TEMERLOH: Seorang lelaki cedera parah dalam satu kemalangan di Kampung Kerai, Jalan Seberang Temerloh, semalam.
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Balai Bomba Bukit Rangin dan Balai Bomba Temerloh dengan sembilan anggota menggunakan alatan penyelamat untuk mengeluarkan lelaki yang tersepit itu.
Di lokasi kemalangan, mendapati sebuah kereta Proton Satria dipercayai hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik.
Kereta Proton Satria dipercayai hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik
Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh menggunakan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
MARAN- Satu kejadian kemalangan yang lain di Kilometer (KM) 158.4, Lebuhraya Pantai Timur dari arah Temerloh ke Kuantan berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dengan sebuah lori tiga tan, semalam.
Pemandu Perodua Viva dikeluarkan daripada kereta dan dihantar ke HOSHAS, Temerloh
Seorang lelaki tersepit, pihak JBPM dari Balai Bomba Maran berjaya mengeluarkan mangsa dan dihantar ke HOSHAS, Temerloh.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEBERANG PERAI: Seorang lelaki yang dikhuatiri terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Muda, Tasek Gelugor di sini semalam ditemui meninggal dunia malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, mayat Md. Johari Mat Isa, 40, ditemui kira-kira pukul 10.50 malam.
“Mayat mangsa yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas bagi tujuan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mayat ditemui kira-kira 20 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
KOSMO!Online semalam melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Muda.
Mangsa dikatakan keluar dari rumah sejak pukul 8 pagi kelmarin sebelum bapa mangsa yang keluar mencari menemui bot gentian kaca miliknya di tengah sungai kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KANOWIT: Seorang lelaki maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri menggunakan senapang patah ketika memburu di kawasan Hutan Latong, Machan, di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika mangsa berusia 30 tahun keluar memburu bersama tiga lagi rakannya.
Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan Tega Bilong, berkata siasatan awal mendapati sejurus tiba di lokasi mangsa yang membawa senapang patah berjalan di hadapan diekori rakannya di belakang.
“Selepas beberapa minit memasuki hutan, secara tiba-tiba rakan mangsa terdengar bunyi letupan senjata api dari arah mangsa pada jarak kira-kira 10 meter di hadapan.
“Mereka kemudian mendapati mangsa berada dalam keadaan berlumuran dengan kesan tembakan di bahagian perut,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor BH Online.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kanowit untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di wad kecemasan kira-kira jam 11.15 malam.
“Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MUAR: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lori, pikap dan kereta di Jalan Bukit Pasir dekat sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, dalam kejadian jam 9.29 pagi itu, dua mangsa yang menaiki pikap berumur 17 dan 68 tahun dan belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian, lapor BH Online.
GAMBAR IHSAN PDRM
“Empat mangsa dalam kereta Proton Saga FLX yang berusia lingkungan 32 hingga 66 tahun dan tidak dapat dikenal pasti identiti terselamat tanpa kecederaan.
“Pemandu lori berusia 39 tahun pula hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Katanya, seramai 23 anggota, dua jentera LFRT dan satu jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh dan BBP Muar dihantar ke tempat kejadian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEBERANG PERAI: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Muda, Tasek Gelugor di sini hari ini.
Mangsa, Md. Johari Mat Isa, 40, dilaporkan hilang selepas keluar memancing bersendirian kira-kira pukul 8 pagi semalam.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, bapa mangsa melihat bot gentian kaca milik anaknya berada di tengah sungai kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, lapor KOSMO! Online.
“Mangsa tidak menyahut ketika dipanggil selain motosikal serta barangan peribadi miliknya tidak berusik di tebing sungai.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Bapanya tampil membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan anaknya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.
“Teknik pencarian dasar (surface searching) sedang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bertam untuk mengesan mangsa,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DITEMUI TINGGAL TENGKORAK SELEPAS 10 BULAN TERBABIT KEMALANGAN
BATU PAHAT : Seorang mangsa ditemukan hanya tinggal tengkorak selepas dipercayai hampir 10 bulan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 122.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Yong Peng-Pagoh, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima maklumat daripada pekerja penyelenggaraan lebuh raya yang sedang melakukan kerja pembersihan longkang mengenai penemuan sebuah kereta dan satu tengkorak manusia di cerunan tepi sebelah kiri lebuh raya pada 1.10 tengah hari.
“Siasatan awal mendapati kedudukan kereta berkenaan agak terlindung di sebalik semak yang bercerun dengan jarak lebih kurang 67 meter dari lebuh raya, manakala tengkorak pula dijumpai berhampiran dengan kereta berkenaan.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di bawah cerunan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
GAMBAR IHSAN PDRM
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada Mei atau awal Jun tahun lalu.
Menurutnya, pemilik kereta Hyundai Sonata itu sudah dikenal pasti dan sudah dihubungi pihak polis serta sedang menunggu waris untuk siasatan lanjut.
“Kami sedang berusaha untuk mengenalpasti identiti mangsa melalui pemilik kenderaan yang dikenal pasti dan akan dipanggil bagi membantu siasatan, lapor Harian Metro.
“Kami sedang menyiasat mengenai satu laporan polis orang hilang dibuat pada Jun tahun lalu yang mungkin ada kaitan dengan kemalangan berkenaan.
