JEDDAH : Pasukan perubatan di sebuah hospital di sini, mengeluarkan 250 paku dan sepihan kaca dari perut seorang lelaki yang mengalami masalah mental.
GulfNews yang memetik laporan media tempatan melaporkan, pemuda itu tiba di hospital dalam keadaan kritikal selepas mengalami sakit perut yang teruk.
Imbasan yang dilakukan menunjukkan sejumlah besar objek aneh berada di dalam perut pesakit berkenaan.
Dia dikejarkan ke bilik pembedahan di mana paku dan kaca itu dikeluarkan.
Keadaan itu dilaporkan stabil, namun dia memerlukan rawatan psikiatri.
Tahun lalu kejadian sama menimpa seorang lelaki di India yang menelan 100 batang paku.
Dia yang turut mengalami masalah mental, menjalani pembedahan selepas dirujuk ke hospital.
Doktor berkata, lelaki itu bernasib baik kerana masih hidup dan paku itu tidak menembusi organ dalaman.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Pembunuh bersiri Britain paling terkenal, YorkshireRipper, Peter Sutcliffe, meninggal dunia hari ini pada usia 74 tahun, kata kerajaan.
Sutcliffe dihukum pada 1981 kerana membunuh 13 wanita dan cubaan membunuh tujuh yang lain di utara England selepas rentetan tindakan ganas yang masih terpahat pada ingatan umum.
Dia menerima 20 hukuman penjara seumur hidup dan diperintahkan menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 30 tahun, tetapi pada 2010 seorang hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa dia tidak akan dibebaskan.
“Tahanan HMP Frankland, Peter Coonan (Sutcliffe) meninggal dunia di hospital pada 13 November, Parol dan pegawai percubaan telah diberitahu,” kata Kementerian Kehakiman dalam satu kenyataan.
Laporan AP memetik pemandu trak Sutcliffe, yang disahkan menderita sakit mental skizofrenia paranoid pada masa dia melakukan kejahatannya, telah menghabiskan masa menjalani hukumannya di sebuah pusat psikiatri keselamatan tinggi.
Namun, dia dipindahkan ke HMP Frankland, dekat Durham, timur laut England, selepas keadaan mentalnya dianggap cukup stabil.
Dia diserang sakit di penjara, kehilangan penglihatan di mata kirinya, dan mengalami keadaan kesihatan yang teruk termasuk masalah jantung dan diabetes yang berkaitan dengan ukuran badannya yang semakin membengkak.
Sutcliffe telah diuji positif untuk COVID-19 tetapi menurut laporan media Britain minggu ini, dia menolak rawatan.
Tidak ada sebab kematian yang diberikan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MAKASAR: Sebuah keluarga menjadikan seekor buaya sebagai ahli keluarga dan memelihara reptilia itu di rumah mereka.
Media tempatan melaporkan haiwan itu dilayan seperti manusia termasuk diberikan tempat tidur dengan selimut dan bantal kerana dianggap sebagai kembar manusia.
Berukuran dua meter, buaya itu dikatakan tidak mendatangkan bahaya menyebabkan ia diletakkan di dalam rumah.
Ia ditemui di bawah jambatan di Sungai Tello sebelum dibawa pulang untuk dipelihara.
Keluarga berkenaan yang tinggal di Jalan Paccinang, Tello Baru di daerah Panakukkang tidak mahu meletakkan buaya itu di dalam kurungan.
Wakil polis, Muhammad Kasim berkata, keluarga itu lebih senang meletakkan buaya itu di dalam rumah kerana yakin ia tidak mengancam mereka.
“Mereka percaya buaya itu tidak akan mengganggu orang lain, apatah lagi keluarga sendiri,” katanya.
Video mengenai buaya itu tular di media sosial selepas orang ramai mengusap badan haiwan berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TINDAKAN SUSULAN VIRUS COVID-19 DIKESAN DI LADANG TERNAK HAIWAN ITU
COPENHAGEN: Sejumlah 17 juta mink di negara ini akan dibunuh selepas wabak COVID-19 dikesan di salah sebuah ladang ternakan mamalia kecil itu di Denmark.
BBCNews melaporkan, Perdana Menteri Mette Frederiksen berkata, keputusan itu dibuat kerana virus COVID-19 yang sudah bermutasi dikesan pada haiwan berkenaan dan boleh menular kepada manusia.
Pada masa ini, Denmark adalah pengeluar bulu mink terbesar di dunia dengan pasaran eksport utamanya adalah China dan Hong Kong.
Pemusnahan itu bermula akhir bulan lalu, selepas banyak kes COVID-19 membabitkan mink.
Kes positif COVID-19 juga seumpamanya turut dikesan di Belanda dan Sepanyol sejak wabak itu melanda Eropah.
Bagaimanapun, kes di Denmark merebak dengan begitu cepat.
Sebanyak 207 ladang penternakan mink di Jutland terjejas dan sekurang-kurangnya lima kes virus baharu dijumpai.
“12 orang dijangkiti, kata pihak berkuasa.
