KUALA LUMPUR – Kira-kira 8,000 penjawat awam di Pahang menerima khabar gembira apabila kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas Aidilfitri RM1,000 kepada mereka.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyerahan Baucar Moh Balik Beraya Ke Pahang di Stadium Titiwangsa di sini, malam ini.
“Saya akan beritahu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan perkara itu dan sudah pasti sebelum hari raya (bantuan diterima),” katanya menurut laporan BH Online.
Sementara itu, beliau berkata Kerajaan Pahang membelanjakan RM100 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang sejak ia diperkenalkan pada 2022 sehingga hujung tahun lalu.
Katanya, jumlah berkenaan membabitkan bantuan RM300 dalam bentuk barangan dan wang simpanan kepada bayi yang lahir di Pahang dan bantuan RM100 kepada setiap murid Tahun Satu di negeri berkenaan.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) sedia menganjurkan perlawanan Liga Malaysia (Liga M), khususnya Liga Super yang dijadualkan bermula Mei depan.
Yang Dipertua MPT, Suris Mihat berkata setakat ini, segalanya berjalan lancar terutama dari segi kesediaan padang dan lampu limpah bagi memenuhi kriteria ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
“Pihak MFL ada melawat ke stadium baru-baru ini bagi melihat kemudahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi membolehkan Stadium MPT layak menjadi gelanggang untuk Liga M.
“Perbincangan turut diadakan bersama Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) untuk memastikan keadaan padang serta kemudahan lain pada tahap terbaik.
“Oleh itu sebelum perlawanan liga bermula, MPT akan memastikan segalanya mengikut perancangan,” katanya kepada BH Online.
Berdasarkan perancangan, Stadium Darul Makmur akan ditutup bagi tempoh kira-kira enam bulan bagi menaik taraf rumput padang bermula Mei atau Jun depan.
Sebagai alternatif, Stadium MPT menjadi pilihan utama buat skuad kendalian Fandi Ahmad beraksi selaku gelanggang tuan rumah.
Stadium MPT, Temerloh mempunyai kapasiti kira-kira 10,000 penonton.– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Sebelum waktu berbuka puasa petang semalam, ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam meluangkan masa menziarahi beberapa rumah penduduk di Kampung Chemomoi, FELDA Chemomoi.
Kali ini dia yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang meneruskan sesi ziarah dengan tagline ‘Geng Mangkuk Tingkat’.
“Hajat hati nak singgah ziarah semua rumah di Kampung Ampang Simpang Pelangai.
“Tapi waktu terlalu singkat hampir masuk waktu berbuka.
“Sempat singgah juga.. sempat ke beberapa buah rumah, berbuka secawan air depan rumah di Kampung Ampang, semalam.
“Macam biasalah, saya datang dengan sedikit juadah berbuka dalam mangkuk tingkat, barangan asas dan sedikit sumbangan ikhlas daripada saya,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.
Dia turut memaklumkan hujan lebat berlaku di FELDA Chemomoi petang semalam ketika program ziarah itu.
“Hujan rahmat mudah-mudahan,” katanya lagi.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Pembinaan jajaran Central Spine Road (CSR) Simpang Pelangai adalah antara projek pembangunan yang mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkunjung ke Pahang semalam.
Dalam taklimat berkaitan pembangunan di Pahang, projek CSR Karak-Simpang Pelangai adalah antara projek kritikal yang perlu diberi perhatian khusus oleh Kementerian Ekonomi dan kementerian lain yang berkaitan.
Dalam pada itu, ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam melalui hantaran di Facebook miliknya berharap taklimat berkenaan akan membantu mempercepatkan lagi semua projek pembangunan di Pahang.
“Semoga dengan taklimat khas dibawakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan daripada Kerajaan Persekutuan.
“Sokongan ini amat penting demi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Pahang Darul Makmur,” katanya.
Amizar yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, sentiasa berharap supaya projek CSR Karak-Simpang Pelangai menjadi kenyataan supaya memberi limpahan pembangunan yang lebih sistematik di kawasan DUN Pelangai.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Satu sesi libat urus antara pihak ibu pejabat FELDA bersama Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam diadakan, hari ini.
Sesi itu berlangsung di pejabat Exco di Wisma Sri Pahang, dekat bandar raya Kuantan.
Berkongsi mengenai sesi berkenaan, Amizar berharap ia dapat membuka jalan untuk mempermudahkan urusan antara kerajaan Pahang dan FELDA.
“Hari ini saya dikunjungi wakil Jabatan Pengurusan Aset dari Ibu Pejabat FELDA dan pembekal.
“Ia bagi membincangkan beberapa perkara berkenaan pelan kerja FELDA dan Kerajaan Negeri Pahang.
“Semoga dipermudahkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Sejurus sesi libat urus itu, Amizar meneruskan program rasminya sebagai ADUN Pelangai dengan menghadiri satu pertemuan bersama penduduk di Kampung Shafie, dekat Simpang Pelangai, Bentong.
Difahamkan pertemuan itu yang turut dihadiri wakil dari pejabat veterinar Bentong, adalah bagi berbincang berkaitan tindakan segelintir pemilik lembu membiarkan ternakan mereka ‘lepas-bebas’ hingga mengakibatkan kemalangan.
“Banyak perkara dibincangkan mengenai isu lembu dan haiwan ternakan berkeliaran di jalan raya.
“Isu dah lama, selalu berlaku dan tidak pernah selesai.
“Kita buat keputusan hari ini, selesai hari ini juga,” katanya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Kesibukan sejak dilantik sebagai exco tidak menghalang Datuk Amizar Abu Adam daripada menyantuni penduduk di FELDA Kemasul, dekat sini.
