JOHOR BAHRU – Tanpa ada segan silu, 66 individu dikesan menikmati makanan dan minuman di tempat terbuka meskipun tahu berbuatan mereka mencemarkan kesucian bulan Ramadan.
Sakit perut, tidak larat serta faktor kesihatan antara alasan remeh yang diberikan mereka ketika dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Ketua Penolong Pengarah bahagian penguatkuasaan JAINJ, Dzulkafli Mohamad berkata, kesemua individu berusia 20 hingga 50 tahun itu dikenakan tindakan saman sejak awal Ramadan hingga hari ini.
“Mereka dikesan melakukan perbuatan tidak menghormati bulan Ramadan apabila makan dan minum secara terbuka di tempat awam di restoran dan warung.
“Setakat hari ini, sebanyak 66 saman dikeluarkan di bawah Seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana tidak menghormati Ramadan di seluruh negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
GAMBAR HIASAN
Dzulkafli berkata, mereka yang disaman boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
Jelasnya, bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, lapor KOSMO! Online.
Ujarnya, individu yang dikenakan tindakan saman ini perlu hadir untuk memberi keterangan di pejabat JAINJ sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.
“Setakat ini, masih belum ada individu yang didakwa di Mahkamah lagi. Penguatkuasaan ini akan diteruskan hingga penghujung bulan Ramadan.
“Sekali pun tidak boleh berpuasa makan di tempat yang tersembunyi. Jangan makan dikhalayak ramai,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MAYAT WANITA SEPARUH BOGEL DITEMUKAN DI TEPI SUNGAI RAMBAI
KUALA SELANGOR: Mayat seorang wanita keadaan separuh bogel ditemukan di tepi Sungai Rambai, Bestari Jaya, di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, mayat ditemui oleh orang awam pada 7.30 malam.
“Hasil semakan awal mendapati mangsa berpakaian baju kemeja berwarna maroon dan berseluar jeans. Malah, tiada sebarang identiti dijumpai.
“Bagaimanapun, baju mangsa dipercayai dalam keadaan hampir tercabut dan mangsa berada dalam keadaan separuh bogel,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Ramli berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan hasilnya mendapati, terdapat kesan kecederaan pada fizikal tubuh mangsa.
GAMBAR IHSAN PDRM
Beliau berkata, mangsa dipercayai warga tempatan berikutan terdapat suntikan BCG dan dipercayai meninggal dunia lebih 48 jam.
Sehubungan itu, Ramli berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan, lapor Harian Metro.
“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Asisten Superintendan Mohd Sufian Amin di talian 012-614 9580 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
REMAJA 16 TAHUN ANTARA DIBERKAS DALAM OPERASI TAPIS KHAS
JERANTUT : Seorang remaja berusia 16 tahun yang tidak bersekolah antara sembilan orang suspek berbangsa Melayu dalam empat serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jerantut di Felda Sungai Tekam Utara dan Felda Lepar Utara dekat sini semalam.
Operasi Tapis Khas itu yang dilakukan bermula pada jam 11 malam, 2 Mei dan berakhir jam 8 pagi, 3 Mei itu, remaja berusia 16 tahun itu diberkas di Felda Tekam Utara dan menemui dadah jenis heroin seberat 161.2 gram dan syabu seberat 11 gram yang dianggarkan bernilai RM6,480 di belakang rumah suspek.
Timbalan Ketua Polis Jerantut, Deputi Suprintendan Azman Mat Khamis (tengah) di Ibupejabat Polis Daerah Jerantut, pagi ini.
Bercakap kepada pemberita di IPD Jerantut hari ini, Timbalan Ketua Polis Jerantut, Deputi Suprintendan Azman Mat Khamis berkata, kes tangkapan remaja berkenaan amat unik kerana belum pernah dilakukan oleh polis sebelum ini, suspek tersebut itu turut positif dadah syabu dan aktif sebagai pengedar dadah di kawasan Felda itu sejak sebulan lalu.
“Penglibatan remaja ini sebagai pengedar serta penagih dadah memerlukan perhatian serius oleh semua pihak dan menunjukkan kegiatan tersebut semakin bermaharajalela di kawasan Felda daerah ini khususnya membabitkan golongan bawah usia.
“Penahanan remaja di bawah Akta ADB 1952 dan kemungkinan didakwa di bawah Akta Juvana memandangkan dia masih di bawah usia,” katanya di IPD Jerantut hari ini.
Katanya, polis juga menahan seorang seorang lelaki Melayu berusia 44 tahun di tepi jalan Felda Kota Gelanggi ke Felda Lepar Utara dan merampas 6.86 gram dadah syabu yang diperoleh dari Felda Tekam Utara, manakala hasil ujian urin suspek turut positif dadah berkenaan.