Frederiksen menyifatkan keadaan itu sangat serius dan anggota polis dan tentera Denmark akan membantu melaksanakan pembunuhan besar-besaran berkenaan.
Beliau memetik laporan pihak berkuasa mengenai virus COVID-19 bermutasi didapati melemahkan kemampuan tubuh untuk membentuk antibodi, yang berpotensi menjadikan vaksin, tidak efektif.
Lebih daripada 50 juta mink setahun dibiakkan untuk menghasilkan bulu untuk pakaian, terutama di China, Denmark, Belanda dan Poland.
Haiwan itu juga seperti kumpulan musang, terdedah terhadap wabak dan seperti manusia.
Ia juga menunjukkan pelbagai gejala ringan hingga masalah yang teruk, seperti radang paru-paru.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang
LIMBANG: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.
BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.
Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.
“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.
“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, menzahirkan ucapan takziah kepada Bahrain di atas kematian Perdana Menterinya, Putera Sheikh Khalifa Salman al Khalifa.
Perdana Menteri berkata demikian melalui satu hantaran yang dimuat naik melalui Facebook, sebentar tadi.
“Malaysia mengucapkan takziah kepada Bahrain atas kematian Putera Khalifa Salman al Khalifa. Kami bersama bersolidariti dengan Yang Mulia Raja Bahrain dan rakyat negara itu.
“Sebagai Perdana Menteri, beliau tidak pernah berhenti dalam usaha reformasinya yang membawa kemajuan dan kemakmuran bagi Bahrain. Semoga Allah yang maha kuasa menempatkan rohnya di antara orang yang soleh,” katanya.
Hari ini media melaporkan, Perdana Menteri Bahrain yang paling lama berkhidmat itu meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Al-Jazeera yang memetik Agensi Berita Bahrain melaporkan beliau meninggal dunia di Hospital Klinik Mayo di Amerika Syarikat (AS).
Pemerintah Bahrain, Raja Sheikh Hamad Isa Al Khalifa, mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu dengan sepanjang tempoh itu, bendera akan dikibarkan separuh tiang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MAHKAMAH AGUNG US TOLAK HUJAH PENDAKWAAN DONALD TRUMP
WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS), semalam cenderung menolak hujah pentadbiran Donald Trump dan mengekalkan program penjagaan kesihatan bekas Presiden AS, Barack Obama, sekali gus menamatkan ancaman perlindungan insurans ke atas 20 juta individu ketika pandemik COVID-19.
Sekurang-kurangnya lima daripada sembilan hakim dilihat tidak menerima tuntutan hujah itu yang mendakwa, Akta Penjagaan Kesihatan Mampu Milik (ACA) tidak berperlembagaan kerana wujudnya persoalan berkaitan perundangan mengenai penalti pengguna.
Lima hakim itu termasuk Ketua Hakim, John Roberts dan Brett Kavanaugh, yang menyifatkan keputusan Kongres pada 2017 mengurangkan penalti individu kepada kosong dalam akta itu, menyebabkan ACA berkuatkuasa dan memiliki asas perundangan yang kukuh.
Walaupun sembilan hakim itu belum mendedahkan pandangan masing-masing sebelum keputusan dibuat, yang dijangka awal tahun hadapan, perbicaraan itu dilihat bakal menjadi kekalahan besar kepada Presiden AS, Donald Trump dan anggota Republikan lain yang mahu menamatkan program Demokrat itu.
Trump berikrar untuk menamatkan ACA atau Obamacare apabila dilantik menjadi Presiden AS menggantikan Obama empat tahun lalu.
Perbicaraan berbaur politik itu mengancam untuk mengakhiri usaha Obama memberi perlindungan insurans kesihatan kepada puluhan juta rakyat AS yang tidak mampu memiliki insurans.
Pendakwa raya Jabatan Kehakiman yang membantah ACA mendakwa mandat individu dalam akta itu, yang memperuntukkan denda jika tidak memiliki insurans, tidak sah dan menyebabkan keseluruhan undang-undang itu tidak berperlembagaan.
“Sukar untuk menghujahkan bahawa Kongres mahukan akta itu gugur jika mandat itu dipertikaikan, apabila Kongres sama yang mengurangkan penalti kepada kosong, tidak cuba menggugurkan keseluruhan akta itu,” kata Roberts yang dipetik AFP.
Kavanaugh turut bersetuju dengan pandangan itu, dan memaklumkan cara lebih baik adalah menggugurkan mandat itu daripada akta berkenaan.
Selain itu, walaupun empat hakim lain, termasuk Amy Coney Barett yang dilantik bulan lalu oleh Trump, menimbulkan persoalan mengenai akta itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
YANGON: Aung San Suu Kyi, pengerusi Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), memenangi kerusi Dewan Perwakilan (Dewan Rakyat) pada pilihan raya umum Ahad lalu, lapor agensi berita Xinhua menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan (UEC) hari ini.
