Kebelakangan ini cuaca tidak menentu. Sekejap panas sangat, hujan lebat, berangin dan macam-macam berlaku dalam satu hari.
Cuaca yang tidak menentu ini berpunca daripada Bumi pusat di geometri cakera Matahari iaitu kedudukan Matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.
Matahari berada di garisan khatulistiwa menyebabkan Malaysia mengalami hari-hari yang amat panas terik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Dr Narita (kanan) mengiringi Dr Mohamad Isa memotong riben sebagai menandakan perasmian Mizwalah atau Jam Matahari di IPGKDRI.
INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI), Kuala Nerus, Terengganu, IPG pertama menempatkan jam Matahari atau Mizwalah bagi tujuan memantapkan pembelajaran siswa guru di IPG berkenaan.
Pengarahnya, Dr Narita Mohd Noor, berkata pembinaan Mizwalah di dataran itu adalah sebahagian item yang ada di Galeri Warisan Islam yang sudah diwujudkan di IPGKDRI dengan mendapat kerjasama penuh daripada Persatuan Falak Syar’i Malaysia dan Jabatan Ukur Negeri Terengganu dalam mendapatkan Mizwalah yang tepat untuk kegunaan warga IPG.
Menurutnya, idea untuk membina galeri itu timbul apabila pensyarah menghadapi masalah untuk menunjukkan istilah berkaitan dengan waktu solat, kedudukan istiwa berdasarkan kedudukan matahari, Gantang Baghdad, Gantang Madinah dan Istilah Dua Kolah.
“Yang Dipertua Persatuan Falak Syar’i Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, memaklumkan IPGKDRI merupakan institusi pendidikan pertama yang mempunyai Mizwalah.
“Tuan Syed Kamarulzaman berharap supaya ilmu mengenai Mizwalah dapat dikembangkan kepada seluruh orang Islam di negara ini dan langkah IPGKDRI membina Mizwalah merupakan satu langkah terbaik kerana guru nanti akan bertugas di seluruh negara dan diharapkan ilmu tentang Mizwalah akan terus tersebar luas,” katanya.
Perasmian dataran berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Dr Mohamad Isa Azis bersempena Majlis Tilawah, Tafsir dan Hafazan Al-Quran (MTTHQ) Peringkat Kebangsaan yang diadakan di IPGKDRI, baru-baru ini.
Dalam ucapan pada majlis perasmian dataran itu, Dr Narita melahirkan rasa bersyukur kehadrat Ilahi kerana hadirin dapat berkumpul di dataran Pusat Islam Al Muttaqin (PIAM) itu. Pusat berkenaan dinaik taraf sebagai Pusat Islam berikutan peranannya semakin besar dan mencabar.
Sementara itu, Dr Mohamad Isa dalam ucapan perasmiannya, mengucapkan tahniah kepada IPGKDRI kerana berjaya membangunkan Galeri Warisan Islam di kampus itu selain berasa amat teruja dengan kesungguhan IPGKDRI membangunkan dataran berkenaan kerana ia bukan satu usaha yang mudah.
Katanya, dia amat menghargai komitmen yang ditunjukkan warga IPGKDRI dalam membangunkan galeri berkenaan dan berharap kandungan galeri itu bukan semata-mata replika, tetapi replika yang mendapat pengiktirafan daripada pihak yang berautoriti kerana ilmu Islam itu terlalu luas, istilah yang digunakan oleh ulama sejak dahulu sebenarnya tidak lapuk ditelan zaman.
“Semoden mana sekalipun kehidupan kita, amalan membayar zakat tetap disandarkan kepada sukatan gantang, sama ada Gantang Baghdad atau Gantang Madinah dan majoriti kita hanya boleh menyebut kedua-dua jenis gantang ini, tetapi warga IPGKDRI dapat mempamerkan sukatan gantang yang disebut dalam kitab yang muktabar.
“Adanya sistem perpaipan moden menyebabkan kita tidak kenal dengan “kolah” termasuk istilah dua kolah. Saya percaya, ukuran dua kolah ini pun ramai di antara anak didik kita yang tidak tahu. Walaupun kita tidak mengambil wuduk dengan air kolah, namun ukuran dua kolah sewajarnya menjadi satu pengetahuan yang wajib dikuasai orang mukmin,” katanya.
