Johor Bahru: Polis Johor melupuskan rampasan mercun dan bunga api bernilai RM2.02 juta di Lapang Sasar Batu Anam, Segamat, dekat sini.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, barangan rampasan berkenaan dilupuskan secara berperingkat mulai 23 Mei hingga 28 Mei.
Beliau berkata, barangan itu adalah hasil rampasan sepanjang 2020 sehingga Februari lalu membabitkan lapan kes berikutan tiada kebenaran bagi penyimpanan dan jualan.
Menurutnya, siasatan dan pendakwaan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 74 Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1957.
Katanya, siasatan dan pendakwaan kes berkenaan sudah selesai serta pihaknya menerima arahan pelupusan daripada mahkamah.
“Ia termasuk lima kes dilaporkan di Johor Bahru Utara membabitkan nilai rampasan RM1.6 juta, satu kes di Iskandar Puteri membabitkan RM394,800 dan dua kes di Kluang bernilai RM30,000.
“Dalam kes berkenaan, seramai 10 individu ditahan dan berusia dalam lingkungan 27 hingga 50 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan jualan 36 jenis bunga api daripada 44 jenis sempena sambutan perayaan, lapor HM online.
Terdapat beberapa larangan termasuk menjual kepada individu berusia bawah 18 tahun, urus niaga dalam talian atau sebarang aplikasi media sosial dan penjualan pengusaha restoran atau kedai makan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENEMUAN DAN PEMUSNAHAN BOM DI PARIT NO 10, PARIT YUSOF, MUAR, JOHOR
Muar – Sekitar jam 1 petang, Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama UPB IPD Muar telah menjalankan tindakan pemusnahan bom lama ataupun Unexploded Ordnance (UXO) jenis Aerial 40lbs dan di Tiang Lampu No 15, Parit No 10, Parit Yusof, Muar, Johor.
UXO tersebut dijumpai Encik Mohd Hulifah Bin Yusof – (Pemilik ladang) sewaktu menjalankan kerja-kerja pembersihan dikawasan ladang beliau di mana objek tersebut dijumpai dalam keadaan berkarat dan dipenuhi tanah. En Hulifah kemudian telah maklumkan kepada anggota Balai Polis Parit Jawa bagi tindakan lanjut.
Pihak UPB Kontinjen Johor telah menjalankan pembersihan keselamatan di sekitar jumpaan UXO tersebut bagi memastikan tiada objek lain selain daripada jumpaan yang dilaporkan.
Pemusnahan UXO kemudian telah dijalankan secara In Situation (In-situ) dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda.
Pihak Polis Johor ingin menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut, laporan Polis Johor.
Diingatkan juga supaya jangan DIUSIK , DIALIH atau DIGERAKKAN objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
3 PENUMPANG LRT SANGAT KRITIKAL, 61 DIBENARKAN KELUAR
KUALA LUMPUR – Sebanyak 61 mangsa insiden pelanggaran membabitkan tren LRT Laluan Kelana Jaya telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Heric Corray, enam lagi mangsa masih berada di HKL termasuk tiga yang masih kritikal.
Katanya, dua daripada mangsa kemalangan itu mengalami patah tulang, sementara seorang lagi cedera di bahagian dada dan hati.
“Tiga pesakit dimasukkan ke ICU dengan kecederaan pendarahan otak, dua memerlukan pembedahan dan seorang lagi memerlukan rawatan ICU.
“Ketiga-tiga yang berada di ICU berada dalam keadaan yang sangat kritikal.
“Dua mengalami patah tulang, yang mana satu mangsa dimasukkan ke wad dan satu lagi masih di Jabatan Kecemasan dan menunggu untuk masuk ke ortopedik. Manakala, satu lagi di wad pembedahan,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Dalam pada itu, 19 mangsa dimasukkan ke zon kuning dan 18 daripadanya telah discaj hari ini.
Manakala di di zon hijau pula 42 mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan telah mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Daripada jumlah itu, 39 penumpang hanya mengalami kecederaan tisu biasa.
“Sebanyak 300 anggota HKL terlibat dalam pemberian rawatan kepada mangsa kemalangan,” kata Dr Heric lagi.
Ditanya mengenai ujian saringan Covid-19, Dr Heric berkata ia hanya dibuat kepada pesakit yang dimasukkan ke wad sahaja.
