Lelaki ini habiskan masa bertahun-tahun ubah suai wajah termasuk buang hidung, telinga.
SEORANG lelaki menghabiskan masa bertahun-tahun melakukan proses ubah suai pada wajahnya, semata-mata mahu memenuhi impian menjadi ‘makhluk asing hitam’
Untuk tujuan berkenaan, Anthony Loffredo bukan sahaja mencacah tatu dan bertindik, malah dia melakukan beberapa prosedur pembedahan yang sangat menyakitkan.
Minggu ini, lelaki kelahiran Perancis berusia 32 tahun itu menjalani prosedur pembedahan membuang hidung.
Daily Star melaporkan, prosedur yang dikenali sebagai ‘rhinotomi’ itu akan membuatkan Anthony memiliki lubang yang ‘ternganga’ di wajahnya.
Sebelum ini, Loffredo membuang kedua-dua telinganya.
Lelaki ini juga menjalani prosedur menyakitkan untuk membelah lidah serta mencacah tatu di kedua-dua bola matanya sungguhpun ia berisiko menjadikan seseorang buta.
Dia juga memasukkan implan di bawah lapisan kulit untuk mendapatkan tekstur muka yang seolah-oleh mempunyai benjolan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Farah Ann Abdul Hadi, Ratu Gimnastik Artistik Negara mengeluarkan edisi khas patung Barbie yang seakan dirinya.
Patung Barbie edisi khas dicipta dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang ingin mengejar impian dengan bertemakan ‘Anda Boleh Jadi Apa Saja, Anda Boleh Jadi Atlet’.
Projek ‘Dream Gap’ ini mengeluarkan patung Barbie bernama ‘Shero’ yang menyerupai Farah Ann dengan mengikat rambut hitam dan berpakaian merah jambu, putih dan emas sama seperti pakaian yang dipakai ketika Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.
Walau bagaimanapun, patung Barbie ini adalah patung pertama yang dicipta di Malaysia tetapi bukan tujuan pasaran.
Dengan keluaran patung ini, Farah Ann menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun hadapan.
Selain patung Barbie, kempen berkenaan juga menyediakan video satu minit 49 saat yang menceritakan impian seorang kanak-kanak tercapai dan sekali gus mengimbau kembali zaman Farah Ann sewaktu kecil.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Youtuber Indonesia yang terpalit dengan kes hina kemaluan berbau ikan masin, Rey Utami kini dibebaskan.
Menurut laporan Kompas.com, Rey yang menjalani humuman penjara selama satu tahun empat bulan itu dibebaskan pada 8 November lalu.
Berikut merupakan fakta-fakta kes yang digelar TrioIkanMasin:
1. Pada awal tahun 2020, dunia hiburan nusantara menjadi bualan hangat dengan kes fitnah sebagai Trio Ikan Masin yang melibatkan Rey Utami, Benua Pablo, dan Galih Ginanjar. Mereka bertiga dihukum kerana mencemarkan nama baik pelakon Fairuz A Rafiq menerusi saluran YouTube.
2. Fairuz merupakan bekas isteri kepada aktor Galih Ginanjar. Kes bermula selepas Galih dikatakan telah memburukkan nama baik Fairuz dan didakwa menceritakan hal peribadi secara terbuka dengan menceritakan aibnya ketika mereka masih bergelar suami isteri menerusi sebuah program talkshow yang disiarkan di laman YouTube.
3. Lebih memburukkan keadaan, Galih mengaibkan Fairuz dan mendakwa kemaluan bekas isterinya berbau seperti ikan masin!
4. Bukan hanya Galih, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara setahun empat bulan dan setahun lapan bulan kepada dua YouTuber, Rey Utami dan Pablo Benua kerana menghina, mencalar maruah Fairuz hingga mengalami tekanan emosi.
5. Sewaktu perbicaraan kes kemaluan berbau ikan masin awal Februari lalu, Fairuz mengalami tekanan emosi dan ketika prosiding perbicaraan berlangsung sekitar sejam, pelakon wanita itu diberikan rehat selama 15 minit kerana keadaannya yang terlalu lemah dan tidak berdaya.