“Penahanan lelaki ini membawa tangkapan ke atas dua orang lelaki Melayu berusia 25 dan 46 tahun di Stesen Minyak Euro 5, Felda Tekam Utara dan menahan sebuah kereta jenis ATOS serta rampasan dadah syabu seberat 52 gram, heroin (39 gram), pil erimin 5 (10 gram) dan ganja 1.0 gram yang kesemuanya bernilai RM6,350.
“Ketiga lelaki berkenaan yang menjadi pengedar sejak 2020 ditahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952 sekiranya sabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori dan siasatan mendapati mereka mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah akta yang sama dan Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK),” katanya
Beliau berkata, polis turut menyita sebuah kereta Proton Saga milik seorang lelaki berkenaan dan merampas wang tunai berjumlah RM1,319 yang dipercayai hasil aktiviti pengedaran dadah termasuk hasil ujian urin mendapati ketiga-tiganya positif syabu.
Azman berkata, dalam Op Tapis Khas bertempat di Felda Lepar Utara polis juga berjaya menahan lima orang lelaki Melayu berusia antara 30 tahun hingga 62 tahun serta merampas dadah syabu seberat 0.13 gram, ganja (2.81 gram), daun ketum (1.63 kilogram), air ketum (23 liter) dan rokok seludup (32 kotak).
“Keseluruhan operasi empat serbuan di Felda tersebut, polis telah merampas dadah syabu seberat 70.13 gram, heroin (200.2 gram), ganja (3.81 gram), air ketum (23 liter) dan daun ketum (1.63 kilogram) yang dianggarkan bernilai RM26,107.
“Sejak bulan Januari hingga Disember 2020, kita telah menangkap seramai 517 pengedar dan penagih dadah melibatkan 640 kes pelbagai kesalahan di bawah ADB 1952 dan pada bulan Januari hingga April tahun ini, juga membabitkan tangkapan 199 orang dengan 223 kes,” katanya.
Selanjutnya, Azman berkata, polis akan terus membuat operasi berdasarkan maklumat diperoleh di daerah ini terutamanya kawasan Felda yang sudah lama menjadi sarang pengedaran dan penagihan dadah.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan sekumpulan individu memukul seorang lelaki warga asing selepas satu rakaman video kejadian itu tular di media sosial, hari ini.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di kaki lima premis kedai di No. 28, Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata siasatan dimulakan sebaik rakaman video yang tular itu sampai ke pengetahuan pasukan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
“Siasatan awal dijalankan selepas mempercayai tempat kejadian itu berlaku di bawah kawasan pentadbiran IPD Kajang.
“Hasil siasatan awal, seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul sekumpulan lelaki Melayu dikenali dengan nama Yusuf Azmi, Abang Ali dan beberapa orang pengikutnya yang belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, perlakuan suspek adalah satu tindakan yang mengganggu gugat serta mendatangkan kekacauan kepada ketenteraman awam berikutan kejadian itu berlaku di kawasan awam terbuka.
“Hasil penelitian ke atas video ini juga mendapati, kumpulan suspek itu melanggar beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan fizikal.
“Sehubungan itu, IPD Kajang membuat laporan polis berhubung kejadian ini bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.
Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh) dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
GAMBAR HIASAN
Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana Balai Polis terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-665 5811, lapor BH Online.
Terdahulu tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan lima hingga enam lelaki mengepung dan menyoal seorang lelaki dipercayai warga asing di hadapan sebuah premis kedai.
Menerusi video berdurasi seminit 54 saat itu, seorang suspek kemudian memukul lelaki warga asing berkenaan diikuti beberapa rakan suspek.
Beberapa posting di Facebook mendakwa kejadian itu didalangi kumpulan suspek terdiri daripada pengerusi dan pengikut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang marah kepada suspek kerana didakwa menjual baju cetak rompak NGO terbabit.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MAJIKAN PUKUL, UGUT PEMANDU PERIBADI DIREMAN DUA HARI
KUALA LUMPUR : Seorang lelaki berusia 53 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul dan mengugut pemandu peribadinya pada Sabtu. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, suspek ditahan sepasukan anggota polis kira-kira jam 4.50 petang Sabtu.
“Pada 1 Mei 2021, kira kira jam 4.50 petang, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah menahan suspek di Pejabat D7 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang.
“Suspek telah dibenarkan untuk ditahan reman selama dua hari sehingga 3 Mei 2021,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad. Jelasnya, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 28 tahun yang juga pemandu peribadi suspek kira-kira jam 9.15 pagi semalam.
Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku di rumah suspek di Country Heights, Kajang antara jam 1.22 pagi. Mangsa dan suspek dikatakan baharu sahaja pulang dari Kuala Lumpur sebelum kedua-dua mereka bertengkar.
“Ketika pertengkaran berlaku, suspek telah mengugut untuk menembak mangsa sekiranya mangsa keluar dari rumah suspek.