Katanya, beliau tertarik dengan jam matahari atau Mizwalah Ilmu mengenai falak, penentuan waktu solat, kedudukan matahari dan bulan merupakan ilmu yang hampir pupus. Idea menghasilkan binaan Mizwalah di IPGKDRI sewajarnya diperluaskan ke semua IPG negara kita.
“Ilmu berkaitan dengan ilmu falak syar’i merupakan ilmu yang amat menarik. Ilmuan Islam yang berkaitan dengan ilmu falak semakin dipinggirkan dan saya berharap warga IPGKDRI , khususnya guru pelatih dapat memanfaatkan galeri ini bagi memantapkan pengetahuan dalam dalam ilmu warisan Islam,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pelajar keluarga susah terima komputer riba sumbangan YRS
Foto atas : Wakil Third Force Jerantut, Mariana Abdul Rahim menyampaikan alatan di kediaman pelajar tersebut.
JERANTUT – Third Force Jerantut di bawah Yayasan Raja Shamri (YRS) menyampaikan sumbangan kemasyarakatan sebuah komputer riba kepada pelajar Pra-Universiti, Semester Dua, Sekolah Menengah Kebangsaan Temin dekat sini, semalam.
Pelajar tersebut, Muhammad Isqandar Isma Putra Muhamad Isa, anak sulung daripada 4 beradik daripada keluarga asnaf menerima gajet tersebut setelah membuat permohonan kepada YRS.
“Saya amat bersyukur kerana mendapat sumbangan komputer riba dan mesin pencetak yang saya terima memudahkan saya melakukan tugasan pelajaran yang diberi.
“Selama ini, saya terpaksa meminjam dan mencetak di kedai komputer di bandar, dengan adanya peralatan ini memberi semangat kepada saya serta boleh berkongsi dengan adik-beradik nanti,” katanya.
Wakil Third Force Jerantut, Mariana Abdul Rahim berkata, pelajar ini memohon melalui YRS dan layak menerima kerana dalam golongan B40 dan di samping itu adik keduanya belajar di sekolah sama di tingkatan 2, adik ketiga tahun 3 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi dan adik ke-4 berusia 4 tahun.
“Ibunya seorang surirumah dan mempunyai masalah kesihatan dan manakala bapanya bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Perjuangan pengasas YRS hanya satu, iaitu untuk mengajak semua orang untuk menjadi orang baik-baik yang menaungi kerja-kerja kemanusiaan,” katanya.
Katanya, The 3rd Force menjadikan pengasasnya, Raja Shamri sebagai ikon Orang kurang Upaya (OKU) yang memperjuangkan isu-isu kemanusiaan bukan sahaja bersifat domestik malah menyeluruh ke seluruh negara.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Seorang pendaki meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari puncak Gunung Tahan di Kem Kor kira-kira 13 kilometer (km) dengan lokasi penamat di Kuala Juram, Merapoh dekat sini hari ini.
Kejadian berlaku di Kem Kor pada jam 8 pagi hari ini.
Mangsa yang juga seorang peniaga, Raja Azlan Shah Raja Abdul Aziz, 51, yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari dipercayai kehabisan tenaga dan lemah, manakala mengalami cirit-birit selama dua hari.
Ketua Polis Daerah, Suprintenden Azli Mohd. Noor berkata, polis Balai Polis Merapoh telah menerima maklumat daripada Bomba dan Penyelamat Lipis mengenai seorang pendaki mengalami kehabisan tenaga untuk meneruskan perjalanan.
“Siasatan polis mendapati kumpulan pendaki berkenaan terdiri daripada 12 orang, iaitu semua lelaki daripada Selangor yang dipandu arah oleh dua orang malim gunung ketika mula dan perjalanan turun ke Kuala Juram daripada puncak Tahan.
“Mereka mula mendaki pada 12 Mac lalu dan dijangka pulang dan tiba sampai di Kuala Juram pada 16 Mac (hari ini).
“Semasa dalam perjalanan turun kira-kira 13 km dengan Kuala Juram, mangsa, Raja Azlan Shah telah hilang tenaga dan lemah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azli, malim gunung melaporkan keadaan mangsa mengalami cirit birit selama dua hari dan tidak makan sehingga dia amat lemah.
Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis telah memohon bantuan helikopter Polis di Raja Malaysia (PDRM) bagi tujuan menyelamat dan membawa turun mangsa yang disahkan meninggal dunia ke Hospital Lipis.
“Operasi menyelamat dan membawa turun mangsa membabitkan seramai tiga orang pegawai, sembilan anggota yang terdiri daripada PDRM, Bomba dan Penyelamat Lipis, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta dua orang malim gunung.
“Jenazah mangsa dibawa dengan helikopter dan mendarat di padang Dataran Residen, bandar Kuala Lipis dan dibawa ke Hospital Lipis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Program Sarapan Kasih sokong aspirasi Keluarga Malaysia
Semangat permuafakatan serta menyokong aspirasi konsep Keluarga Malaysia antara guru dan ibu bapa diteruskan melalui Program Sarapan Kasih (PSK) anjuran Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2 (SMKBTHO2), baru-baru ini.
Program yang sudah dilaksanakan lebih enam tahun itu adalah bermula dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hasil daripada ilham guru Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tun Hussein Onn 2 (SKBTHO2) dengan mendapat sokongan Guru Besarnya, Zainuddin Mohd Ali.
PSK diwujudkan bagi meringankan bebanan keluarga di samping memberi keselesaan serta keselamatan kepada pelajar dalam mengharungi peperiksaan ketika itu dan tidak dihentikan apabila negara ditimpa pula bencana pandemik Covid-19.
Ketua Biro KSIB, Adibah Sukir, berkata pemantauan guru SKBTHO2 sebelum pandemik Covid-19 melanda negara ketika itu mendapati calon yang menduduki UPSR keluar waktu rehat peperiksaan yang pendek dan tidak sempat membeli sebarang makanan di kantin kerana terpaksa beratur panjang bersama-sama pelajar lain.
Hal demikian itu menurutnya, sebahagian calon tadi terpaksa memasuki dewan peperiksaan dalam keadaan perut kosong yang sudah pasti menganggu tumpuan mereka untuk menjawab kertas soalan apabila berasa tidak selesa kerana lapar.
Jelasnya, ekoran itu satu perbincangan diadakan dengan PIBG SKBHTO2 diketuai Yang Dipertuanya, Mohd Faisal Mohd Noor yang bersetuju dengan saranan Biro KSIB untuk mewujudkan program berkenaan demi membantu kecemerlangan pelajar dalam UPSR ketika itu.
“Apabila mendapat maklum balas yang positif daripada pelbagai pihak khusus dalam kalangan guru dan ibu bapa SKBTHO2 program itu diteruskan di SMKBTHO2 yang terletak bersebelahan apabila mendapat persetujuan Yang Dipertua PIBGnya, Datuk Mohd Halim Rahmat Ali kira-kira lima tahun lalu.
“Pada ketika itu menjadi cabaran kepada ahli Biro KSIB untuk bekerjasama serta bertungkus lumus menyediakan makanan berkhasiat di bawah program berkenaan untuk calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
Adibah berkata, ahli Biro KSIB tidak mengenal erti penat apabila pandemik Covid-19 melanda negara program berkenaan tetap diteruskan hingga sekarang walaupun hanya untuk menyediakan makanan bagi calon SPM sahaja berikutan dua peperiksaan UPSR dan PT3 ditangguhkan.
“Dibantu oleh sukarelawan dalam kalangan ibu bapa ahli KSIB serta guru bertugas akan membawa makanan tersebut ke dewan peperiksaan dan pelajar hanya dibenarkan mengambil makanan yang disediakan di atas meja masing-masing.
“Sebagai langkah meminimumkan risiko jangkitan virus Covid-19 pengagihan makanan sama ada sarapan dan makan tengah hari tidak dihidangkan sebaliknya dibungkus dalam paket dan di letak atas meja untuk diambil sendiri oleh pelajar,” katanya.
Katanya, program ini bukan sahaja menjadikan ukhwah antara ibu bapa dan sekolah terjalin, sebaliknya pelajar mendapat nutrien yang lengkap apabila hanya menu sihat dihidangkan bagi menjadikan mereka lebih fokus menjawab soalan peperiksaan.
