DAKWA CAJ MAHAL, PENGUSAHA BENGKEL DITETAK ANAK SAUDARA
MERSING, JOHOR – Seorang lelaki sanggup menetak bapa saudaranya menggunakan pisau pemotong daging gara-gara tidak berpuas hati dengan caj membaiki motosikal yang didakwa dikena terlalu mahal.
Dalam kejadian pada jam 6 petang Sabtu lalu, tindakan ganas tersebut menyebabkan mangsa yang berusia 61 tahun mengalami kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan.
Difahamkan, kejadian berpunca akibat suspek tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan ketika berurusan di kedai terbabit.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edrward Nuing berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu bertindak melarikan diri selepas menetak mangsa.
“Suspek adalah anak saudara kepada mangsa dan dia telah melarikan diri sejurus kejadian. Akibat kejadian ini, mangsa mengalami kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan.
“Mangsa telah dirawat di Hospital Mersing dan kita menerima laporan kejadian pada jam 6.42 petang,” katanya dalam kenyataan, di sini, lapor kosmo online
Walau bagaimanapun, Cyril berkata, polis yang menerima maklumat pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing akhirnya berjaya menahan suspek di sebuah rumah di Taman Intan Mersing pada hari yang sama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Peladang rugi RM160,000 sertai pelaburan tak wujud
KUANTAN: Seorang pengusaha peladang mengalami kerugian RM163,000 selepas menyertai skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui laman sosial Facebook.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula awal bulan ini apabila mangsa, 31 tahun menerima pesanan melalui aplikasi Messenger dari pemilik akaun menggunakan nama Winnei Wong.
Beliau berkata, suspek pada mulanya menyatakan hasrat untuk berkawan dan meminta nombor telefon mangsa. seterusnya telah menghantar satu pesanan melalui aplikasi WhatsApp.
“Suspek kemudiannya menghantar satu pesanan melalui aplikasi WhatsApp dan mengajak mangsa menyertai skim pelaburan melalui website http://mfaic.live serta mengajar cara mendaftar bagi mendapatkan keuntungan wang melalui pelaburan itu.
“Mangsa akhirnya tertarik dengan tawaran dibuat suspek dan selepas suspek memaklumkan mengenai keuntungan boleh diraih melalui pelaburan itu, mangsa bersetuju untuk melabur,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Mohd Wazir berkata, mangsa membuat tujuh kali pemindahkan wang berjumlah RM70,000 secara talian ke dalam akaun diberikan suspek pada Selasa lalu.
Katanya, mangsa kemudiannya memindahkan wang berjumlah RM45,000 pada Rabu ketika berada di rumahnya di Kampung Raja, dekat Cameron Highlands.
“Mangsa sekali lagi memindahkan wang sebanyak RM58,000 pada Khamis lalu, ke nombor akaun berbeza diberikan suspek.
“Selepas memindahkan wang pelaburan berjumlah RM163,000 itu, mangsa mendapati laman web terbabit dibekukan di dalam akaun ewallet menggunakan nama Renobiq Solutin dan tidak boleh dikeluarkan,” katanya.
Mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lorong kunyit kembali beraksi, enam lelaki ditahan
KUANTAN – Lima lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan selepas berpakaian wanita di tempat awam dipercayai terlibat dengan aktiviti tidak bermoral, di sekitar bandar raya ini, malam semalam.
Mereka yang berusia 30 hingga 35 tahun itu ditahan dalam ‘Ops Pasar’ yang dijalankan di sekitar lorong pasar dan Jalan Wong Ah Jang yang dikenali sebagai Lorong Kunyit di sini, antara pukul 3.30 petang hingga 7 malam.
Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin berkata, operasi berkenaan dilakukan hasil daripada maklumat awam berhubung kewujudan perlakuan lelaki berpakaian wanita di dua lokasi terbabit beberapa hari lalu.
“Hasil siasatan mendapati, lima warga asing itu yang ditahan itu bukan sahaja melakukan kesalahan berpakaian wanita malah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal melebihi tempoh di negara ini.
gambar hiasan
“Manakala lelaki tempatan itu pula mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan berpakaian wanita di tempat awam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, malam semalam.
