SHANGHAI – Kampung Baimu, Danling terltak di wilayah Sinchuan mempunyai 2,119 penduduk daripada 631 buah keluarga.
Menarik di kampung ini, terdapat bilangan kelahiran kembar yang banyak.
Dalam tempoh masa 12 tahun lalu, sekurang-kurangnya 33 pasangan kembar dilahirkan.
Setiausaha Parti kampung tersebut, Li Yuxia berkata, kampung ini boleh dipanggil ‘Kampung Kembar’.
Li juga memiliki anak kembar perempuan.
Bagaimanapun, daripada 33 kembar, sekurang-kurangnya lima pasangan kembar sudah meninggal dunia.
Tujuh pasangan kembar tinggal seorang daripada mereka, manakala 21 pasangan kembar masih hidup.
Menurut Red Star New, tujuh pasangan tinggal berseorangan, 21 pasang kembar masih hidup.
Daripada 28 pasang kembar, sama ada salah seorang daripada mereka yang hidup.
10 pasang kembar lelaki dan 11 pasang kembar perempuan.
Tujuh pasang yang lain adalah kembar lelaki dan perempuan.
Umur pasangan kembar di kampung itu adalah dari setahun hingga 70 tahun.
‘Bukan orang luar sahaja yang keliru dengan rupa paras pasangan kembar, malah penduduk kampung ini pun sering tertukar kerana penampilan kembar juga hampir serupa’, kata Li.
Salah seorang penduduk kampung berkata semasa sekolah rendah, anak kembarnya berada di kelas yang sama tetapi gugu asingkan kelas kerana elak kekeliruan dan lebih mudah dibezakan.
Menurut cerita penduduk kampung, seorang penduduk kampung bernama Huang Wenjuan pernah menyangka seorang lagi penduduk di kampung yang sama bernama Huang Wen sebagai saudara kembarnya yang bernama Huang Hui.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pekerja ladang nyaris maut dipijak gajah di dalam sebuah ladang di Temerloh
TEMERLOH – “Selalunya pekerja itu berdua dengan kawannya, tetapi pada hari semalam dia segera ke tempat kejadian berseorangan untuk melakukan kerja mencantas pelepah sawit kira-kira 2 kilometer dari pejabat ladang itu di Mentakab pada jam kira-kira 7.15 pagi,” ketika ditemui, hari ini.
Pekerja yang cedera di kakinya dipijak gajah di sebuah ladang di Temerloh, pagi semalam
Pengurus ladang tersebut yang enggan nama disiarkan berkata, pekerja malang berusia 50-an itu pergi dahulu dengan menunggang motosikal meninggalkan kawannya untuk bekerja ke tempat kejadian kira-kira 100 meter bersempadan dengan Hutan Simpan Kemasul.
“Kira-kira jam 7.40 pagi semalam, mangsa telah menghubungi pengawal keselamatan memaklumkan melihat kelibat gajah berada di kawasan ladang itu dan sedang menghala ke arahnya.
“Dimaklumkan pengawal itu menyuruhnya untuk melarikan diri dari kawasan itu tetapi belum sempat pihak pengurusan dan pengawal ke tempat kejadian, mangsa telah menghubungi semula memaklumkan dia telah dipijak oleh gajah kira-kira 10 minit kemudian, pada jam 8.00 pagi” katanya.
Katanya, berdasarkan pelepah sawit yang telah dicantas, pekerja itu telah melakukan kerja sepanjang jalan ladang sejauh 200 meter berdasarkan kesan cantasan,” katanya.
“Saya harian juga mengapa pekerja itu tidak melarikan diri sebelum dipijak kerana kedudukan motosikal mangsa terletak kira-kira 100 meter tempat mangsa dipijak.
“Pihak kami telah ke tempat kejadian dan melihat mangsa telah cedera di bahagian pergelangan kakinya dan terus dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh,” katanya.
Katanya, pihak ladang telah menggali parit sedalam kira-kira 3 meter dalam (10 kaki) dan lebar 3 meter (10 kaki) telah dibina sepanjang kira-kira 6 kilometer.
“Mungkin gajah itu masuk ikut baki sempadan yang belum dibina parit anggaran sepanjang 7 kilometer lagi.