“Tanpa membezakan antara mereka pelajar dalam kalangan keluarga asnaf dan kurang berkemampuan turut menikmati makanan yang sama kerana kami ingin memastikan mereka juga perlu berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BINTULU : Seorang pemandu kereta pacuan empat roda tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Nissan Almera di Jalan SGP, Samalaju pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.45 pagi.
Pasukan Bomba yang tiba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pihak Ambulans untuk tindakan selanjutnya.
Manakala pemandu kereta Nissan Almera dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
SUMBER: Bilik Berita CATS
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TikTok mengumumkan menggantung perkhidmatan di Rusia susulan daripada undang-undang baru berita palsu (fake news) Rusia.
Individu yang menyebarkan berita palsu akan dihukum penjara oleh pihak berkuasa negara itu.
Laporan daripada Daily Mail, Tiktok bukanlah syarikat media sosial yang pertama menggantung perkhidmatan di Rusia.
Pihak TikTok berkata platform ini bertujuan untuk menghasilkan kreativiti dan hiburan untuk mengeratkan hubungan manusia.
‘Ugutan Rusia yang mendakwa TikTok adalah medium penyebaran berita palsu membuatkan pihak kami tidak mempunyai pilihan selain menggantung perkhidmatan di negara itu’, katanya.
Syarikat Netflix juga mengambil langkah yang sama pada awal minggu ini.
Netflix menghentikan perkhidmatan semenatara waktu di Rusia selepas menilai kesan pencerobohan Moscow terhadap Ukraine.
Netflix tidak bercadang untuk saluran kerajaan kepada perkhidmatan di Rusia walaupun terdapat beberapa peraturan yang diperlukan untuk mengedarkan saluran yang disokong kerajaan.
‘Memandangkan keadaan semakin buruk, pihak kami membuat kepurusan untuk menghentikan seketika perkhidmatan di Rusia,’ kata jurucakap Netflix.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Hospital Mesra Ibadat, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, Pahang, sedang mengemas kini semula program keagamaan selepas kelonggaran diberikan dalam aktiviti bersemuka khusus kuliah agama mingguan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pandemik Covid-19.
Timbalan Pengerusinya, Dr Ehsan Fadli Affandi, berkata berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik Covid-19 yang ketat sebelum ini menyebabkan pelbagai program keagamaan terpaksa ditangguh dan Pusat Islam hospital juga terpaksa ditutup kepada orang ramai.
Menurutnya, beberapa bulan lalu pusat itu dibuka semula kepada orang ramai untuk membolehkan mereka menunaikan solat khususnya di samping menelaah buku agama yang tersedia sementara berehat menunggu waktu untuk berurusan dengan pihak hospital dan sebagainya.
“Apabila program keagamaan diaktifkan semula kami amat berharap orang ramai yang mengambil peluang mendengar ceramah mingguan yang diadakan umpamanya mematuhi SOP yang tetapkan serta peraturan lain seperti penggunaan pelitup muka dan jarak ketika bersolat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis ringkas menerima infak al-Quran yang dianjurkan oleh Pusat Jagaan Mahmudah (PJMM), Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), dari Semenyih dan Beranang, Selangor serta Sahabat Kelas al-Quran, Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras, Selangor, baru-baru ini.
Majlis infak al-Quran itu adalah program kedua ‘Kasihku Tertumpah di Pahang’ apabila PJMM dan PJNH berkenaan terus menerima derma serta infak daripada orang ramai dan pelbagai pihak mahukan naskhah al-Quran diagihkan kepada pusat agama, tahfiz, masjid serta surau yang terjejas banjir pada awal tahun 2022 ini.
Pusat berkenaan sudah mengagihkan 600 naskhah al-Quran, kelengkapan solat dan barangan makanan keperluan asas kepada pusat tahfiz dan keluarga yang terjejas dalam banjir serta mengagihkan lebih 200 naskhah lagi al-Quran, surah Yasin dan buku agama yang diinfak orang ramai.
Dr Ehsan menyifatkan infak al-Quran yang diterimanya itu sebagai dorongan untuk mempergiatkan program keagamaan di Hospital Mesra Ibadat berkenaan terutama apabila umat Islam akan menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi.
“Bersama barisan ahli jawatankuasa, saya akan membuat perancangan yang sebaik mungkin terutama untuk manfaat semua pihak di samping mengambil kesempatan kelonggaran dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang,” katanya.
