MEXICO CITY: Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador semalam mengumumkan bahawa dia dijangkiti COVID-19.
“Saya kesal untuk memberitahu anda bahawa saya turut dijangkiti virus COVID-19.
“Simptomnya agak sederhana tetapi saya sedia untuk menjalani rawatan perubatan,” katanya pemimpin berusia 67 tahun dalam mesej di media sosial, lapor AFP.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
THE HAGUE: Penunjuk perasaan menentang perintah berkurung yang baharu dikuatkuasa bagi menangani pandemik COVID-19 di Belanda, bertempur dengan polis di beberapa bandar semalam.
Stesen televisyen, Omroep Brabant melaporkan pihak berkuasa terpaksa menggunakan meriam air dan anjing di tengah bandar Amsterdam, yang menjadi lokasi ratusan penunjuk perasaan berhimpun selepas perintah itu bermula pada Sabtu.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Di Eindhoven di bahagian selatan negara, polis juga terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai dan pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya 30 orang ditahan.
Media juga melaporkan, banyak kenderaan dibakar dan banyak kedai di terminal stesen kereta api Eindhoven dipecah masuk.
Syarikat keretapi Belanda, NS juga meminta orang ramai menjauhi terminal stesen kereta api Eindhoven selain menjelaskan jadual perjalanan pengangkutan awam itu turut terganggu akibat kejadian berkenaan.
Pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan, pusat saringan COVID-19 dibakar pada petang Sabtu di perkampungan Urk, utara Belanda.
“Kebakaran di pusat saringan itu berlaku tanpa kawalan,” kata Menteri Kesihatan, Hugo de Jonge.
Perintah berkurung dari jam 9 malam ke 4.30 pagi itu adalah pertama kali pertama sejak Peperangan Dunia Kedua (WWII) dengan Perdana Menteri, Mark Rutte berkata, ia dilakukan itu memastikan kes jangkitan menurun.
Sesiapa yang melakukan kesalahan dihukum denda sebanyak 95 euro (RM465).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IBU NEGARA BARU INDONESIA WILAYAH KALIMANTAN TIMUR
JAKARTA: Indonesia kekal komited untuk membangunkan ibu negara baru di wilayah Kalimantan Timur, yang akan bermula selepas program vaksinasi COVID-19 selesai pada Mac 2022.
Negara itu memulakan program vaksinasi secara besar-besaran 14 Januari lalu, didahului dengan pekerja kesihatan di seluruh kepulauan itu, selepas Presiden Joko Widodo (Jokowi) menerima suntikan pertama vaksin pada 13 Januari lalu.
Menteri Perancangan Pembangunan Nasional, Suharso Monoarfa, baru-baru ini berkata, selepas program vaksinasi itu kerajaan akan memulakan pembangunan ibu kota baru Indonesia, yang dijangka mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.
Beliau berkata, rang undang-undang mengenainya sudah dimasukkan dalam program perundangan nasional dan peraturan presiden bagi penubuhan lembaga pihak berkuasa untuk ibu kota baru itu sudah pun diwujudkan.
Tambah beliau, pembangunan ibu kota baru itu kini sedang menunggu arahan Jokowi, sementara Indonesia giat memberi tumpuan menyelesaikan program vaksinasi.
Timbalan agensi bagi pembangunan wilayah, Rudy Soeprihadi Prawiradinata, berkata jangka masa pembangunan ibu negara baharu itu masih mengikut jadual walaupun negara itu kini sedang berdepan wabak COVID-19.
Jelas beliau, majlis pecah tanah yang sebelum ini dijadualkan pada Ogos 2020, ditunda sehingga program vaksinasi nasional selesai dan berharap ketua negara itu akan memasuki pejabat di ibu negara baru pada 2024.
Sementara itu, timbalan kepada ketua daerah Penajam Paser Utara, yang menjadi sebahagian tempat bagi ibu negara baru itu, Hamdam, berkata usaha memindahkan ibu negara ke wilayah Kalimantan Timur sudah pada peringkat akhir.
Katanya, rancangan terperinci bagi ibu negara baru itu sudah dimuktamadkan Kementerian Perancangan Pembangunan Nasional dan pemindahannya hanya menunggu keputusan politik presiden dan kelulusan peraturan Parlimen.
