Pernahkah anda membaca komik atau menonton animasi kartun Anak–AnakSidek? Cerita yang mengisahkan tentang kehidupan keluarga Haji Sidek yang berusaha membesar dan mendidik anak-anaknya untuk menjadi pemain badminton negara yang berjaya.
Walaupun kini komik dan animasi kartun sudah tidak diteruskan lagi tetapi jasa dan kenangan keluarga ini tidak akan dilupakan terutama generasi kanak-kanak 90-an yang sering mengikuti kisah mereka.
Untuk mengenang jasa Allahyarham Dato’ Haji Sidek Bin Haji Abdullah Kamar, Tugu Peringatan Keluarga Haji Sidek dibina di Kampung Kanchong Darat, Banting Selangor. Tugu yang dibina untuk mengabadikan kejayaan anak-anaknya dalam arena badminton negara.
Tugu yang sudah dibina 28 tahun yang lalu dibaik pulih besertakan dinding mural potret Allahyarham Dato’ Haji Sidek dan anak-anak beliau.
Misbun (Bun), Razif (Ajib), Jailani (Alan), Rahman (Aman) dan Abdul Rashid (Adul) adalah anak-anak Haji Sidek yang berjaya mengharumkan nama negara. Tugu yang dibina berhampiran dengan rumah Haji Sidek yang kini menjadi daya penarik kepada pengunjung.
Penulis sempat bergambar di tugu tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pilih pasangan dengan betul. Untuk perempuan perlu mencari lelaki yang bertanggungjawab, mampu membimbing dan yang paling penting menyayangi anda. Tidak kurang juga kepada lelaki yang berhasrat beristeri, pilih isteri yang baik, mendengar kata dan boleh hidup semasa susah dan senang bersama.
Jodoh di tangan tuhan, tidak kira berasal dari mana, keturunan apa. Malah ada juga yang jodoh berlainan agama. Semua perkara boleh dibawa berbincang.
Syarikat picodi.com, Poland telah membuat kajian mengenai lelaki paling romantik di Malaysia. Analisis dengan carian romantic, flower dan love di arkib Google menunjukkan penduduk Sarawak adalah negeri yang mempunyai individu paling romantik di Malaysia.
Kajian ini berkaitan dengan hari kekasih, 14 Febuari mencatatkan individu di Sarawak paling ramai yang membuat pencarian untuk menyambut hari kekasih.
Selain Sarawak, penduduk Johor dan Sabah juga adalah negeri yang mempunyai individu paling romantik. Kajian ini bukanlah hanya pada hari kekasih tetapi ia juga berkaitan dengan tempat makan istimewa dan pencarian destinasi yang romantik.
Namun, individu yang paling kurang romantik bersama pasangan adalah Putrajaya, Kelantan dan Terengganu.
Jangan bimbang, keputusan undian ini hanyalah daripada alam maya. Mungkin negeri yang tidak berada di tangga teratas mempunyai inisiatif lain untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan masing-masing.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Putus Kawan Sangat Menyedihkan. Tips Kuatkan Diri Daripada Bersedih
Kawan rapat adalah kawan yang ada bersama tidak kira susah dan senang. Boleh dikatakan setiap orang mempunyai seorang kawan yang memahami dan tempat untuk meluahkan perasaan. Saling tolong-menolong, memahami antara satu sama lain dan mempunyai kegemaran yang sama.
Sesetengah orang lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga kerana dengan kawan tidak perlu sembunyikan apa-apa dan boleh berkongsi masalah bersama. Tetapi mungkin hubungan persahabatan anda tidak selalu indah, ada masanya perselisihan faham dan terkasar bahasa membuatkan anda dan kawan rapat menjadi renggang.
Putus kawan adalah perkara yang paling menyedihkan, mungkin lebih sedih daripada putus cinta. Untuk elakkan daripada terus tidak berhubung, anda boleh lalukan perkara ini supaya hubungan anda dan kawan rapat anda kembali seperti biasa.
Bersosial
Jangan bersendirian dan melarikan diri. Pergi berkenalan dengan orang baru atau ceritakan masalah kepada keluarga. Kehilangan kawan yang paling rapat memang menyedihkan tetapi keluarga masih ada untuk memberi semangat dan sokongan. Besarkan ruang sosial anda untuk melupakan kenangan bersama kawan baik.
