ABU DHABI: Khabib Nurmagomedov mengumumkan persaraan selepas mengalahkan Justin Gaethje di UFC 254 di Abu Dhabi awal pagi ini.
Setelah berjaya mengalahkan lawan dari Amerika Syarikat pada pusingan kedua menerusi submission, dia kemudian mengumumkan persaraannya dalam temubual selepas pertarungan itu.
Sebelum ini, pertarungan dengan Gaethje dikatakan akan menjadi paling hebat buat Khabib, namun setelah beberapa minit aksi, semuanya berakhir dan jaguh dari Rusia itu mengangkat tangannya sebagai pemenang.
Khabib menangis di tengah-tengah pentagion selepas kemenangan tersebut, kali pertama menang tanpa bapanya di sisi.
Dia kemudian mengumumkan keputusan untuk mengundurkan diri dari sukan itu, dengan punca utama bahawa dia kehilangan ayahnya awal tahun ini.
Khabib bersara dengan catatan profesional 29-0.
Sumber: Malaysiapost
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ABU DHABI: Khabib Nurmagomedov mendedahkan dia meminta pandangan Cristiano Ronaldo tentang kunci kejayaan sebagai ahli sukan elit dan mengakui lebih meminati bola sepak berbanding UFC.
Atlet 32 tahun Russia yang belum pernah tewas itu, kini di puncak karier MMA tetapi pernah meminta nasihat daripada bintang bola sepak Portugal dan Juventus itu berkenaan kehidupan sebagai atlet hebat.
TheEagle kembali ke gelanggang oktagon buat pertama kali selepas 13 bulan untuk mempertahankan gelaran lightweight menentang atlet Amerika Syarikat Justin Gaethje di UFC 254 hari ini.
“Ketika bertemu Cristiano, saya mempunyai banyak soalan untuk diajukan. Saya ingin tahu bagaimanana dia mampu mengekalkan keazamannya menjadi yang terbaik untuk 17 tahun berturut-berturut.
“Sejak tahun 2003 dia berada di tahap tertinggi dan setiap kali di akhir musim dia berada dalam kelompok 10 pemain terbaik.
“Dia juga menjadi pemain terbaik untuk tujuh atau lapan tahun berturut-turut di Eropah dan dunia. Dia memenangi Bola Emas lima kali, memenangi Liga Juara-Juara lima kali.
“Dia memenangi segalanya ketika bersama Manchester United dan Real Madrid. Dua liga bola sepak kelas dunia. Dia memenangi semuanya.
“Saya terfikir bagaimana dia melakukannya. Daripada pemahaman saya, tenaga dalamannya, keazaman, semangat, disiplin, teknik pemulihan, latihan, pemakanan – dia menggabungkan semuanya,” kata Khabib.
Ronaldo juga turut menghormati Khabib yang diharapkan akan menewaskan Gaethje pada pertembungan hari ini.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Hulk Hogan berkongsi memori manis bersama Mike Tyson di laman media sosial.
Kedua-dua bintang itu antara nama besar pada era 1980-an dan 1990-an selain pernah ditakdirkan untuk satu pertembungan di WrestleMania.
IronMike, yang berada dalam senarai terhebat WWE pada 2012, pernah mengejutkan dunia apabila memasuki arena gusti profesional ketika ambang milenium.
Tyson yang digelar LelakiPalingJahatdiPlanet memegang tanggungjawab selaku penguatkuasakhas dalam pertembungan Shawn Michaels dan Stone Cold Steve Austin di WrestleMania14 pada 1998.
Dia juga sepatutnya mengadili pertembungan gelaran WWF antara Hogan dan Macho Man Randy Savage pada 1990.
Namun, kekalahan di tangan Buster Douglas di Tokyo Dome pada awal tahun berkenaan, menyaksikan juara heavyweight itu menghilangkandiri daripada pandangan umum.
Douglas, 59, kemudian menggantikan Tyson untuk spot WWE dan dilihat melakukan provokasi ke atas Randy Savage selepas perlawanan namun dia membuat keputusan bersara daripada arena tinju selepas terlepas gelaran dunia di tangan Holyfield.