Menurut Muhammed Rizal ketika serbuan dilakukan kesemua suspe berpakaian menyerupai wanita yang dipercayai sedang menunggu pelanggan bagi aktiviti tidak bermoral di sekitar kawasan terbabit
Katanya, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 manakala lima warga asing terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 61 (1) (c) Akta Imigresen kerana tiada pas perjalanan dan Seksyen 15 (1)(c) kerana tinggal melebihi tempoh, lapor kosmo online
Tambahnya, lima warga asing berkenaan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sepang: Seorang lelaki maut ditetak di hadapan kediamannya di Taman Sri, Sungai Pelek, di sini, malam tadi, sebelum empat suspek diberkas, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berusia 45 tahun itu yang juga penganggur tinggal di rumah miliknya bersama teman wanita berusia 45 tahun.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan teman wanita mangsa, mereka tinggal di rumah itu sejak dua bulan lalu dan merancang untuk berkahwin.
Menurutnya, wanita itu memaklumkan pada 11.30 malam mangsa mengadu ingin muntah dan segera keluar rumah.
“Ketika membuka pintu pagar depan, secara tiba-tiba datang sebuah kereta berwarna merah dinaiki empat atau lima lelaki berhenti di depan rumah.
“Dua lelaki keluar dari kereta sebelum seorang daripadanya menetak mangsa di belakang badan dan kepala, manakala seorang lagi memukul di bahagian kepala dengan topi keledar lalu melarikan diri,” katanya.
Wan Kamarul berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sebilah parang, topi keledar dengan kesan darah di atas lantai.
Katanya, bertindak atas maklumat, kereta digunakan suspek iaitu Proton Iswara berwarna merah dan Perodua Bezza warna putih ditemui di Ladang Sepang.
“Hasil siasatan dan maklumat pada 9.30 pagi hari ini, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor pergi ke Ladang Sepang dan menangkap empat lelaki serta merampas dua kereta terbabit serta empat telefon bimbit suspek.
“Tiga suspek berumur antara 25 hingga 32 tahun mempunyai rekod lampau manakala seorang suspek berusia 33 tiada rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Disiarkan pada: September 12, 2021 @ 8:52pm Oleh Samadi Ahmad am@hmetro.com.my
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEPANG – Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila tersepit selepas lori muatan lima tan yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan berat lain di Kilometer (KM) 38.7 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah selatan awal pagi tadi.
Pegawai Bomba Kanan 11, Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Rosli Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 3.58 pagi sebelum sebuah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama lima anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kira-kira pukul 4.08 pagi, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori muatan lima tan telah melanggar bahagian belakang sebuah lori lain,lapor kosmo online
“Mangsa, lelaki berusia 30-an telah tersepit di bahagian pemandu dengan keadaan lori yang remuk teruk di bahagian hadapan menyebabkan kerja-kerja menyelamat agak sukar ditambah keadaan fizikal mangsa yang berbadan besar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh 20 minit dilaporkan mengalami kecederaan di kedua-dua belah kaki telah dikejarkan ke Hospital Serdang dengan jentera EMRS.
Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL 11 September 2021, 4:01 pm
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AMPANG – Dua lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam satu kes cubaan mencuri tabung ekzos kenderaan di kawasan parkir sebuah hotel di Ampang Jaya di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dua suspek itu merupakan warga tempatan berusia 24 dan 25 tahun telah ditahan di sekitar Sungai Besi pada pukul 11 malam.
“Semakan mendapati, suspek berusia 24 tahun mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah curi manakala rakannya tidak mempunyai sebarang rekod lampau.
“Kita juga telah merampas dua tabung ekzos, dua penyambung tabung ekzos, pelbagai peralatan membuka ekzos, gergaji besi dan sebuah kereta jenis Proton Iriz,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, modus operandi suspek adalah memotong tabung ekzos bagi mendapatkan besi platinum berharga yang terdapat di dalam tabung ekzos tersebut.
