PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila dikenakan RM94.20 bagi dua mangkuk yong tau fu yang dibeli di sebuah medan selera di sebuah pusat beli-belah.
Menerusi perkongsian di akaun Facebook, wanita itu mendakwa dia langsung tidak menyangka harga makanan sup itu mampu mencecah hampir RM100.
“Tak salah pun harganya itu kerana saya faham lokasinya di dalam pusat beli-belah. Harga begitu boleh tampung kos sewa dan pekerja yang semestinya tinggi.
“Cuma saya tak menyangka harga sebegitu kerana saya hanya beli di medan selera bukanlah restoran mewah,” ujarnya.
Tambahnya, dia juga tidak terdetik untuk menyemak harga terlebih dahulu sebelum membuat pesanan kerana pada hematnya yong tau fu tidak akan dijual pada harga yang mencekik darah.
“Boleh dijadikan pengajaran untuk golongan seperti kita yang kurang berkemampuan. Jangan tersilap lagi kalau beli, nanti ternganga mulut nak bayar,” tulisnya.
Rata-rata orang ramai bersetuju harga yang dikenakan agak mahal serta ada juga yang menitipkan pesan agar tidak berulang lagi kesilapan seperti ini.
“Yong tau fu sekarang melampau harganya. Haritu saya beli di tepi jalan tujuh jenis saya ambil yang biasa macam bebola ikan, kangkung dan kuey teow pun dah RM15,” kata Siti Nur Hidayah.
“Kalau nak beli yong tau fu, dekat mana-mana pun kena berhati-hati. Kalau terlebih risau tak boleh nak bayar,” pesan Siti Norhayati.
Sumber : KOSMO! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jasa guru besar kepada negara, perlu dihayati – PM
Seremban: Jasa guru dalam mendidik serta mencorak pelapis dan generasi pemimpin negara adalah besar dan perlu dihargai seluruh lapisan masyarakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata walaupun terdapat satu atau dua laporan mengenai kesalahan guru, ia tidak mewakili ratusan ribu guru secara keseluruhannya.
“Nyala rasa dalam mengajar ini perlu terpancar dalam hati nurani dengan penuh kasih sayang, sebab itu saya beritahu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, dalam media dan media sosial, kalau ada laporan berkenaan kesalahan satu atau dua guru tetapi ia tidak mewakili ratusan ribu guru.
“Memang ada, dalam ramai-ramai guru takkan tiada yang salah, sebab itu saya masih tekankan, liputan media itu harus adil, majoriti guru itu berjasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Guru-Guru Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.Pada majlis itu Anwar turut menyampaikan Anugerah Guru MADANI Negeri Sembilan 2023, Anugerah Pemimpin Pendidikan MADANI Negeri Sembilan 2023.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata Kementerian Pendidikan sentiasa diberi keutamaan kerana pendidikan merupakan asas kepada bidang lain seperti ekonomi, kemampanan, ehsan dan rahmah.
Anwar berkata ketika beliau mengambil alih sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, hutang negara adalah RM1.5 trilion tetapi peruntukan Kementerian Pendidikan tidak dipotong kerana ia adalah pelaburan masa depan.
“Sebaik sahaja saya ambil alih pada bulan November tahun lalu, bentangkan Belanjawan MADANI, jumlah peruntukan terbesar yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan (adalah) kepada Kementerian Pendidikan (yang) memperoleh RM2 bilion tambahan,” katanya.
Selain itu Anwar berkata kemudahan sekolah serta tandas rosak di seluruh negara perlu diselesaikan sebelum akhir tahun ini dengan peruntukan yang disediakan lebih RM1 bilion.
