1,013 jawatan kosong menanti anda di Karnival Kerjaya Myfuture Jobs di Lipis
LIPIS – Sebanyak 1,013 kekosongan jawatan akan terus ditemuduga di Karnival Kerjaya Myfuture Jobs yang akan diadakan di Dewan Jubli, Kuala Lipis mulai jam 9 hingga 5 petang pada 10 dan 11 Ogos ini.
Karnival tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Majlis turut akan diserikan dengan kehadiran artis jemputan, Hattan. Moh datang beramai-ramai ke datang karnival kerjaya itu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Seorang wanita maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Jalan Semantan dekat Kampung Megat Segama, Temerloh, petang tadi.
Nahas yang dilaporkan jam 3.44 petang itu melibatkan kereta dan dua lori membawa tong gas dan kelapa sawit.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa tersepit dalam kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, dalam kejadian itu, seorang lelaki yang berada dalam kereta turut cedera akibat tersepit, manakala kedua-dua pemandu lori selamat.
“Tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dikerah ke lokasi kejadian yang berada kira-kira 15 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.
“Anggota bomba yang tiba di lokasi segera mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.
Zulfadli berkata, mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Belia dan pencari kerja dijemput hadir ke Karnival Kerjaya Myfuture Jobs yang akan diadakan di Dewan Jubli Lipis pada 10 dan 11 Ogos bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, karnival itu memberi peluang kepada belia dan pencari kerja yang diadakan dan bakal disertai beberapa syarikat dan firma yang menawarkan pekerjaan.
“Moh orang Lepeh, Raub, orang Cameron, orang Jerantet, orang Bentong dan semua orang Pahang ke karnival ini.
“Kabor ke anok-anok, sedara mara kawan-kawan jiran tetangga dan semua, saya bawakan Karnival Kerjaya Myfuture Jobs untuk semua,” katanya di sini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, peluang pekerjaan menanti mereka yang mencari kerja, rugi kalau tidak datang, mana tahu ada rezeki.
“Malah, temuduga secara terus akan diadakan pada kedua-dua hari tersebut.
“Di samping itu banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik disini, sila maklumkan kepad rakan tetangga,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Anggota BBP Lipis memberi bantuan awal kepada mangsa yang terlibat sebelum dibawa ke Hospital Lipis.
Seorang mangsa yang cedera dihempap pokok meninggal dunia di Hospital Lipis.
LIPIS : Seorang daripada dua yang cedera parah dihempap pokok ketika berkhemah di Lubuk Beriang, Kampung Pagar Sasak, Padang Tengku, dekat sini meninggal dunia pada jam 1.31 tengah hari, semalam.
Mangsa yang meninggal dunia, Mohd Azliana Alias, 54 tahun yang beralamat di Teras Jernang, Selangor disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Lipis disebabkan mengalami pelbagai kecederaan ( polytrauma ).
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata, mangsa yang meninggal dunia bertugas sebagai penjaga setor di Warehouse Pharmaniaga Manufacturing Berhad Bandar Baru Bangi Selangor.
“Manakala seorang lagi mangsa lelaki yang cedera berusia 44 tahun dari Kampung Yain, Kechau dekat sini turut cedera parah dan patah bahagian kaki kanan dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama.
“Kedua-dua mangsa bersama lima orang lagi yang datang dari Lembah Kelang turut berkhemah dan bermalam untuk memancing di sungai di situ sejak hari Jumaat,” katanya.
Ismail berkata, kejadian pokok tumbang itu berlaku kira-kira jam 7.00 pagi di kawasan perkhemahan mereka ekoran hujan lebat turun malam sebelumnya.
“Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis dengan bantuan penduduk kampung telah berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa dalam situasi yang sangat sukar kerana keadaan jalan berhutan dan berlumpur yang jaraknya antara tempat kejadian dengan jalan utama dianggarkan sejauh 5 kilometer pada jam 11.45 pagi.
“Kawasan kejadian merupakan kawasan sungai atau lata yang juga sebagai tempat aktiviti penduduk kampung mencari ikan serta tempat perkhemahan,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Alan Tan Khee Sheng (tengah) mendapat tempat ke-7 sekali gus membawa pulang sijil penyertaan di pentas Adobe Certified Professional World Championship 2024.
Alan Tan Khee Sheng meraih tempat ke-7 dalam Kejohanan Dunia Adobe Certified Professional (ACP) atau ACP World Championship 2024 yang diadakan di California baru-baru ini.
Beliau . siswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, menempatkan dirinya di tempat ketujuh yang turut disertai 47 peserta daripada 40 negara di seluruh dunia untuk merangkul anugerah berprestij itu.