“Sebenarnya banyak kali masuk ke ladang kami, tapi kali ini mencederakan pekerja, mujur tidak ramai lagi pekerja berada di kawasan itu kerana masih awal pagi,” katanya.
Katanya, pihak ladang mengalami kerugian kerana pokok sawit yang dicabut atau dimakan pucuknya oleh haiwan liar itu kira-kira 10,000 pokok dan boleh mengalami kerugian jangka pendek kira-kira RM100,000 tetapi jangka panjang hampir RM1 juta.
Sementara itu, dua kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah ke tempat kejadian di ladang itu. Siasatan awal tempat kejadian berlaku di dalam ladang bersempadan dengan Hutan Simpan Kemasul
Terdapat sepasang kasut, topi, dan sebotol air mineral mangsa dan juga terdapat kesan tapak gajah liar di situ dan dianggarankan sekumpulan gajah sebanyak 7 ekor.
Situasi Kejadian tidak dapat dipastikan kerana pihak jabatan PERHILITAN masih tidak dapat menemui mangsa dan sewaktu kejadian tiada saksi lain.
Jabatan PERHILiTAN sedang memantau situasi pergerakan gajah ini bagi tindakan berikutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Tarmizi bersama buku ‘Writing Made Easy (Part 1)’ hasil tulisannya selepas 12 tahun mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah kawasan pedalaman Sabah.
YouTube Sir Mizie bantu murid kuasai BI
BELURAN, SABAH – Impian selama 16 tahun terpendam akhirnya seorang guru, Sekolah Kebangsaan Ulu Muanad, Beluran, Sabah, Mohamad Tarmizi Mohamad berjaya menulis buku bagi membantu pelajar menguasai dan mahir dalam matapelajaran Bahasa Inggeris (BI).
Katanya, beliau bukan mencari populariti atau glamor, guru di pedalaman Sabah itu mahu menghasilkan buku tersebut untuk memudahkan pelajar menguasai BI dengan mudah kerana umum sedia maklum kononnya BI adalah subjek ‘killer’ di sekolah.
Tarmizi sentiasa teliti dalam memilih dan membina bahan mengajar supaya berkesan kepada muridnya.
“Kesusahan dan menempuh pelbagai rintangan mengajar di pedalaman Sabah selama 12 tahun hingga sekarang tidak pernah meluntur semangatnya menulis buku untuk dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar di seluruh negara.
“Sejak belajar di Institut Pendidikan Guru lagi dia sudah berazam bagi memenuhi impian menghasilkan buku walaupun dalam serba kekurangan apabila mengajar di pedalaman Sabah demi menabur bakti kepada pelajar,” katanya.
Katanya, akhirnya dengan pengalaman mengajar subjek BI di beberapa sekolah di Sabah dan segala ilmu dipelajari serta ditemukan semasa menjadi guru dimasukkan dalam buku bertajuk ‘Writing Made Easy (Part 1)’ yang sudah dipasarkan secara dalam talian pada harga RM29.99 senaskhah sejak awal Jun 2022 lalu.
“Matlamat saya menulis buku ini adalah untuk mengukuhkan asas penulisan BI dalam kalangan pelajar walaupun di mana mereka berada terutama yang menetap di kawasan kekurangan kemudahan termasuk internet.
“Saya mengambil tempoh selama setahun untuk menyiapkan buku ini dan terpaksa mengambil langkah berhati-hati dalam mengumpulkan maklumat serta menyusun idea untuk digarap dalam buku itu,”katanya Ketika dihubungi.
Katanya, kandungan buku itu adalah untuk membantu pelajar menguasai asas penulisan dengan menggunakan kaedah memudahkan buat ayat BI yang dicipta untuk murid di sekolahnya.
“Kaedah ini telah dimuatnaikkan ke saluran YouTube Sir Mizie dan telah memenangi Anugerah Khas Juri CikgooTube Kinabalu, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada awal tahun 2022.
“Saya menyiapkan buku ini terpaksa menghadapi cabaran utama iaitu ‘mental blocks’ yang dihadapi ketika menulis berikutan tekanan masa tidak mencukupi kerana sibuk dengan tugas sebagai guru dan juga melatih pasukan bola tampar sekolah,” katanya.