Timbalan Presiden Kanan SmackDown dan Pengarah Eksekutif, Bruce Prichard dalam pada itu memberi bayangan mengenai perancangan syarikat pada awal tahun ini.
Dia mendedahkan WWE berharap Hogan akan bertarung dengan Tyson menerusi tontonan secara berbayar.
“Prospek untuk melihat pertembungan Hulk Hogan dan BaddestManonthePlanet, Mike Tyson adalah tidak diragui dan sentiasa berada dalam perbincangan.
“Saya tidak kisah sesiapapun, kamu sentiasa bercakap mengenai siapa yang terhebat dan siapa yang akan memenangi perlawanan antara ahli gusti dan petinju.
“Ada juga kemungkinan yang ia bukan membabitkan kedua-dua bintang ternama itu berbanding Hulk Hogan dan Mike Tyson pada masa ini. Jadi, ia pernah dibincangkan.
“Namun apakah realitinya? Apakah yang kamu lakukan dengannya. Kamu tidak menewaskan Tyson, kamu tidak menewaskan Hulk. Dan ia bukan satu situasi yang kedua-duanya boleh menerima sesuatu yang bagus,” katanya.
Sumber: Agensi
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANGKOK: Letupan sebuah saluran paip gas asli di Samut Prakan, tenggara bandar ini mengakibatkan tiga orang terbunuh manakala 52 orang cedera, hari ini.
Dalam kejadian jam 12.55 tengah hari (waktu tempatan), saluran paip gas asli yang dikendalikan syarikat milik PTT Public Company Limited (PTT) mengalami kebocoran dan terbakar.Gambar hiasan
Menurut laporan BangkokPost, susulan letupan itu, sekurang-kurangnya empat rumah rosak teruk dan enam rumah mengalami kerosakan di bumbung.
Gabenor Wilayah Samut Prakan, Wanchai Kongkasem, berkata sekurang-kurangnya 30 keluarga terjejas akibat insiden itu dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti punca kejadian letupan itu.
“Mangsa mengalami kecederaan melecur dan dikejarkan ke hospital berdekatan dan pusat pemindahan dibuka untuk membantu mangsa,” katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian.
Beliau berkata, PTT menutup saluran paip itu dan kawasan itu kini selamat.
Sementara itu, jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri berkata, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan pihak berkuasa segera melakukan pemeriksaan dan menyiasat punca kejadian serta menghulurkan bantuan kepada mangsa.
Sumber : BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BELEN: Kepala seorang bayi baru lahir terputus daripada badannya dalam prosedur kelahiran gagal yang berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, terletak di utara Brazil, baru-baru ini.
The Sunmelaporkan, insiden itu dipercayai berlaku apabila beberapa doktor memaksa ibu muda berusia 26 tahun meneran keluar bayi dalam kandungan walaupun dia sebenarnya dijadualkan bersalin secara pembedahan.
Menurut suami mangsa, isterinya yang hamil lapan bulan tiba di pusat perubatan itu pada pukul 6 pagi (waktu tempatan) dari sebuah hospital lain di bandar Qurem untuk menjalani pembedahan Caeserean secara elektif.
Wanita malang itu dilaporkan menunggu selama tiga jam sebelum dibawa ke dewan bersalin untuk melahirkan bayinya secara semula jadi.
“Pihak hospital Qurem memberi kami surat yang menyatakan anak kami hanya boleh dilahirkan secara pembedahan kerana masalah kesihatan bayi dalam kandungan.
“Apabila kami tiba di hospital ini, mereka menyuruh isteri saya bersalin secara normal. Mereka menarik kepala anak saya terlalu kuat sehingga kepalanya terputus dari badan,” kata lelaki itu kepada media.
Doktor kemudiannya membius mangsa dan menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan sisa badan anaknya yang tertinggal dalam rahim.
Mangsa sudah dimaklumkan tentang kematian anaknya namun tidak diberitahu bagaimanakah bayi itu meninggal dunia.
Salah seorang anggota perubatan mendakwa bayi dalam kandungan wanita itu sudah meninggal dunia sebelum dia diarahkan bersalin secara normal.
