian awal sampel, suspek yang berada di dalam rumah tersebut didapati negatif dadah.
“Suspek yang berusia 78 tahun, bagaimanapun berdasar siasatan awal polis, suspek turut mendedahkan menggunakan cecair disyaki minyak ganja dengan mencampurkan beberapa titik ke dalam minuman sejak tiga tahun lalu
“Polis mendapati ladang ganja ini diusahakan sejak 2015, benih semaian pokok itu pula dikatakan diambil daripada ganja mampat,” katanya.
Katanya, dengan susulan tahanan bekas diplomat itu, polis turut menahan anak lelaki itu berusia 53 tahun di Shah Alam, Sselangor kerana dipercayai turut terbabit menanam ganja terbabit.
“Ujian saringan air kencing anak lelaki diplomat terbabit terhadap didapati positif mengambil dadah.
“Dua beranak terbabit direman seminggu dan disiasat mengikut seksyen 39b Seksyen 6b dan seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952. Sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Azman (kiri) dan Mohiadin (tiga dari kiri) bersama sukarelawan PJNH merakam kenangan dengan Dr Mardiah (enam dari kanan) pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2022 PJNH, di Kampung Sesapan Kelubi, Beranang, kelmarin.
Rakyat Malaysia wajar hulur sumbangan bantu pusat jagaan warga emas
HULU LANGAT – Semua pihak dalam Keluarga Malaysia wajar terus menghulurkan sumbangan dalam membantu pusat jagaan warga emas khusus yang tidak dikenakan sebarang bayaran untuk beroperasi bagi meneruskan khidmat sukarela menjaga penghuni di situ.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, berkata sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada berupa barangan seperti makanan dan keperluan asas atau kewangan itu akan membantu meringankan bebanan pusat berkenaan mencari dana.
Hasanuddin (tengah) menyantuni warga emas pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2022 PJNH.
Katanya, pengorbanan pihak pengurusan bersama kakitangan serta sukarelawan menguruskan pusat berkenaan amat disanjung tinggi walaupun warga emas yang dijaga itu bukanlah daripada dalam kalangan keluarga mereka.
Jelasnya, mereka yang mengambil tanggungjawab mengurus serta menjaga warga emas itu daripada tersisih untuk disantuni dengan penuh kasih sayang bukanlah suatu tugas yang mudah kerana memerlukan pengorbanan penuh ikhlas.
“Kepada mereka serta pelbagai pihak yang biasa menyumbang atau menginfak pelbagai barangan serta wang ringgit kepada pusat jagaan seharusnya meneruskan usaha murni ini kerana ganjarannya amat besar diakhirat nanti.
“Begitulah juga dengan pusat tahfiz dan rumah anak yatim wajar juga diberi perhatian untuk dibantu kerana pihak pengurusannya turut bergantung kepada dana daripada orang ramai,” kata.
Belia berkata demikian di Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2022 Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), di Kampung Sesapan Kelubi, Beranang, kelmarin.
Turut hadir memeriahkan majlis jamuan itu, Timbalan Pengarah Hospital Kajang, Dr Mardiah Masharuddin; Pengerusi Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia, Azman Rasman; Pengurus Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Sazali Mohiden; dan sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pengerusi PJNH, Mohiadin Bahado, berkata majlis jamuan itu secara tidak langsung mengakhiri kesuraman pusat jagaan berkenaan selepas lebih dua tahun tidak dapat mengadakan sebarang aktiviti membabitkan pengunjung dari luar berikutan pandemik Covid-19.
Menurutnya, apabila mendapat pengesyoran daripada pelbagai pihak terutama penduduk setempat yang ingin menyantuni warga emas di pusat itu kami berusaha untuk mengadakan majlis jamuan berkenaan sekadar termampu.