Pemindahan ibu negara Indonesia terkandung dalam Rancangan Pembangunan Jangka Menengah Nasional 2020-2024.
Pada 26 Ogos 2019, Jokowi mengumumkan sebuah ibu negara baru akan dibina antara daerah pentadbiran Penajam Paser Utara dan daerah Kutai Kartanegara di wilayah Kalimantan Timur.
Kalimantan Timur dengan keluasan kira-kira 125.337 kilometer persegi adalah wilayah Indonesia di timur pulau Kalimantan, yang juga dikenali sebagai Borneo dengan jumlah penduduk lebih sejuta orang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ROM: Padah menyahut cabaran TikTok, seorang kanak-kanak perempuan di Itali meninggal dunia akibat lemas selepas menjerut lehernya sendiri dengan tali pinggang.
Dalam kejadian di Palermo, Khamis lalu, Antonella Sicomero, 10, disahkan maut selepas dikatakan menyertai cabaran itu di bilik mandi di rumahnya.
GAMBAR HIASAN
The Sun melaporkan cabaran dikenali sebagai BlackoutChallenge itu mencabar individu untuk mencekik diri sendiri sehingga tidak sedarkan diri.
Ia dengan andaian mereka akan terjaga beberapa saat kemudian.
Difahamkan, ketika kejadian, Antonella memberitahu ahli keluarganya bahawa dia mahu mandi.
Bagaimanapun, dia sebenarnya mahu merakamkan aksi melakukan cabaran berkenaan.
Antonella dikatakan mengikat tali pinggang di lehernya menyebabkannya lemas.
Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri oleh adik perempuannya yang berusia empat tahun.
Ahli keluarga kemudian membawa budak itu ke hospital tetapi dia disahkan koma dan mati otak.
Ibu bapanya kemudian memutuskan alat bantuan hayat dicabut sebelum mangsa meninggal dunia.
Dalam pada itu, bapa mangsa, Angelo berkata, sebelum kejadian, Antonella sempat memberitahu adiknya bahawa dia mahu melakukan cabaran TikTok.
“Anak saya mati disebabkan cabaran ekstrem di TikTok, mana mungkin saya saya dapat terima perkara ini?” katanya akhbar Le Republica.
Susulan kejadian, pihak berkuasa mengarahkan aplikasi itu disekat kepada pengguna yang tidak memberikan butiran usia.
TikTok dilaporkan mengenakan syarat pengguna aplikasi itu mestilah berumur 13 tahun ke atas.
Bagaimanapun, ia digunakan secara meluas oleh kanak-kanak yang meningkat ke usia remaja.
Sejak beberapa tahun lalu, TikTok begitu popular dalam kalangan remaja kerana ia membolehkan pengguna merakam dan menyunting video sebelum ia dikongsi di aplikasi berkenaan.
Sementara itu, Blackout Challenge itu dikatakan menyamai satu lagi cabaran TikTok dikenali sebagai Pass Out Challenge, yang pernah popular, kira-kira setahun lalu.
Ia memerlukan seseorang menggoyangkan kepala, dari kiri ke kanan, sehingga pengsan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEOUL: Pelbagai cara dilakukan untuk memperingati pemimpin negara dan salah satunya adalah, mengawet mayat mereka.
Stuff.co.nz melaporkan ada yang beranggapan jasad si mati itu akan kekal selamanya.
Malah, ada yang dijadikan sebagai pameran bagi tontonan kelompok tertentu termasuk parti yang dipimpin semasa hayat individu berkenaan.
JASAD PEMIMPIN PERTAMA SOVIET UNION, VLADIMIR LENIN/GAMBAR IHSAN AFP
Namun, kebiasaannya, mayat pemimpin ini diawet untuk mengenang jasa mereka kepada masyarakat dan negara.
Jasad pemimpin pertama Soviet, Vladimir Lenin diletakkan di dalam keranda kaca dengan tangannya terletak pada pahanya.
Dia yang meninggal dunia pada 1924, diawet dan diletakkan di keranda terbuka.
Jasadnya yang sudah berusia 90 tahun kini dipamerkan di sebuah dewan di Red Square dan orang ramai boleh melihatnya secara percuma setiap hari, kecuali Isnin, Jumaat dan Ahad, bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Ketika seorang lagi pemimpin Kesatuan Soviet Joseph Stalin meninggal dunia, mayatnya diletakkan di sisi Lenin namun kemudiannya dipindahkan ke lokasi lain.