Satu laporan polis tentang insiden ini sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Sumber: Agensi
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha, mengumumkan mungkin menarik balik pengisytiharan darurat yang gagal mententeramkan tunjuk perasaan.
Ribuan penunjuk perasaan tidak mempedulikan arahan itu dan terus berkumpul di serat Bangkok bagi mendesak Prayut meletakkan jawatan dan menuntut pembaharuan institusi monarki.
Sehari selepas tunjuk perasaan anti kerajaan itu, ribuan penunjuk perasaan berarak di hadapan Rumah Kerajaan, sekali gus melanggar perintah darurat dikenakan minggu lalu, yang melarang perhimpunan melebihi empat orang.
Prayut, dalam ucapannya hari ini, berkata beliau akan mengambil langkah pertama untuk mententeramkan keadaan.
“Saya sedang bersiap sedia untuk menarik balik pengisytiharan darurat di Bangkok dan akan berbuat demikian jika tiada keganasan.
“Kita mesti berundur setapak daripada sebarang cubaan yang boleh mencetuskan kekacauan,” katanya sambil menggesa perusuh menyelesaikan pertikaian masing-masing di Parlimen.
Aktivis pro demokrasi berhimpun di MonumenKejayaanBangkok manakala gerakan menentang mereka berjaya menarik ribuan penyokong di wilayah Narathiwat, selatan Thailand dan ibu negara.
Sumber : AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Makkah: Selepas tujuh bulan ditutup, Arab Saudi kini membenarkan umat Islam menunaikan solat di dalam Masjidil Haram.
Kelonggaran itu sejajar dengan usaha pihak berkuasa yang membenarkan kapasiti jemaah umrah dinaikkan kepada 15,000 orang.
Bagaimanapun, rakyat dan penduduk negara itu yang dibenarkan berbuat demikian perlu mematuhi langkah pencegahan COVID-19 termasuk memakai pelitup muka.
“Rakyat dan penduduk sudah dibenarkan untuk solat Subuh hari ini di Masjidil Haram,” kata media rasmi SaudiPressAgency.
Awal bulan ini, Arab Saudi membenarkan sehingga 6,000 rakyat dan penduduknya, sehari, bagi menunaikan ibadah umrah yang pelaksanaannya sebelum ini digantung pada Mac.
Bagi peringkat kedua bermula Ahad, angka itu dinaikkan kepada 15,000 orang sehari.
Pada satu-satu masa, sebanyak 40,000 orang termasuk jemaah umrah dibenarkan untuk menunaikan solat di dalam Masjidil Haram.
Mulai 1 November, pengunjung dari luar negara mula dibenarkan untuk memasuki negara untuk menunaikan umrah.
Ia bakal menyaksikan kapasiti jemaah umrah dinaikkan kepada 20,000 orang dengan 60,000 orang di dalam masjid pada satu-satu masa.
Bagaimanapun, jemaah tidak dibenarkan untuk menyentuh Hajar Aswad.
Masjidil Haram akan disterilkan sebelum dan selepas setiap kumpulan jemaah. Selain itu, sensor suhu dipasang untuk memeriksa suhu badan jemaah, kata pihak berkuasa Makkah.
Sebelum ini, pada akhir Julai, Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji dengan jumlah terkecil dalam sejarah dunia moden.
Hanya sehingga 10,000 jemaah terdiri daripada penduduk negara itu dibenarkan berbuat demikian, berbanding 2.5 juta orang pada tahun lalu.
Setakat ini, Arab Saudi sudah merekodkan lebih 342,000 kes COVID-19 dengan 5,185 kematian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOREA UTARA DIDAKWA MEMPERLAKU TAHANAN DENGAN TERUK
SEOUL: Penyeksaan, penghinaan dan pengakuan secara paksa terus berleluasa dalam sistem penahanan perbicaraan Korea Utara yang tahanan mereka memperlaku lebihterukdaripadabinatang, kata kumpulan hak asasi dalam laporan mengenai proses undang-undang di negara itu.
Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) mewawancara puluhan bekas tahanan dan pegawai Korea Utara bagi menyelami apa yang dikatakan sebagai tidak berperikemanusiaan dan seksaan dihadapi mereka di pusat tahanan.
