Ampang: Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyut arus deras di Lorong Ikan Jelawat 8, Kampung, Ampang Campuran di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.50 petang dan tiba di lokasi kejadian pada 6.02 petang.
Menurutnya Harian Metro melaporkan , seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kerja mengesan mangsa berusia empat tahun yang juga kanak-kanak Rohingya ditangguhkan malam ini dan akan bersambung semula esok,” katanya.
Gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG: Kemalangan jalan raya yang melibatkan empat kereta dan sebuah treler turut meragut nyawa pemandu sebuah kereta dalam kejadian itu di Kilometer (KM) 3, Jalan Bentong-Raub, kira-kira jam 1.30 tengahari, hari ini.
Treler yang dipandu oleh seorang pemandu warga tempatan berusia 40 tahun dipercayai hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta Proton Wira di hadapannya, treler tersebut terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi.
Kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh Puganeswari A/P Suppiah, 42 yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya berusia 11 tahun terselamat.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati pemandu treler itu yang datang dari arah Raub ke Bentong didapati positif dadah jenis Methamphetamine melalui ujian awal air kencing.
“Mangsa yang tersepit itu berjaya dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Bentong, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat, kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) APJ 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952.
“Diharap semua pengguna jalan raya perlu berhemah , selain itu sering hormat-menghormati sesama pengguna jalan raya serta mengamalkan pemanduan yang cermat dan mematuhi arahan lalulintas,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLUANG : Dua maut, manakala dua lagi parah serta 11 orang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan berhampiran Plaza Tol Machap dekat sini, petang hari ini.
Mangsa yang maut dikenal pasti adalah pasangan suami isteri, Wong Fook Onn, 55, dan Chong Yoke Choo, 52.
Kemalangan pada 3.40 petang itu membabitkan dua kereta Hyundai Elantra, Proton Bezza, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Volkswagen Tiguan, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan Naza Citra serta tiga lori.
GAMBAR IHSAN JBPM
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam Penolong Penguasa Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 3.46 petang sebelum sebuah jentera dan kenderaan pacuan empat roda dengan kekuatan 10 anggota dikejarkan ke lokasi.
Menurutnya, setibanya di lokasi dan pemeriksaan yang dilakukan mendapati dua orang mangsa masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang kereta Hyundai Elantra.
“Bagaimanapun, sebaik berjaya dikeluarkan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang datang untuk memberikan bantuan kecemasan.
“Kedua mayat itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang serta klinik kesihatan berdekatan,” katanya.
Sementara itu, Gan Lee Chiu, 46, yang juga rakan karib kepada kedua-dua mangsa berkata, pasangan suami isteri itu dari Kampung Baru Sri Lalang di sini.
Harian Metro melaporkan, mangsa termasuk pemandu dan dua orang penumpang lain menaiki kereta Hyundai Elantra itu adalah daripada satu keluarga yang dipercayai dalam perjalanan pulang bercuti dari Pontian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEMUDA MAUT, GADIS PARAH DALAM NAHAS DUA MOTOSIKAL
KUCHING: Seorang lelaki maut dan seorang gadis cedera parah dalam nahas melibatkan dua buah motosikal di Kilometer 29, Jalan Segali, Sebuyau Simunjan, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang dikenali sebagai Shahardin Salleh, 32, beralamat di Kampung Tengah Tanjung Assam, Betong disahkan meninggal dunia di tempat kejadiaan.
Katanya, polis menerima panggilan sekitar jam 10 pagi berhubung kemalangan tersebut, melibatkan dua motosikal di Kilometer 29, Jalan Segali, Sebuyau Simunjan.
“Siasatan awal mendapati pada jam 9.30 pagi, motosikal ditunggang lelaki terbabit datang dari arah Sebuyau menghala ke arah Kuching telah bertembung dengan motosikal yang ditunggang seorang gadis berusia 16 tahun yang datang dari arah Simunjan menghala ke Sebuyau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Alexson, akibat perlanggaran tersebut, lelaki terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala remaja wanita cedera parah dan dihantar ke Hospital Simunjan untuk dapatkan rawatan lanjut.
BH Online melaporkan, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di jalan lurus satu lorong di kedua-dua arah yang mana cuaca adalah cerah dan jalan kering.