“Apabila diuar-uarkan banyak pihak pula sanggup menginfakkan bermacam menu dan juadah untuk dinikmati warga emas terbabit bersama-sama waris yang masih ada dan tetamu khusus penduduk sekitar pusat jagaan ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Pengerusi Al-Fikrah Malaysia, Nurul Atikah Mohd Azmi (empat dari kanan) bersama-sama anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Shahirah dan Peribadi Mulia yang diraikan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Pusat Jagaan Al-Fikrah baru-baru ini.
Penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah sambut hari raya selepas dua tahun berkurung
KAJANG – Terpancar pada wajah penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, di Kampung Sungai Sekamat, Kajang, Selangor, apabila disantuni kakitangan pusat berkenaan dan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Majlis itu juga suatu bermakna apabila 70 warga emas yang menghuni pusat berkenaan terpaksa berkurung tanpa sebarang aktiviti terutama membabitkan kunjungan orang luar lebih dua tahun berikutan pandemik Covid-19 yang melanda Negara.
Antara tetamu jemputan yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri itu termasuklah dermawan Pak Wan (kiri) dan Dr Faridah (dua dari kanan) bersama suaminya.
Pengerusinya, Nurul Atikah Mohd Azmi, berkata matlamat utama majlis itu adalah untuk menggembirakan hati warga emas terbabit yang rata-ratanya uzur dan menghidap pelbagai penyakit untuk berasa seronok menyambut Aidilfitri dan melupakan seketika kesedihan.
Menurutnya, kesempatan majlis itu juga bagi menguar-uarkan mengenai kewujudan pusat jagaan berkenaan yang masih beroperasi seperti biasa untuk menyantuni dan menjaga warga emas yang disisih keluarga bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Tambahnya, selepas pengasas pusat itu arwah bapa beliau, Mohd Azmi Md Zain meninggal dunia pada Ogos 2021 lalu ramai yang mengatakan Al-Fikrah ditutup, tetapi berita tidak benar sama sekali kerana ia terus beroperasi macam biasa sehingga sekarang dengan mendapat sokongan dan galakan daripada rakan-rakan arwah bapanya.
“Pada majlis ini kami turut mengundang waris warga emas yang masih ada untuk hadir bersama-sama tetamu jemputan dan orang ramai bagi menyantuni penghuni yang sekian lama hidup sendirian dan turut terkesan apabila pelawat tidak dibenarkan hadir sepanjang pandemik Covid-19 kecuali untuk menghulurkan sumbangan.
“Saya sendiri tidak dapat menahan rasa sayu apabila melihat warga emas ini yang diibaratkan sebagai ayahanda serta bonda begitu gembira menerima kunjungan orang ramai apabila dapat menjamu juadah disediakan bersama-sama,” katanya.
Nurul Atikah berkata, majlis rumah terbuka itu didahulukan dengan bacaan tahlil untuk arwah bapa beliau dan juga penghuni yang sudah meninggal dunia sebelum warga emas terbabit dihiburkan bersama-sama kakitangan Al-Fikrah dan tetamu jemputan.
“Pada majlis ini juga kami turut menyantuni anak yatim dari dua rumah anak yatim iaitu Nur Shahirah dan Peribadi Mulia selain dikunjungi Kaunselor Berdaftar, Dr Faridah Kastawi yang banyak memberi sokongan dan nasihat.
“Kunjungan ramai tetamu pada majlis ini khusus penyumbang yang banyak menginfak dan kawan arwah bapa memberikan suntikan semangat untuk saya meneruskan legasi menguruskan Al-Fikrah dengan mendapat kerjasama daripada semua kakitangan dan ahli keluarga,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PORT DICKSON- Doktor wanita yang ditemukan meninggal dunia di bilik di sebuah hotel di Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Jumaat lalu difahamkan mengalami kemurungan yang berkemungkinan berkaitan pekerjaannya.
Ketua Polis Port Dickson, Aidi Sham Mohamed, berkata perkara itu dimaklumkan ahli keluarganya kepada polis.
“Mangsa dikatakan mengalami kemurungan berkemungkinan disebabkan oleh pekerjaannya dan perkara tersebut dimaklumkan ketika temubual dengan keluarga mangsa.