JASAD MAO ZEDONG YANG KINI BERUSIA 40 TAHUN TURUT DIJADIKAN BAHAN PAMERAN
Mayat pemimpin China, Mao Zedong juga diawet dan ditempatkan di Dataran Tiananmen di Beijing untuk lawatan umum.
Pemimpin itu pernah meminta supaya mayatnya dibakar, namun jasadnya kemudian diawet selepas dia meninggal dunia.
Jasad mendiang pemimpin Vietnam, Ho Chi Minh pula diawet dan disimpan di Ba Dinh, Hanoi lokasi beliau membaca Proklamasi Kemerdekaan Vietnam pada 1945.
Disimpan di dalam bekas kaca, jasadnya dilihat kecil namun bagi rakyat negara itu, jasanya begitu besar terutama ketika membebaskan negaranya dari belenggu penjajahan.
Mayat pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il juga diawetkan.
Jasad bapa kepada pemimpin Korea Utara ketika ini, Kim Jong Un itu diletakkan di Istana Peringatan Kumsusan, Pyongyang.
Jong Il meninggal dunia pada 2011. Mayatnya diawetkan di sebuah pusat yang sama mengawet Lenin dan Ho Chi Minh.
Bekas Presiden Venezuela, Hugo Chavez juga diawetkan untuk tontonan ahli partinya.
Namun, berikutan masalah teknikal dan faktor cuaca, jasadnya mengalami kerosakan pada 2013.
Dia kemudiannya dikebumikan di Muzium Cuartel de la Montana.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JEDDAH: Bandar Madinah, Arab Saudi diakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara bandar paling sihat di dunia.
Kota suci itu mendapat pentauliahan selepas kunjungan pasukan WHO berkunjung yang menjelaskan, ia memenuhi semua standard piawaian global diperlukan untuk menjadi bandar sihat, lapor AGENSI.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Madinah dikatakan antara bandar pertama dengan populasi lebih 2 juta yang diiktiraf di bawah program bandar sihat WHO.
Sebanyak 22 agensi kerajaan, komuniti, badan amal dan sukarelawan membantu menyediakan pentauliahan WHO.
Program bersepadu bandar itu merangkumi perkongsian strategik dengan Universiti Taibah untuk merekod keperluan kerajaan pada platform elektronik bagi kajian WHO.
WHO juga mengesyorkan supaya universiti itu memberi latihan kepada agensi bandar nasional lain yang berminat mengambil bahagian dalam program bandar sihat.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Jawatankuasa dipengerusikan Presiden universiti itu, Dr Abdul Aziz Assarani, yang mengurus 100 anggota mewakili 22 agensi kerajaan, awam, badan amal dan sukarelawan.
Kriterianya termasuk memenuhi tujuan ditetapkan Projek Strategi Wilayah Madinah dan pelancaran program BandarHumanising.
Berdasarkan WHO, kota yang sihat adalah kota yang berterusan mencipta dan memperbaiki lingkungan fizikal dan sosial, selain memperluas sumber masyarakat membolehkan orang untuk saling mendukung dalam melaksanakan semua fungsi kehidupan dan mengembangkan ke potensi maksimum mereka.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ISLAMADAB: Seorang lelaki dilanggar kereta api ketika beliau merakamkan aksi berjalan di sepanjang trek untuk aplikasi TikTok semalam.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Menurut polis dan penyelamat, kemalangan itu berlaku di kejiranan Shah Khalid di bandar Rawalpindi, berhampiran ibu kota Islamabad.
Hamza Naveed, 18, berjalan di sebelah trek, sementara seorang rakannya merakamkan aksi itu.
Jurucakap agensi penyelamat tempatan, Raja Rafaqat Zaman memberitahu kereta api melanggar lelaki itu ketika dia sedang beraksi berjalan di landasan kereta api untuk video TikTok.
GAMBAR HIASAN
Katanya, pekerja penyelamat bergegas ke lokasi, tetapi pemuda itu sudah mati.
Rakan pemuda itu memberitahu pekerja penyelamat bahawa mangsa beraksi untuk video bagi disiarkan di TikTok dan akaun media sosialnya yang lain, kata Zaman.
