LELAKI TINGGAL NOTA, BAKAR MAYAT ATAU BUANG KE LAUT
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 50-an ditemui maut dipercayai akibat minum racun di pekarangan rumahnya di Taman Indah, Sekinchan, kira-kira jam 3 petang tadi.
Menurut sumber, difahamkan lelaki itu bertindak demikian kerana tertekan dan terkesan dengan pandemik Covid-19 sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada Mei lalu.
Berdasarkan rakaman video berdurasi 24 saat yang dkikongsi sumber, orang ramai menemui nota ditinggalkan lelaki warga emas terbabit yang meminta kerajaan membakar mayatnya atau buang terus ke laut, lapor MG
Mayat lelaki itu bagaimanapun telah dibawa pihak polis ke Hospital Sabak Bernam sejurus berita kematian itu dimaklumkan orang ramai kira-kira 3.30 petang tadi.
Punca kematian masih dalam siasatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Georgetown: Dalam keadaan badannya disambar api, seorang lelaki terpaksa lompat pagar sebuah rumah bagi meminta pertolongan di Jalan Penang di sini, hari ini.
Mangsa yang berusia 40-an itu berlari kira-kira 10 meter ke kedai berhampiran sebelum api yang menyambar badannya dipadamkan orang awam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lebuh Pantai Muzzamer Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 3.15 petang.
Menurutnya, maklumat awal diterima mengenai kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat dengan bahagian belakangnya dijadikan rumah pekerja.
“Ketika tiba di lokasi, dilihat api sedang marak di sebuah bilik di bahagian belakang rumah terbabit dan anggota mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengawal kebakaran.
“Dengan menggunakan peralatan khas, anggota terpaksa membuka pagar rumah berhampiran yang dikunci bagi kerja memadam,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurut Muzzamer, faktor angin kencang dan cuaca panas juga menyebabkan api marak dengan cepat.
Katanya, terdapat dua mangsa terbabit dalam kebakaran itu berjaya keluar dari rumah berkenaan sebelum pihaknya tiba.
“Mangsa pertama tidak mengalami kecederaan, manakala mangsa kedua pula melecur 80 peratus, lapor HM online
“Mangsa kedua kemudiannya diberi rawatan awal di tempat kejadian sebelum dibawa menaiki ambulans ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKERJA KILANG MAUT, SEORANG PARAH NAHAS EMPAT KENDERAAN
ALOR GAJAH – Seorang pekerja kilang maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal ditunggangi masing-masing terlibat dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Bukit Balai di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu, mangsa, Zahari Ismail, 44, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Muhammad Hafiz Mohd. Hishamuddin, 22, mengalami patah kaki kiri.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku selepas kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan dari arah Gangsa ke Durian Tunggal cuba memotong sebuah kereta jenis Kia Cerato di hadapan mereka.
“Ketika memotong, motosikal jenis Kawasaki dan Yamaha ditunggangi mereka bagaimanapun telah merempuh sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah bertentangan
“Akibat kemalangan itu, Zahari yang merupakan seorang pekerja kilang maut di tempat kejadian, manakala Muhammad Hafiz mengalami patah kaki kiri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini, lapor KOSMO online
Tambah Arshad, kedua-dua pemandu terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jelasnya, siasatan pegawai penyiasat di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian penunggang motosikal yang memotong secara berbahaya di lorong garisan berkembar.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat, manakala penunggang yang terselamat itu dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas maut akibat lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.
Komander Operasi dari balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Azmi Johar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.08 petang, lapor KOSMO online
“Setibanya di lokasi, didapati terdapat mayat seorang lelaki berusia lingkungan 60-an terapung-apung pada jarak 10 meter dari tebing.
“Anggota bomba bertindak membawa naik mayat mangsa ke tebing dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut memberitahu, operasi berkenaan kemudiannya ditamatkan pada pukul 1.40 petang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RANAU: Seorang pemandu lori dan kelindannya terselamat selepas lori tiga tan yang dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung sedalam 70 meter di Kilometer 5 Jalan Kundasang-Ranau, di sini, hari ini.
Dalam nahas kira-kira jam 5 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 47 dan 50 tahun itu dikatakan dalam perjalanan menghantar barangan dari Kota Kinabalu ke Semporna.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata sepasukan tujuh anggota dan seorang pegawai dikerah ke lokasi bersama dua jentera dan sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) sebaik menerima panggilan pada jam 5.16 petang, lapor BH ONLINE
Katanya, sebaik tiba, kedua-dua mangsa yang cedera didapati masih berada di dalam gaung dipercayai tercampak keluar dari lori berkenaan.
“Pasukan bomba terpaksa menggunakan sistem tali dan pengusung bagi membawa naik kedua-dua mangsa ke atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ridwan berkata, sebaik berjaya dinaikkan, kedua-dua mangsa terus dihantar ke Hospital Ranau menggunakan EMRS dan ambulans untuk rawatan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Petaling Jaya: Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada terjun dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Pelangi Damansara di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.42 tengah hari dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.
Menurutnya, seramai dua pegawai dan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.
“Sampai di lokasi didapati wanita berusia 37 tahun berada di bingkai tingkap bilik di tingkat 14 pangsapuri terbabit, manakala pintu rumah dalam keadaan berkunci, lapor HM online
“Tilam udara kemudian diletakkan di bawah pangsapuri itu sebelum kerja menyelamat dijalankan dengan memasang tali menyelamat di tingkat 16.