Laporan itu menyeru Pyongyang menamatkan keganasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap tahanannya selain turut menggesa Korea Selatan, AS dan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang lain memberi tekanan kepada kerajaan Korea Utara berhubung isu berkenaan.
Menurut seorang tahanan yang diwawancara, mereka diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan antaranya dipukul dengan kayu dan ditendang terutama ketika fasa awal penahanan.
Selain itu, ada tahanan berkata, mereka dipaksa untuk duduk di lantai, berlutut atau dalam keadaan kaki disilangkan lebih 16 jam sehari.
Bahkan, ada yang turut membuat pengakuan dipukul menggunakan tali pinggang dan dipaksa untuk membuat larian sebanyak 1,000 pusingan di sekitar pusat tahanan.
Sementara itu, seorang bekas tahanan, Yoon Young Cheol, turut mengakui mereka dilayan lebih teruk daripada binatang di pusat tahanan berkenaan, malah ada tahanan wanita menjadi mangsa keganasan seksual.
“Mengikut peraturan, sepatutnya tahanan tidak dipukul, bagaimanapun kami memerlukan pengakuan dalam proses penyiasatan terutama pada peringkat awal penahanan.
“Jadi kami perlu memukul mereka untuk mendapatkan pengakuan,” kata bekas pegawai polis.
Korea Utara, negara yang memiliki senjata nuklear dan dikenali kerana mengamalkan dasar tertutup didakwa melanggar hak asasi manusia oleh PBB dan pengkritik lain.
Bagaimanapun, Pyongyang berpandangan, ia melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia yang tulen dan turut menyatakan tidak ada justifikasi dari Barat bagi menetapkan standard bagi perkara itu untuk negara lain.
Pyongang turut mengutuk kritikan antarabangsa berhubung isu itu sebagai kempen yang sengaja dibesar-besarkan bagi memburukkan sistem sosialis dalam kerajaannya.
Sumber : AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PESHAWAR, PAKISTAN: Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka dihempap tanah runtuh di kawasan pergunungan utara Pakistan pada Ahad.
Bas berkenaan dalam perjalanan dari Rawalpindi, dekat Islamabad, ke bandar Skardu, kata pegawai kanan kerajaan, Anas Iqbal dalam satu kenyataan.
“Tanah runtuh di Tungus Skardu menyebabkan 16 penumpang bas tertimbus di bawah runtuhan,” menurut kenyataan itu sambil menjelaskan kesemua mayat mangsa ditemui anggota penyelamat.
Bagaimanapun jurucakap kerajaan tempatan, Faizullah Faraq mengatakan jumlah kematian membabitkan 14 orang.
Pakistan, antara negara yang mencatatkan rekod terburuk kemalangan jalan raya dengan pelbagai pihak mendakwa keadaan jalan yang teruk, penyelenggaraan kenderaan yang tidak teratur dan pemanduan merbahaya menyumbang kepada kes kematian.
Kawasan pergunungan utara di negara itu mempunyai rekod kemalangan yang sangat mengerikan dengan jalan yang tidak berturap di sepanjang tebing, sekali gus sering menjadi lokasi kemalangan maut sejak bertahun lalu.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PARIS: Gara-gara menunjukkan imej kartun kononnya ia Nabi Muhammad di dalam kelas, seorang guru di Perancis mati ditetak.
Mangsa ialah seorang guru yang mengajar subjek sejarah dan ketika kejadian beliau membincangkan kartun Nabi Muhammad.
Penyerang yang identitinya belum dikenal pasti ditembak polis ketika mereka cuba menahannya.
Mangsa mati akibat kecederaan dialaminya.
Sementara itu, penyerang didakwa melaungkan Allahu Akbar semasa polis cuba menahannya, menurut sumber rasmi.
Pendakwa anti keganasan Perancis berkata, mereka menganggap serangan itu sebagai kes pembunuhan terkait organisasi pengganas.
Presiden Perancis Emmanuel Macron melawat tempat kejadian.
Serangan itu berlaku di pinggir Paris kira-kira jam 5 petang berdekatan sebuah sekolah di Conflans St Honorine yang terletak 30km dari ibu negara Perancis itu.
Sumber: Agensi
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!