“Suspek juga ada mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa dan juga menendang mangsa di bahagian bahu,” jelasnya lagi.
Suspek turut bertindak agresif dengan merosakkan motosikal milik mangsa sehingga menyebabkan mangsa terpaksa meminta bantuan orang awam untuk melarikan diri sebelum membuat laporan polis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323,506,427 dan 341 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, melakukan ugutan jenayah, melakukan perbuatan khianat serta melakukan halangan salah terhadap mangsa, laporan Kosmo online.
Terdahulu, tular sebuah video suspek memakai baju-T dan seluar pendek bertengkar dengan mangsa.
Video berdurasi 3.30 minit itu turut memaparkan lelaki terbabit menendang dan menengking mangsa sebelum menjerit minta tolong pengawal keselamatan di kawasan berkenaaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM: Seorang lelaki maut setelah ditikam dengan pemutar skru di bahagian dada dalam pergaduhan melibatkan warga Bangladesh yang positif Covid-19 di sebuah rumah kongsi di Banting pada Jumaat.
Dua lagi rakan sekerja mangsa turut cedera ditikam di bahagian perut oleh dua rakan mereka yang lain dalam kejadian pada jam 9 malam di rumah kongsi kilang kertas yang terletak di Bandar Perindustrian Mahkota Banting, lapor BERNAMA.
Mangsa yang dikenali sebagai Babu, 44, mati selepas tikaman dipercayai terkena jantungnya, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat Azizan Tukiman.
“Kedua-dua suspek melarikan diri setelah menikam si mati,” kata beliau.
Kata Azizan, pada 28 April, pihak pengurusan kilang berkenaan membuat ujian calitan Covid-19 terhadap semua pekerja asing yang tinggal di kawasan itu.
“Daripada 140 orang pekerja, lebih kurang 30 didapati positif dan mereka diasingkan (kuarantin) di satu tempat, tidak jauh dari rumah kongsi berkenaan,” kata beliau.
Pertengkaran dan pergelutan yang membawa kepada kematian warga Bangladesh itu dipercayai berpunca daripada suspek mengeluarkan barang mangsa daripada rumah kongsi tanpa kebenarannya, menurut Azizan.
Kedua-dua suspek berusia 42 dan 44 tahun yang didapati bersembunyi di persimpangan Taman Manggis Jaya, Banting, telah ditahan pada 3.30 pagi semalam.
“Mereka mengaku bergaduh dengan si mati dan menikam dengan menggunakan pemutar skru,” kata Azizan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PASIR SALAK – Polis memberkas tiga lelaki termasuk dua beradik selepas cuba membunuh seorang mekanik dengan membakar mangsa menggunakan petrol dalam kejadian di Kampung Tersusun Balun Bidai, Kampung Gajah di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 8 malam itu berlaku selepas salah seorang suspek berusia 50 tahun tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mangsa yang didakwa menyebabkan kereta adiknya masih rosak walaupun sudah dibaiki.
Tindakan itu mengakibatkan mangsa berusia 37 tahun tersebut terbakar 46 peratus pada bahagian kepala hingga ke pinggang dan kaki sebelah kanan.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso berkata, siasatan awal mendapati, berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa sebelum lelaki itu meminta rakannya berusia 39 tahun membeli petrol.
“Suspek kemudian menyimbah petrol di atas kepala mangsa sebelum menyalakan api menggunakan penyembur aerosol. “Nyalaan api tersebut telah menyambar mangsa yang berada di halaman rumah dan menyebabkan dia terbakar.
Dua beradik itu yang panik bertindak memadamkan api dengan menggunakan air paip di luar rumah,” katanya di sini hari ini. Menurut beliau, adik suspek berusia 42 tahun telah menghubungi seorang lagi rakan mereka untuk membawa mangsa ke Hospital Changkat Melintang dengan diberi upah RM100.
Katanya, suspek telah menukar baju dipakai mangsa sebelum dihantar ke hospital oleh lelaki berusia 30 tahun itu.
“Mangsa telah ditinggalkan di tempat letak kereta di hadapan wad kecemasan hospital. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan terbakar pada tubuh mangsa yang ketika itu masih sedar dan mampu bercakap.
“Bertindak atas maklumat dan rakaman CCTV, pihak polis berjaya memberkas dua beradik itu dan dua rakan subahat mereka di lokasi berasingan di Kampung Gajah semalam (kelmarin),” katanya.
Ujar Barudin, pemeriksaan mendapati salah seorang suspek mempunyai kesan terbakar pada tangan kanan, lapor KOSMO online.
Kesemua suspek positif syabu selepas menjalani ujian air kencing dan mereka direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan kompaun RM50,000 kepada pemilik pusat hiburan di Jalan Kia Peng di sini kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi tadi, seramai 133 pengunjung juga dikenakan kompaun antara RM1,500 hingga RM5,000.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, berkata kompaun dikeluarkan kepada 79 lelaki dan 55 wanita, semuanya warga tempatan.