“Proses bedah siasat mangsa akan dijalankan di Hospital Serian,” ujarnya sambil menambah kedua-dua motosikal dibawa ke balai untuk pemeriksaan Puspakom dan Jabatan Kimia.
Selain itu, beliau memberitahu, polis masih mengesan saksi bebas yang nampak kejadian tersebut.
Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA SAMARAHAN: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 5, Jalan Datuk Mohd Musa berdekatan bulatan Summer Mall, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa, Muhammad Zaim Rahimi Zamri, 13, dari Kampung Sebandi Ulu, Asajaya meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala dan anggota badan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan membabitkan motosikal ditunggang mangsa, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
HARIAN METRO melaporkan, kemalangan berlaku apabila MPV terbabit bergerak dalam bulatan di lorong tengah dari arah Summermall menuju ke arah Kuching bertujuan untuk ke Uptown.
“Semasa hendak keluar bulatan masuk ke laluan menuju Kuching, sebuah kereta dari arah Summermall berada di dalam bulatan laluan luar kiri hendak berpusing menghala ke arah Asajaya berlanggar dengan sebuah motosikal yang bergerak di antara MPV dan kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, kereta terbabit melanggar mangsa yang menunggang motosikal terlebih dahulu sebelum mangsa terjatuh dan dilanggar MPV.
“Pemandu kereta terbabit melarikan diri dari tempat kemalangan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEJADIAN KEMALANGAN MAUT ITU BERLAKU DI KM 4, JALAN BENTONG-GOMBAK.
BENTONG: Seorang maut dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di jalan lama, Jalan Bentong-Gombak, Kilometer (KM) 4 yang melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dengan lori treler, kira-kira 1.50 pagi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta itu dipandu oleh seorang lelaki kaum India yang berusia 24 tahun yang datang dari arah bandar Bentong menuju ke Gombak dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke seberang jalan.
Anantha Raj a/l Kanapathi yang memandu kereta ini meninggal di tempat kejadian.
“Kereta itu melanggar belakang lori treler yang berada di tepi jalan, kereta itu hampir remuk keseluruhuannya, manakala treler itu mengalami kerosakan kecil.
“Pemandu kereta itu, Anantha Raj a/l Kanapathi yang berasal dari Bentong disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya.
Kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. Pihak polis memohon orang ramai yang melihat kejadian itu tampil untuk membantu siasatan.
Katanya, pihaknya menasihati orang ramai yang memandu dan menunggang kenderaan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalulintas, pastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan selamat dan diselenggara dengan baik terutama ketika di musim tengkujuh.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MAYAT BAKAL PENGANTIN LEMAS DITEMUI: DILAPORKAN DITARIK OMBAK KETIKA MANDI PANTAI
MARANG: Mayat bakal pengantin lelaki yang dijadual melangsungkan perkahwinan semalam ditemukan di tepi pantai Kampung Alur Tuman, di sini, pagi ini.
Mayat Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Cheras ditemui pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai pada jam 8.55 pagi kira-kira tiga kilometer dari lokasi dilaporkan lemas.
Mayat Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Cheras ditemui pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai
Memetik laporan BH ONLINE, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, berkata pasukan penyelamat yang diketuainya sendiri sebelum itu melakukan rondaan di kawasan berkenaan sebelum menemui mayat seorang lelaki di atas pasir di pantai berkenaan.
“Berdasarkan keadaan mayat itu, tiada sebarang kecederaan dan mayat akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Marang sebaik pihak forensik melakukan siasatan.
“Dengan penemuan mayat ini, operasi mencari dan menyelamat membabitkan lelaki yang dilaporkan lemas di Pantai Kelulut ditamatkan jam 11 pagi dan fokus kita kini pada pencarian kes lemas di Pantai Jambu Bongkok,” katanya ketika ditemui di lokasi pencarian di Kampung Kelulut, di sini, hari ini.
Naim Hariri dilaporkan hilang selepas ditarik ombak ketika mandi di Pantai Kelulut pada jam 6.40 petang kelmarin.
Mangsa datang bersama ahli keluarga ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan bersama pasangannya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, yang dijadualkan semalam.