6. Lebih huru-hara ketika Fairuz dibawa keluar dari bilik perbicaraan, pelakon itu tiba-tiba pengsan sambil dipapah oleh ahli keluarganya ke ruang rehat.
7. Walaupun Rey dibebaskan namun Benua dan Galih masih dipenjarakan kerana hukuman mereka lebih lama berbanding Rey.
Sekadar info, Rey merupakan vokalis kedua dalam single band Dadali yang berjudul Di Saat Aku Mencintaimu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pernah tak anda rasa pedas atau pijar tangan selepas memotong atau menumbuk cili? Kulit sensitif akan terasa pijar lebih lama. Kalau tersentuh mata atau hidung lagi terasa.
Sebenarnya ada petua orang dulu-dulu untuk hilangkan rasa pijar dengan cepat dan menggunakan bahan di dapur sahaja. Mudah dan murah!
Susu
Boleh guna susu pekat atau susu cair. Tapi lebih elok kalau susu yang disimpan dalam peti.
Asam Jawa
Hanya perlukan asam jawa dan air, rendam asam jawa sekejap dan masukkan tangan anda. Biarkan beberapa minit. Pedas di tangan anda akan hilang.
Minyak Masak
Gunakan sedikit minyak masak, lumur pada tangan dan bilas seperti biasa menggunaka air. Mesti jari anda tak rasa pijar lagi.
Beras
Genggam beras atau masukkan tangan ke dalam bekas menyimpan beras. Pastikan basuh tangan dan keringkan dahulu!
Keluli
Mungkin tak ramai tahu cara ini. Gunakan bahan keluli seperti sudu atau garfu untuk hilangkan rasa pijar pada tangan. Gosok sudu tangan dan jari beberapa minit dan basuh.
Sabun Basuh Pinggan
Guna sabun basuh pinggan untuk hilangkan pedas di tangan. Caraya, basuh tangan seperti biasa dan letakkan sedikit sabuh basug pinggan. Gosok di celah jari, tapak tangan dan pergelangan tangan. Selepas itu, basuh tangan menggunakan air bersih dan lap.
Selamat Mencuba!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PILIH WARNA KUKU YANG BERSESUAIAN DENGAN TONA KULIT
Kuku adalah salah satu bahagian badan yang penting terutama kepada wanita. Jika kuku kotor dan tidak sihat boleh memberikan pandangan yang kurang baik. Jadi, jaga kebersihan dan kesihatan kuku.
Untuk menambahkan keceriaan hari-hari anda, warnakan kuku mengikut kesesuaian tona kulit. Jangan tersalah pilih warna nanti kuku over shadow dari baju yang anda pakai. Ini tips memilih pewarna kuku mengikut tona kulit.
Tona Kulit Kuning Langsat
Bersyukur jika anda memiliki kulit kuning langsat. Anda tidak mempunyai masalah dengan warna. Kulit bertona cerah sesuai dengan apa-apa warna. Untuk nampak jari lebih runcing, warnakan kuku anda dengan warna pastel dan warna lembut. Jadi, jika anda berkulit cerah sesuaikan warna kuku anda dengan penampilan seharian.
Tona Kulit Sawo Matang
Biasanya gadis di Malaysia berkulit sawo matang. Tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Jadi, apa warna yang sesuai? Apa kata anda cuba bermain dengan warna nature. Warna semulajadi membuatkan anda lebih ayu dan lembut. Warna seperti nude, coklat, pink beige atau brown earthy. Tapi jika anda tampil lebih ceria, pilihlah warna oren, biru laut atau hijau yang tidak terlalu terang.
Tona Kulit Gelap
Kepada gadis berkulit gelap pilih warna yang nampak ‘mahal’, elegen dan kuat. Contoh warna yang anda boleh pilih seperti merah jambu, merah gelap atau ungu. Elak memilih warna pastel dan terang kerana membuatkan anda nampak lebih gelap dan highlight.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Di Malaysia masalah kegemukan sudah menjadi kebiasaan tetapi ada juga sesetengah orang mengalami masalah kekurangan berat badan sehingga memberi kesan kepada kesihatan.
Untuk menambah berat badan bukan hanya makan tanpa henti. Pastikan makanan yang anda ambil adalah sihat dan memberi khasiat pada badan. Berat yang elok sesuai dengan tinggi, barulah Body mass index (BMI) anda stabil.