Sementara itu Mudir Madrasah Ribat At Taufiq, Kampung Pantai di Chenor, Pahang, Ahmad Rujhan Sulaiman melahirkan rasa bersyukur kerana menerima infak al-Quran dan sumbangan daripada orang ramai.
Menurutnya, al-Quran yang diinfakkan itu akan digunakan pelajar madrasah berkenaan bagi menggantikan al-Quran yang rosak digenangi banjir apabila mereka menyambungkan semula pengajian tidak lama lagi.
Wakil ibu bapa Surau An Nur, Sekolah Kebangsaan (SK) Chenor, Pahang, Nur Hafizah Mahamad, berkata surau itu turut terkesan dengan banjir lalu menyebabkan banyak bahan bacaan rosak digenangi air.
“Infak al-Quran ini akan dimanfaatkan oleh murid untuk mendalami ilmu membaca al-Quran dengan betul disamping memahami maksud setiap ayat apabila disertai terjemahan lengkap,” katanya.
“Saya akan meneruskan amanah mereka yang menginfak al-Quran bagi memastikan ia digunakan oleh semua murid dan berharap dapat melahirkan ramai hafazan pada usia muda sebelum mereka melangkah pada peringkat menengah,” katanya.
Pengerusi bersama program infak al-Quran itu, Mohiadin Bahado, berkata mereka masih lagi menerima infak al-Quran dan terpaksa dimasukan dalam perancangan untuk diagihkan kepada pusat tahfiz, masjid atau surau di daerah lain pula khusus yang terjejas dalam banjir.
“Kami berterima kasih kepada semua pihak terutama dermawan sama ada secara berkumpulan atau persendirian yang sudi membantu dalam program infak al-Quran ini, membekalkan kelengkapan solat serta barangan keperluan makanan asas,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pondok Bidayatul Hidayah mohon sumbangan bina surau tertangguh
Foto atas: Bangunan belakang di surau lama yang kekurangan kemudahan asas.
RANAU – Pihak pengurusan Pondok Bidayatul Hidayah (PBH) di Kundasang, Sabah merayu kepada orang ramai untuk menginfak dana bagi membantu membina surau baharu yang tertangguh hampir setahun.
Cadangan tapak surau tersebut yang berhampiran di kaki Gunung Kinabalu selepas kempen mencari dana dilancarkan awal tahun 2021 lalu, jumlah yang terkumpul belum mencukupi, namun, pihak PBH terpaksa memulakan kerja asas pembinaan surau itu bagi mengelak tanah yang sudah dibersihkan terbiar kosong.
Pengerusi PBH, Mustafa Asad berkata, surau baharu itu amat perlu bagi mengantikan surau sekarang yang diperbuat daripada bahan terpakai termasuk kayu serta papan yang semakin uzur selain itu tidak sesuai untuk menempatkan pelajar yang datang jauh dari pedalaman.
“PBH bercadang membina surau lengkap dengan pelbagai kemudahan asas yang bakal digunakan oleh komuniti sekitar termasuk penduduk Kampung Kundasang Lama, Ranau untuk solat berjemaah serta mengikuti pengajian agama bersama-sama pelajar pondok.
“Bagi mengelak kerja membina surau itu berterusan tertangguh, PBH akan memulakan kerja asas fasa satu pembinaan seperti meratakan tanah, membangunkan struktur bangunan dan sebagainya dengan menggunakan dana yang terkumpul.
Katanya, kawasan tapak untuk pembinaan surau itu sebelum ini digunakan penduduk untuk berkebun dengan menanam pelbagai sayur-sayuran yang akan dihentikan bagi membolehkan kerja membersih serta meratakan tanah dilakukan.
“Mereka yang mengusahakan kebun di atas tanah ini sudah dimaklumkan dan memberi kerjasama amat baik untuk menyelesaikan kerja-kerja memetik hasil terakhir secepat mungkin supaya kerja pembinaan tapak surau tidak terganggu.
“Dalam hal ini kita terpaksa memikirkan keselamatan dan keselesaan pelajar pondok yang mengikuti pengajian agama berasa tidak terganggu kerana surau lama amat uzur serta sempit di samping penyediaan kemudahan asas yang tidak sempurna,” katanya.
