MOH! meriahkan Sambutan Kemerdekaan ke-67 di Jerantut
Orang ramai dijemput menghadiri Hari Ambang Merdeka Peringkat Daerah Jerantut yang bakal diadakan mulai jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam pada 30 Ogos 2024.
Lokasi acara diadakan di Padang Bolasepak Jerantut (Padang FA), Padang Hoki Jerantut dan Dewan Arena Bolajaring Arena.
Acara yang bakal diadakan antaranya, pameran bersenjata dan badan beruniform , pameran buku, pameran wau/ layang-layang , pameran housing, pameran penapis air , jualan durian, jualan peniaga, pertandingan memasak antara mukim Jerantut serta acara lembu koboi dan fun ride NVX.
Selain itu, Kejohanan Paintball dan Suppa Duppa turut diadakan. Semua acara diadakan mulai pagi sehingga petang.
Di waktu malam pula diadakan persembahan gendang Melayu/ Cina/ India, persembahan tarian Sewang/ Inang/ Cina/ India dan persembahan nasyid oleh oleh pelajar sekolah. Manakala persembahan Qasidah daripada pelajar Tahfiz.
Pada malam Ambang Merdeka, seorang artis jemputan, Wani Sidik akan mengadakan persembahannya termasuk laungan Merdeka dan persembahan bunga api.
Moh kita meriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-67, Malaysia Madani, Jiwa Merdeka.-SAHIH.
,
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penduduk Felda Jengka 24 gigih semarakkan sambutan hari kebangsaan
JERANTUT – Penduduk Felda Jengka 24 bergotong-royong memasang bendera di sepanjang jalan di tanah rancangan itu untuk menyemarakkan sambutan hari kebangsaan tahun ini.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, semangat memasang bendera Jalur Gemilang sudah bermula sejak awal Ogos secara beransur-ansur.
Razak Daud memasang bendera Jalur Gemilang di hadapan kediamannya.
“Menariknya, selain orang dewasa, kanak-kanak turut membantu, ini yang kita mahu dengan menyemaikan semangat cintakan negara dari muda.” Katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Antara peserta yang mengikuti program latihan dan pensijilan profesional Huawei Cloud Certified Developer Associate (HCCDA).
Huawei, UPSI laksana program pensijilan profesional ICT
Huawei Technologies (Malaysia) Sendirian Berhad penyedia infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi serta peranti pintar bekerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, dalam pelaksanaan program latihan dan pensijilan profesional kepada staf dan pelajarnya.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, berkata kerjasamana itu membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui jalinan kerjasama pihak industri dan pada masa yang sama meningkatkan kompetensi staf teknikal di UPSI.
Md Amin berkata, program berkenaan juga dapat memupuk bakat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta membantu pelajar lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan selain pada masa yang sama dapat membantu mencipta penghubung antara pendidikan akademik dan industri.
Ketua Pegawai Digital, Ts Dr Megat Azrin Ahmad
Sementara itu, Ketua Pegawai Digital, Ts Dr Megat Azrin Ahmad, berkata pelaksanaan program itu selaras dengan inisiatif MyDIGITAL menerusi dua teras strategik iaitu membina bakat digital yang tangkas serta kompeten, dan mewujudkan masyarakat digital yang inklusif.
Katnya, peringkat permulaan 15 staf dan pensyarah serta 87 pelajar dari Fakulti Komputeran & Meta Teknologi (FKMT) UPSI diberi latihan bagi pensijilan Huawei Cloud Certified Developer Associate (HCCDA).
“Program ini akan diadakan secara berterusan dalam usaha membangunkan bakat ICT tempatan serta menggalakkan pembangunan serantau dan penyertaan dalam komuniti digital,” katanya.
Sementara itu, Ketua Sektor Awam Huawei, Perniagaan Awan Malaysia, Ismanita Ismail berkata, pihaknya berbangga kerana dapat bersama-sama dengan UPSI dalam menyediakan pendidikan kepada generasi semasa dan membolehkan mereka menjadi lebih bersedia bagi pembangunan ICT.
“Huawei komited untuk menyediakan sistem pembangunan bakat serta piawaian pensijilan, membangunkan profesional ICT baharu dalam era digital dan membina ekosistem bakat ICT.
“Program yang dilaksanakan ini merupakan sebahagian daripada pensijilan pengkomputeran awan yang terdapat di Huawei,” katanya.
Katanya, dalam tempoh tiga tahun, Huawei berharap dapat menyasarkan lebih ramai pelajar IPTA dan kakitangan sektor awam yang akan menerima manfaat daripada program latihan pensijilan Huawei.