“Anggota juga memecahkan pintu jeriji sebelum menyelamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Menurutnya, berdasarkan maklumat awal yang diperoleh dikatakan mangsa berkenaan mengalami masalah mental.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAWAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemas di Sungai Kampung Kuala Apas dekat sini pada Khamis.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung oleh sepasukan bomba ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan di sungai terbabit kira-kira jam 12.25 tengah hari.
Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang pada Rabu ketika ibunya sedang membaiki reban ayam di kawasan rumah mereka.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada jam 9.11 malam Rabu.
Menurutnya, pasukan bomba membuat operasi pencarian di kawasan kejadian kira-kira satu kilometer dari kawasan mangsa dipercayai hilang.
“Hasil operasi menggunakan bot orang kampung, pasukan bomba berjaya menemui mangsa pada jam 12.25 tengah hari,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lani, lapor BH ONLINE
“Operasi SAR membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau ditamatkan pada jam 12.54 tengah hari,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEORANG PETUGAS KESIHATAN MAUT, TIGA PENGSAN DALAM AMBULANS
PORT DICKSON, N9 – Seorang petugas kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Pelandok di sini meninggal dunia manakala tiga lagi didapati pengsan di dalam ambulans yang tiba di Hospital Port Dickson dekat sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan lelaki berusia 29 tahun manakala tiga lagi lelaki yang tidak sedarkan diri berusia 30-an.
Menurut beliau, bomba pada awalnya menerima maklumat berlaku kebocoran gas di Klinik Kesihatan berkenaan pada jam 9.30 pagi.
“Seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan HAZMAT telah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan di premis namun mendapati tiada berlaku sebarang kebocoran.
“Pihak Klinik Kesihatan memaklumkan seorang petugas klinik itu rebah tiba-tiba selepas mengadu sakit dada sebelum tiga petugas lain membawa mangsa ke hospital menggunakan sebuah ambulans,” katanya kepada media ketika ditemui di Hospital Port Dickson di sini, pada Khamis.
Pasukan HAZMAT dan bomba membuat pemeriksaan pada ambulans. Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di hospital mangsa dan tiga petugas yang duduk di belakang ambulans didapati tidak sedarkan diri, lapor HM online.
Ujarnya, pihak hospital yang membuat pemeriksaan mengesahkan yang mangsa meninggal dunia manakala tiga lagi diberi rawatan lanjut.
Sementara itu Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Mohammad Idris berkata, punca kejadian masih dalam siasatan, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan berpunca daripada kebocoran gas di dalam ambulans.
“Kejadian sama turut berlaku semalam (Rabu) apabila seorang petugas kesihatan yang menaiki ambulans sama didapati pengsan,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Padang Terap: Rangka manusia yang ditemukan di Sungai Kuala Pai di sini, hari ini dipercayai adalah mangsa dilaporkan hilang selepas terjatuh di sungai itu pada 27 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, penduduk kampung itu menemukan rangka berkenaan pada 3.40 petang sebelum memaklumkannya kepada polis.
Menurutnya, rangka berkenaan dipercayai adalah mangsa hilang iaitu Mohd Syaril Hamid, 30, dan ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasinya dilaporkan terjatuh.
“Sebaik menerima panggilan dari orang awam, kita menghubungi pasukan bomba untuk mengangkat rangka terbabit ke darat sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut.
“Operasi menyelamat hari ini mengalami kesukaran untuk mengangkatnya disebabkan kelajuan air sungai namun rangka terbabit berjaya dibawa naik pada 5 petang,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk kampung, Sabaruddin Chat ketika dihubungi berkata, ada penduduk di situ ternampak rangka manusia itu di sungai berkenaan ketika melalui kawasan berkenaan.
Menurutnya, sebelum ini penduduk kampung berkenaan sudah melakukan pelbagai ikhtiar untuk mencari mangsa selepas operasi mencari mangsa ditangguhkan pada 1 Julai lalu.
“Alhamdulillah…dah jumpa dan rangka berkenaan sudah dibawa ke hospital,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang terbabit dalam operasi membantu polis mengangkat rangka berkenaan hari ini.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.22 petang dan tiba di lokasi 4.48 petang.
“Setibanya di lokasi didapati terdapat rangka manusia dan anggota kami yang berpakaian lengkap PPE membantu membawa naik rangka berkenaan.
“Operasi tamat pada 6.27 petang selepas rangka berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Pada 27 Jun lalu dilaporkan seorang lelaki dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Kuala Pai pada 10 pagi.
Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan selama lima hari membabitkan pelbagai agensi termasuk anggota bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap, lapor HM online
Operasi turut membabitkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani dan Jitra serta Pasukan Polis Marin (PPM) dari Batu Uban, Pulau Pinang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUCHING: Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) patah kaki kiri selepas dirempuh motosikal ditunggang seorang remaja yang melanggar sekatan jalan raya (SJR) di Batu 16 Jalan Kuching-Serian, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, berkata dalam kejadian jam 8.15 malam itu mangsa berusia 21 tahun yang bertugas dalam SJR Op COVID-19 sedang melakukan pemeriksaan rutin.
“Ketika sedang melakukan pemeriksaan, tiga motosikal ditunggang tiga remaja datang dengan satu daripadanya secara tiba-tiba memecut laju dan cuba merempuh sekatan sehingga melanggar mangsa.
“Akibat rempuhan itu, anggota RELA terbabit terjatuh dan patah kaki kiri, manakala remaja lelaki berusia 15 tahun yang melanggar mangsa juga terjatuh,” katanya.
GAMBAR HIASAN
Aidil berkata, remaja itu yang cedera di siku dan lutut kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut selepas diberikan rawatan.
“Anggota RELA itu dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil, lapor BH ONLINE.
“Suspek disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu secara melulu,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!