BENTONG : Perkhemahan seramai 15 orang pelajar dari Pondok Bustanul Ashrafiah, Tanjung Malim bertukar tragedi apabila seorang daripada kumpulan pelajar tersebut dikhuatiri lemas di air terjun, Chamang, dekat sini pada jam 9.58 pagi, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria melaporkan mangsa yang dikhuatiri lemas, Muhamad Akmal Husni Mohamad Ridzuan, 19 tahun yang sedang mandi dipercayai dihanyutkan air deras
“Pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dan setiba di lokasi kejadian, anggiita bomba mula melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar tempat kejadian sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat di air (PPDA) dari BBP Bukit Angin.
“Operasi diketuai , pegawai operasi, Badrul Hisham Saari bersama 14 anggota bomba, 8 polis dan 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melakukan pencarian menggunakan kaedah pencarian di permukaan air, “ katanya.
Katanya, perkhemahan pelajar pondok dijadualkan selama 4 hari dan akan berakhir pada 17 Jun.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Guru dalam perjalanan ke sekolah maut dalam kemalangan di KM2, Jalan Temerloh-Jerantut
TEMERLOH : Seorang guru lelaki yang dalam perjalanan ke sekolahnya maut dalam kemalangan jalan raya di KM 2, Jalan Temerloh – Mentakab dekat sini pada jam 6.40 pagi ini.
Guru tersebut yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Jerantut , Ganasan A/L Ramasami berusia 44 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Viva ke sekolah yang terletak kira-kira 60 kilometer dari sini telah dilanggar sebuah lori balak dalam kemalangan itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintenden Roslee Omar berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Viva dari arah Mentakab menghala ke Jerantut dan apabila tiba di tempat kejadian , sebuah lori yang telah keluar dari simpang Taman Sri Semantan telah melanggar kereta tersebut yang sedang bergerak lurus.
“Akibat pelanggaran tersebut, pemandu yang beralamat di Taman Saga Damai , Mentakab , maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Pemandu lori berusia 58 tahun beralamat di Pekan, Pahang tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat dibawah Sek.41(1) APJ 1987,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dengan dua buah jentera berkejar ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.
“Setiba di tempat kejadian, Pegawai Operasi BBP Temerloh, Khairul Azzahar Karim mengesahkan kemalangan tersebut membabitkan dua buah kenderaan, iaitu lori balak tanpa muatan dan sebuah kereta jenis Perodua Viva. Anggota bomba mengeluarkan pemandu kereta itu yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas menyelamat,” katanya -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Manakala seorang lelaki tersepit dan cedera dihantar menggunakan ambulan EMRS, seorang lagi lelaki hanya mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh orang awam dibawa dengan ambulans Kementerian Kesihatan ke hospital yang sama.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa yang tersepit dan cedera berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas penyelamat dan dihantar ke hospital.
“Mayat lelaki yang maut yang berada di dalam lori diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut selepas disahkan oleh pegawai perubatan.
“Seramai 9 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin diketuai oleh pegawai operasi, Mohamad Norazidi Mohd Norpiah bergegas ke tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Katanya, kren tersebut dari bandar Rompin menghala ke Tanjung Gemok, manakala lori dari arah bertentangan. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Gombak – Seorang wanita tempatan maut selepas kereta Toyota Vios dipandunya terbabas ke dalam longkang berhampiran Plaza Tol Gombak, di Lebuhraya Karak di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 8.37 pagi.
“Kemalangan berlaku berhampiran Kampung Sungai Chinchin di mana sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas ke dalam longkang.
“Pemandu seorang wanita tempatan berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa untuk diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro
Gambar: Media Sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Kawasan kejadian di Sungai Putat, padang Piol, dekat sini yang meragut dua nyawa remaja berusia 13 tahun.
Dua remaja mati lemas akan dikebumikan dalam satu liang lahat
JERANTUT – Dua rakan karib yang ditemui mati lemas di Sungai Putat, Padang Piol dekat sini pada jam 5.40 petang semalam dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Putat sejurus keputusan bedahsiasat diperolehi di Unit Forensik, Hospital Jerantut, hari ini.