“Program latihan dan pembangunan bakat itu bukan sahaja memenuhi tuntutan industri semasa tetapi meningkatkan potensi diri staf dan pelajar serta menyemai kemahiran baharu,” katanya – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERKESO & MAF jalin kerjasama bersama yayasan aids malaysia menerusi skim bantuan perubatan
KUALA LUMPUR – Kerjasama antara MAF dan PERKESO yang telah terjalin lebih dari 3 tahun ini menunjukkan komitmen bersama dalam usaha mengekang wabak HIV melalui bantuan perubatan. PERKESO memberikan peluang kepada Orang Yang Hidup Dengan HIV, yang terbeban dengan kos rawatan peringkat kedua, untuk mendapatkan rawatan tanpa mengira usia, jantina, atau latar belakang mereka.
Hal ini dijelaskan oleh Ketua Bahagian Pencegahan & Perubatan PERKESO, Dr. Azlan Darus:
“PERKESO mengalu-alukan kerjasama dengan MAF dalam usaha memerangi wabak HIV. Diharapkan komitmen ini akan membantu mengurangkan jurang dalam akses rawatan, sekaligus meringankan beban kos rawatan peringkat kedua yang tinggi tanpa mengira usia, jantina, atau latar belakang.”
Usaha yang sama ditunjukkan oleh MAIWP dalam komitmen pemberian bantuan dana bagi kos rawatan peringkat kedua sejak 3 tahun lalu kepada umat Islam di Wilayah Perseketuan dan Putrajaya yang terkesan dengan HIV.
Turut menghadirkan diri ke Majlis Penyerahan Replika Cek Sumbangan adalah rakan-rakan Red Ribbon Celebrity, wakil-wakil Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, rakan-rakan pelaksana Yayasan AIDS Malaysia dan benefisiari dari Rumah Solehah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Taburan bunga merah jambu menghiasi I-City Jerantut
Taburan bunga berwarna merah jambu yang berguguran di I-City Jerantut menarik perhatian pengunjung di situ, namun, tiada siapa tahu nama pokok tersebut.
Pokok yang mengeluarkan bunga berwarna merah jambu yang terdapat di Taman I-City Jerantut itu adalah pokok Tecoma dan nama sainstifiknya, Tabebuia Pentaphylla.
Ia mula mekar dengan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan putih dan banyak tumbuh di Kedah, Pulau Pinang, malah ianya turut terdapat di San Jose, Costa dan di kebanyakan negara di seluruh dunia.
Pokok tecoma mampu menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negara disebabkan ia hanya muncul secara ‘bermusim’, ketika cuaca panas, sekitar Mac dan April di Malaysia setiap tahun.
Kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerap memilih pokok tecoma selain sebagai pokok teduhan ia turut berperanan menurunkan suhu di bandar-bandar ketika itu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Seramai 176 wakil institusi pendidikan menghadiri program Sesi Libat Urus (SLU) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menyelaras dan meningkatkan kefahaman mengenai pelaksanaan Latihan Mengajar dan Praktikum (Internship) di institusi pendidikan bawah kementerian berkenaan.
IPT selaras program Sesi Libat Urus KPM
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menyelaras dan meningkatkan kefahaman mengenai program Sesi Libat Urus (SLU) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelaksanaan Latihan Mengajar dan Praktikum (Internship) di institusi pendidikan kementerian berkenaan.
Program itu dihadiri 176 wakil KPM dianjurkan oleh Pusat Latihan Mengajar dan Latihan Industri (PuLaMI), Universiti Pendidikan Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengoperasian Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Ismail Ibrahim, di Bilik Seminar Aminudin Baki, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI baru-baru ini.
Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengoperasian Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Ismail Ibrahim.
Ismail berkata, penganjuran SLU itu menjadi medium untuk KPM menyampaikan maklumat yang tepat berkaitan tatacara pengoperasian dan pelaksanaan latihan mengajar, praktikal, internship atau latihan industri di institusi pendidikan di bawah KPM.
“Latihan Mengajar dan Latihan Industri sangat memberi impak yang signifikan kepada warga institusi pendidikan di bawah KPM.
“Platform itu bukan sahaja untuk guru pelatih atau pelajar mendapatkan pengalaman sebenar menjadi seorang pendidik tetapi juga adalah medan untuk pertukaran ilmu, pengalaman dan kemahiran antara guru pelatih serta guru terlatih,” katanya.