Memetik laporan AFP, seorang pegawai polis di balai tempatan mengesahkan kemalangan itu.
Seperti di negara lain, mengambil gambar swafoto dan membuat video untuk media sosial sangat popular di Pakistan, dengan kebanyakan anak muda sentiasa mengemas kini akaun Facebook, Twitter dan TikTok mereka.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WASHINGTON: Pentadbiran Biden hari ini mahu mengkaji semula perjanjian penting Amerika Syarikat (AS ) dengan Taliban, menumpukan usaha mengurangkan serangan di Afghanistan seperti dicapai dalam perjanjian sebelum ini.
Washington membuat perjanjian dengan Taliban di Qatar tahun lalu, dimulai dengan menarik balik tenteranya untuk mendapatkan jaminan keselamatan dari militan dan komitmen untuk memulakan rundingan damai dengan pemerintah Afghanistan.
Namun, keganasan di Afghanistan meningkat walaupun kedua-dua pihak terbabit dalam rundingan itu sejak September.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Emily Horne, berkata Penasihat Keselamatan Nasional Presiden Joe Biden yang baru dilantik, Jake Sullivan, bercakap dengan rakan sejawatnya dari Afghanistan, Hamdullah Mohib dan ‘menjelaskan niat AS untuk mengkaji semula’ perjanjian itu, lapor AFP.
“Secara khusus, Washington ingin mengkaji semula perjanjian dengan Taliban sama ada sudah ‘menepati komitmennya’ untuk memutuskan hubungan dengan kumpulan pengganas, bagi mengurangkan keganasan di Afghanistan, dan untuk terbabit dalam rundingan yang bermakna dengan pemerintah Afghanistan dan pihak berkepentingan lainnya,” menurutnya.
Sullivan turut menekankan bahawa AS akan mendukung proses perdamaian dengan usaha diplomatik yang kuat dan serantau, yang akan bertujuan untuk membantu kedua-dua pihak mencapai penyelesaian politik dan gencatan senjata kekal yang tahan lama dan adil.
“Sullivan juga membincangkan sokongan AS untuk melindungi kemajuan terkini mengenai hak wanita dan kumpulan minoriti sebagai sebahagian daripada proses perdamaian.
“Kenyataan itu disambut baik pegawai di Kabul selepas berbulan-bulan spekulasi mengenai bagaimana pentadbiran baru berpotensi menyusun semula dasarnya mengenai Afghanistan,” kata Horne.
Mohib yang juga Penasihat Keselamatan Nasional Afghanistan, dalam ciapannya berkata, pada perbincangan menerusi panggilan telefon itu kedua-dua pihak ‘bersetuju untuk berusaha mencapai gencatan senjata kekal dan perdamaian yang adil dan tahan lama’ di negara itu.
Seorang pegawai tertinggi pemerintah Afghanistan mengecam kegagalan Taliban untuk memenuhi perjanjian Februari 2020, dengan menyatakan bahawa perjanjian itu gagal mencapai tujuan yang dinyatakan.
“Perjanjian sejauh ini, tidak mencapai tujuan yang diinginkan untuk mengakhiri keganasan Taliban dan membawa gencatan senjata yang diinginkan oleh rakyat Afghanistan,” kata Wakil Menteri Dalam Negeri, Sediq Sediqqi yang juga bekas jurucakap Presiden Ashraf Ghani di Twitter.
“Taliban tidak menepati komitmennya,” katanya.
Serangan pembunuhan berprofil tinggi telah meningkat dalam beberapa bulan terakhir ini terutama di Kabul yang mana beberapa wartawan, aktivis, hakim dan ahli politik telah dibunuh dalam serangan terbuka di siang hari.
Taliban telah menafikan bertanggungjawab dalam pembunuhan itu, tetapi pegawai Afghanistan dan AS telah menyalahkan kumpulan itu.
Selasa lalu, calon Biden untuk setiausaha negara, Antony Blinken, memberitahu Senatnya bahawa ‘kami ingin menamatkan perang yang selama-lamanya disebut ini’.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WASHINGTON: Amanda Gorman, pemuisi muda kulit hitam yang membuat persembahan ketika pelantikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, popular semalam dan karyanya melonjak ke tangga tertinggi senarai jualan terlaris Amazon.