Memetik laporan Bernama, beliau selaku Penasihat Negara Myanmar, bertanding di kawasan Kawmhu Yangon, berdepan pencabar daripada beberapa parti iaitu Union Solidarity and Development (USDP), Union Betterment, United Nationalities League for Democracy, Phalon-Sawaw Democratic dan seorang calon bebas.
Seramai 5,639 calon termasuk 1,106 daripada NLD dan 1,089 wakil USDP bersaing merebut 1,117 kerusi parlimen pada pilihan raya kali ini.
PEMIMPIN kontroversi Myanmar, Aung San Suu Kyi
Sehingga pagi ini, 47 perwakilan sudah dipilih untuk kerusi Parlimen menyaksikan NLD memperoleh 44 kerusi parlimen manakala USDP memenangi tiga kerusi.
Suu Kyi sebelum ini pernah bertanding untuk kerusi Dewan Rakyat di kawasan kota Kawmhu pada pilihan raya 2012 dan 2015.
Parti NLD menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum 8 November 2015 dan memerintah sejak 2016.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
CATAT SEJARAH WANITA PERTAMA PEGANG JAWATAN NAIB PRESIDEN
WASHINGTON: Senator Kamala Devi Harris, 56, mencipta sejarah menjadi wanita pertama memegang jawatan Naib Presiden AS.
Bukan itu sahaja, Kamala Harris turut menjadi wanita kulit hitam pertama menjawat jawatan berkenaan.
Anggota Demokrat California itu lahir di Oakland, California dan anak kepada imigran; ibunya adalah warga kelahiran India dan ayahnya, Jamaica.
Ibunya, Shyamala Gopalan Harris berhijrah ke AS dari India sebelum menjadi penyelidik kanser yang disegani.
Shyamala bertemu dengan suaminya, Donald Jasper Harris, seorang profesor ekonomi di Universiti Stanford, ketika mereka menyertai demonstrasi hak sivil di Berkeley, California.
Shyamala dan suaminya berpisah ketika Kamala Harris berusia lima tahun.
Ibu Kamala Harris meninggal pada 2009 ketika berusia 70 tahun.
Berikut adalah antara kata-kata Kamala yang menjadi inspirasi ramai rakyat AS, terutamanya yang bergelar imigran.
”My mother would tell us ‘Don’t sit around and complain about things; do something.’
“So I did something. I devoted my life to making real the words carved in the United States Supreme Court: Equal justice under law,”
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WASHINGTON: Calon Demokrat, Joe Biden memulakan perlumbaan menuju ke Rumah Putih dengan penuh bergaya apabila mendapat 187 undi elektoral dari DistrictofColumbia dan 14 negeri kubu kuat Demokrat.
Biden dan Demokrat memulakan pecutan dengan 187 undi itu menerusi negeri yang menawarkan undi elektoral terbanyak iaitu California (55 undi).
CALON Demokrat, Joe Biden (kanan) dipilih Presiden Amerika Syarikat yang baru
Turut menyumbang undi elektoral yang besar kepada Biden ialah New York yang memberikan 29 undi.
Biden dengan mudah menawan Colorado, Virgina dan New Hampshire pada malam kiraan undi 3 November lalu. Tiga negeri itu menawarkan 26 undi elektoral membolehkan pemimpin berusia 77 tahun itu mengumpul 213 undi elektoral.
Namun, lawannya Donald Trump juga ketika mula mengejar apabila menguasai negeri-negeri di kawasan tengah AS yang dikenali sebagai kubu kuat Republikan.
Trump menawan Texas yang memberikan 38 undi elektoral dan turut menang di Florida yang memberikan beliau tambahan 20 undi elektoral.
DONALD Trump terpaksa akur dengan keputusan dibuat rakyat Amerika Syarikat
Bagaimanapun, Trump mula ketinggalan apabila memasuki kiraan undi di negeri panas atau battlegroundstates.
Biden yang mengekalkan kemenangan Demokrat di Minnesota sudah boleh membayangkan kemenangan beliau sebagai Presiden AS yang baharu apabila merampas battlegroundstates seperti Michigan dan Wisconsin yang dikuasai Trump empat tahun lalu.
Tiga negeri itu memberikan Biden 36 undi membolehkan beliau semakin jauh di depan dengan 249 undi elektoral.
Biden turut menang di Maine dan Nebraska yang mengamalkan sistem pecahan undi elektoral tetapi memberikan Biden empat lagi tambahan undi kepada 253.
Sekali lagi, Biden membuatkan kem Trump kecewa apabila merampas sebuah lagi battlegroundstates, Arizona yang membolehkan dia memperoleh 264 undi elektoral.
Namun angka 264 untuk Biden dan 214 untuk Trump tersekat hampir tiga hari, apabila lima negeri panas lain iaitu Pennsylvania, Georgia, Nevada, North Carolina dan Alaska masih belum menamatkan kiraan undi.
Bagaimanapun, akhirnya Pennsylvania dan Nevada menjadi pelengkap kemenangan hebat Biden apabila membolehkan Biden mendapat 290 undi tengah malam tadi (waktu Malaysia).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!