“Bukan semua kita jalankan ujian saringan hanya mereka yang memerlukan untuk dimasukkan dalam wad sahaja yang kita lakukan saringan tapi kita bagi keutamaan kepada kecederaan yang mereka terima. Anggota HKL telah menggunakan PPE yang sempurna untuk melindungi diri mereka,” katanya lagi, lapor MG.
Dalam kejadian pada pukul 8.45 malam tadi, seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya.
Kejadian berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru, melibatkan satu tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HARGAI TENAGA DAN KECEKALAN PETUGAS PERUBATAN DAN PERAWATAN NEGARA
Melihat daripada gambar yang disiarkan, mendapati semua petugas barisan hadapan perubatan dan perawatan bertungkus-lumus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat ketika menghadapi ‘musuh’ yang tidak nampak, Covid-19.
Gambar-gambar yang dipaparkan ini seharusnya menjadi peringatan kepada masyarakat agar terus memberi kerjasama ‘melawan dan berperang’ dengan wabak yang menggerunkan di abad ke-21 ini.
Masyarakat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah dihadam oleh semua sejak awal tahun 2020 dan kini sudah kira-kira 12 bulan dihadapi oleh semua.
Kini, muncul pula pelbagai varian yang dikatakan lebih merbahaya dan mudah merebak melalui udara dan penjarakan fizikal yang dikatakan satu meter seolah ‘tewas’.
Oleh itu, orang ramai terus memberi kerjasama dan berhati-hati dan jangan keluar tanpa tujuan bagi memutuskan penularan wabak maut ini.
Di pihak kerajaan, pelbagai kaedah dan cara dilakukan, malah kes baharu harian semakin menakutkan, oleh itu mohon semua beri kerjasama yang jitu.
Biarlah gambar-gambar ini menceritakan kisah segalanya dengan penat jerih mereka dengan keringat membasahi tubuh dan baju yang mereka pakai.-SAHIH.
Foto – media sosial.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUA LELAKI DAN SEORANG WANITA THAI DITAHAN DALAM OPS TAPIS
JERANTUT : Dua orang lelaki tempatan termasuk seorang wanita warga negara Thai ditahan bersama dadah jenis syabu dan heroin dalam serbuan yang dijalankan secara berasingan dalam operasi Ops Tapis di Jerantut semalam.
Dalam serbuan pertama, polis telah berjaya merampas dadah jenis heroin seberat 25.59 gram dan syabu 18.62 gram dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Teratai, pinggir bandar Jerantut serta menyita dua buah kereta.
Ketika serbuan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut turut menahan seorang suspek lelaki Cina berusia 31 tahun dan seorang wanita warga negara Thai berusia 51 tahun.
Ketua Polis Jerantut, Suprintendan Mazlan Hassan berkata, ketika serbuan lelaki Cina dan wanita itu sedang berada di ruang tamu, polis tidak menemui barangan salah apabila pemeriksaan di badan suspek dilakukan.
Ketua Polis Jerantut, Suprintendan Mazlan Hassan
“Polis kemudiannya membuat pemeriksaan di rumah berkenaan dan telah menjumpai satu peket plastik mengandungi dadah berbahaya jenis syabu, manakala satu lagi peket dadah jenis heroin yang ditemui dalam sebuah almari.
“Hasil pemeriksan air kencing suspek didapati negatif dan mereka juga tidak terbabit dengan rekod jenayah lampau,” katanya di IPD Jerantut hari ini.
Katanya, kes rampasan dadah kedua suspek tersebut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39A (1) ADB 1952.
Beliau berkata, dalam Ops Tapis berasingan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Putat dan menangkap seorang lelaki Melayu berumur 28 tahun.
Katanya, polis juga menjumpai satu peket yang mengandungi serbuk dadah terselit pada sebuah kotak disyaki jenis heroin seberat 2.82 gram dengan nilai rampasan berjumlah RM300.
“Suspek bekerja sebagai buruh sebelum ini mempunyai dua rekod jenayah dadah, iaitu di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 sebanyak 12 kali dan Seksyen 15 (1) ADB 1952 sebanyak 15 kali.