“Saya mahukan tindakan segera, percepatkan tender, saya panggil semua pegawai daerah dari seluruh negara dan kata berikan tumpuan kepada sekolah…sebelum Disember tahun ini saya tidak mahu satu sekolah pun ada masalah tandas dan kemudahan asas,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RM100 Kredit E-Tunai Akan Diberi Kepada Golongan Dewasa Bergaji Bawah RM100,000 Setahun
Dijangkakan lebih 10 juta penerima dari kumpulan B40 dan M40 bakal menerima manfaat dari bantuan RM100 yang akan diberikan ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1 bilion.
Menerusi inisiatif ini, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM1 bilion dan dijangka lebih 10 juta penerima daripada kumpulan B40 dan M40 yang layak akan mendapat manfaat tersebut.
Perdana Menteri membuat pengumuman ini di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada hari ini (27 Julai) semasa pelancaran rangka kerja Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Anwar mengetengahkan kejayaan program eBelia Rahmah yang bukan sahaja memberi manfaat kepada dua juta belia, malah ia juga menyumbang kepada penjanaan pendapatan perniagaan sambil mempromosikan masyarakat tanpa tunai.
Kejayaan ini telah mendorong kerajaan untuk memberikan kredit e-Tunai kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah juga.
Butiran lanjut tentang program kredit e-dompet akan didedahkan tidak lama lagi.
Kami menjangkakan ia akan sama seperti eBelia Rahmah di mana anda hanya boleh menuntut kredit daripada salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel atau Touch ‘n Go eWallet.

Sumber : The Rakyat Post
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Laluan mendap di KM66.1, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur boleh dilalui malam ini
BENTONG – Laluan yang mendap berlaku di KM66.1, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur malam semalam bakal boleh dilalui mala mini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, tanah mendap yang berlaku semalam sudah dibaiki dan sekarang di peringkat lapisan akhir.
“Dijangka boleh dilalui malam ini pada jam 10.30 malam ini, namun, perlu berhati-hati ketika melalui jalan tersebut mengikut tanda arahan yang dipasang.
“Ini membuktikan kita boleh melaksanakan kerja pembaikan dalam masa 24 jam. Terima kasih dan tahniah kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan dan ANIH Berhad,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Ahli pasukan angklung prasekolah SK (Felda) Redong merakamkan kenangan bersama-sama pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Prasekolah SK Felda Redong jadikan angklung kebitaraan
PRASEKOLAH di Sekolah Kebangsaan (Felda) Redong (SKFR), Segamat, menjadikan angklung sebagai kebitaraannya di samping merealisasikan alat muzik berkenaan untuk memupuk minat serta memperkembang bakat murid dalam seni muzik dan keseronokan belajar.
Tujuan itu untuk menyuntik semangat murid prasekolah untuk hadir ke sekolah sekali gus menaikkan peratus kehadiran murid ke sekolah setiap hari, pada masa yang sama terciptanya kemenjadian murid prasekolah SKFR.
Cikgu Nurul Sapiah Ma’arof (belakang, kanan) bersama ahli pasukan angklung prasekolah Sekolah Kebangsaan (Felda) Redong (SKFR), Segamat.
Penubuhan pasukan angklung prasekolah berkenaan bermula sejak tahun 2018 sehingga kini terus aktif selain merupakan satu-satunya kumpulan angklung prasekolah ada di daerah Segamat atau Johor amnya.
Cikgu Nurul Sapiah Ma’arof yang bertindak sebagai jurulatih pasukan angklung itu, berkata maka tidak hairanlah prasekolah SKFR mempunyai pengalaman lebih dari lima tahun dalam memainkan alat muzik itu dan merupakan suatu amalan terbaik.
Katanya, sehubungan itu dengan kekuatan dan sokongan mantan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail; mantan Guru Besar SKFR, Abdul Rahim Kasdi; dan Guru Besar SKFR sekarang Rabiah Ahmad, prasekolah diberi tanggungjawab untuk merealisasikan kebitaraan angklung sebagai identiti.