GAMBAR IHSAN PDRM
“Tengkorak manusia itu kemudian dibawa ke Jabatan Patalogi Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sehubungan itu, Ismail menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati semasa memandu dan menunggang kenderaan.
Katanya, mereka perlu memaklumkan pergerakan kepada ahli keluarga terdekat supaya mudah dihubungi atau dikesan jika berlaku perkara tidak diingini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Kerja seorang insan yang bergelar anggota polis bukan hanya mencari kesalahan orang, tetapi juga terselit dengan keperihatinan dan perikemanusiaan yang tinggi, salah satunya ialah menenangkan serta mententeramkan anggota keluarga yang baru kehilangan insan yang tersayang.
Kejadian kemalangan maut yang berlaku pada jam 3.42 petang di lebuhraya NKVE KM 15 dari Kota Damansara menghala ke Klang, semalam, telah meragut nyawa seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas di Padang Jawa.
Inspektor Rozilah menenangkan isteri mangsa
Mangsa yang menunggang motosikal telah melanggar sebuah lori yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan harian di lebuh raya.
Semasa Inspektor Rozilah Hussin, pegawai penyiasat sedang berada dilokasi kejadian, beliau cuba menenangkan perasaan isteri arwah yang terkejut dan sedih apabila mengetahui pemergian suaminya secara mengejut.
Turut berada di lokasi kejadian, Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Padang Jawa, Shah Alam yang merupakan rakan seangkatan arwah.
Insp. Rozilah Hussin, pegawai penyiasat sedang berada di lokasi kejadian
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mewakili seluruh warga IPD Petaling Jaya mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PASIR MAS – Seorang wanita hilang kata-kata selepas melihat rumah dan kereta jenis Perodua Myvi miliknya jatuh ke dalam runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi di sini hari ini, lapor K! Online.
Kereta milik Nor Ain Ramli, 33, jatuh ke dalam runtuhan tebing itu kira-kira pukul 2 petang tadi sebelum diikuti rumahnya.
Nor Ain berkata, dia hanya mampu memerhatikan kejadian itu daripada jauh kerana ia berlaku dengan pantas.
“Perasaan sedih dan pilu itu amat sukar untuk digambarkan.
“Bagaimanapun, saya dan keluarga terselamat dari musibah itu,” katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari hadir ke lokasi kejadian dan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada Nor Ain.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BALING : Seorang wanita keguguran selepas kandungannya berusia tujuh bulan meninggal dunia apabila kereta dipandu suaminya terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan milik polis di Jalan Baru Baling-Kupang berdekatan simpang empat Carok Nau di sini, malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 9 malam itu turut menyebabkan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Pengkalan Hulu, Perak, Inspektor Mohd Nasrun Ismail, 39, cedera parah. Wanita berusia 28 tahun itu serta suaminya, 30 dan anaknya berusia lima tahun turut cedera parah, manakala dua lagi anak mereka yang berusia 11 dan sembilan tahun masing-masing cedera ringan dan tidak cedera.
Akibat kemalangan itu, wanita yang duduk di kerusi penumpang hadapan dilaporkan mengalami keguguran selepas kandungannya yang berusia tujuh bulan disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan polis berkenaan dalam perjalanan menuju ke IPD Baling dan kereta membawa keluarga berkenaan menghala ke rumah mereka di Kampung Gabus, Pulai.
Katanya, sebaik tiba di persimpangan Carok Nau, pemandu Proton Waja dikatakan terlanggar bahagian kanan hadapan Nissan X-Trail yang dipandu Mohd Nasrun.
“Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua pemandu, wanita dan kanak-kanak berusia lima tahun cedera parah dan dikejarkan ke HSAH serta Hospital Kulim bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Kanak-kanak berusia 11 tahun yang menaiki Proton Waja mengalami kecederaan ringan manakala adiknya berusia sembilan tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini, lapor HM online.
Shamsudin berkata, pegawai kanan polis berkenaan datang ke IPD Baling kerana melakukan kerja rasmi dan memandu kenderaan milik pasukan.
“Keadaan empat mangsa yang parah dilaporkan kritikal dengan tiga daripada mereka dirawat di Wad Kecemasan HSAH, manakala pemandu Proton Waja berusia 30 tahun dirawat di Hospital Kulim.
“Berikutan itu, polis meminta saksi yang melihat kejadian dapat tampil bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Gambar: Polis/bomba/media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU : Seorang lelaki terkorban selepas motosikal jenis Yamaha Y15zr atau Ysuku yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Lebuhraya Salor – Kota Bharu berhampiran Pusat Honda 4S, Tunjung di sini pada Sabtu.
Mangsa, Muhammad Shahril Haizi Che Aziz, 21, beralamat di Kampung Kubang Edang, Peringat, Kota Bharu.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, Muhammad Shahril Haizi sebelum itu menunggang motosikalnya dari arah Pasir Mas menghala Kota Bharu.
GAMBAR IHSAN PDRM
“Apabila sampai di lokasi kemalangan, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh di tengah jalan.
“Akibatnya, mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, siasatan awal berpunca kegagalan mangsa mengawal motosikal dan mengakibatkan terbabas.
Menurutnya, mayat di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!