Berikan Masa
Jangan memburukkan lagi keadaan dengan bertindak mengikut emosi seperti muatnaik status di Whatsapp, cerita di Instagram atau di Twitter. Tindakan seperti itu membuatkan hubungan anda dan kawan anda semakin renggang dan mendatangkan lagi kemarahan. Semasa marah, jangan lakukan apa-apa sehingga anda bertenang dan boleh berfikir dengan waras. Begitu juga dengan kawan anda. Pastikan tidak menghubungi dia sehingga kedua-duanya boleh berbincang secara aman.
Banyakkan Aktiviti
Walaupun kawan baik anda tidak menghubungi anda, tidak bermakna anda tidak boleh melakukan aktiviti sendirian. Untuk mengelakkan rasa sedih, sendirian dan sunyi, anda boleh lakukan aktiviti baru, mungkin juga anda perlukan suasana baru untuk menceriakan hidup dan lupakan masalah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sebagai selebriti sangat membantu wanita-wanita hebat di dalam bidang perniagaan. Bukan mudah untuk mencapai gelaran usahawan dan menguasai bidang perniagaan. Mereka sangat bijak mengatur langkah dan strategi untuk mencapai kejayaan seperti sekarang. Ini senarai antara lima selebriti wanita yang kini menjadi contoh ahli perniagaan di Malaysia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Siapa tidak mengenali buah hati Malaysia yang mempunyai suara lunak dan merdu. Beliau mulakan langkah perniagaan dengan menceburi bidang fesyen, Creacion by Siti Nurhaliza. Perniagaan yang semakin baik Siti Nurhaliza ialah mengeluarkan produk seperti SIMPLYSITI dan BeauSiti. Peminat yang ramai membuatkan beliau mempunyai pelanggan tetap dan sentiasa menyokong produk beliau.
Neelofa
Bekas pengacara MeleTOP dan juga pelakon, kini aktif dalam bidang perniagaan. Beliau menguruskan perniagaan hijab, Naelofar. Bukan mengeluarkan hijab sahaja malah pakaian muslimah, aksesori wanita dan sejadah. Neelofa mempunyai 7.8m pengikut di Instagram turut membantu beliau dalam perniagaan.
Mila Jirin
Mungkin sudah mula dikenali, Bizmilla Wedding Centre yang diusahakan oleh Mila Jirin, juara Akademi Fantasia 5. Walaupun pernah mengalami kerugian besar dalam perniagaan sebelum ini, Mila kuatkan semangat dan menceburi bidang katering dan pakej perkahwinan. Kini perniagaannya semakin dikenali. Ramai yang menggunakan perkhidmatan Bizmilla sempena hari istimewa.
Rozita Che Wan
Pengacara dan pelakon Rozita Che Wan juga tidak ketinggalan untuk menceburi bidang perniagaan sejak 2016. Minuman kesihatan, produk kecantikan, bag tangan dan minyak wangi byRCW mendapat sambutan yang baik. Kini byRCW mempunyai 37.1k pengikut di Instagram.
Nur Fazura
Pelakon wanita, Fazura berkongsi gaya fesyen yang mampu milik, menyakinkan dan moden untuk wanita di luar sana. Fazbulous adalah salah satu label fesyen yang digemari ramai. Selain itu, Fazura juga mengeluarkan minyak wangi, hijab dan bag tangan. Terbaru Fazura merasmikan produk kecantikan The Fazura Beauty, koleksi Matte Liquid Lipstick.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
6 Punca Rambut Bercabang, Hijabista Juga Ambil Perhatian!
Masalah rambut bercabang sering mengganggu kaum perempuan, terutama kepada anda yang mempunyai rambut panjang. Setiap kali sikat rambut nampak rambut rosak dan gugur. Hujung rambut adalah rambut yang paling tua dan sukar mendapat khasiat daripada badan. Selain memotong hujung rambut atau trim rambut setiap tiga bulan, anda juga perlu menjaga kesihatan rambut anda sendiri.