Dua remaja tersebut berusia 13 tahun itu, Mohamad Hanapi Romzi dan Muhamad Safwan Mohamad Zamri, masing-masing dari Kampung Sungai Putat dan Kampung Kelantan dekat sini ditemui lemas selepas mandi bersama 5 lagi rakannya.
Bapa Muhammad Safwan, Zamri Shamsuddin (47) berkata, anaknya tidak memaklumkan kepadanya rancangan untuk mandi bersama rakannya pada pagi semalam.
“Arwah Safwan tidak mengambil sarapan pagi semalam dan tidak memberi makluman perancangannya bersama rakannya yang lain untuk mandi dan kali terakhir saya menatap wajah anak saya ketika makan malam di rumah sebelum kejadian.
“Saya dimaklumkan kira-kira jam 11.00 pagi anak saya dan kawan-kawannya telah menghala ke kawasan kejadian dengan menaiki motosikal melalui jalan ladang sawit yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari rumah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Jerantut, hari ini.
Katanya kira-kira jam 2.00 petang, salah seorang rakan anaknya datang ke rumah untuk mengetahui Mohd Safwan sudah balik atau belum dari mandi di sungai.
“Sejurus dimaklumkan oleh rakan anak saya, saya terus ke tepi sungai dan hanya menemui selipar dan baju anak saya dan kawannya masih berada di tepi sungai.
“Saya terus mencari di kawasan sekitar di tepi sungai tetapi tidak menemui sebarang tanda sambil memaklumkan kepada bapa Mohamad Hanapi serta beberapa kenalan di kampung,” katanya.
Manakala, bapa mangsa, Mohamad Hanapi Romzi , Romzi Mat Jusoh (45) berkata, anaknya Mohamad Hanapi telah membantunya sehari sebelum kejadian dengan melakukan kerja membaja pokok sawit yang sering dia lakukan untuk mendapatkan wang saku.
“Anak saya telah berkira-kira pendapatannya membantu saya pada malam sebelum kejadian dan menyatakan hasratnya wang itu akan digunakan untuk perbelanjaan persekolahan yang bakal dibuka Isnin depan.
“Saya juga terkilan kerana telah berjanji dan tidak sempat belanja makan malam bersama anak saya di sebuah kedai makan di Felda Padang Piol sambil untuk membayar ‘gajinya’ kerana membantu saya di ladang,” katanya.
Katanya, dia berterima kasih kepada penduduk kampung bersama anggota polis dan bomba telah melakukan operasi pencarian di kawasan kejadian. Mayat kedua-dua remaja ditemui pada jam 5.40 petang semalam.- – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anggota melakukan operasi mencari mangsa di Sungai Leleh, Bukit Ibam, hari ini.
Anggota tentera ditemui lemas di Sungai Leleh, Bukit Ibam
MUADZAM SHAH : Seorang anggota tentera berusia 28 tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Leleh, Bukit Ibam ditemui pada jam 6.55 petang, hari ini.
Mangsa yang bertugas di cawangan Sumber Manusia Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur telah mandi manda di situ pada jam 3.17 petang.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pegawai operasi, Roduan Sudin melaporkan, mayat anggota tentera itu, Mohd Sabrie Mohd Shah yang dipercayai terjatuh ketika mandi di situ.
“Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah dan BBP Pekan telah bergegas ke kawasan kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuantan turut dipanggil untuk membantu dalam pencarian mangsa,” katanya.
Katanya, anggota bomba penyelamat di air Pekan dan Bomba telah membuat pencarian peringkat awal dengan teknik pencarian di permukaan air (surface searching}.
“Mangsa ditemui di dasar sungai oleh anggota bomba yang melakukan penyelaman pertama pada jam 6.38 petang dan mangsa ditemui pada jam 6.55 petang,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Kedua-dua lori terbabit bertembung dalam kemalangan di Jalan Kuantan – Segamat, Muadzam dekat sini pada jam 5.16 pagi hari ini. -Foto BBP Muadzam Shah.