Bersenam
Jadikan amalan bersenam sebagai rutin harian atau mingguan anda. Bakar lemak dan pembentukan otot juga penting. Bersenam bukan untuk yang berbadan besar sahaja, malah menguatkan stamina dan mengeluarkan amat peluh bagus untuk kesihatan.
Piramid Makanan
Jika anda mengamalkan diet mengikut piramid makanan, pasti anda tidak mempunyai masalah berat badan berlebihan atau terlalu ringan. Piramid makanan menyarankan sumber kalori, vitamin, zat besi dan lemak yang cukup untuk badan seseorang.
Makanan Ringan
Makan makanan yang memberi anda tenaga. Tenaga penting untuk meneruskan aktiviti harian anda. Kurangkan makan makanan segera atau ‘junk food’. Makanan ini akan memberi kesan di masa akan datang.
Selalu Makan
Maksud selalu makan adalah anda boleh makan snek. Snek yang sihat seperti buah-buahan, kismis, biskut dan banyak lagi. Jika anda seorang yang makan dengan kuantiti sikit, pastikan anda ada ‘side dish’ untuk mengalas perut.
Jangan Skip Waktu Makan
Untuk dapatkan BMI yang stabil, jangan sesekali ‘skip’ waktu makan. Cukupkan diet seharian anda dengan protein, karbohidrat dan lemak. Sekurang-kurangnya anda mengambil makan sarapan pagi, tengah hari dan malam. Pastikan makanan sihat bukan makanan segera!
Vitamin Tambahan
Anda boleh mengambil vitamin sampingan untuk tambahkan berat badan. Pastikan vitamin yang diambil disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Cari vitamin yang sesuai dengan badan anda, amalkan sehingga berat dan tinggi anda seimbang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Istilah kaki kikis bukan kepada perempuan sahaja. Sekarang lelaki pun ada yang kaki kikis atau pisau cukur. Malah ada yang lebih teruk daripada perempuan.
Kepada perempuan, pilihlah pasangan anda dengan betul dibimbangi dapat yang ‘gold digger’, merana hidup anda nanti! Ini 5 ciri-ciri lelaki kaki kikis. Jangan salah pilih!
Tiada Kerja Tetap
Ada sesetengah lelaki tidak boleh ‘kalah’ dengan perempuan. Dia selalu cerita kehidupan mewah dan berjaya tapi pada hakikatnya dia tiada kerja tetap untuk menampung dirinya sendiri. Lelaki begini lebih suka lepak dan menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah.
Ego
Sentiasa rasa dirinya betul dan tiada sensitiviti terhadap orang lain. Dia mementingkan diri sahaja, tidak mendengar nasihat dan tidak boleh ditegur. Dia akan bermanis mulut bila memerlukan duit.
Membeli-Belah
Dari luaran nampak bergaya, stylo dengan barangan berjenama. Tahu tak sebenarnya barang yang dia pakai bukanlah dari kepayahan dia mencari duit tapi suka meminta kepada pasangan. Taktik kaki kikis tidak meminta secara terus tapi dia menggunakan ayat manis untuk cairkan hati perempuan itu.
Susah Keluar Duit
Erti kata lain adalah kedekut! Kalau meminta duit orang bukan main manis ayat, bila orang minta duit dia macam-macam alasan dia bagi. Kadang-kala ada yang tak memberi apa-apa kepada pasangannya. Kesian pasangan tu.
Pergunakan Perempuan
Lelaki kaki kikis akan mengambil kesempatan kepada kekayaan perempuan. Rupa tidak penting baginya, yang penting dapat ‘hasil’ daripada perempuan tersebut. Mereka akan puji setiap hari terutama kepada perempuan yang tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Mereka akan sentiasa menyokong dan jadi positif untuk kegunaan dia juga. Takutnya!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kalau bercerita mengenai pulau mesti terbayang kehidupan laut yang cantik, tenang dan berwarna-warni. Ramai yang sukakan pulau dengan keindahan pemandangan, pasir yang putih, nyaman dan laut yang tiada penghujung.