Cara Penjagaan Rambut
Perkara utama adalah cara anda menguruskan rambut, lebih-lebih lagi yang mempunyai rambut yang panjang. Pilih sikat yang lembut dan sesuai dengan rambut. Jangan sikat terlalu kasar. Jika ada bahagian rambut yang kusut, leraikan secara perlahan. Jangan lupa pakai serum atau minyak untuk menjaga kesihatan rambut.
Haba Panas
Elak amalkan mengeringkan rambut dengan pengering rambut. Anda perlu biarkan rambut anda kering semula jadi. Kurangkan juga menggunakan alat kerinting rambut dan luruskan rambut. Haba panas penyumbang besar kepada masalah rambut bercabang, kering dan mudah gugur. Jika anda perlu gunakan alat tersebut, pastikan anda letakkan minyak rambut untuk merawat semula rambut.
Gayakan Rambut
Terlalu banyak warnakan rambut, stail dan memakai topi yang menjadi punca rambut bercabang. Jika anda seorang yang sukakan perubahan pada rambut, pastikan anda menjaga kelembapan rambut dengan rapi. Jangan biarkan rambut kering dan putus.
Geseran
Rambut sensitif terhadap geseran. Jika terlalu kasar, rambut lebih mudah putus dan gugur. Apabila anda keringkan rambut menggunakan tuala, jangan gosok terlalu kuat. Sebaiknya, guna tuala jenis mikrofiber, tekap pada rambut dan biarkan rambut kering sendiri.
Sarung bantal turut memainkan peranan. Guna sarung bantal jenis kapas atau satin. Tukar setiap minggu. Mereka berhijab, selain tidak memakai tudung dengan rambut yang basah, jenis material anak tudung dan tudung juga boleh menyebabkan rambut bercabang dan rosak.
Cuaca
Cuaca di Malaysia agak lembap dan panas menyebabkan rambut mudah rosak dan bercabang. Oleh sebab itu, penjagaan rambut yang lebih rapi diperlukan lebih-lebih lagi kepada hijabista. Anda perlu pastikan rambut betul-betul kering sebelum memakai anak tudung dan tudung.
Cara Pemakanan
Masalah masyarakat di Malaysia adalah tidak menjaga diet dengan betul. Bukan sahaja menyumbang kepada masalah obesiti, ia juga boleh mempengaruhi kesihatan tubuh yang lain. Seperti rambut, anda perlu banyak minum air untuk mengekalkan kelembapan rambut. Banyakkan makan protein, kekacang, zat besi dan vitamin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tidak Salah Kalau Perempuan Luahkan Perasan Terhadap Lelaki. Empat Pandangan Lelaki Terhadap Perempuan Berani
Selalunya dalam memulakan hubungan, lelaki yang akan luahkan perasaan terhadap seorang perempuan. Tapi salahkah seorang perempuan luahkan perasaan kepada lelaki? Sudah menjadi kebiasaan lelaki yang mulakan langkah, apa kata tahun 2020 ini perempuan yang memulakan langkah. Perempuan perlu lebih berani dan yakin terhadap diri sendiri. Tidak mengapa jika anda ditolak, sekurang-kuragnya anda tahu isi hati si dia.
Mencipta Suasana Baru
Terlalu biasa jika lelaki yang meluahkan perasaan kepada perempuan. Sekali-sekala pecahkan tradisi dan mengubah suasana. Jangan hadkan kemampuan seorang perempuan, kelainan ini akan menjadi topik perbualan antara anda dan si dia.
Tidak Menyesal
Anda tidak akan menyesal jika luahkan hasrat yang terpendam di hati. Tuah tidak datang bergolek, tidak salah jika anda cuba untuk luahkan perasaan kepada lelaki yang anda suka. Kalau si dia pun mempunyai perasaan yang sama terhadap anda, mungkin anda boleh ke langkah seterusnya. Jika tidak, jangan malu sekurang-kurangnya anda tahu dan tidak perlu menunggu lagi.
Nampak Menarik
Perempuan yang memulakan langkah nampak lebih menarik pada pandangan lelaki kerana cara pemikiran yang terbuka, yakin dengan diri sendiri dan spontan membuatkan perempuan tersebut mendapat perhatian. Tidak perlu rasa seperti perigi mencari timba, anda sepatutnya lebih berani!