Tambahnya, pasukan prasekolah yang terdiri dalam kalangan kanak-kanak prasekolah SKFR berumur antara lima dan enam tahun itu gigih mengikuti latihan serta bimbangan secara berjadual dilakukan oleh beliau dengan pembantu jurulatih iaitu Cikgu Muhammad Arham, Maznah Abu Kassim dan Asiah Omar.
Cikgu Nurul Sapiah yang merupakan guru prasekolah SKFR menjelaskan, latihan serta bimbingan yang diberikan itu adalah untuk memantapkan kemahiran dalam penggunaan angklung dan memainkan lagu semasa bagi melahirkan murid yang cintakan budaya sekali gus menzahir kemenjadian murid.
“Sokongan yang amat baik daripada guru besar, barisan pentadbir dan guru, saya berkeyakinan pasukan angklung prasekolah ini akan terus cemerlang pada masa akan datang dengan memenangi banyak pertandingan.
“Dalam kalangan Ibu bapa pula mereka sangat teruja apabila wujudnya aktiviti permainan angklung pada peringkat prasekolah untuk anak-anak mereka khususnya disamping memuji keyakinan anak mereka memainkan alat muzik ini di hadapan orang ramai bukanlah perkara yang mudah,” katanya.
Katanya, keprihatinan ibu bapa untuk memastikan kehadiran anak mereka ke sekolah adalah sangat menggalakkan ditambah lagi ada daya tarikan keseronokan ke sekolah untuk mempelajari angklung setiap hari.
“Alat muzik itu juga memberi pengalaman yang berguna kepada murid-murid prasekolah dalam membuat persembahan permainan tradisi dan memupuk kesedaran estetik mereka selain mewujudkan semangat bekerjasama serta rasa tanggungjawab dalam satu kumpulan.
“Pasukan angklung ini juga menyerlahkan ciri-ciri kepimpinan murid dengan menerapkan disiplin dan mematuhi arahan terutama pada sesi latihan disamping mengeratkan silaturahim dan kemesraan antara guru serta murid,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG : Kejadian mendapan jalan di KM 66.1, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur arah timur dan barat menghala dari Persimpangan Bentong Barat dan Persimpangan Bentong Timur pada jam 8.34 malam semalam.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan dimuat naik di Twitter memaklumkan, penutupan itu menyebabkan trafik sesak di kedua-dua arah.
Sementara itu, akaun Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT) meminta pengguna lebuh raya menuju ke Kuala Lumpur dari Kuantan untuk keluar di Plaza Tol Bentong Timur dan masuk semula di Plaza Tol Bentong Barat.
Bagi pengguna dari Kuala Lumpur ke Kuantan diminta untuk keluar di Plaza Tol Bentong Barat dan masuk semula di Plaza Tol Bentong Timur.
Keadaan trafik sesak di tempat kejadian, punca kejadian mendap masih dalam siasatan dan tiada berlaku kemalangan jiwa.-SAHIH.
Keadaan di kawasan kejadian jalan mendap di KM 66.1 , Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, malam semalam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kongres hargai PM prihatin tahap kebersihan tandas di sekolah
Foto atas : Sebuah tandas di sekolah yang bersih. (gambar hiasan)
KESATUAN Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang sangat prihatin dengan tahap kebersihan tandas di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Jasni Md Kechik
Presidennya, Jasni Md Kechik berkata, ini menunjukkan Perdana Menteri sentiasa mengambil berat hal keselesaan pelajar sekolah dengan kemudahan tandas d sekolah yang bersih dan selesa.
“Kepada pihak sekolah dan kontraktor diharapkan berbincang dan memberi fokus yang tepat bagi menyelesaikan masalah tandas di sekolah seperti menyelesaikan kerosakan pam tandas dan paip saluran najis yang sering tersumbat.
“Jika tandas tiada masalah peruntukan boleh digunakan utk mencantikkan tandas agar murid lebih selesa semasa mereka menggunakan tandas,” katanya ketika ditemui.