“Pemilik premis dikenakan kompaun RM50,000 manakala 133 pengunjung dikenakan kompaun antara RM1,500 hingga RM5,000 dengan nilai keseluruhan kompaun antara RM249,000 hingga RM715,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
“Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.4) 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor BH ONLINE.
Menurut beliau, operasi ini akan dilakukan dari semasa ke semasa demi memastikan SOP PKPB yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Gambar Hiasan
Katanya, orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan, demi memutuskan rantaian wabak COVID-19.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Seorang doktor hospital kerajaan antara enam lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah dalam serbuan di Taman Sri Manja, di sini.
Dalam serbuan kira-kira jam 10 malam semalam itu, polis merampas 11 peket plastik lut sinar berisi ketulan mampat daun kering, disyaki ganja seberat 1.9 kilogram (kg), dianggarkan bernilai RM4,900 serta wang tunai RM1,450.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata semua suspek berusia antara 26 hingga 30 tahun dan seorang daripadanya ialah doktor hospital kerajaan di Selangor.
Katanya, menerusi serbuan itu pihaknya turut merampas empat kereta dan sebuah motosikal dengan nilai rampasan dianggarkan RM139,000.
“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, keputusan menunjukkan lima daripadanya positif dadah jenis ganja, manakala seorang lagi negatif.
“Semakan mendapati keenam-enam suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalan kenyataan, hari ini.
Gambar Hiasan
Mohamad Fakhrudin berkata, semua suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, semua dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada kira-kira 1,913 penagih.
Sementara itu dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki tempatan yang mempunyai 11 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kerana mencederakan seorang juruwang kedai serbaneka dengan botol minuman keras, awal pagi tadi, lapor BH ONLINE.
Suspek berusia 34 tahun itu pada mulanya masuk ke kedai serbaneka di pekan Sungai Way kira-kira jam 11.15 malam tadi dan cuba melarikan dua botol minuman keras serta sebotol air mineral, dianggarkan bernilai RM150.
Mohamad Fakhrudin berkata, juruwang kedai serbaneka terbabit cuba menghalang suspek keluar, namun lelaki itu memukul kepalanya dengan botol minum keras.
“Kejadian itu disedari rakan manga yang berada di tingkat atas kedai, selepas terdengar jeritan mangsa sebelum bergegas turun ke bahagian kedai.
“Dia menemui rakannya terbaring dan kepalanya berlumuran darah, namun suspek sudah melarikan diri. Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya.
Mangsa dan rakannya lelaki warga asing, masing-masing berusia 24 dan 32 tahun.
Dalam pada itu, pasukan polis dari Balai Polis Sungai Way yang menerima laporan kejadian berjaya menahan suspek di jalan 51A/241 Sungai Way, kira-kira jam 12.50 tengah malam tadi.
“Semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan kes dadah dan lima kes lampau berkaitan jenayah.
“Suspek kini direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan Neelofa bersama suami dan 20 ahli keluarga lain dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.
Kompaun dikenakan ke atas keluarga berkenaan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Berdasarkan perincian kompaun seperti yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor perlu membayar kompaun RM20,000 bagi dua kesalahan.
GAMBAR HIASAN
Menurut Mohamad Zainal, kesalahan pertama dilakukan Neelofa ialah tidak mematuh SOP di majlis pernikahan beliau dengan Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan kompaun sebanyak RM10,000 tanpa diskaun dibenarkan, lapor ASTRO Awani.
Manakala kompaun RM10,000 lagi dikenakan ke atas beliau kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.
“Kesalahan kedua melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Sementara suami Neelofa, Haris dikenakan kompaun RM10,000 (juga tiada diskaun dibenarkan) kerana melanggar kebenaran merentas negeri.
Menurut Mohamad Zainal, kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang pula dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000.00.
Kesemua ahli keluarga selebriti itu dikenakan tindakan tersebut kerana sebagai penganjur mereka gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nika berlangsung seperti mana arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP Penganjuran Majlis Sosial PKPB.
Pernikahan Neelofa dan Haris berlangsung pada 27 Mac lalu di sebuah hotel dalam sebuah acara yang elegan dan eksklusif.
GAMBAR HIASAN
Selang beberapa hari selepas itu, pasangan berkenan dilaporkan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi yang dimaklumkan mereka atas urusan perniagaan.
Bagaimanapun, tular di media sosial foto-foto pasangan berkenaan sedang bersiar-siar di kawasan pelancongan di pulau legenda itu.
Kesemua yang terlibat akan dikeluarkan kompaun pada hari ini, jelas Mohamad Zainal.
Sehubungan itu, PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi pelaksanaan PKPB.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!