Katanya, perkembangan teknologi yang pesat memberi impak besar kepada dunia pendidikan negara dan kehadiran guru pelatih atau pelajar IPT yang kebanyakkan daripada dalam golongan Gen Z yang dilihat mampu menjadi pendorong kepada guru milenial (Gen Y) dan guru Gen X kerana mereka sangat mahir mengendalikan pelbagai aplikasi gajet, ini secara tidak langsung dapat berkongsi kemahiran dengan guru terlatih sedia ada di sekolah,” tambah beliau.
Antara wakil itu membabitkan 20 dari KPM, Jabatan Pendidikan Negeri seluruh Malaysia (16), Institusi Pendidikan Tinggi Awam (20) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (120) hadir dalam SLU berkenaan.
Turut hadir, Peguam Kanan Persekutuan, Unit Khidmat Nasihat (Dasar dan Perundangan), Pejabat Penasihat Undang-Undang, KPM, Hanim Abdul Rahman; Penolong Pengarah Unit Gubalan Akta dan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr Noraini Abdul Latif; Pengarah Pusat Latihan Mengajar dan Industri, Prof Madya Dr Ashardi Abas serta Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Prof Madya Dr Mohd Izwan Shahril.
Pengarah, Akademik dan Antarabangsa UPSI, Prof Madya Dr Ridzwan Che Rus.
Sementara itu, Pengarah, Akademik dan Antarabangsa UPSI, Prof Madya Dr Ridzwan Che Rus, berkata UPSI sebagai sebuah universiti berteraskan pendidikan, amat menyokong usaha KPM mengadakan SLU berkenaan.
“Untuk rekod, UPSI sendiri mengeluarkan lebih 3,000 mahasiswa bagi menjalani Latihan Mengajar dan Industri Kaunseling dan lebih 3,000 mahasiswa bagi menjalani program Perantis Guru di sekolah dan institusi pendidikan terbabit setiap tahun.
“Perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu PuLaMI, UPSI mengendalikan pengurusan penempatan Latihan Mengajar dan Perantis Guru dengan lebih sistematik pada masa akan datang,” kata beliau. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Che Noraizi Che Hat ( dua dari kiri ) menerima hadiah kemenangan daripada Pengarah Pertanian Negeri, Muhd Rizal Baharom (kiri sekali)
Durian yang ditanam arwah datuk 30 tahun lalu muncul juara durian DKP Jerantut
JERANTUT : Durian Bukit Kor berjaya menewaskan sepuluh jenis durian kampung lain yang menyertai pertandingan Durian Kampung Premium (DKP) peringkat daerah Jerantut yang diadakan di Pejabat Pertanian daerah hari ini.
Pemilik durian itu, Che Noraizi Che Hat (49) berkata, terkejut durian (Bukit Kor) yang ditanam oleh arwah datuk saudaranya yang dikenali Tok Lebai Awang kira-kira 30 tahun lalu dipilih juri sebagai durian terbaik.
“Pokok durian ini hanya ada sepokok sahaja dan setiap musim hanya berbuah kira-kira 300 biji durian dan hanya ada empat pangsa dan setiap pangsa hanya ada seulas sahaja.
“Kalau buah ini gugur ia boleh bertahan dan boleh dimakan dalam tempoh tiga hari, kebanyakan pengunjung datang makan durian di kebun saya menyatakan isinya tebal dan anjal, berwarna kekuningan, bertekstur lembut dan sedikit pahit yang memang disukai oleh penggemar durian kampung,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pertanian Negeri Pahang, Muhd Rizal Baharom berkata, pertandingan itu diadakan bertujuan bagi mendapatkan jenis durian kampung yang berkualiti.
“DKP yang berkualiti setimpal dengan harga di pasaran serta dapat menandingi durian klon yang ada di pasaran sekarang.
“Jabatan ini sentiasa mengadakan pertandingan mencari DKP bermutu di peringkat daerah dan negeri setiap tahun,” katanya ketika ditemui hari ini.
Selain itu, senarai pemenang yang menyertai pertandingn DKP yang diadakan, Durian Bukit Kor milik Che Noraizi Che Hat telah muncul juara; tempat kedua, Durian Tupai Keliling milik Ramli Mustapha dari Kg Chengkuak; ketiga, Durian Bongkok Jinggau (Ismail Nazri Yusof) dari Kg Jinggau, Ulu Cheka; ke-4, Durian Puteri Emas (Zaharah Osman) dari Kg Tanjung Puteri dan kelima, Durian LB Premium ( Rahmat Hidayat Yusoff) dari Kg Tanjung Puteri. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JKKK Sungai Jan anjur Larian Sambutan Hari Malaysia
JERANTUT – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKKB) Sungai Jan, Jerantut bakal menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia dengan menganjurkan Larian Sungai Jan pada 8 September ini.
