Bilik penyimpanan peluru Perhilitan Kuala Tahan terbakar
JERANTUT – Sebuah bilik penyimpanan simpanan peluru Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) Taman Negara Kuala Tahan terbakar pada jam 10.21 malam tadi.
Tujuh belas pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Peyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba (BBP) Jerantut, BBP Temerloh dan BBP Bukit Angin telah dikejarkan ke lokasi berkenaan yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandar Jerantut.
Pihak JBPM menerima panggilan kecemaran MERS 999 dan BBP Jerantut dalam perjalanan sejurus menerima panggilan dan akan menyeberangi Sungai Tembeling untuk melakukan operasi pemadaman.
Pejabat PERHILITAN itu terletak berdekatan dengan Resort Mutiara Taman Negara yang sering dikunjungi pelancong dalam dan luar negara.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Empat sekeluarga maut dalam kejadian di Simpang Empat Kampung Lebu, Bentong.
BENTONG – Empat sekeluarga maut dalam kejadian kemalangan ngeri melibatkan dua buah kenderaan di Simpang Empat Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di sini, pada jam 2.30 petang, hari ini.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire itu yang dinaiki oleh sekeluarga itu dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan telah berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Nissan Navara apabila tiba di tempat kejadian.
Berdasarkan saksi di tempat kejadian, perlanggaran itu dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda itu tidak menghiraukan lampu isyarat warna merah.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian mendapati terdapat enam mangsa terlibat dalam kejadian itu.
“Empat mangsa sekeluarga yang maut itu terdiri daripada satu perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan satu kanak-kanak lelaki manakala dua lelaki dewasa mengalami kecederaan.
“Pasukan bomba memastikan tiada lagi mangsa dalam kenderaan selepas kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam,”katanya di sini hari ini.
Katanya, pemandu kedua-dua kenderaan cedera ringan, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Isteri imam Masjid Merapoh antara tiga yang maut dalam kemalangan jalan raya
Foto atas: Kereta yang dipandu imam Masjid Merapoh dalam kemalangan pada jam 2.30 petang, hari ini
LIPIS – Tiga maut termasuk isteri iman Masjid Merapoh dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan di Kilometer 84, Jalan Lipis-Merapoh pada jam 2.30 petang, hari ini.
Siasatan awal kemalangan itu berpunca apabila kereta Toyota yang dipandu oleh Imam masjid Merapoh, Wan Mohd Azizol Wan Daud (35 tahun) dan 3 orang penumpang dari arah Merapoh ke bandar Lipis cuba menggelak sebuah motosikal yang tiba-tiba keluar dari simpang sebuah rumah di laluan menghala arah yang sama.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, akibat cuba menggelak daripada melanggar motosikal itu, kereta itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri terus berpusing masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar sebuah van syarikat Securiforce.
“Akibat kemalangan tersebut, 2 orang penumpang belakang kereta itu telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang penumpang hadapan kereta telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis.
“Pemandu kereta itu patah tangan kiri, manakala pemandu van cedera di bahagian muka, dua penumpang van yang juga pekerja syarikat itu, masing-masing patah kaki kiri dan patah kaki kanan,” katanya.
Katanya, penumpang kereta yang maut di tempat kejadian, Mariam Ariffin (41), seorang guru tadika Kemas, Mentara Baru kerana cederaan parah di bahagian kepala dan dada.
“Seorang lagi penumpang kereta itu, Che Mazenah Hussin (61) beralamat Kuarters Klinik Kesihatan Merapoh, turut maut di tempat kejadian kerana cedera parah di bahagian kepala.
“Isteri pemandu kereta itu, Rosnani Md Daud, (28) cedera di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Kuala Lipis,” katanya.
Katanya, lokasi kemalangan adalah di kawasan jalan lurus, jalan berturap, bahu jalan berturap, sistem jalan satu lorong dua hala, terdapat garisan tengah putus-putus sebagai pembahagi lorong dan cuaca adalah baik.