Mudah Diingati
Dalam ramai-ramai perempuan, anda yang berani untuk mendekati si dia dan luahkan perasaan. Si dia lebih mudah mengingati anda kerana anda lain daripada yang lain. Biasanya, lelaki yang mulakan langkah, kali ini perempuan pula.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HAJI TAIB: PENIAGA PALING KAYA DI KUALA LUMPUR (1876)
Kesibukan Lorong Haji Taib pada siang hari telah dicemari dengan aktiviti negatif yang tiada berkesudahan pada sebelah malam nya.
Namun, sejak kebelakangan ini terdapat beberapa usaha oleh pihak berkuasa yang telah menampakkan hasil, sedikit sebanyak telah mengubah persepsi positif kepada tuan punya nama lorong tersebut.
Haji Mohamed Taib Abdul Samad dilahirkan pada 1858 di Batusangkar, Tanah Datar di bahagian barat pulau Sumatera. Pada seawal usia 18 tahun, beliau telah meninggalkan kampung halaman, belayar ke Tanah Melayu dan menjejakkan kaki di Kuala Lumpur pada tahun 1876.
Haji Taib mula berniaga kecil-kecilan dan kemudian dicatatkan sebagai salah seorang usahawan Melayu yang kaya pada awal abad ke-20.
Haji Taib mempunyai perniagaan bijih timah, perladangan serta memiliki aset yang banyak seperti rumah kediaman dan rumah kedai di sekitar Kuala Lumpur.
Beliau yang mempunyai darah Minangkabau juga merupakan individu yang penting dalam pembangunan awal di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1925, legasi perniagaan Haji Taib diteruskan oleh 10 orang anak beliau yang juga mahir dalam perniagaan sehingga membuka beberapa cawangan perniagaan di negeri kelahiran bapanya di Sumatera.
Sumber: TheStar
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Raja Laut adalah putera kedua Sultan Muhammad, beliau dilahirkan pada tahun 1850, mendapat gelaran Raja Laut kerana dikatakan dilahirkan ketika bondanya berada di perairan sekitar Lukut.
Beliau kemudianya dijadikan anak angkat oleh Raja Juma’at lalu menjadi saudara tiri kepada putera kandung Raja Juma’at, iaitu Raja Bot.
Raja Laut adalah pengasas kepada Kuala Lumpur Sanitary Board sewaktu ianya ditubuhkan pada 1890. Selain daripada itu, Raja Laut juga bertanggungjawab menubuhkan sekolah melayu pertama di Kuala Lumpur, dimana beliau turut menyekolahkan putera beliau di sekolah berkenaan.
Pada tahun 1898, Raja Laut telah dimasyurkan sebagai Raja Muda Selangor, selepas Raja Sulaiman dinobatkan sebagai Sultan Selangor, Raja Laut menggunakan gelaran ini sehingga tahun 1903. Raja Laut mengahwini Raja Daing Chahaya dan dikurniai seorang putera, iaitu Raja Alang.
Keluarga diraja ini tinggal di sebuah rumah dikawasan ‘Batu Road’ pada ketika itu, sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1915 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan ‘Kampong Gonggang’, iaitu nama asal jalan Ampang. Nama Raja Laut diabadikan sebagai nama sebuah jalan yang bersambung dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Tiada salah menyatakan soladriti terhadap perjuangan saudara kita di Palestin.Tetapi jangan sampai meleburkan sejarah tokoh tempatan negara sendiri.
Boleh sahaja letakkan satu nama jalan di Putrajaya sebagai tanda sokongan.Ia lebih relevan dan praktikal.
Co Ad AA
Sumber- The Interesting Historical Facts of Malaysian (sumber gambar dari google)
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dapatkan Rambut Yang Sihat Dengan Menggunakan 5 Bahan Semula Jadi
Mudah sahaja menjaga rambut. Bagi wanita, rambut adalah segalanya. Tidak kira yang bertudung atau tidak. Rambut tetap menjadi mahkota seorang wanita. Semua wanita mengimpikan rambut yang sihat, berkilat, tidak mudah putus dan tebal.
