SETIU – Seorang tukang cat maut manakala adiknya cedera ringan selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka merempuh tiang elektrik di KM 70 Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Kampung Banggol di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 1.37 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Sharil Naim Zulkefli, 20, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, adik mangsa, Muhammad Sharil Aiman pula cedera pada bahagian dagu dan tangan.
Beliau berkata, sewaktu kejadian, kedua beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Saujana, Permaisuri di sini.
“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu Muhammad Sharil Naim tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.
“Kereta dinaiki itu kemudiannya merempuh sebatang tiang lampu,” katanya di sini hari ini.
Afandi berkata, mayat Muhammad Sharil Naim telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut, lapor kosmo online
Tambah beliau, Muhammad Sharil Aiman pula dikejarkan unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan.
Gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lelaki maut terjatuh dalam tempat takungan air rumah pam
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai terjatuh ke dalam tempat takungan air rumah pam di sebuah taman tema di Kelab Cinta Sayang di sini semalam.
Mangsa berusia lingkungan 30-an yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan terendam di dalam air pada paras 10 sentimeter (cm).
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Pegawai Bomba Kanan II Nordin Arshad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 2.30 petang.
“Pasukan bomba dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa telah meninggal dunia dipercayai terjatuh dari ketinggian empat meter.
“Proses sanitasi telah dijalankan sebelum mangsa berjaya dibawa keluar mengggunakan pengusung dan diserahkan kepada polis sejam kemudian,” katanya di sini hari ini.
Taman tema air tersebut tidak beroperasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa merupakan penduduk tempatan dan dipercayai terjatuh semasa melalui kawasan rumah pam itu, lapor kosmo online
“Siasatan awal tidak menemui sebarang kecederaan berunsurkan jenayah pada tubuh mangsa dan di lokasi kejadian,” katanya.
Tambahnya, mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kejadian tanah runtuh, dua buah kenderaan tertimbus dan rosak di Brinchang
Foto atas: Anggota APM dan JKR memotong dan membersihkan laluan untuk mengeluarkan kenderaan yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Brinchang, Cameron Highlands, malam tadi.
CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat berterusan beberapa jam mengakibatkan satu kejadian tanah runtuh membabitkan kerosakan dua buah kenderaan berlaku di Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang di sini malam tadi.
Kejadian berlaku pada jam 11.30 malam semalam berdekatan bengkel kenderaan di situ tidak melibatkan kecederaan penduduk dan kerosakan premis.
Sebuah kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.-Foto APM
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APAM) Cameron Highlands, Md Hazli Hanifah Mohd Hanafi berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian berkenaan pada pukul 12.50 pagi dan anggota terus bergegas ke lokasi tanah runtuh di Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang.
“Anggota APAM terus melaksanakan operasi memotong pokok yang tumbang serta mengalihkan runtuhan bagi mengeluarkan kenderaan yang terperangkap di bawah runtuhan.
“Bagaimanapun tiada mangsa di lokasi kerana kenderaan terlibat sedang dibaiki oleh bengkel berkenaan. Kes ini diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.
Katanya, operasi di tempat kejadian juga melibatkan anggota bomba dan penyelamat, Polis di Raja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemandu treler lesap selepas 14 tiang telekomunikasi tumbang
Slim River: Beberapa laluan di pekan Slim River ditutup sementara waktu berikutan 14 tiang telekomunikasi tumbang awal pagi tadi, dipercayai tersangkut pada sebuah treler.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian disedari beberapa anggota polis dari Balai Polis Slim River ketika membuat pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) 8.30 pagi tadi.
Katanya, pemeriksaan mendapati 14 tiang terbabit tumbang menyebabkan beberapa laluan kenderaan terhalang.
“Kejadian itu berlaku jam 6.30 pagi dan disaksikan penduduk setempat malah ada yang sempat merakamkan gambar dan video.
“Saksi memaklumkan ketika pemandu treler bersama dua kelindan melalui laluan terbabit, wayar yang merentangi jalan tersangkut pada kenderaan.
“Akibat kejadian itu, beberapa tiang tumbang dan wayar putus,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sulizmie Affendy berkata, pemandu treler melalui jalan itu dipercayai untuk berpatah balik ke jalan persekutuan arah Ipoh.