Tarmizi berkata, secara asasnya buku itu sesuai untuk murid Tahun Dua hingga Tahun Empat manakala sesuai juga digunakan oleh murid sekolah menengah Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua.
“Bagaimanapun buku ini boleh dimanfaatkan semua peringkat umur termasuk mereka yang hendak mempelajari BI dan juga ingin membuat pengukuhan penggunaan bahasa berkenaan.
“Untuk peringkat pertama 1,000 naskhah buku sudah dicetak yang mendapat sambutan memberangsangkan di samping sokongan dan restu daripada guru besar sekolah saya serta pejabat pendidikan daerah.
Katanya, buku itu adalah hasil pengalaman profesional beliau mengajar BI selama 12 tahun, apabila teknik dan pendekatan yang beliau bina dimasukkan dan digarapkan ke dalam buku itu.
“Buku ini adalah hasil cinta saya kepada ilmu yakni BI dan ia juga hasil cinta saya kepada semua anak didik yang dahagakan ilmu walaupun mereka berada jauh di pedalaman tetap bersemangat menimba ilmu,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Isteri ketua peneroka Felda Mengkuang dibunuh dengan wayer pengecas telefon
BERA – Isteri kepada Ketua Peneroka di Felda Mengkuang, Triang meninggal dunia dipercayai dijerut dengan wayer pengecas telefon oleh penceroboh yang masuk ke dalam rumah mangsa itu.
Wanita itu, Siti Zuliana Said, 52, meninggal dunia dipercayai dibunuh suspek yang masuk ke dalam rumah mangsa pada waktu awal pagi melalui pintu belakang rumah dan masuk ke bilik tidur mangsa
Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP N. Kumaran berkata, wanita itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Kami percaya, suspek menggunakan wayer pengecas telefon untuk menjerut leher mangsa, malah, suspek juga turut mencederakan di bahagian kepala suami mangsa yang berusia 60 tahun.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai turut melarikan wang tunai RM 6,000 dan kereta milik suami mangsa jenis Honda City, no plet DAD 9799,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, suami mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh untuk rawatan.
“Kes dipercayai bermotifkan samun, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan diteruskan,” katanya.
Jiran mangsa, Saaniah Naim (56) berkata dia baru bertemu arwah pagi tadi dan arwah telah singgah di gerainya untuk membeli nasi lemak dan kuih-muih.
“Arwah memohon maaf kerana akan pergi menunaikan ibadah umrah, sebelum itu arwah turut membeli pau, popia, karipap dan sebungkus nasi.
“Sayu sungguh sebab tak sampai 3 jam jumpa dengan arwah dan saya dimaklumkan arwah dah tiada, sebelum itu arwah singgah di gerainya selepas pulang berjalan kaki dari masjid,”katanya.
Anak bongsu kepada mangsa, Muhammad Khairi Ramadan Mohd Haris, 22, langsung tidak menyedari kejadian yang berlaku terhadap ibunya.
Menurutnya, pada awal pagi, dia dan ibunya sempat ke masjid bersama-sama tetapi dia pulang ke rumah bersendirian kerana ibunya mahu mengaji.
“Saya pun tak tahu, kemungkinan suspek sudah berada di dalam rumah dan mengelabah kerana ibu saya baru pulang dan rumah saya tidak berselerak mungkin suspek telah menjumpai wang tunai dan terus mengetuk kepala ayah.
“Saya sedar bila ayah panggil saya memberitahu dia sakit kepala dan paip air dalam bilik air bocor, pada ketika itu saya sedang berehat di dalam bilik setelah pulang dari masjid,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA – Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS 2022-2026 yang dilancarkan membuktikan pendirian jabatan itu dalam mendukung usaha pemantapan tadbir urus, integriti dan anti rasuah.
Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pelan yang menggariskan lima bidang keutamaan itu menampilkan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Pendidikan Kemahiran, Pembangunan Komuniti, Tadbir Urus dan Perolehan.
”Daripada lima bidang keutamaan itu, lima strategi telah dikenal pasti merangkumi enam objektif dengan 25 inisiatif secara keseluruhannya yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun (2022-2026) oleh warga KEMAS di semua peringkat”.