Mustafa berkata, pada peringkat awal kos pembinaan surau baharu dijangkakan di bawah RM500,000 sahaja namun berikutan kenaikan kos bahan pembinaan dan gaji pekerja, kos meningkat kepada hampir RM800,000.
Jelas beliau, berikutan kekurangan dana, pihak pengurusan PBH terpaksa mengubahsuai semula pelan pembinaan surau baharu berkenaan untuk mengelak menelan kos terlalu tinggi kerana mungkin akan menyukarkan lagi usaha untuk mengumpul dana.
“Pengurusan PBH amat berharap surau baharu ini dapat dibina segera seperti dijadualkan selain mendapat sokongan pelbagai pihak khusus bagi mengumpul dana apabila banyak urusan berkaitan pembinaannya sudah diselesaikan dengan sempurna.
“Sebahagian pelajar PBH adalah dalam kalangan anak-anak daripada keluarga miskin, asnaf, anak yatim serta mualaf yang menetap jauh di pedalaman tetapi menunjukkan minat di samping bersemangat tinggi untuk mendalami pengajian agama.
Katanya, PBH berharap usaha membina surau baharu ini berjaya capai matlamat yang sekian lama menjadi impian dalam usaha melahirkan ramai generasi muda yang berpengetahuan tinggi dalam agama di Sabah.
Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat mengenai PBH serta berhasrat untuk menyumbang boleh menghubungi Pengerusi PBH, Mustafa Asad menerusi nombor telefon 01115098123; Bendahari, Sulaiman Mohd. Noor (0128030367) dan Setiausaha, Mohamad Faizee Wahidin (0138723209).
Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke BSN melalui akaun bernombor 1211141100032362 (Surau Pondok Bidayatul Hidayah). –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Bagi seorang penduduk Kampung Kuala Sat, pedalaman Ulu Tembeling kira-kira 120 kilometer dengan bandar Jerantut, Zulkifli Jamaludin, 56, berjaya menangkap seekor ular tedung selar di dalam rumahnya hari ini.
Kejadian berlaku pada jam 5.40 petang hari ini, seekor ulang tedung selar sepanjang tiga meter yang sememangnya reptilia berbisa di darat dapat ‘dijinakkan’ dan ditangkap oleh Zulkifli.
Zulkifli berkata, ketika dia menunaikan solat Asar terdengar bunyi suara ayam berketuk dan disambut dengan bunyi yang berdesis berdekatan kediamannya.
“Selesai sahaja solat, saya turun ke belakang rumah yang betul berdekatan bilik dan terkejut melihat ular tedung selar mengembang kepalanya.
“Menyedari kehadiran saya, ular ini terus menjalar ikut sebuah lubang dan memasuki sebuah bilik berdekatan dapur yang kebetulan isteri sedang memasak,” katanya di Kampung Kuala Sat dekat sini hari ini.
Katanya, dia menggunakan kayu yang agak panjang dia terus memasuki ke dalam bilik dan melihat ular itu sudah semakin agresif dengan mengembang kepalanya.
“Saya terus membiarkan ular ini melingkar di lantai, lagi pun pergerakannya agak terbatas kerana permukaan (lantai) agak kesat.
“Selepas hampir lima minit saya berjaya menekan kepala ular ini dan pantas memegang kepalanya dan badannya dengan kuat dan sekiranya terlucut boleh mengundang padah,” katanya.
Menurut Zulkifli, seperti penangkap ular yang terlatih, dia perlu bersabar dan waspada dengan risiko keselamatan diri dan perlahan-lahan menghampiri reptilia itu yang sudah melingkar itu kemungkinan juga sudah kekenyangan.
Dia berkata, kejadian itu disaksikan oleh beberapa orang jirannya sambil menasihatkannya supaya dilepaskan bagi mengelakkan dia dipatuk ular tersebut.
Dia menasihatkan orang ramai supaya jangan menangkap ular berbisa kecuali ada kemahiran, pengalaman termasuk berani berdepan dengan situasi berkenaan.
“Saya peroleh kemahiran serta teknik mendekati reptilia ini daripada seorang rakan ketika bekerja sebagai penoreh getah sebelum ini.
“Saya pun memasukkan ular ini ke dalam guni dan kemudiannya dilepaskan ke dalam hutan berdekatan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!