“Suspek telah mendedahkan mereka terlibat dengan jenayah curi tabung ekzos beberapa kali di sekitar kawasan daerah Ampang dan Kajang. Siasatan lanjut akan diteruskan untuk mengenal pasti penglibatan suspek bagi lain-lain kes.
“Ujian saringan air kencing kedua-dua suspek akan dibuat selepas reman dilakukan hari ini di Mahkamah Ampang dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) dan 511 Kanun Keseksaan,” jelasnya.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 41 saat di media sosial yang memaparkan dua suspek cuba mencuri tabung ekzos kenderaan di kawasan parkir sebuah hotel di sini,lapor kosmo online
Selepas menyedari dirakam, salah seorang daripada suspek memberi alasan kononnya sedang membaik pulih kenderaan tersebut, sebelum mereka melarikan diri setelah menyedari aktiviti jenayah mereka dirakam oleh orang awam. –
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Seorang lelaki yang mengamuk sambil menghayunkan galah sabit di atas kereta peronda polis ditahan di hadapan Balai Polis Gopeng, pada jam 8.00 pagi, hari ini.
Lelaki berusia lingkungan 60-an dipercayai kurang siuman itu berjaya ditahan selepas dipancut dengan air oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ke arahnya turut dirakam dan ditular oleh warga net.
Rakaman itu menunjukkan lelaki berkenaan berdiri di atas kereta peronda polis dengan menghayunkan galah sabit sambil menjerit.
Lelaki berusia 60-an memanjat kereta peronda polis sambil menghayun galah sabit di hadapan Balai Polis Gopeng, hari ini.-Foto tangkap layar video media sosial.
Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, sebelum kejadian lelaki terbabit memasuki kawasan balai dengan menaiki motosikal dengan membawa parang dan galah sabit.
“Suspek kemudian dilihat melibas parang dan sabit dibawanya di hadapan pintu masuk pejabat pertanyaan balai tersebut, pegawai polis yang bertugas bertindak menenangkan suspek.
“Suspek bertindak keluar dari kawasan balai dan menuju ke jalan turut cuba disekat oleh pihak polis, kemudian suspek memanjat kenderaan dan melibas parang dan sabit bagi mengelak didekati polis sambil menjerti-jerit,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan syabu, selain mempunyai 16 rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan narkotik. Dalam pada itu, polis turut merampas sebilah parang, sabit, sebuah motosikal dan empat kunci.
“Berdasarkan maklumat awal, suspek mengamuk dan merampas motosikal milik orang awam di kawasan pasar Lawan Kuda, kemudian menuju ke kawasan perumahan Kopisan sebelum masuk ke Balai Polis Gopeng.
“Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1976, Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya serta Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 , polis juga akan memohon perintah reman terhadap suspek esok,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lelaki jaja kisah 14 ahli keluarga maut akibat Covid-19 sudah raih sumbangan RM91,000
Kota Tinggi: Pekerja kontraktor Petronas Pengerang yang ditahan selepas disyaki menyebarkan berita palsu kononnya kehilangan 14 ahli keluarga akibat Covid-19 didapati meraih sumbangan sejumlah RM91,000.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menahan suspek berumur 45 tahun itu semalam selepas lelaki itu hadir ke Balai Polis Bayu Damai.
Beliau berkata, suspek ditahan ketika hadir sendiri ke balai polis dipercayai ingin membuat laporan bagi melindungi dirinya.
Menurutnya, siasatan mendapati suspek setakat ini dipercayai menerima sumbangan sebanyak RM91,000.
gambar hiasan
“Hasil maklumat dan siasatan mendapati suspek menyebarkan berita palsu bagi mendapatkan sumbangan derma sejak Jun lalu.
“Suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, denda dan sebat juga boleh dikenakan,” katanya menerusi kenyataan media.
Hussin berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat penilaian sebelum membuat apa-apa sumbangan derma supaya tidak menjadi mangsa penipuan, lapor HM online
Terdahulu Petronas menafikan dakwaan pekerja kontraktornya kehilangan 14 ahli keluarga akibat Covid-19.
Menurut maklumat yang tular di media sosial, lelaki itu mendakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga sejak Jun hingga bulan ini.
