Lelaki maut terperangkap Pangsapuri
Lelaki maut terperangkap Pangsapuri
KUANTAN – Seorang lelaki maut terperangkap dalam kejadian kebakaran sebuah rumah pangsapuri di Medan Warisan, Jalan Air Puteh di Kuantan, Pahang.
Mangsa, 64 tahun, ditemui dalam keadaan melecur 40 peratus di bahagian muka dan badan bagaimanapun disahkan meninggalkan dunia.
Pegawai Operasi Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Azhar Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Mers 999 kira-kira jam 3.14 petang tadi.
Seramai 32 orang anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota digerakkan ke tempat kejadian sebelum tindakan operasi dilakukan.
Pihak bomba berjaya memecah pintu hadapan rumah mangsa serta membuat operasi pemadaman menggunakan 2 aliran hose air tangki pam jentera bomba yang digerakkan sebelum menemui mangsa di sebuah bilik tidur.
Anggaran kemusnahan akibat kebakaran sebanyak 30 peratus.
Mangsa kemudian diserahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk tindakan lanjut.-SAHIH