Rutin menjaga rambut adalah penting. Begitu juga dengan cara penjagaan rambut. Bukan hanya syampu sahaja, anda boleh lakukan dengan cara tradisional. Kos yang rendah dan hasil yang memuaskan. Selamat mencuba!
Minyak Zaitun
Sapukan minyak zaitun ke seluruh kepala anda. Biarkan selama 30 minit hingga sejam. Urut lembut kulit kepala untuk melancarkan peredaran darah. Selepas itu, bilas seperti biasa. Anda akan lihat hasilnya, rambut lebih lembut, kuat, sihat dan berkilat.
Minyak Kelapa
Seperti ramai yang tahu, minyak kelapa mampu membuatkan rambut lebih lebat, lembut dan berkilat. Ratakan minyak kelapa pada akar rambut dan setiap helaian rambut. Biarkan selama 30 minit hingga satu jam. Bilas dengan syampu. Cara ini lebih berkesan jika anda lakukan seminggu tiga kali.
Air kelapa Muda
Untuk pengetahuan anda, air kelapa muda boleh menguatkan akar rambut dan mempercepatkan proses pertumbuhan rambut. Air kepala muda mempunyai protein yang tinggi, kalium dan zat besi untuk merawat rambut rosak. Selain daripada minum air kelapa, anda juga boleh membilas rambut menggunakan air kelapa. Ratakan air kelapa ke seluruh kepala, bungkus rambut dan biarkan semalaman. Esoknya, cuci rambut menggunakan syampu seperti biasa.
Santan
Lumurkan kulit kepala anda dengan santan. Gunakan santan 300 hingga 500 ml pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan bilas rambut anda. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.
Air Masak
Semua orang tahu minum air masak memberi manfaat kepada sistem badan. Begitu juga dengan kesihatan rambut. Minum air masak dengan cukup boleh mengelakkan daripada badan terhidrasi. Jika air cukup untuk badan, bermakna badan sihat. Ia juga menyumbang kepada sel rambut supaya lebih cepat tumbuh dan tidak mudah putus.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tilam adalah perkara utama di setiap rumah. Hampir seharian kita bekerja maka memerlukan masa untuk berehat ketika di rumah. Jika tilam tidak selesa, badan akan jadi sakit dan tidak selesa serta tidak bertenaga pada hari seterusnya.
Pilih tilam yang terbaik terutama kepada anda yang mempunyai anak kecil. Mereka lebih sensitif dan perlu persekitaran yang bersih. Tilam yang tidak berkualiti mudah rosak dengan pepijat, ini akan membahayakan ahli keluarga anda. Jadi, ini tips memilih tilam yang sesuai.
Kualiti
Fokus kepada kualiti tilam, bukan kepada jangka masa jaminan yang diberi. Jika anda membeli tilam yang berkualiti tinggi, secara tidak langsung anda akan mendapat jaminan yang lebih lama. Jadi, pilih dengan teliti dan pentingkan keselesaan keluarga anda.
Gelung Tilam
Tahukah anda bahawa gegelung (spring) tilam mempengaruhi kesihatan tulang belakang? Tilam mempunyai beberapa jenis gegelung mengikut saiz. Ketika memilih tilam, kurangkan memilih tilam yang mempunyai gegelung yang banyak.
Tilam Yang Menyokong Badan
Keselesaan tilam bukan perkara yang tidak diendahkan. Tilam yang berkualiti adalah tilam yang boleh menyokong badan anda. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut kerana kedua-dua perkara ini akan menyebabkan tulang belakang mudah sakit. Elakkan juga membeli tilam spring keras, lama-kelamaan spring akan memberi kesan terhadap badan anda.
Bahan
Ketahui bahan atau material tilam yang digunakan. Ini lebih penting jika anda atau anak anda mempunyai alahan Oleh itu, pastikan bahan tilam sesuai dengan anda dan anak.
Alas Tilam
Selesai membeli tilam, anda perlu sarung alas tilam atau bedsheet protector. Alas tilam berfungsi untuk menjaga tilam daripada kekotoran dan tahan lebih lama. Pepijat juga tidak mudah hingap. Tambahan, ia memberi keselesaan kepada anda.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!