Lelaki itu mendakwa mempunyai lapan anak dan kehilangan isteri serta tiga anaknya pada Jun dan Julai lalu.
Pada 2 September lalu, lelaki itu mendakwa lima lagi anaknya bersama ibu, kakak dan abang ipar serta dua anak mereka turut meninggal dunia.
Mesej tular itu turut memuatkan nombor akaun lelaki berkenaan bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
62 orang termasuk 18 penjawat awam ditahan berhibur
PETALING JAYA: Polis menahan 62 individu termasuk 18 penjawat awam yang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di Puchong, di sini awal pagi tadi.
Kesemua mereka berusia 17 tahun hingga 52 tahun itu ditahan dalam serbuan Operasi Hiburan (Op Hiburan) kira-kira pukul 1.40 pagi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan di dalam pusat hiburan tersebut mendapati premis itu dalam keadaan gelap serta lampu berkelip-kelip selain kedengaran muzik dimainkan dengan kuat.
Malah, katanya, ada antara pelanggan pusat hiburan itu didapati sedang leka minum minuman keras.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 62 individu berada di dalam premis itu melibatkan lapan individu termasuk tiga wanita yang bekerja sebagai pengurus serta pelayan selain 28 pelanggan lelaki dan 26 pelanggan wanita.
“Daripada jumlah itu, seramai 18 penjawat awam dikenal pasti berada di dalam premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anbalagan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang lelaki positif dadah jenis methamphetamine.
Ujar beliau, pihaknya turut mengeluarkan 62 kompaun dalam operasi berkenaan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), lapor kosmo online
“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1955, Peraturan 16 Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996 dan Seksyen 76 AKta Eksais 1976,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEBAR AJARAN SESAT PMYT: SITTAH ANNUR DIREMAN EMPAT HARI
KUALA LUMPUR – Ketua ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) iaitu seorang wanita berusia 39 tahun yang digelar Sittah Annur ditahan polis pagi hari ini.
Wanita itu telah ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang melakukan serbuan di rumahnya di Shah Alam dan telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni mengesahkan penahanan wanita itu dan menyatakan suspek merupakan seorang peniaga yang sudah berumah tangga kini sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Pada pukul 1.10 pagi tadi Inspektor D9 bersama sepasukan anggota dari Cawangan D9 IPD Brickfields, KL telah pergi ke alamat di Jalan Tanjung Keramat 26/35 HICOM Industrial Estate, Shah Alam, Selangor sebelum membuat tangkapan ke atas suspek satu perempuan tempatan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau setakat ini dan telah dipohon reman selama empat hari sehingga 7 September ini dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadapnya di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut polis,” katanya dalam kenyataan itu lagi.
Tambah Basri, sebelum tangkapan dijalankan polis, suspek dalam telah membuat satu laporan polis menafikan dirinya pernah mewujudkan kumpulan ajaran sesat atau apa-apa kumpulan dan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam sekaligus menafikan segala tuduhan termasuk tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.
“Polis ketika serbuan di rumah suspek turut merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, sekeping resit pemindahan wang ke satu akaun bank tempatan sebanyak RM84,721,42 dan sepasang telekung warna putih dipercayai digunakan suspek semasa membuat live Facebook,” ujarnya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan pula berkata, siasatan ke atas wanita berkenaan sedang menjurus kepada penularan beberapa rakaman video mengandungi kenyataan yang menyentuh Aqidah serta ajaran Islam melalui akaun YouTube Cahaya Islam dan Sittah An Nur PMYT serta di pelbagai platform media sosial sejak beberapa hari yang lalu.
“Di antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita tersebut mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah SWT, Malaikat dan Nabi Muhammad SAW.
“Beliau turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan terbaharu perkembangan kes itu hari ini,lapor kosmo online
Tambah beliau, suspek telah dikenal pasti dan diambil keterangan berkaitan siasatan dalam kes ini baru-baru ini.
Menurutnya, PDRM dalam usaha untuk mengesan serta mengenal pasti individu-individu lain yang terlibat dalam kes ini bagi melengkapkan siasatan
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!