Dua lori bertembung, pemandu lori papan maut
BANDAR MUADZAM SHAH: Dua buah lori dengan muatan papan dan sebuah lagi dengan muatan paip terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuantan – Segamat, Muadzam dekat sini pada jam 5.16 pagi hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pegawai operasi, Roduan Sudin melaporkan, pemandu lori papan maut manakala seorang lagi pemandu cedera dalam kemalangan itu.
“Anggota bomba seramai 9 orang dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah bergegas ke tempat kejadian dan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas penyelamatan.
“Pegawai perubatan mengesahkan seorang lelaki yang memandu lori papan meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Katanya, manakala lori dengan muatan paip cedera ringan dan laluan tersebut terhalang kerana muatan daripada kedua-dua lori terbabit bergelimpangan di atas jalan raya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Kereta Sallehudin Mat Resad remuk di bahagian hadapan akibat terlanggar lembu
Wartawan Utusan Malaysia kemalangan, keretanya remuk
KUALA KRAU : Seorang wartawan Utusan Malaysia mengalami kemalangan di Jalan Kuala Krau-Jerantut , berdekatan Kampung Masjid, kira-kira jam 10.30 malam tadi.
Wartawan tersebut, Sallehudin Mat Resad tidak mengalami kecederaan sebaliknya kereta dipandunya remuk teruk di bahagian hadapan kenderaannya akibat terlanggar seekor lembu.
Beliau dalam perjalanan pulang daripada penugasan di Majlis Perasmian Galeri Jualan Genting Xintiandi yang disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang di Genting Highlands.
Katanya, dalam perjalanan pulang ke Jerantut, beberapa ekor lembu melintas jalan dan salah satu ekor lembu berpatah balik ke tengah jalan dan menyebabkan beliau tidak sempat menggelak.
“Diharapkan pemilik lembu atau kerbau menjaga haiwan ternakan masing-masing agar tidak membiarkan haiwan itu berkeliaran terutama di waktu malam.
“Demi keselamatan pengguna jalan raya di kawasan itu, pemilik haiwan itu memastikan haiwan mereka tidak dilepaskan begitu sahaja,” katanya.
Beliau berterima kasih kepada kepada seorang pemuda tempatan yang membantu menghantarnya membuat laporan polis di Pondok Polis Kuala Krau serta menghantarnya balik ke rumah di Jerantut. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anggota BBP Genting Highlands menaikkan mayat mangsa yang terjatuh ke dalam gaung, di sini, hari ini.
Seorang lelaki maut terjatuh ke dalam gaung di Jalan Genting
BENTONG : Seorang lelaki berusia 60an ditemui maut tergelincir jatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter di KM 1, Jalan ke Genting pada jam 2.53 petang, hari ini
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata pegawai operasi, Abdul Manas Abdul Wahab melaporkan lelaki tersebut dipercayai tergelincir ke dalam gaung ketika melakukan kerja di lereng bukit di situ.
Katanya, lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands dan 2 jentera telah bergegas ke kawasan kejadian untuk melakukan operasi penyelamatan.
“Pasukan bomba menjalankan kerja menyelamat mangsa dengan menggunakan tali dan pengusung untuk manaikkan mangsa.
“Operasi penyelamatan turut dibantu oleh unit kebakaran Genting Highlands,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang maut dan seorang cedera parah dalam kemalangan di Jengka
BANDAR JENGKA : Seorang wanita maut dan seorang lelaki dewasa cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Jalan Bakti Taman Rantau Perintis, Bandar Pusat Jengka, dekat sini pada jam 9.00 malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata pegawai operasi, Mohd ROsli melaporkan kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan Toyota Vios telah terbabas dan melanggar pokok.
“Dua orang mangsa terdiri seorang lelaki dewasa cedera parah dan seorang wanita dewasa meninggal dunia yang disahkan oleh pihak petugas perubatan.
“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka tiba,” katanya.
Katanya anggota bomba seramai 6 orang dan sebuah jentera membuat pemeriksaan dan pemantauan di tempat kejadian.
“Mangsa yang cedera diserahkan ke pihak petugas perubatan, manakala, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk lanjut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!