KUANTAN: Seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang disahkan positif COVID-19.
Difahamkan keputusan saringan EXCO berkenan hanya diketahui lewat petang tadi dan tindakan awal sudah diambil dengan membawa beliau ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tujuan pemeriksaan lanjut dan kuarantin.
EXCO terbabit dikatakan pernah ke Sabah ketika tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir Sabtu lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Tiada isu pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati mengenai agihan portfolio Kabinet Negeri Sabah yang baharu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, pemimpin parti terbabit memberikan sokongan penuh kepada pembahagian jawatan yang dibuat.
“Mana ada (spekulasi tidak puas hati)… UMNO ada sini (dalam sidang media),” katanya ringkas dalam sidang media pertama sebagai Ketua Menteri Sabah di Pejabat Ketua Menteri, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi pemimpin UMNO dan BN tidak bersetuju dengan agihan portfolio.
Sementara itu, Hajiji yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah turut ditanya sama ada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baharu.
Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut.
Dalam sidang media sama, Hajiji turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada ADUN yang memberi sokongan kepada beliau untuk memimpin kerajaan negeri.
“Sesungguhnya saya adalah Ketua Menteri kepada kerajaan Negeri yang inklusif dan akan memberikan sepenuh khidmat kepada semua rakyat di Sabah, tanpa mengira perbezaan latar belakang dan pegangan politik.
“Amanah dan tanggungjawab ini amat besar dan mencabar,” katanya lagi.
Sumber: ASTRO Awani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Semua aktiviti pasar malam, pekan sehari dan majlis berskala besar termasuk kenduri di daerah Jerantut ditangguhkan selama 14 hari bermula hari ini.
Arahan itu adalah sebagai langkah mencegah penularan wabak COVID-19.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut menerusi kenyataan media di sini juga menyatakan semua pusat riadah dan rekreasi yang tidak dapat menjamin aspek penjarakan fizikal, tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh itu.
Ini termasuk lokasi aktiviti pendakian iaitu Bukit Seladang, Bukit Panau dan Bukit Merah serta Taman Tasik Teratai dan Via-Ferratta Paya Gunung yang terkenal dengan aktiviti lasak memanjat dinding berbatu.
“Tindakan ini diambil berikutan pengesanan empat kes positif baharu pada 25 dan 27 September lalu di daerah ini.
“Masjid Tengku Ahmad Jerantut dan Surau Al-Muflihin di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Peringkat 3 dan 4 serta tadika dan taska di situ, termasuk PAKR Bandar Baru Jerantut juga ditutup selama 14 hari,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, semua premis makanan di PAKR Bandar Baru Jerantut, PAKR 3 dan 4 juga hanya dibenarkan beroperasi secara bungkus (take-away) buat masa ini.
Selain itu, taklimat Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dijadualkan di Jerantut selama lima hari bermula Khamis ini juga ditangguhkan.
Kenyataan itu menambah penduduk di situ boleh mengajukan pertanyaan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana di talian 09-2661641 atau Bilik Gerakan, Pejabat Kesihatan Daerah di 09-2662744 sehingga 5 petang setiap hari, termasuk pada hujung minggu dan cuti kelepasan am.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut (JPBDJ) menutup beberapa premis dan kawasan sebagai langkah mencegah penularan dan memutuskan rantaian kes Covid-19, ekoran 4 kes pesakit dikesan positif setelah pulang dari lawatan ke Sabah baru-baru ini.
Sekatan Jalan Raya di laluan ke PAKR Bandar Jerantut dan PAKR Peringkat 3 dan 4
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut, Khairunnisa Aris berkata, Masjid Tengku Ahmad Jerantut (MTAJ) dan Surau Al-Muflihin, Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Peringkat 3 dan 4 turut ditutup selama 14 hari.
Masjid Tengku Ahmad Jerantut (MTAJ) turut ditutup
“Semua aktiviti Pekan Sehari dan Pasar Malam di daerah ini termasuk pusat riadah dan rekreasi turut tidak dibenarkan beroperasi termasuk Padang Persatuan Bola Sepak Jerantut (FA Jerantut), Bukit Seladang, Bukit Panau, Bukit Merah, Via Feratta Paya Gunung dan Taman Tasik Teratai.