“Pihak polis juga ada menemui beberapa jenis ubat-ubatan berkaitan kemurungan di dalam bilik tersebut,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang merupakan pegawai perubatan di sebuah hospital kanak-kanak di Petaling Jaya, ditemukan meninggal dunia di sebuah hotel di Pasir Panjang pada 20 Mei lalu.
Aidi Sham berkata, pada 2 petang, pihaknya menerima maklumat daripada pekerja sebuah hotel di Pasir Panjang yang menemui seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas katil bilik.
“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah didapati di tempat kejadian dan semakan pihak hotel mendapati mangsa mendaftar seorang diri pada 19 Mei lalu.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Pasir Panjang pada 2.56 petang. Si mati berusia 37 tahun dan masih bujang,” katanya.
Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson dan punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA – Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi isu kekurangan bekalan bahan makanan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri menegaskan, tindakan terbabit diputuskan mesyuarat Kabinet semalam yang akan berkuat kuasa hingga harga dan pengeluaran ayam tempatan, kembali stabil dengan memberi keutamaan untuk memenuhi keperluan rakyat negara ini.
Lima langkah atasi isu harga, bekalan ayam
i. Menghentikan eksport ayam 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun ini hingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil (Keutamaan Kerajaan adalah Rakyat sendiri)
ii. Mewujudkan stok penimbal ayam dan mengoptimumkan fasiliti penyimpanan bilik sejuk sedia ada milik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan agensi
iii. Memansuhkan Approved Permit (AP) ayam termasuk ayam bulat dan keratan ayam bertujuan meningkatkan peluang pembabitan pengimport untuk menyediakan lebih banyak sumber bekalan
iv. Mempermudahkan proses tuntutan subsidi oleh pengeluar ayam
v. Menambah dan mengiktiraf loji sembelihan di luar negara bagi meningkatkan pengeluaran bekalan ayam
Sumber – BH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KGMMB sokong jawatankuasa anti buli dan gangguan seksual di sekolah diwujudkan
Kejadian kes buli dan gangguan seksual di kalangan pelajar semakin berleluasa berlaku di sekolah dan wajar dicegah dengan segera bagi membendung kejadian itu terus berlaku menjadi ‘barah’ yang membahaya dan sukar dibendung.
Kes buli dan gangguan seksual perlu dipandang serius oleh warga pendidik dan masyarakat serta pihak berkuasa perlu menangani dengan betul dan tegas agar penularan kejadian ini dapat dihentikan serta-merta.
Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jasni Md Kechik
Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jasni Md Kechik berkata, pihak pentadbiran sekolah dan warga pendidik perlu diberi penerangan jelas dari sudut perundangan dan peraturan yang betul untuk atasi kes bulli dan gangguan seksual ini.
Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu duduk semeja dan bekerjasama membincangkan peraturan dan perundangan dengan pihak berkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) dan pengamal undang-undang bagi mendapat khidmat nasihat yang lebih jelas dan teratur berkaitan isu ini.
“Keadaan sekarang, guru bimbang untuk melakukan tindakan yang sewajarnya kerana peraturan sedia ada perlu dijelaskan dengan tepat dan mudah difahami agar guru tidak terperangkap kemudian dengan tindakan yang diambil.
“Peraturan sedia ada harus diperkemas dan diperjelaskan kepada semua pihak termasuk ibu bapa dan penjaga agar mereka faham serta jelas dan tidak mudah mengambil tindakan mahkamah terhadap guru, sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri terbabit,” katanya.
Katanya, dengan memperkemaskan peraturan dan undang-undang yang jelas dan tepat, satu tindakan yang dikenakan kepada si-pelaku turut memberi perlindungan undang-undang kepada guru, sekolah dan pelbagai pihak yang mengambil tindakan.
“Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) perlu bergerak aktif membantu sektor pendidkan bagi menangani isu ini dengan mengadakan pelbagai program kesedaran terhadap masyarakat agar turut sama terlibat membantu tangani gejala negatif ini.