Menurut, kawasan yang terjejas adalah Lorong Stesyen, Jalan Ahmad Boestaman sehingga ke Jalan Ibrahim.
“Usaha mengesan pemandu sedang dijalankan kerana dia tetap meneruskan perjalanan selepas kejadian.
“Pemandu berkenaan boleh dikenakan tindakan saman di bawah Rule 10 LN 166/59, ” katanya.
Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Daerah Muallim sedang membantu memastikan aliran trafik di pekan berjalan lancar, lapor HM ONLINE.
Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan Telekom Malaysia (TM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAWAU – Seorang wanita hamil maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan, di Kilometer 45, Jalan Apas, berhampiran Kampung Nasib Kita, dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.52 petang itu, mangsa dikenali Noor Aqila Ibrahim, 27, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata kemalangan berlaku apabila kereta dipandu suami mangsa, Wan Ramzi Wan Omar, 27, dari arah Tawau menuju ke Semporna, hilang kawalan.
Katanya, kenderaan dinaiki suami isteri itu kemudian merempuh pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan, lalu bertembung dengan sebuah lagi kereta.
“Pada masa sama, kereta e-hailing di laluan itu tidak dapat mengelak, lalu merempuh kereta dinaiki mangsa.
“Akibat kemalangan itu, pemandu e-hailing Al Hafiz Mohd Basir, 26, cedera parah, manakala empat penumpangnya cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SUMBER: BH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tanah runtuh: 2 disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh
Foto: Anggota mengeluarkan mangsa daripada kawasan tanah runtuh (JBPM)
CAMERON HIGHLANDS, PAHANG – Mayat mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Persekutuan Laluan FT 185 Jalan Simpang Pulai – Blue Valley telah dijumpai pukul 8 malam tadi.
Mangsa, Muhammad Hafiz Hamdi, 31 tahun berasal dari Tanjung Piandang, Parit Buntar itu disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.
Ketua Polis Perak, Datul Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian tersebut.
Menurut beliau, ahli keluarga mangsa turut berada di lokasi kejadian bagi membuat pengecaman.
Dalam pada itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri memaklumkan terdapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard turut dijumpai dalam keadaan terbalik.
Menurut kenyataan itu, mangsa dalam kenderaan MPV itu telah dapat dikenal pasti dan dikeluarkan.
“Mangsa dikenali pasti sebagai seorang lelaki berbangsa Cina berumur lingkungan 50an dan telah disahkan maut oleh petugas kesihatan,” ujar jurucakap bomba.
SUMBER :K! ONLINE.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH: Dua kenderaan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.44 tengah hari tadi.
Difahamkan kenderaan yang tertimbus dalam tanah runtuh tersebut ialah sebuah lori dan sebuah kereta.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat. Setibanya jentera di lokasi, didapati tanah runtuh menghalang laluan utama ke Cameron Highlands.
“Setakat ini seorang pemandu lori memberi reaksi daripada runtuhan berkenaan dan pihak bomba sedang menjalankan kerja mengalihkan tanah runtuh dan menyelamat semua mangsa terlibat,” katanya.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan.
Tanah runtuh itu menyebabkan laluan kedua-kedua arah ditutup kepada semua aliran kenderaan.—AlHijrah Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Warga emas meninggal dunia diserang strok ketika memandu
KOTA BHARU- Wanita warga emas maut dalam kemalangan selepas dipercayai diserang strok sebelum tertekan pedal minyak dan melanggar dua kenderaan.
Kejadian berlaku pada 1.40 tengah hari semalam di persimpangan lampu isyarat Cherang, di sini, membabitkan kereta jenis Proton Persona yang dipandu Rakiah@Zainun Jusoh, 72, yang merempuh van dan sebuah lagi kereta.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, ketika sedang menunggu lampu hijau, kereta dipandu mangsa yang datang dari arah belakang laluan secara tiba-tiba melanggar bahagian belakang dua kenderaan terbabit.
“Mangsa yang tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian dada,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Abdul Rahim berkata, mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk proses bedah siasat manakala pemandu van dan Toyota Vios tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, anak mangsa, Siti Zubaidah Shafii, 35, berkata, ibunya yang tinggal di Padang Tembak, di sini dalam perjalanan menjemput abangnya di sebuah bengkel membaiki kereta tidak jauh dari rumah mereka.