“Tangkapan dadah ke atas lelaki berkenaan kali ini akan disiasat di bawah peruntukkan seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Mazlan berkata, polis akan terus menjalankan Op Tapis di semua kawasan khususnya di tanah rancangan Felda antara yang dilaporkan wujud lokasi pengedaran dan penagihan dadah berdasarkan serbuan dalam Ops Tapis sebelum ini.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah diminta menghubungi IPD Jerantut menerusi talian 09-2662222 sambungan 262.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Orang ramai diingatkan jangan terpengaruh dengan berita angin yang tidak sahih berkaitan dengan keburukan vaksin, pengambilan vaksin serba-sedikit membantu memberi pelindungan diri daripada diserang wabak Covid-19.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said telah menerima suntikan dua dos lengkap Vaksin di Dewan Sri Seroja Putrajaya, hari ini.
Katanya, penggunaan Vaksin AZ dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mempunyai kebaikan berbanding kemudaratan serta bertindak sebagai perisai diri penerima suntikan itu.
“Dengan pengambilan vaksin, kita dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan mencegah wabak Covid-19 dari terus menular.
“Jangan percaya berita palsu atau penerangan daripada individu yang tidak pakar, dengar saranan pakar kesihatan. Marilah kita bersepakat memastikan ahli keluarga dan orang yang tersayang mengambil vaksin sebagai langkah pencegahan,” katanya.
Katanya, oleh kerana kes yang semakin meningkat, orang ramai diharap sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk memutuskan penularan wabak ini dan jangan keluar rumah tanpa tujuan dan sebab yang perlu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jasin: Orang ramai gusar apabila seorang lelaki yang sedang menjalani tempoh kuarantin Covid-19 dikesan merayau membeli belah di sebuah kedai serbaneka di Taman Kesang Indah di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan tindakan lelaki itu yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan memakai gelang berwarna merah jambu daripada jurujual premis kira-kira jam 11.34 pagi.
Beliau berkata, lelaki terbabit dikatakan ke kedai serbaneka itu kira-kira jam 10.44 pagi sebelum disedari jurujual premis berkenaan.
“Pengadu yang juga seorang wanita memaklumkan lelaki berusia 50-an itu ada membeli barang di premis berkenaan. Lelaki itu disyaki sedang menjalani kuarantin Covid-19 namun bertindak keluar dari rumah,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, susulan itu Bilik Gerakan Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jasin untuk tindakan lanjut.
“Pihak polis dan pegawai PKD kemudian bergegas ke rumah lelaki terbabit bagi menjalankan siasatan, lapor KOSMO.
“Sekiranya lelaki terbabit didapati melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian, dia boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan akan dikenakan tindakan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEMAMAN – Tanda tanya kehilangan seorang bekas kapten kapal sejak tiga hari lalu terjawab apabila dia ditemui sudah meninggal dunia di rumahnya di Kampung Paya Berenjut di sini semalam.
Mayat lelaki warga emas berusia 63 tahun itu ditemui terbaring di bilik tidur rumahnya oleh anggota polis pada pukul 8.20 malam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, seorang sepupu lelaki mangsa yang risau apabila lelaki warga emas tersebut gagal dihubungi sejak Khamis lalu telah bertindak mengunjungi rumah mangsa semalam.
“Sebaik mengunjungi rumah mangsa, dia mengesyaki sesuatu tidak kena kerana bukan sahaja sahutan salam tidak berjawab malah juga menghidu bau busuk.
“Dia kemudiannya menghubungi pihak polis bagi meminta bantuan untuk memasuki rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini, lapor KOSMO online.
Hanyan berkata, pemeriksaan di dalam bilik tidur utama kemudiannya menemui mayat bekas kapten berkenaan.
Beliau berkata, pihak polis percaya mayat mangsa yang memiliki beberapa bot nelayan itu telah meninggal dunia lebih daripada dua hari.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Lumpur: Ketagihan menghisap rokok elektronik atau vape dikesan turut menular dalam kalangan kanak-kanak susulan video tular dua kanak-kanak tempatan menghisap peranti itu sejak kelmarin.
Melalui video tular itu, seorang kanak-kanak memakai baju-T putih terlebih dahulu dilihat menghisap rokok elektronik berwarna merah jambu sebelum menghembuskan asap putih.
Kanak-kanak itu kemudian menyerahkan vape itu kepada seorang lagi rakannya yang memakai baju kelabu.