“Semua peringkat pentadbiran dalam KPM perlu lebih telus dan berani agar tidak menyembunyi isu seperti ini dan perlu sentiasa membuat laporan kepada PDRM supaya isu ini tidak disembunyikan dan boleh membendung kejadian tidak berulang.
Pihak konselor di sekolah, daerah dan negeri dalam KPM perlu aktif mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi akan melakukan kegiatan buli dan gangguan seksual, terutama kepada kes kejadian yang berulang yang dilakukan oleh si-pelaku agar mudah untuk diambil tindakan.
“Pangkalan data yang berkaitan profil pelajar yang cenderung terlibat dalam kes buli perlu ada untuk dibuat tindakan pembetulan serta tindakan susulan pencegahan.
“Perlu dilihat sama ada kejadian membuli dan melakukan gangguan seksual atau tingkah laku negatif pelajar itu sendiri yang boleh mempengaruhi pelajar lain untuk ikut serta melakukan kejadian tersebut,” katanya.
Jawatankuasa anti buli dan gangguan seksual perlu melibatkan kesatuan guru, Persatuan Ibubapa dan penjaga (PIBG), badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak pengamal undang-undang.
“Dengan adanya satu peraturan khusus dan jelas kepada semua pihak di bawah KPM termasuk PIBG atau ibu bapa sendiri, satu tindakan pencegahan buli dan gangguan seksual boleh dibenteras.
“Salah laku yang dilakukan oleh pelajar serta sudah sabit kesalahan boleh ditempatkan sebuah sekolah khas dalam tempoh tertentu sebagai kaedah pemulihan sikap pelajar tersebut sebelum boleh dihantar semula ke sekolah aliran perdana, “ katanya.
Jasni berkata, selain itu kempen KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, PPD dan sekolah perlu mengadakan kempen kesedaran antibuli dan anti gangguan seksual secara berterusan serta menyatakan sebab dan akibat jika terbabit dengan kegiatan tersebut.
“Poster-poster antibuli dan anti gangguan seksual perlu diedarkan ke sekolah-sekolah atau kad kecil seperti penanda buku wajar diedarkan kepada semua murid dan warga sekolah bekerjasama menolak pelakuan tersebut.
“Kalau boleh nyatakan dendaan yang bakal dihadapi kepada pelaku untuk menjadikan sebagai amaran,” katanya.
Jasni menambah, ceramah agama, kerohanian dan moral perlu diberi kepada semua murid bagi mengisi ilmu kerohanian berkaitan keburukan membuli dan gangguan seksual dari sudut agama dan moral.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tokey Ayam Bongkar Rahsia Kenapa Ayam Tiada, Ayam Mahal, Ayam Disorok? Ada Pihak Tertentu Mempunyai Agenda Tersembunyi?
Assalamualaikum, saya Yani.
Pengalaman dalam industri ayam taklah banyak, ada lah dalam 10 tahun dalam penternakan, proses, dan perniagaan ayam.
Harini saya nak kongsi kisah sebenar, lengkap, kenapa sejak akhir-akhir ini, ayam tiada di pasar,
KFC tiada ayam goreng, ayam naik harga,
Pada suatu masa dahulu, harga ayam naik turun. Harga bergantung apa? Bergantung kos, kos naik, harga naik, kos turun, harga turun. Semua pengilang dedak, penternak, peniaga ayam, hidup dengan aman damai.
Kemudian, pada tahun lepas harga bahan mentah import meningkat mendadak. Kerana kelemahan ringgit, kenaikan kos penghantaran antarabangsa dan faktor bekalan.
Jadinya, harga jagung meningkat (meningkat lebih 100% 2021), harga kacang soya meningkat (meningkat lebih 30% 2021) dan harga gandum meningkat. Semua bahan-bahan yang menjadi kandungan utama dedak naik lebih 80%.
Dan bahan-bahan ini diimport. Sebelum anda tanya, kenapa makanan ayam diimport, ini ceritanya.