Tambah beliau, bagi memastikan keberkesanan pelan ini, pelaksanaan semua inisiatif akan dipantau dan dinilai secara konsisiten dengan mengambil kira maklum balas, panduan dan nasihat daripada pelbagai pihak agar usaha yang dijalankan ini sentiasa relevan dan dapat diukur tahap keberkesanannya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis Pelancaran OACP KEMAS di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohamad Yasid Bidin.
Jelas Abdul Rahman, visi OACP KEMAS iaitu ”KEMAS Berintegriti Rasuah Diperangi” akan dapat dicapai sekiranya setiap warga KEMAS membudayakan konsep pencegahan serta memelihara integriti dalam pelaksanaan tanggungjawab dan tugasan harian.
”Ini termasuk menolak amalan rasuah, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa serta mengamalkan polisi tidak menerima hadiah dari mana-mana individu mahupun syarikat kepada warga KEMAS.”
KEMAS melalui Unit Integriti aktif berkempen melalui siri ceramah, forum dan taklimat ’Whistle Blower’ di seluruh negara untuk memberi kesedaran kepentingan menangani gejala rasuah.
Turut diadakan program atas talian ’Bicara Integriti & Anti Rasuah KEMAS’ secara langsung di Facebook: KEMAS Official.
Pelancaran OACP KEMAS adalah selaras Inisiatif 2.1.5. Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 di bawah Strategi kedua iaitu Memperkukuh Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan, dengan mewajibkan sektor awam untuk membangunkan pelan antirasuah di peringkat organisasi masing-masing.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Masih ingatkah anda wallpaper bukit berumput hijau segar dan langit yang membiru suatu ketika dahulu? Pasti terbayang wallpaper yang menjadi ‘pemandangan’ kepada pengguna Windows XP.
Inilah gambar yang sering menjadi peneman. Tahukah anda kisah gambar tersebut? Adakah pemandangan seperti ini wujud di dunia nyata? Atau hanya direka untuk ‘sedap’ mata memandang?
Nama gambar ini adalah ‘Bliss’ yang diambil oleh seorang jurugambar iaitu Charles O’Rear pada tahun 1998 di Lebuhraya 121 di Sonoma County, California.
The famous Microsoft desktop wallpaper and the photographer behind it, Charles O’Rear. pic.twitter.com/xCshachHPn
Kisah di sebalik gambar ini adalah O’Rear sedang dalam perjalanan ke Marin County. Secara tiba-tiba dia ternampak kawasan berbukit itu dan berhenti untuk mengambil gambar.
Menurut sumber, sebanyak empat keping gambar kawasan tersebut diambil dan O’Rear muat naik gambar-gambar itu ke laman web Corbis untuk dijual lesen penggunanya.
Beberapa tahun kemudian, gambar tersebut berjaya menarik perhatian pihak Microsoft untuk dijadikan penghias skrin Windows XP.
Syarikat tersebut menghubungi O’Rear untuk membeli hak cipta gambar tersebut dengan nilai yang tinggi.
Ramai pengguna Windows XP beranggapan gambar wallpaper yang tertera pada skrin adalah gambar palsu dan hanya direka tapi sebenarnya kawasan tersebut wujud.
Menurut O’Rear, kawasan itu sememangnya rumput hijau, langit biru dan berbukit, pihak Microsoft hanya menambah warna pada bahagian bukit sahaja.
Jom tengok YouTube lokasi gambar tersebut sekarang ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Beta telah menonton filem Mat Kilau yang memaparkan bagaimana perpecahan di kalangan orang Melayu yang boleh mengakibatkan pihak-pihak luar mudah menguasai kita. Jika dihayati dialog yang digunakan di dalam filem ini, ianya bertepatan bagi menyampaikan message kepada orang Melayu bahawa kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada semangat perpaduan dan pegangan kepada agama Islam.
Beta menggalakan masyarakat Negara ini terutama orang Melayu untuk menonton filem ini agar ianya boleh dijadikan sebagai satu tauladan dan pengajaran kepada kita semua bahawa sesebuah tamaddun dan Negara boleh runtuh seandainya kita tidak bersatu-padu dan bekerjasama di dalam mempertahankannya.