Individu yang merakam video itu kemudian bertanyakan di mana kanak-kanak terbabit membeli vape itu sebelum salah seorang kanak-kanak terbabit mendakwa membeli vape itu pada harga RM500.
Individu terbabit kemudian bertanya sama ada duit digunakan untuk membeli vape itu diperoleh dari sumbangan duit raya diterima.
Kanak-kanak terbabit kemudian berulang kali menghisap vape itu sambil memberi alasan ‘daripada hisap rokok lebih baik hisap vape.’
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed turut melahirkan kebimbangan apabila gejala menghisap vape semakin diterima masyarakat dan ‘berjangkit’ kepada kanak-kanak.
Beliau berkata, kajian dan tinjauan Tembakau dan Rokok Elektronik dalam kalangan Remaja Malaysia (TECMA) dilakukan sebelum ini mendapati 19.1 peratus remaja berusia 10 hingga 19 tahun pernah menggunakan rokok elektronik, lapor HM online.
“Lebih membimbangkan lagi, 46.5 peratus daripada mereka mencuba rokok elektronik buat pertama kali sebelum usia 14 tahun.
“Sebanyak 10.6 peratus daripada mereka melaporkan pernah ditawarkan rokok elektronik manakala 7.9 peratus ditawarkan cecair untuk rokok elektronik secara percuma,” katanya.
Menurutnya, promosi rokok elektronik begitu berleluasa melalui media sosial, internet, kedai vape dan sebagainya sekaligus meningkatkan lagi risiko remaja mencuba lalu menjadi penagih vape atau nikotin.
Beliau yang juga Prinsipal Akademi Farmasi Malaysia berkata, hampir semua perisa vape yang digunakan pengguna alatan itu mengandungi nikotin, iaitu bahan kawalan di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 di mana ia sepatutnya hanya boleh dijual pengamal perubatan berdaftar seperti ahli farmasi ataupun doktor.
“Wap yang dihasilkan daripada aktiviti ‘vaping’ tidak kira sama ada daripada perisa yang mengandungi nikotin atau tidak, boleh memberi kesan tidak elok kepada kesihatan dan ketidakselesaan kepada orang-ramai,” katanya.
Tambahnya, belum ada bukti kukuh daripada kajian yang berkualiti tinggi bagi menyokong penggunaan rokok elektronik khasnya bagi tujuan membantu perokok berhenti.
“Negara-negara jiran kita termasuk Singapura, Thailand dan Brunei sejak awal lagi mengharamkan terus rokok elektronik (vape) atas sebab kesihatan.
“Tinjauan Rokok Elektronik Kebangsaan (NECS) 2016 yang kami jalankan mendapati sekurang-kurangnya 600,000 atau 3.2 peratus dalam kalangan dewasa adalah perokok elektronik dan majoriti menggunakan cecair bernikotin. Penjualan cecair bernikotin sebegini menyalahi Akta Racun 1952 kerana hanya pengamal perubatan berlesen dibenarkan menjual bahan bernikotin untuk indikasi perubatan seperti membantu perokok berhenti,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA SELANGOR – Tindakan sekumpulan pekerja asing yang memakai gelang pink memasuki kedai di pekan Sungai Sembilang, Jeram di sini tular hari ini.
Mereka adalah antara pekerja asing disyaki kontak rapat selepas 44 daripada rakan mereka yang bekerja di kilang dipercayai menjalankan penghasilan sarung tangan, positif Covid-19.
Insiden itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi pengguna laman sosial Facebook yang jelas marah terhadap perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu dengan menyalahkan majikan yang tidak memantau pekerja mereka.
Malah ada pengguna mempersoalkan keistimewaan diberikan kepada kilang untuk terus beroperasi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa dalam kenyataannya memaklumkan, berdasarkan siasatan kejadian berlaku pada hari ini dengan dua bas sedang menunggu pekerja yang telah disaring sebelum dihantar ke pusat kuarantin di Meru, Klang.
“Bagaimanapun, terdapat pekerja yang disyaki kontak rapat dan memakai gelang pink telah mengambil kesempatan pergi ke kedai, lapor KOSMO online.
“Polis yang menerima maklumat pukul 2 petang terus ke lokasi kejadian dan mengarahkan pekerja tersebut berkumpul untuk dibawa ke pusat kuarantin,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!