Ayam daging ni, dedak-dedaknya dihasilkan dengan tepat supaya ayam cukup nutrien, boleh membesar dengan maksima dan efisien dalam tempoh ditetapkan. Dan yang paling penting, dedak mestilah makanan yang ayam suka makan.
Baka ayam ini kebanyakannya baka-baka import, seperti COBB, ROSS dan Indian River. Ayam ini bukan makan jagung manis Cameron Highland, ayam makan jagung bijirin yang tidak ditanam secara meluas di Malaysia.
Bahan-bahan ini, kita bukan import sikit, setahun, lebih 3.9 juta tan matrik jagung bijirin dan lebih 1.4 juta tan metrik soya diimport . Boleh kita hasilkan sebanyak tu?
Memang boleh. Jadi bila bahan-bahan mentah ini naik harga, harga dedak meningkat dari RM80/50kg kepada RM120/50kg, meningkat lebih 50%.
Bila kos meningkat, maka kos ternakan meningkat dan macam biasa, logiknya, harga ayam turut meningkat, dan itu yang berlaku, sehingga 4 Disember 2021.
Harga kawalan ditetapkan pada RM9.30, tanpa kawalan harga dan subsidi kepada dedak.
Sebenarnya, pengilang dedak, penternak sudah lama menyerap kenaikan harga, supaya harga kepada pengguna tidak terlalu membebankan. Bila harga kawalan ditetapkan, kami bukan kurang untung, kami rugi.
Jadi kami sebagai penternak kurangkan kemasukan ayam di ladang supaya kerugian dapat dikurangkan sementara kami nampak titik keluar
Jadi sebab itulah ayam kurang. Tiada konspirasi, tiada agenda, hanya penternak nak meneruskan kelangsungan hidup. Kemudian, harga kawalan makin turun RM9.10, kemudian RM8.90 dan ada pula buat RM8.
Penternak makin tersepit, dan ada yang dah gulung tikar. Bukan anak ayam tiada atau yang punca bermasalah.
Tapi, siapa yang nak ternak ayam bila rugi? Selepas penternak, ramai peniaga dan pekerja dalam industri ini akan juga kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan
Kami harap titik tengah dapat dicapai supaya industri ini dapat kekal dan pada masa yang sama pengguna dapat membeli makanan asas pada harga mampu milik. Sekian
Sumber: Yani Hardinata Hairuddin via Tokey Ayam Wak Akob, Keluarga My.
Pendapat ini adalah pendapat peribadi penulis.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres yang berlaku di KM4, Jalan Lipis-Merapoh.
Kemalangan bas ekspress dan kereta nyaris ragut nyawa di Jalan Lipis- Merapoh.
LIPIS – Satu kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan di KM 4, Jalan Lipis-Merapoh di hadapan Stesen Minyak Petron, Kampung Tempoyang berlaku pada jam 12.50 pagi, hari ini.
Kemalangan itu melibatkan sebuah bas ekspres Sani yang datang dari arah Kuala Lumpur dengan membawa penumpang menghala ke Kelantan, manakala sebuah kereta dari Jeli, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati apabila tiba di tempat kejadian, tiba-tiba kereta terbabit keluar dari arah stesen minyak itu.
“Pemandu dan penumpang bas tidak cedera, manakala penumpang kereta tersebut mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut, pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.
“Akibat kemalangan tersebut , bas itu mengalami kerosakan di bahagian bumper dan lampu hadapan pecah termasuk pintu utama rosak,”katanya.
Katanya, tempat kejadian adalah di kawasan jalan lurus, keadaan jalan kering, berturap, bahu jalan berturap dan pengguna jalan tersebut sentiasa berhati-hati terutama di waktu malan dan hujan.
“Sistem jalan satu lorong dua hala, terdapat garisan tengah putih berkembar sebagai pembahagi lorong, keadaan jalan berlampu dan cuaca adalah baik.
“Siasatan lanjut punca sebenar kejadian akan dijalankan, mohon kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu siasatan,” katanya..-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!