Siti Zubaidah berkata, menurut saksi yang ada ketika kejadian, dia dimaklumkan kaki ibunya berada dalam keadaan kejang dan sedang menekan pedal minyak.
“Dua tahun lalu ibu diserang strok ringan namun keadaannya tidak serius dan semakin pulih malah kami sembilan beradik juga tidak begitu menggalakkan ibu untuk memandu kereta.
“Ibu yang tinggal bersama abang hanya memandu ke kawasan dekat sahaja malah pemanduannya juga tidak pernah melebihi 50 kilometer sejam dan kami menafikan tohmahan warganet yang menuduh ibu memandu laju,” katanya.
Siti Zubaidah berkata, kereta yang dipandu ibunya itu juga baharu seminggu digunakan dan ia adalah hadiah daripada abang dan kakaknya sebagai menggantikan kereta arwah yang sering rosak.
Menurutnya, ibunya tidak menunjukkan sebarang perubahan malah ceria ketika kakaknya membuat panggilan video pagi tadi dan sangat terperanjat sebaik diberitahu ahli keluarga mengenai tragedi yang menimpa mangsa.
“Saya menetap di Melaka dan baru minggu lepas pulang ke kampung berjumpa ibu sebelum kakak yang tinggal di Seremban, Negeri Sembilan pula pulang, lapor HM ONLINE
“Kami tidak menyangka ibu akan pergi dengan cara sebegitu tapi kami reda dengan takdir ini,” katanya sambil memberitahu jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 23, Machang, pagi esok.
gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rumah hampir rentung dalam kebakaran di Felda Padang Piol
JERANTUT- Sebuah rumah binaan konkrit dan papan hampir 50 peratus dijilat api di Jalan Siantan Felda Padang Piol, dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.20 petang, semalam.
Sebuah rumah di Felda Padang Piol, Jerantut milik Johari Edrus hampir rentung dalam kebakaran pada jam 6.20 petang, semalam.
Penolong Penguasa Bomba, Balai Bompa dan Penyelamat (BBP) Jerantut, Mohd Zulkilfi Mohd Zainal, berkata seramai 9 anggota BBP Jerantut dan seorang pegawai termasuk 2 jentera dikejarkan ke lokasi kebakaran sejurus menerima panggilan.
“Setiba di lokasi, didapati tahap kebakaran dianggarkan 50 peratus dan tiada berlaku kemalangan jiwa, punca kebakaran dan kerugian masih di dalam siasatan.
“BBP Jengka turut membantu memadamkan kebakaran,, api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.06 malam,” katanya.
Katanya, orang ramai dikehendaki berhati-hati ketika meninggalkan rumah dalam tempoh panjang dengan menutup semua suis elektrik dan juga memastikan dapur gas dalam keadaan terkawal,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin ketika dihubungi melahirkan takziah serta memohon pemilik rumah berkenaan, Johari Edrus bersabar dengan ujian Allah SWT.
“Pejabat Perkhidmatan Masyarakat DUN Tahan akan membantu keperluan kebajikan keluarga mangsa ini dalam tempoh pemulihan selepas kejadian ini.
“Kita juga memohon Jabaran Kebajikan Masyarakat Jerantut dan pihak pengurusan Felda Padang Piol supaya dapat membantu keluarga mangsa berkenaan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kepala Batas: Lelaki yang melarikan diri daripada operasi polis berhampiran Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga di sini, dengan berenang ke laut, ditemui lemas pagi tadi.
Ia disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad.
Mohd Radzi berkata, mayat lelaki itu ditemui di Pulau Sayak, Kedah kira-kira jam 9.30 pagi.
Pada kejadian jam 3 pagi semalam, lelaki berusia 37 tahun itu dikhuatiri lemas apabila dilaporkan hilang ketika berenang di laut berhampiran pasar terbabit.
Mangsa bertindak sedemikian kerana mahu melarikan diri daripada polis yang ketika itu menjalankan rondaan cegah jenayah dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Tiga lagi lelaki turut berenang namun mereka dilaporkan selamat, lapor HM ONLINE
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dilancarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!