Orang ramai dipelawa menyertai larian itu sejauh 1.5 kilometer (km) dan 6 km bagi usia 11 hingga 60 tahun lelaki dan perempuan.
Terdapat enam kategori iaitu, Kumpulan A dan B : 11 hingga 18 tahun lelaki dan perempuan serta Kumpulan C dan D bagi lelaki dan perempuan berusia 19 hingga 59 tahun.
Manakala Kumpulan E dan F turut terbuka untuk lelaki dan wanita berusia 60 tahun ke atas dengan jarak larian 1.6 km.
Hadiah-hadiah turut disediakan dengan wang tunai sebanyak antara RM 150 hingga RM 300 setiap kategori dan piala.
Orang ramai yang berminat menyertai larian itu boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi urusetia: Goh Sin Yin / Selina dengan nombor 010-2503761.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Keunikan rasa durian dari Pahang sentiasa menjadi sebutan bukan sahaja dalam negara, tetapi turut dikenali di peringkat global.
Justeru, penganjuran karnival ‘Raja Buah’ itu sentiasa mendapat sambutan luar jangkaan.
Baru-baru ini, berlangsung Karnival Durian Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Padang Awam Telemong, dekat sini.
Program itu dihadiri ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang.
“Saya menerima jemputan daripada Persatuan Buah-buahan Telemong sempena Karnival Durian yang diadakan selama dua hari.
“Program yang sangat meriah… pelbagai jenis durian dijual kepada pengunjung,” kongsi Amizar melalui satu hantaran di Facebook.
Antara jenis durian disediakan kepada pengunjung pada karnival itu adalah Musang King, Blacktorn, Tekka, durian Kampung dan pelbagai lagi.
Turut diadakan pameran oleh agensi dan jabatan kerajaan serta swasta.
“Pengunjung juga boleh menikmati durian percuma disediakan pihak penganjur,” katanya lagi. – sahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Prof Md Amin bersama-sama warga UPSI dan mahasiswa Program Siswa Sulung 2.0 UPSI.
MAHASISWA Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, yang terlibat dengan program Siswa Sulung 2.0 disaran meningkatkan ketrampilan dalam tiga aspek bagi menghadapi cabaran kehidupan selepas bergraduat.
Prof Md Amin menyampaikan cek contoh kepada seorang pelajar penerima Program Siswa Sulung 2.0 UPSI.
Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berharap semua mahasiswa di bawah program berkenaan menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa termasuk bahasa antarabangsa bagi menyerlahkan ketrampilan mereka.
“Mereka juga perlu menjadi benteng hadapan fakulti dalam menyerlahkan peranan kesukarelawanan sehingga menjulang nama fakulti masing-masing.
“Saya juga inginkan mahasiswa program ini menguasai pelbagai kemahiran seperti yang didedahkan oleh universiti sepanjang pengajian mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Program Siswa Sulung 2.0 di Dewan Banquet, Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, baru-baru ini.
Majlis anjuran Seksyen Kebajikan dan Perkhidmatan Pelajar (SKPP) Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) itu menyaksikan 116 mahasiswa yang kesemuanya anak sulung daripada keluarga kategori B40 menerima replika cek sumbangan pembiayaan pendidikan untuk menampung pengajian mereka.
Prof Md Amin, berkata mahasiswa yang menerima pembiayaan setiap semester itu bukan menjadi sesuatu hak, tetapi amanah yang istimewa diberikan oleh Allah SWT ketika orang lain tidak memperolehinya.
Mahasiswa Program Sulung 2.0 mendapat manfaat pengecualian lima jenis yuran sebagaimana yang dipersetujui pihak pengurusan tertinggi universiti mengikut semester masing-masing yang berbeza dengan julat pembiayaan di antara RM72,000 sehingga RM90,000 mengikut bidang pengajian bagi keseluruhan 116 pelajar program Sulung 2.0.
Menurutnya, iltizam program Pembangunan Siswa Sulung (Sulung) berkenaan bermula pada 2022 hasil cetusan idea mantan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Sri Noraini Abdullah yang melihat akan pentingnya anak-anak sulung dalam keluarga yang pertama masuk ke universiti berstatus B40.
“Saya yakin anak-anak mahasiswa B40 memiliki daya tahan yang tinggi dalam mengharungi cabaran sepanjang pengajian sehingga tamat pengajian.
“UPSI adalah antara lapan universiti awam yang terpilih untuk melaksanakan program Siswa Sulung di Malaysia demi kebajikan mahasiswa,” ujarnya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!