“Semua majlis keramaian, kenduri dan program berskala besar ditangguhkan serta turut melibatkan Tadika dan Tabika serta premis makanan di kawasan perumahan yang sama.
Katanya, jawatankuasa mengambil tindakan segera berikutan empat kes positif Covid-19 iaitu satu di PAKR Bandar Baru Jerantut pada 25 September dan tiga kes di PAKR Peringkat 3 dan 4 kelmarin demi keselamatan semua pihak.
Khairunnisa berkata untuk mengelakkan situasi panik, semua pihak diminta tidak menjadi menyebarkan berita palsu, menyebarkan maklumat palsu boleh didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 [Akta 588].
Turut terkesan, Taklimat Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 kepada pembanci yang dijadualkan pada 1 hingga 5 Oktober turut ditangguhkan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di talian 09-2661641 serta Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut di talian 09-2662744, pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang termasuk hujung minggu dan hari lepasan am.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Ketua Badan Pimpinan Bersatu (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri di sini sebentar tadi.
Hajiji, 65, mengangkat sumpah jawatan itu pada pukul 10.37 pagi di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
Upacara angkat sumpah turut dihadiri isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Turut mengangkat sumpah ialah tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Solidariti Tanah Air (Star), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Naib Presiden PBS, Datuk Dr. Joachim Gunsalam.
Dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah hari ini ialah dua menteri kanan iaitu Datuk Seri Masidi Manjun ( Menteri Kerja Raya Sabah) dan Datuk Jahid Jahim sebagai (Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah).
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada PN, BN dan PBS berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi 38 dari 73 kerusi yang dipertandingkan.
Sumber: Kosmo Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Johor menafikan penularan mesej di media sosial berkaitan daerah Kulai, Johor diisytihar zon merah ekoran mencatat 41 kes positif COVID-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Aman Rabu, berkata berita tersebut adalah tidak benar.
“Untuk makluman, kita menafikan maklumat tersebut dan ianya adalah tidak benar.
“Sehubungan itu, masyarakat diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih agar tidak mencetuskan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan media di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor, di sini, hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatApps menyatakan daerah Kulai menjadi zon merah pendemik COVID-19 dengan catatan 41 kes.
Semakan turut mendapati berita itu pernah disiarkan pada April lalu dan bukan berita terbaru berkaitan pandemik COVID-19.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara pejabat dan kaunternya di Lahad Datu dan Tawau, Sabah, mulai hari ini.
Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP menerusi kenyataan hari ini berkata, penutupan berkenaan adalah selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat kawasan di Pantai Timur Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.
“Penutupan ini akan dilaksanakan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
“Justeru, semua permohonan Janji Temu Online (JTO) membabitkan cawangan KWSP Lahad Datu dan Tawau dibatalkan serta merta dan mereka terbabit perlu membuat semula janji temu tersebut selepas PKPDB ditamatkan.
“Ahli dan majikan bagaimanapun masih boleh menggunakan perkhidmatan secara dalam talian KWSP, iaitu i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun Majikan), yang beroperasi seperti biasa,” katanya, hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, pembayaran caruman masih boleh dibuat melalui perbankan internet atau ejen bank berdaftar di kaunter.
Oleh demikian, ahli dan majikan disarankan untuk mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP sahaja.
“Untuk penjelasan lebih lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan di talian 03-8922 6000.
“Dalam tempoh mencabar ini, KWSP komited untuk terus memberi perkhidmatan kepada ahli di cawangan atau menerusi saluran digital. Kesihatan dan keselamatan ahli serta anggota KWSP tetap menjadi keutamaan dan segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan pelaksanaan PKPDB bermula jam 12.01 tengah malam ini, di empat kawasan terbabit selama dua minggu, iaitu sehingga 12 Oktober ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu membuktikan kerjasama erat parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut mengucapkan terima kasih kepada kepemimpinan dan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bersetuju mencalonkan Hajiji sebagai Ketua Menteri ke-16.
“Persepakatan ini membuktikan kerjasama erat parti dalam GRS sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini mendapat sokongan rakyat negeri ini.