Tetapi ada juga pulau yang tidak dibenarkan untuk melawat dan bercuti kerana kejadian aneh dan mistik. Ini antara pulau yang pelik di dunia.
PULAU RAMREE, MYANMAR
Pulau Ramree terletak di Teluk Bengal. Punca bahaya pulau ini adalah terlalu banyak buaya yang mendiami di sekitar pulau itu. Sewaktu Perang Dunia Kedua, lebih kurang 500 askar Jepun mati dibaham oleh buaya. Sehingga hari ini buaya masih banyak di Pulau Ramree.
PULAU ULAR, BRAZIL
Pulau ini turut dikenali dengan Queimada Grande. Pulau yang dikatakan pulau paling bahaya di dunia dan tidak dibenarkan sesiapa datang melawat ke pulau ini. Pulau ini terletak di Sao Paulo yang menjadi habitat ular berbisa. Salah satu spesis ular yang ada di pulau ini adalah Golden Lancehead yang bisanya mampu mencairkan daging manusia.
BALL’S PYRAMID, AUSTRALIA
Pulau yang teletak di lautan Tasman dan mempunyai spesis serangga yang bahaya. Namun, serangga tersebut sudah pupus sejak 1930 tetapi pulau tersebut tiada penghuni dan pelawat yang direkodkan.
OKUNOSHIMA, JEPUN
Pulau ini menjadi habitat arnab. Walaupun arnab menguasai pulau ini pelancong yang datang hanya boleh masuk di kawasan yang dibenarkan sahaja. Boleh dikatakan arnab ada di pulau ini adalah menjadi bahan uji kaji makmal senjata kimia.
POVEGLIA, ITALI
Pulau ini tiada penghuni dan ditutup sejak 1968. Sebenarnya pulau ini dijadikan zon kuarantin pada era Black Death. Beribu orang yang sakit dan terkena jangkitan akan dibakar di pulau tersebut. Sehingga sekarang pulau ini tidak boleh masuk.
PULAU ANAK PATUNG, MEXICO
Pulau ini mempunyai sejarah hitam iaitu kematian seorang gadis. Julian S. Barrera membina rumah di pulau tersebut. Berkaitan dengan kematian gadis itu, Julian menggantung banyak anak patung di pokok sekitar pulau untuk membuang sumpahan gadis tersebut. Malangnya, Julian meninggal dunia dan meninggalkan anak patung yang tergantung.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmidzi disebut bahawa apabila manusia meninggal dunia, dia bebas untuk masuk syurga selagi mana tiada tiga perkara yang mengikatnya iaitu bongkak, hutang dan mencuri harta awam.
Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Jiwa seorang Mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Namun ada juga yang suka berhutang dan tidak mahu membayarnya sama ada sengaja ataupun tidak.
Tak bagi saudara sendiri. Namun bila dah bagi sukar untuk mendapatkan semula hutang tersebut.
Berikut SAHIH kongsikan tips sebelum beri pinjam duit dekat orang lain.
Kenali individu tersebut hatta saudara sendiri atau kawan baik.
Kenal di sini bermaksud kita tahu attitude dia terhadap hutang. Kalau meminjam dengan orang, adakah dia cepat bayar balik, atau sebaliknya.
Tanya kawan-kawan lain yang pernah berurusan dengan dia.
Sekiranya dia memang jenis pinjam dan bayar balik hutang orang, maka boleh kita hulurkan duit untuk membantu.
Tetapi kalau kita tahu dia ni jenis liat membayar hutang, maka fikirkanlah idea yang sesuai untuk menolak permintaan tersebut.
Berikan jumlah hutang yang sanggup kita hilang
Maksudnya duit tersebut kita tak kisah pun kalau dia tak bayar balik.
Sebagai contoh ada kawan kita nak pinjam RM3,000. Kita rasa jumlah tersebut agak tinggi juga sebab kita pun bukanlah pegawai yang bergaji tinggi. Maka, kita boleh cakap begini :
“Aku kalau RM 2,000 tu tak ada, tapi kalau setakat RM200 boleh la nak kasi pinjam.”
Pertimbangkan tujuan mereka meminjam bagi tujuan kecemasan seperti sakit dan sebagainya.
Pastikan mereka tidak menipu.