Beta memandang serius terhadap gejala perpecahan di kalangan orang Melayu terutama pemimpin politik Melayu. Beta melihat perbalahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu yang begitu ketara sekarang boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di Negara kita.
Beta tidak berhasrat untuk mencampuri urusan politik dan pentadbiran Negara. Walaubagaimana pun Beta merasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu dapat segera dihentikan. Ianya adalah bagi menjamin agar kepentingan masyarakat Melayu dapat dipelihara tanpa mengenepikan hak dan kepentingan masyarakat bukan Melayu di Negara ini.
Pemimpin-pemimpin politik Melayu perlu sedar bahawa pembangunan dan kemajuan Negara amat bergantung kepada kepimpinan yang stabil. Andai kata pemimpin Melayu gagal menunjukkan kepimpinan yang baik dan bertanggungjawab, kaum lain akan hilang rasa hormat terhadap pemimpin Melayu dan sekali gus tidak akan memberi sokongan yang padu kepada pemerintahan orang Melayu.
Daripada keratan akhbar
Di samping mengamalkan sikap kepimpinan yang baik dan tidak berbalah sesama sendiri, pemimpin politik Melayu harus juga bekerjasama dengan pemimpin parti politik kaum lain bagi menjamin pembangunan Negara dijadikan keutamaan demi keselesaan hidup rakyat pelbagai kaum.
Di samping itu, Beta menyedari gejala fitnah-memfitnah berlaku dengan berleluasa di kalangan masyarakat. Penyebaran berita-berita fitnah yang tidak ditentukan kesahihannya serta budaya menyerang perilaku peribadi seseorang individu telah mengugat keharmonian masyarakat di Negara kita.
Semua pengkhianatan serta kebencian yang dilahirkan secara terbuka ini seolah-olah sudah menjadi satu budaya di kalangan masyarakat kita. Kita perlu sedar bahawa fitnah boleh mendatangkan dosa yang besar dan kemurkaan Allah S.W.T.
Agama Islam sendiri menggalakkan manusia untuk berdamai dan bersatu-padu dan melarang umatnya berpecah serta bermusuhan sebagaimana firman Allah di dalam surah Ali-Imran ayat 103.
‘‘Dan berpegang teguhlah kamu pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai…“
Oleh itu Beta mengajak semua pemimpin politik dan rakyat di Negara ini kepada kebaikan dan mengamalkan budaya sihat yang berpandukan kepada sikap toleransi dan berprasangka baik bagi mencapai aspirasi perpaduan hidup bersama demi kemakmuran Negara. Beta menyeru agar kita bersama-sama membangunkan sebuah masyarakat yang gagah, bebas dari rasuah, bermaruah, harmoni dan berwibawa dengan menghormati nilai-nilai perpaduan kemanusiaan sejagat. Semoga Allah S.W.T. memelihara Negara dan kita semua.
“PERTAHAN DAN SETIA KEPADA AGAMA ISLAM”
“BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DAN NEGARA”
D.Y.M.M. SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
SULTAN SELANGOR
Tarikh : 4 Julai 2022
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, Anih Berhad menjangkakan sebnayak 1.648 juta kenderaan bakal berada di atas Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dan 704,000 di LPT1.
Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata orang ramai akan mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung bagi menyempurnakan ibadah korban memandangkan cuti hujung minggu yang panjang.
‘Kira-kira 2.4 juta kenderaan yang bakal menggunakan lebuhraya untuk menyambut hari raya bersama keluarga’, katanya.
Beliau yakin kini pengguna jalan raya lebih prihatin dan berhati-hati semasa dalam perjalanan hingga selamat sampai ke destinasi.
Beliau berkata Jadual Cadangan Perjalanan (TTA) akan dikeluarkan sebagai peringatan di setiap musim perayaan.
Hari Raya Aidiladha merupakan kali ketiga rakyat Malaysia berpeluang balik ke kampung selepas negara menjalani fasa endemik tahun ini.