Bapa pengantin perempuan, Ismail Awang, menunjukkan pelamin dan barang hantaran untuk majlis perkahwinan anaknya Fatin Nabilah Huda.
Media sebelum ini turut melaporkan seorang lelaki berusia 48 tahun dari Hulu Terengganu dikhuatiri lemas selepas mandi bersama enam rakannya sebelum ditarik ombak ke tengah laut di Pantai Jambu Bongkok, Dungun.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEMANDU MAUT REMPUH POKOK-KERETA DIPERCAYAI TERBABAS SEBELUM KEMALANGAN
KULAI: Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Iswara dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar di sini semalam.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Razali Kassmen berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 10.55 malam.
Memetik laporan dari UTUSAN ONLINE, katanya, seramai enam anggota beserta sebuah jentera kemudian dikejar ke lokasi kejadian.
“Ketika di lokasi, didapati seorang lelaki berusia 41 tahun berada dalam keadaan tersepit di tempat duduk pemandu setelah kenderaan itu merempuh sebatang pokok di bahu jalan.
“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, mangsa yang dikenali sebagai A. Ganesan bagaimanapun telah disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi tersebut kemudian ditamatkan pada pukul 11.40 malam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAKAL PENGANTIN DILAPOR LEMAS-DIPERCAYAI LEMAS KETIKA MANDI DI PANTAI KELULUT
MARANG: Hasrat seorang lelaki menamatkan zaman bujangnya mungkin tidak kesampaian selepas dikhuatiri lemas petang semalam.
Mangsa Naim Hariri Kamaruddin, 31, dipercayai ditarik ombak ketika mandi di Pantai Kelulut di sini dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang Jumaat.
GAMBAR HIASAN
Menurut bapa bakal pengantin perempuan, Ismail Awang, majlis akad nikah anak perempuannya bersama mangsa dijadual berlangsung pada jam 10 pagi ini.
Katanya, anaknya telah bertunang pada bulan lepas selepas saling mengenali beberapa tahun lalu.
“Waktu saya sedang buat persiapan untuk majlis kenduri esok, tiba-tiba dapat berita daripada anak saya yang tunangnya lemas.
“Jadi kami bergegas ke sini selepas solat Maghrib dan jumpa dengan keluarga sebelah lelaki.
“Kami reda dengan apa yang berlaku dan berdoa supaya dia dapat ditemui dengan selamat dalam apa cara sekali pun,” katanya kepada media lewat malam tadi, lapor ASTRO AWANI.
Menurut Ismail, keluarga pengantin lelaki yang berasal dari Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur telah tiba di sini pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata pencarian sejauh tiga kilometer dilakukan merangkumi pesisir pantai.
Pencarian dihentikan lewat malam tadi dan bersambung semula jam 8 pagi ini dengan skala yang lebih besar.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai agar berwaspada dengan keadaan cuaca semasa dan mengikuti arahan pihak berkuasa.
“Saya menasihatkan masyarakat supaya tidak mandi di kawasan pesisir pantai pada masa sekarang kerana kita melihat bahawa keadaan ombak sangat kuat dan laut bergelora.
“Kita sering kali bagi nasihat supaya masyarakat tidak mandi pada musim tengkujuh tetapi nasihat kita tidak diendah dan inilah yang berlaku sekarang,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Kemalangan tidak berbau itulah yang boleh digambarkan dalam satu kejadian menimpa seorang penggali kubur baru-baru ini.
Satu video yang tular di media sosial hari ini memaparkan sebuah khemah untuk berteduh diterbangkan angin puting beliung atau angin pusar sehingga berpusing.
K! Online melaporkan, video tersebut yang dikongsi oleh yusof_nasir dalam laman Instagram miliknya, dia menulis, “Assalamualaikum kejadian ini telah melibatkan adik saya, dia cuma penggali kubur di kawasan ini dan menjalankan tugas sahaja segala ape yang terjadi pada arwah dan kejadian ini hanyalah rahsia Allah, hanya Allah yang maha mengetahui. Adik saya mengalami patah tulang pinggul, rusuk dan tangan mohon doa kawan-kawan dan sahabat handai untuk kesembuhan adik saya terima kasih,”
Sehingga pukul 11 malam, klip video berdurasi 19 saat itu sempat ditonton oleh 26,660 orang.
Video: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!