“Saya sangat menghargai semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh parti-parti dalam gabungan ini demi kepentingan dan masa depan rakyat Sabah,” kata beliau dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, semalam.
Pada masa sama, Muhyiddin turut berdoa supaya Sabah terus kekal menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Hishammuddin Hussien diarahkan menjalani kuarantin wajib di rumah setelah dikenal pasti sebagai kontak rapat calon BN Pitas, Sufian Abdul Karim.
Pada hantaran di media sosial, Hishammuddin berkata telah pergi ke Pitas untuk membantu kempen Sufian yang pada 26 September dilaporkan positif COVID-19.
“Hari ini saya telah diarah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia jalani kuarantin diri di rumah biarpun saringan awal yang dibuat ke atas saya sebaik tiba dari Sabah tempoh hari negatif,” katanya.
KKM menghendaki semua kontak rapat pesakit COVID-19 dikuarantin wajib di rumah untuk tempoh inkubasi penyakit ini selama 14 hari.
Mulai semalam, pelancong yang tiba dari Sabah juga diwajibkan menjalani ujian wajib dan dikuarantin sehingga keputusan ujian diketahui.
Sementara itu, Hishammuddin berkata sebahagian daripada jentera BN telah disahkan positif.
“Saya harap semua yang positif ini tabah dan segera beroleh kesembuhan. Biarpun semasa kempen tempoh hari setiap SOP telah dipatuhi namun kita berdepan dengan virus yang tidak boleh dilihat.
“Risiko dijangkiti tetap tinggi. Sebab itu saya kagum, biarpun sedar risiko ini, namun ia tidak sedikitpun melemahkan semangat jentera BN untuk berkorban demi agama, bangsa dan negara,” katanya.
Terdahulu dilaporkan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.
Azlan pulang dari Sabah pada 26 September, manakala Faizal pula telah diuji negatif COVID-19 sekembalinya dari negeri itu pada 20 September lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat satu kluster baharu COVID-19 yang dikenal pasti di Selangor iaitu Kluster Jalan Apas.
Kes indeks bagi kluster itu adalah kes ke-10,782 dan kes ke-10,783 merupakan pasangan suami isteri rakyat tempatan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah daripada 13 hingga 16 September lalu.
Kedua-dua kes indeks mula bergejala demam, batuk, dan selesema pada 18 September lalu yang kemudian mendapatkan rawatan di pusat perubatan pada 19 September lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pasangan itu dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 24 September lalu dan didapati positif COVID-19 pada 26 September serta dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
“Hasil saringan kontak rapat mendapati enam lagi kes positif COVID-19 pada 27 September lalu dan sehingga kini, seramai 66 individu disaring. Daripada jumlah itu, lapan kes dikesan positif COVID-19 (enam kes baharu); 56 individu adalah negatif; manakala, dua individu masih menunggu keputusan.
“Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman dijalankan di lokasi-lokasi yang terbabit. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya dalam laporan terkini COVID-19 di sini semalam.
Beliau berkata, kes positif COVID-19 mencatatkan sedikit penurunan apabila 115 kes baharu dilaporkan berbanding 150 kes semalam.
Bagaimanapun, katanya, perkembangan terkini itu masih merekodkan tiga angka dengan 112 merupakan kes tempatan manakala tiga lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan di India.
Menurut Dr Noor Hisham, kes penularan dalam negara melibatkan 98 kes rakyat tempatan dan 14 kes adalah bukan warganegara.
“Sabah mencatatkan penularan paling tinggi dengan 98 kes melibatkan Kluster Bangau-Bangau (46); Kluster Benteng Lahad Datu (39); saringan bergejala (8); Kluster Pulau (2); Kluster Buang Sayang (1); dan masing-masing satu kes bagi saringan petugas kesihatan serta saringan kontak rapat kes ke-11,022.
“Di Selangor berlaku 10 kes baharu, enam daripadanya daripada Kluster Jalan Apas dan empat kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah. Kedah, Melaka, Terengganu dan Labuan masing-masing merekodkan satu kes baharu,” katanya.
Sumber: UTUSAN
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!