‘Berdasarkan trend hujung minggu yang stabil sejak awal tahun, purata harian hujung minggu bagi Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak adalah sebanyak 161,000 manakala jumlah kenderaan LPT1 merekodkan sebanyak 65,000 kenderaan.
‘Antara langkah yang dijalankan oleh Anih Berhad untuk meningkatkan keselesaan dan kesediaan pengguna ialah menambah petugas dan anggota sebagai persediaan pengaktifan lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik’, katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Yayasan Pelajaran MARA peruntuk RM2.1 juta laksana program tuisyen
KUBANG PASU – Yayasan Pelajaran MARA (YPM) memperuntukkan sejumlah RM2.1 juta bagi melaksanakan Program Tuisyen Pintar YPM @KPLB, khusus untuk pelajar luar bandar tahun ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program tersebut dilaksanakan di 60 buah Pusat Tuisyen terpilih di seluruh negara dengan penglibatan seramai 6 ribu orang pelajar.
Timbalan Ketua Setiausaha KPLB, Mas Rizal Mohd Hilmi yang mewakili Menteri KPLB, Datuk Seri Mahdzir Khalid
“Usaha ini digerak bagi memastikan pelajar-pelajar dari luar bandar tidak keciciran dan mendapat akses bimbingan secara percuma serta pendedahan akademik yang terbaik.
“Tuisyen ini kita berikan secara percuma kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah terutamanya di luar bandar yang mempunyai tahap penguasaan akademik yang sederhana dan lemah”, katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Katanya , sejak dilaksanakan pada tahun 2016, Program Tuisyen Pintar ini telah memberi manfaat kepada 80,581 pelajar luar bandar dan telah berjaya meningkatkan prestasi pelajaran mereka.
“Setiap pusat tuisyen akan disertai oleh 100 pelajar yang akan mendapat bimbingan terus daripada guru-guru pakar daripada kementerian atau MARA yang dikenalpasti oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta melibatkan 10 pertemuan.
Timbalan Ketua Setiausaha KPLB, Mas Rizal Mohd Hilmi yang mewakili Menteri KPLB, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyerahkan sumbangan kepada salah seorang peserta.
“Mereka akan diajar dengan teknik pembelajaran, menjawab soalan dan sesi motivasi bersama pelajar serta ibu bapa,” katanya.
Tambah Mahdzir, Program Tuisyen Pintar YPM @KPLB 2022 merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) YPM dengan kerjasama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan PPD yang dilantik sebagai penyelaras bersama.
“Dengan kejayaan Program Tuisyen Pintar tahun-tahun sebelum ini, kita telah mendapat perhatian daripada syarikat-syarikat korporat yang telah mengiktiraf program ini dengan menyatakan hasrat untuk tajaan bagi tahun 2022.
“Antara syarikat atau badan yang telah menyatakan persetujuan adalah seperti Maybank Islamic Berhad, Celcom Axiata Berhad, Yayasan Khazanah, Gas Malaysia Berhad, Ambank Islamic dan banyak lagi penaja lain yang turut serta,” jelas Mahdzir.
Sementara itu, majlis pelancaran rasmi Program Tuisyen Pintar YPM @KPLB 2022 disempurnakan di sini hari ini oleh Timbalan Ketua Setiausaha KPLB, Mas Rizal Mohd Hilmi yang mewakili Menteri KPLB, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Turut hadir, Pengerusi YPM, Datuk Razman Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Mohd Amran Mohd Ariffin.
Pada majlis itu, beberapa penaja turut tampil menyerahkan sumbangan “Mock Cheque” bagi Program-program Pendidikan YPM.
Turut disampaikan, anugerah kepada Pelajar Cemerlang SPM 2020 dan 2021, SPM (Fast Track Tahfiz) 2021 serta Anak Angkat YPM SPM 2021.
YPM sentiasa membuka ruang kepada syarikat korporat, agensi luar serta individu untuk sama-sama membantu dalam pembangunan pendidikan khususnya kepada pelajar-pelajar luar bandar.
Bagi tujuan tersebut, syarikat-syarikat korporat atau mana-mana individu yang ingin menyumbang, boleh berbuat demikian menerusi e-donation.ypm.org.my dan Touch’n Go eWallet.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!