Sebab ada yang datang nak pinjam duit sebab katanya anak sakit masuk hospital atau kereta rosak, tetapi bila dapat duit rupanya duit tersebut digunakan untuk masuk skim cepat kaya,berjoli,makan mewah dan sebagainya.
Syarat bayar semula yang jelas
Memang kita beri pinjam secara tak formal, tapi kita perlu praktiskan macam mana bank buat.
Beri cadangan kepada si peminjam bagaimana hendak bayar balik semula.
Sediakan plan installment yang mampu mereka berikan komitmen.
Kalau dia pinjam RM 3,000, takkan bulan depan kita dah suruh dia bayar balik semua, walaupun dia cakap boleh bayar, tetapi janji tu hanya sekadar pada mulut.
“Aku boleh bagi pinjam RM 3,000, setiap bulan bayar balik RM250 selama setahun. Boleh?”
Pastikan bertulis Ini yang Islam anjurkan.
Ayat mengenai hutang merupakan ayat yang paling panjang di dalam Al-Quran.
Allah menyuruh kita menulis jumlah hutang tersebut.
Bertulis.
Bukan sekadar ingat di kepala sahaja.
Takut kita lupa jumlahnya di kemudian hari dan sebagai bukti transaksi hutang tersebut telah berlaku.
Sediakan backup plan awal-awal.
Sekiranya orang yang meminjam tersebut gagal membuat pembayaran balik hutang mereka, sediakan backup plan.
Kalau setakat RM50, bolehlah kita halalkan, tapi kalau dah RM10,000? Kita suruh dia bayar balik, memang susah betul dia nak bayar.
Daripada asyik bergaduh dan bermasam muka, baik kita cadangkan solusi yang lebih baik.
Contohnya kita boleh suruh dia buat kerja tertentu dengan bayaran gaji setiap bulan. Gaji tersebut kita tolak dari jumlah hutang yang dia pinjam sehinggalah selesai.
Contohnya kalau kita ada kedai makan :
“Aku nak kau kerja ngan aku setiap hari lepas office hour sampai pukul 10 malam. Sebulan aku bayar RM 500. Duit gaji tu aku tak bayar, potong duit hutang. Kontrak 20 bulan untuk cukupkan hutang RM 10,000 tu”.
Fikir dulu ya…🤗
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SAFIEY ILLIAS INGIN BAIKI PAYU DARA & MATA KUYU-KUYU ALA BARBIE
Mahukan yang lebih terjamin prosedur akan dibuat bulan ini, barang yang nak digunakan sudah ditempah, jadi tunggu kemunculannya nanti. Insya-Allah dalam dua minggu. Sementara menunggu tarikh itu, saya kena berhenti mengambil segala ubat bagi melancarkan prosedur. Doktor tidak mahu berlaku sebarang masalah lain.
Jelasnya, dulu sudah pernah buat dan saya tambah baru. Tapi, saya tidak puas hati dengan hasilnya. Jadi, kena buang dan baiki dengan kualiti yang lebih terjamin,” kata usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias.
Beliau yang dikenali Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias, 26, sekali lagi akan menjalani prosedur membuang dan membaiki payudara dengan anggaran kos RM32,000. Safiey berkata, pembedahan itu dibuat di Kuala Lumpur menggunakan khidmat pakar bertauliah.
Menurut Safiey yang popular menerusi lagu SyintaGila, dia juga dalam perancangan untuk membuat pembedahan mencantikkan mata seperti mata patung Barbie.
“Selepas ini nak betulkan mata pula. Sebelum ini pernah buat tiga kali di Korea Selatan, tapi kali ini nak buat kuyu-kuyu sikit ala patung Barbie.
Menurutnya, doktor faham kehendaknya dan pada prosedur itu nanti akan diletakkan plat pada tulang pipi bagi memudahkan mereka menariknya. Barulah bentuk mata boleh menjadi seperti apa diinginkan.
“Cuma, jika saya lakukannya, bengkak itu akan ambil masa untuk susut sebab ia membabitkan mata dan tulang pipi.
Safiey mendedahkan pernah membuat beberapa prosedur kecantikan mencecah jutaan ringgit membabitkan muka, hidung, pipi dan punggung.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!