Alan Tan Khee Sheng harumkan nama UPSI raih tempat ke-7 ACP World Championship 2024
“Saya berbangga dengan hasil kerja yang sudah lakukan pada tahap ini namun yang paling penting saya dapat mengharumkan nama UPSI dan Malaysia di persada antarabangsa.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak UPSI kerana memberi tunjuk ajar dan peluang kepada saya untuk menyertai kejohanan dunia pada kali ini,” katanya.
Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Komputer dan Teknologi Digital, Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi UPSI, Ahmad Nurzid Rosli yang mengiringi Alan Tan Khee Sheng di pentas dunia itu turut menzahirkan rasa bangga di atas pencapaian anak didiknya.
Katanya, ACP World Championship merupakan program yang dipertandingkan pada peringkat antarabangsa bagi menguji kemahiran reka bentuk pelajar menggunakan Adobe Ilustrator, Photoshop dan InDesign.
“Pada edisi kali ini, peserta menggunakan perisian Adobe Creative Cloud untuk mereka bentuk sebuah poster yang bertemakan “Kemahiran Digital untuk Masa Depan Mampan” dalam tempoh masa lapan jam,” katanya/
Sebelum itu, Alan Tan Khee Sheng telah dinobatkan sebagai naib johan dalam Kejohanan Kebangsaan Adobe Certified Professional (ACP) Malaysia 2024 pada Mei 2024 lalu, sekali gus melayakkan beliau mewakili Malaysia dalam kejohanan Adobe Certified Professional World Championship 2024. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Olimpik Paris : Aaron-Sow hero Malaysia pungut gangsa
Detik di ambang kekalahan di set kedua ketika ketinggalan empat mata pada angka 16-20, tiba-tiba semangat Hari Merdeka Malaysia meresap di hati pasangan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dapat memungut empat mata untuk berada di kedudukan 20-20 dan terus memenangi set itu dengan mata 22-20.
Kemenangan set kedua bergu negara itu mengheret pasangan nombor dua dunia dari Denmark, Anders Skaarup Rasmussen-Kim Astrup ke set penentuan.
Semangat berjuang pemain negara terus meningkat dengan memenangi set penentuan dengan mata 21-19 dan menggenggam pingat gangsa pertama sukan Olimpik 2024 untuk Malaysia.
Sebelum itu, pasangan negara tunduk di tangan pasangan nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada aksi separuh akhir di Porte de La Chapelle Arena.
Kemenangan sebentar tadi mengulangi kejayaan pasangan negara merangkul pingat gangsa kali kedua yang dipungut pada edisi Olimpik Tokyo 2020. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Projek baik pulih sekolah agama, pusat literasi siap ikut jadual.
JERANTUT – Warga peneroka FELDA Jengka 24, dekat sini, merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.
Ini selepas dua projek diumumkan Wan Rosdy ketika hadir ke kawasan tanah rancangan itu baru-baru ini sudah siap dilaksanakan.
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, projek itu adalah kerja naik taraf dan baik pulih sekolah agama di situ.
Turut sudah hampir siap adalah kerja naik taraf pusat literasi yang sebelum ini dalam keadaan agak daif.
“Ini jelas membuktikan Datuk Seri Diraja bukan sekadar bercakap sahaja, tapi ia dilaksanakan.
“Jadi kami warga peneroka FELDA Jengka 24 sangat menghargai keprihatinan kerajaan negeri dipimpin beliau,” katanya.
Razak juga memaklumkan tiga lagi projek diumumkan Wan Rosdy sedang dalam proses pelaksanaan.
Katanya, kerja itu adalah baik pulih padang bola, naik taraf tandas masjid dan pembinaan dewan terbuka.
“Saya dimaklumkan semua tiga projek ini sedang dalam proses tindakan pihak berkaitan dan baik pulih jalan sedang di jalankan.( tmpt sering banjir) , katanya. – sahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Semangat dan kerjasama warga peneroka FELDA Jengka 24, dekat sini, sangat mengagumkan.
Tidak kira generasi pertama dan generasi kedua, setiap perancangan untuk program di situ, mendapat sambutan luar biasa.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan(JKKR) FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, program tahunan itu adalah bagi merapatkan hubungan antara warga peneroka di tanah rancangan berkenaan.
“Kami bergotong-royong sejak semalam untuk memasang khemah dan membuat persiapan setiap gerai yang mewakili blok di FELDA Jengka 24.
“Sebelah malam pula, semua turun padang melakukan kerja menyiapkan bahan-bahan untuk memasak bubur Asyura.