Katanya, harapan seterusnya selepas ini PMX akan memberi peruntukan lain yang sama keseluruh sekolah di Malaysia sama ada berkaitan dengan penyelenggaraan atau peruntukan pengajaran dan pembelajaran digital seperti pembelian smartboard dan sebagainya.
Beliau yang juga presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) yakin yakin dengan peruntukan seperti ini sudah tentu akan menggembiran guru-guru dan warga sekolah.
“Mungkin Perdana Menteri mendapat gambaran awal semasa melawat tandas sekolah sebelum ini.
“Dijangka peruntukan akan disalurkan sebelum bulan September ini,” katanya.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anwar mengimamkan solat jenazah Allahyarham Salahuddin di Masjid Jamek Dato’ Hj Noh Gadot Serkat, Pontian. – Foto NSTP.
PONTIAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di sini, pada jam 11 pagi ini.
Ia turut disertai ahli politik, saudara-mara, rakan taulan dan masyarakat setempat.
Yang turut hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.
Turut dilihat berada di masjid, kepimpinan parti politik tanah air antaranya Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng; Naib Pengerusi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin.
Lebih 1,000 orang ramai hadir ke masjid bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.
Terdahulu, sebelum ketibaan Anwar, solat jenazah turut dilaksanakan dan diimamkan anak sulung Salahuddin, Iskandar Zulkarnain, 37, yang mana difahamkan ia antara permintaan terakhir Allahyarham.
Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong Serkat, Tanjung Piai di sini, sebelum Zohor.
Sumber : Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anwar hadir memberi penghormatan terakhir sebelum mengimamkan solat jenazah Datuk Seri Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot, Serkat, Pontian hari ini. -Bernama
Negara kehilangan tokoh yang dedikasi perjuangkan nasib rakyat – Anwar
PONTIAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai seorang yang konsisten dalam memperjuangkan nasib rakyat terutama berkaitan kos sara hidup.
Anwar berkata Allahyarham amat dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan sentiasa bersemangat untuk meringankan beban rakyat menerusi konsep Rahmah yang diperkenalkan kerajaan.
“…dan tentulah kehilangannya yang saya kira bukan sahaja sahabat, tapi juga sebahagian daripada negara (turut merasai), kerana Allahyarham Salahuddin sinonim dengan Rahmah.
“Itu menunjukkan sifat dia (Allahyarham) yang konsisten dalam mesyuarat-mesyuarat, perjumpaan dengan saya, perjumpaan dengan jemaah menteri, cari jalan dan kaedah untuk ringan beban rakyat.
“Negara kehilangan seorang tokoh dan saya harap semangat dan dedikasi beliau menjadi teladan terutama sifat penyayang dan rahmah yang beliau tonjolkan dan dedikasikan sehingga akhir hayat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengimamkan solat jenazah dan menziarahi jenazah Allahyarham, di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di Serkat di sini hari ini.
Perdana Menteri juga mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan solihin.
Beliau turut menyampaikan ucapan takziah daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kepada keluarga Allahyarham.
Terdahulu, Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu meninggalkan isteri, Datin Seri Fatimah Taha dan enam anak terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat di sini.
— BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat.-PDRM Lipis.
Maut Dihempap Batu Ketika Lombong Emas
KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas dihempap batu dalam kejadian berhampiran tebing sungai di Kampung Sungai Temau, dekat Lipis, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu jam 4 petang.
“Berdasarkan laporan awal, kejadian itu dipercayai berpunca akibat runtuhan tebing ketika mangsa sedang menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan berkenaan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dialami,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Suhami Sudin, berusia 44 tahun dari FELCRA Sungai Temau, Lipis.
Azli memaklumkan, sebelum kejadian itu, mangsa dipercayai datang melombong di kawasan terbabit bersama dua lagi rakan.
Katanya, jarak lokasi kejadian dengan kawasan mangsa tinggal di FELCRA Sungai Temau adalah kira-kira 3 kilometer.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk proses bedah siasat,” katanya lagi.-SAHIH.