Pada majlis berkenaan, wanita berusia 22 tahun itu mendeklamasi The Hill We Climb, puisi yang diinspirasikan daripada insiden serangan Capitol AS dan menyentuh mengenai bagaimana demokrasi tidak akan kekal tewas.
GAMBAR HIASAN
Gorman pemuisi paling muda mendeklamasikan puisi ketika pelantikan Presiden AS, peranan yang pertama kali diberikan kepada Robert Frost oleh John F Kennedy pada 1961.
Graduan Universiti Harvard itu dijemput oleh Wanita Pertama AS, Jill Biden untuk menyertai majlis berkenaan, selepas melihatnya mendeklamasi puisi.
Koleksi puisi Gorman yang bakal diterbitkan September depan, berada pada kedudukan pertama dalam senarai jualan terlaris Amazon pada Jumaat, disusuli buku kanak- kanak Change Sings: A Children’s Anthem, yang juga akan diterbitkan pada September.
Salinan kulit keras puisi yang dideklamasi pada pelantikan Biden yang akan diterbitkan bulan depan, pula berada pada kedudukan ketiga.
Karya Gorman mengetepi autobiografi bekas Presiden AS, Barack Obama bertajuk A Promised Land yang jatuh ke tangga ke-5.
Obama antara sejumlah besar rakyat AS yang kagum dengan Gorman.
“Pada hari yang bersejarah, Amanda Gorman mendeklamasikan sebuah puisi yang paling tepat pada saatnya,” kata Obama menerusi Twitter sebelum memetik baris terakhir puisi Gorman.
“Remaja sepertinya bukti sentiasa wujudnya cahaya, hanya jika kita berani melihatnya; hanya jika kita berani menjadinya,” kata Obama.
Antara tokoh lain yang turut memuji Gorman termasuklah pengacara terkenal, Oprah Winfrey; bekas calon Presiden parti Demokratik, Hillary Clinton dan penerima Anugerah Nobel Keamanan, Malala Yousafzai.
Gorman turut mendapat dua juta pengikut baharu di Instagram dalam tempoh sehari dan sejuta pengikut di Twitter.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANGKOK: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Thailand meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 yang dibangunkan AstraZeneca Plc dan Universiti Oxford dengan bekalan pertama 50,000 dos dijangka diterima bulan depan.
Menurut akhbar Bangkok Post ari ini, Setiausaha Agung FDA, Paisarn Dunkum berkata, vaksin keluaran AstraZeneca dari Itali itu diluluskan semalam dan lesen import dan pendaftaran vaksin itu sah selama setahun seperti yang dipetik Bernama.
GAMBAR IHSAN HARIAN METRO
AstraZeneca adalah penghasil vaksin COVID-19 pertama diluluskan di Thailand. Sebelum ini, FDA menerima permohonan untuk pendaftaran vaksin daripada AstraZeneca dan Sinovac Biotech Ltd dari China.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul berkata, kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 daripada AstraZeneca dijangka diterima pada minggu pertama bulan depan.
Anutin, yang juga Menteri Kesihatan Awam, berkata kumpulan pertama 50,000 dos vaksin AstraZeneca adalah sebahagian daripada 26 juta dos yang diperoleh oleh kerajaan dengan harga US$5 (RM20.20) setiap dos.
“Rundingan sedang berlangsung untuk mendapatkan lebih banyak bekalan kerana kerajaan berhasrat memberi vaksin kepada 50 peratus penduduk menjelang akhir tahun ini,” katanya.
Anutin berkata, beliau secara sukarela menjadi orang pertama di Thailand menerima vaksinasi COVID-19.
Thailand menempah 61 juta dos daripada Oxford-AstraZeneca dan tambahan dua juta lagi dos daripada Sinovac Biotech.
Dalam pada itu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) melonggarkan sekatan terhadap 13 jenis perniagaan termasuk pusat kecergasan, kemudahan urut tradisional dan spa bermula esok susulan situasi COVID-19 bertambah baik di ibu negara itu.
GAMBAR HIASAN
Bagaimanapun, 13 lagi jenis perniagaan dan premis termasuk sekolah dan institusi pendidikan, tempat hiburan termasuk pub dan bar, tempat rekreasi seperti taman air, taman hiburan, taman permainan dan kedai judi masih ditutup.
Setakat ini, Thailand mencatatkan 12,795 kes COVID-19 dan 71 kematian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!