“Semangat kekeluargaan dalam kalangan penduduk di sini memang diakui sangat menakjubkan,” katanya.
Program memasak bubur Asyura itu diadakan di perkarangan Masjid Assobirin, dekat sini.
Razak memberitahu, proses memasak bubur Asyura bermula sejak awal jam 7 pagi dan siap sepenuhnya menjelang lewat tengah hari.
“Sebanyak 24 kawah bubur Asyura dimasak untuk program tahun ini.
“Jumlah itu adalah simbolik kepada nama FELDA kami… FELDA Jengka 24 dan kebetulan hari ini juga 24 Muharam.
“Saya dan semua ahli jawatankuasa berharap program hari ini mendapat keberkatan.
“Apatah lagi, hari ini juga hari Ulang Tahun Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya.
Dia memaklumkan lebih 500 warga peneroka FELDA Jengka 24 menyertai program berkenaan.
Selain diagihkan kepada penduduk di situ, bubur Asyura yang siap dimasak turut diedarkan kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan tanah rancangan berkenaan. – sahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Datuk Abdul Rahman (3 dari kanan) berbincang bersama pegawai KESUMA.
Kerajaan tangani kadar pengganguran walaupun berlaku ledakan teknologi
Kerajaan telah merangka pelbagai strategi jangka pendek dan jangka panjang bagi menangani kadar pengangguran disebabkan oleh ledakan dan perkembangan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, peningkatan penggunaan teknologi baharu tidak menggugat kadar pengangguran secara keseluruhannya.
“Walaupun kerja-kerja rutin telah digantikan dengan teknologi, namun teknologi juga telah mencipta pekerjaan baharu yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi seperti kemahiran mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan.
“Oleh itu, di bawah Rangka Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara, AI telah dikenal pasti sebagai satu daripada lima teknologi asas yang berupaya untuk menyokong peluasan dan pengoptimuman teknologi 4IR yang lain, teknologi AI berupaya mempercepatkan adaptasi teknologi dan meningkatkan produktiviti pekerja dalam rutin harian mereka,’ katanya.
Abdul Rahman berkata, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerajui Kluster Bakat Digital di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara (MED4IRN) turut memberi tumpuan kepada komponen pendidikan dan pengurusan bakat.
“Ini merangkumi keseluruhan tenaga buruh semasa dan masa hadapan, termasuk tenaga kerja rentan, antara lain, inisiatif yang telah digariskan termasuklah mewujudkan platform data yang mempunyai kemampuan Al bagi memudah cara perancangan modal insan dan menyediakan insentif untuk meminimumkan risiko kehilangan pekerjaan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Air Sungai Tembeling semakin cetak serta beberapa kawasan mula muncul beting pasir kira-kira 50 hingga 80 meter panjang ekoran musim kemarau di kawasan Ulu Tembeling, di sini, hari ini.
Musim panas mula berlaku sejak minggu lalu turut menjejaskan urusan harian penduduk terutamanya bagi nelayan sungai dan penduduk yang menggunakan bot penambang.
Penduduk Kampung Bantal, Jamizan Rashid, 46, berkata, mulai bulan Jun hingga September setiap tahun paras air Sungai Tembeling mula cetek kerana tiada hujan di kawasan ulu sungai mungkin faktor fenomena La Nino.
“Keadaan cuaca panas mengakibatkan air Sungai Tembeling semakin cepat menjadi cetek memberi kesan aktiviti harian penduduk tinggal di pesisir sungai di Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Bantal Seberang, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling.
“Apabila keadaan kawasan sungai mula timbul beting pasir berdekatan tebing di pesisir kampung ini menyukarkan bot bergerak dan aktiviti penangkapan ikan turut terjejas.
“Sekiranya musim kemarau berterusan, keadaan Sungai Tembeling akan surut turut menjejaskan penduduk yang mengusaha penternakan ikan sangkar di sini,” katanya.
Seorang nelayan sungai Kampung Pagi, Adenan Nipah, 69, berkata, sehingga ini kebanyakan penduduk yang mencari rezeki menangkap ikan sudah berdepan kekurangan hasil tangkapan kerana di beberapa tempat di sungai ini mulai cetek.
“Ikan liar mula tertumpu di habitat seperti lubuk dan bawah batu kerana tidak tidak dapat bergerak akibat sungai cetek, manakala ikan patin, ikan lawang, ikan jengkua dan ikan liar lain mencari makanan di kawasan hilir sungai jauh dari sini.
“Kita berdoa fenomena musim panas ini akan berakhir kerana air sungai ini turut menjadi sumber air penduduk setempat dan juga daerah ini, ” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!