“Kereta itu rosak teruk dan van rosak di bahagian hadapan kenderaan. Semua mayat akan menjalani bedahsiasat selepas ujian saringan Covid-19 diketahui,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Seorang lelaki dewasa dan wanita maut dalam kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Tanah Putih, Kuantan, pada jam 11.34 malam, semalam.
Seorang lelaki dewasa yang berada di dalam kereta Proton Saga maut akibat kereta itu turut terbakar seratus peratus setelah berlanggar dengan sebuah kereta Proton Iswara.
Kereta Proton Iswara yang dinaiki oleh seorang perempuan dewasa yang tersepit telah meninggal dunia.
Manakala seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki serta dua kanak-kanak perempuan yang berada di dalam kereta yang sama cedera akibat kemalangan itu.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Negeri Pahang, PKPgB Abdul Rahim Baharom, kemalangan itu melibatkan dua kereta tersebut dan kereta Proton Saga yang terbakar.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan dan Taman Tas bergegas ke lokasi kejadian untuk pemadaman dan penyelamat.
Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan alat khas dan dihantar ke hospital mengguna EMRS Taman Tas dan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan operasi berjaya dikawal dan dipadamkan pada jam 12.29 pagi, hari ini. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan operasi berjaya dikawal dan dipadamkan pada jam 12.29 pagi, hari ini. Punca kebakaran masih dalam siasatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
18 penumpang bas ekspres selamat dalam kemalangan dengan lori
Foto atas: Bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 132.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, pada jam 4.26 petang, hari ini.
TEMERLOH – Pemandu lori dan bas serta 18 penumpang bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 132.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, pada jam 4.26 petang, hari ini.
Detik cemas itu berlaku apabila bas ekspres tersebut merempuh belakang sebuah lori dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Pahang, PPgB Azhar Jaafar, pihak bomba telah menerima panggilan daripada MERS 999 pada jam 4.26 petang.
Katanya, dalam, kejadian yang berlaku itu, pemandu lori lelaki selamat manakala 10 lelaki dewasa termasuk pemandu bas dan 8 perempuan dewasa penumpang bas selamat dan semua mangsa tidak tersepit.
“Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh telah diarahkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan logistik satu Jentera FRT dan satu Jentera EMRS dengan keanggotaan seorang Pegawai Penyelia bersama tujuh orang anggota.
“Pasukan bomba membuat operasi mengeluarkan mangsa yang masih berada di dalam bas. Pihak anggota Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) dan anggota EMRS memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera,” katanya.
Menurutnya, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital berdekatan dengan menggunakan Jentera EMRS, sebuah ambulan KKM dan tiga unit ambulan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk rawatan selanjutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Seorang warga emas dan 2 cucu terselamat dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Blok 1, Felda Jengka 12, kira-kira jam 8.50 pagi, hari ini.
Warga emas itu, Umi Kelsom Abdul Rahman 69 bersama cucunya keluar menyelamatkan diri dari rumah tersebut ketika kebakaran bermula.
Ketua Peneroka Jengka 12, Mat Jamin Mat Hashim, berkata, rumah binaan kayu serta sebahagian kecil binaan konkrit terbakar.
“Warga emas dan cucu mereka ketika itu sedang berada di bahagian dapur. Mujur mereka cepat sedar dengan kejadian itu dan lari keluar dari rumah yang sedang terbakar serta-merta.
“Rumah itu dihuni oleh 2 keluarga seramai 6 orang, dianggarkan 80 peratus rumah itu rentong,” katanya ketika dihubungi.
Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud, berkata, semua 35 masjid di wilayah itu akan melancarkan tabung derma kilat bagi membantu keluarga tersebut.
“Ini sudah menjadi lumrah kepada peneroka dan ahli kariah di sini untuk membantu mereka yang terkesan dengan musibah.
“Selain itu sebagai sebuah keluarga Malaysia yang sering saling bantu membantu, dan ini akan melegakan mereka untuk membaiki rumah yang terbakar itu,” katanya.
Anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Jengka berjaya memadamkan kebakaran kira-kira sejam kemudian.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA TINGGI – Dua wanita Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) LEMAS, manakala enam HILANG, selepas bot dinaiki mereka karam di kedudukan 0.8 batu nautika Teluk Ramunia, Kota Tinggi, 4:50 pagi tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, 19 mangsa berjaya diselamatkan, terdiri daripada sepuluh wanita dan sembilan lelaki.
Radar Sistem Pengawasan Laut Maritim Malaysia mengesan bot dinaiki 27 PATI warga Indonesia terbabit, menuju ke perairan negara, dari Pulau Bintan, Indonesia, sebelum menggerakkan KD Sri Indera Sakti.
Tekong membawa bot secara agresif dan berbahaya selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, menyebabkan bot terbalik dan karam.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MUARA TEBAS: BAYI LELAKI DIPERCAYAI LEMAS DITEMUKAN TERAPUNG
Sarawak : Seorang bayi lelaki meninggal dunia dipercayai lemas selepas ditemui terapung di sungai di Kampung Muara Tebas, petang semalam.
Mangsa yang berusia setahun 8 bulan itu disedari hilang oleh ibunya dari rumah mereka iaitu tidak jauh dari lokasi kejadian sekitar pukul 6 petang.
Keluarga mangsa kemudian terus mencari mangsa dan menemuinya terapung dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira sejam kemudian.
Dipercayai mangsa terjatuh dari atas jambatan di luar rumah keluarganya dan keadaan air ketika itu sedang pasang.
Ibu bapa mangsa kemudian terus mengejarkan mangsa ke Hospital Umum Sarawak selepas itu dan telah disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah mengesahkan kes tersebut.
Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut secara menyeluruh sedang dijalankan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Satu maut dan empat kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya di KM 18 , Jalan Lipis-Benta pada jam 7.39 pagi, hari ini.
Pemandu motokar Perodua Axia, Nik Mohd Yusri Raja Abdullah, berusia 27 tahun maut di tempat kejadian, manakala kakaknya berusia 32 tahun yang berada dalam kenderaan itu mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, kenderaan yang dipandu Nik Mohd Yusri yang datang dari arah bandar Lipis menghala ke Benta , tiba di lokasi telah cuba memotong kenderaan lain di hadapannya tetapi gagal.
“Akibat kegagalan memotong, motokar Perodua Axia itu melanggar tayar belakang Proton Saga yang datang dari arah bertentangan seterusnya turut membabitkan dua buah motokar jenis Proton Persona yang dari arah sama.
“Nik Mohd Yusri meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian dalaman badan, manakala penumpang Perodua Axia dan pemandu serta penumpang Proton Saga masih dalam rawatan di Hospital Lipis,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Katanya, lokasi kemalangan di kawasan jalan lurus, berturap, bahu jalan berturap dan terdapat garisan tengah berkembar sebagai pembahagi lorong dan jalan sibuk dengan kenderaan serta cuaca baik.
Mayat pemandu yang maut akan menjalani post-mortem pada jam 5.00 petang ini selepas mendapat keputusan ujian saringan Covid-19. Pemandu kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.
Semua kenderaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan, bumper depan pecah, cermin depan pecah, cermin sisi sebelah kanan pecah, fender sebelah kanan kemek. Motokar jenis Proton Saga tercabut roda belakang sebelah kanan.
Kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987, kenderaan akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan kerosakan kemalangan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Mayat Mohd Ridwan Suprianto Mohd Aidil ditemui pasukan bomba pada 9.50 pagi. (Gambar Bomba)
SANDAKAN: Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di sungai berhampiran Ladang Man Coon di Beluran dekat sini semalam, ditemui lemas pagi tadi.
Kanak-kanak tersebut, Mohd Ridwan Suprianto Mohd Aidil, 4 tahun, ditemui kira-kira 1 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata, mangsa ditemui pasukan bomba pada 9.50 pagi.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 10.30 pagi,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai berkenaan kira-kira 5 petang.
SUMBER : FMT
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!