Beliau mencuri peluang hujung minggu lalu untuk singgah di FELDA berkenaan dan bertemu dengan warga peneroka dan generasi kedua.
“Saya ronda ziarah peneroka dan anak peneroka FELDA Kemasul pagi tadi.
“Dalam kesempatan itu, saya ziarahi mereka yang uzur, pesakit terlantar dan penghidap sakit kronik.
“Sedikit sumbangan turut disampaikan kepada mereka dan berharap semua yang menghadapi masalah kesihatan akan segera diberi kesembuhan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Amizar yang juga anak jati FELDA Chemomoi menganggap peluang diberikan kepadanya sebagai wakil rakyat kawasan DUN Pelangai adalah satu amanah berat.
Namun katanya, kepercayaan diberikan pengundi menjadi pembakar semangat untuknya memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua penduduk di situ.
“Selepas dua hari di Pelangai, saya akan ke Lipis untuk dua program rasmi bersama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Kita jumpa lagi selepas ini warga Pelangai Kita,” katanya.– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bazar Ramadan Cashless di Sungai Koyan yang pertama di Pahang
LIPIS – Bazar Ramadan Cashless di Sungai Koyan di sini yang pertama di Pahang menjadi indikator untuk dilaksanakan di seluruh Bazar Ramadan secara berperingkat-peringkat seluruh negeri akan datang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif dengan kerjasama Agrobank itu dalam usaha memperkasakan penjaja-penjaja kecil menguasai perniagaan transaksi tanpa tunai.
Menurutnya, Agrobank telah menganjurkan 19 buah Bazar Ramadan Cashless di seluruh negara termasuk enam Bazar Ramadan membabitkan daerah Temerloh, Lipis, Bentong, Bera, Jerantut dan Sungai Koyan.
“Bazar Ramadan ini yang pertama, Koyan yang pertama lah untuk bazar Ramadan disyorkan kita buatlah atau diminta tengok keadaan sambutan bagus kita akan laksanakan di Pahang dan akan bekerjasama dengan Agrobank untuk melaksanakan Bazar Ramadan di seluruh negeri pada masa akan datang kerana ternyata memberi kebaikan dalam urusniaga.
“ Pelanggan tidak perlu membawa wang tunai dalam membelanja membeli juadah berbuka puasa tetapi hanya melalui paparan kod QR yang selari norma baharu dunia perniagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Program Cashless Agrobank – Bazar Ramadan Cashless di Dataran Perniagaan FELDA Sungai Koyan ,Lipis Pahang
.
Tegas Menteri Besar, inisiatif Cashless Bazar Ramadan merupakan platform yang ideal bagi penjaja tempatan untuk menggiatkan penggunaan bayaran digital.
Bazar Ramadan Cashless adalah salah satu langkah proaktif untuk meningkatkan pendedahan kepada peniaga bazar Ramadan kepada transaksi tanpa tunai (cashless) termasuklah kemudahan perkhidmatan DuitNow QR, katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Seramai 10 ibu tunggal, lapan duda dan lapan pesakit kronik menerima sumbangan daripada pihak pengurusan FELDA Jengka 24, dekat sini, hari ini.
Penyampaian sumbangan dilakukan Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud.
Razak berkata, sumbangan itu adalah bagi mengurangkan bebanan penerima menjelang bermulanya ibadat puasa, Selasa ini.
“Antara barangan yang diberikan kepada penerima adalah beras, gula, susu, minyak masak, biskut dan kurma.
“Adalah diharapkan dengan sumbangan ini akan dapat melengkapkan lagi bulan Ramadan tahun ini,” katanya.
Dia berkata, program penyampaian sumbangan itu adalah acara tahunan bagi FELDA Jengka 24, selain menyantuni warga peneroka kurang bernasib baik sepanjang bulan Ramadan.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Kira-kira 100 pelajar sekolah rendah di sekitar FELDA Jengka 24, di sini, menerima perkhidmatan gunting rambut percuma.
Program itu ditaja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKR), Gerakan Persatuan Wanita (GPW) dan Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) FELDA Wilayah Jengka.
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, selain menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma, semua kanak-kanak terbabit menerima alat tulis percuma pada program berkenaan.
“Program ini adalah acara tahunan dan setiap kali sesi persekolahan yang baru akan bermula, memang kita akan anjur program dan aktiviti seumpama ini.
“Sudah tentu melalui program gunting rambut percuma, kita dapat membantu meringankan sedikit bebanan ditanggung ibu bapa.
“Kita harap semua yang mendapat manfaat melalui program ini akan dapat menumpukan kepada persediaan lain untuk anak mereka,” katanya.
Razak memberitahu, semua usaha dan tajaan itu adalah hasil pengurusan kewangan baik diamalkan pihak pengurusan FELDA Wilayah Jengka, terutamanya FELDA Jengka 24.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Anak yatim Jengka 24 terima sumbangan wang dan keperluan sambut Ramadhan
JENGKA – Seramai 12 anak yatim dari FELDA Jengka 24 menerima sumbangan Tabung Anak Yatim FELDA berkenaan.
Idea penubuhan tabung itu datang daripada warga peneroka FELDA berkenaan bertujuan meringankan bebanan keluarga yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.
Penyampaian sumbangan itu dilakukan Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud.
Razak yang juga Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka berkata, kutipan tabung itu dibuat di masjid dalam kawasan FELDA Jengka 24.
“Tabung itu kita tempatkan dalam masjid di dalam kawasan FELDA ini bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan mereka.
“Setiap kutipan dari tabung itu, kita akan kumpul dan bahagikan kepada semua anak yatim yang layak.
“Ini adalah hasil inisiatif kami secara bersama dan menunjukkan semangat muafakat antara warga peneroka di sini,” katanya.
Razak berkata, sudah menjadi tradisi setiap kali menjelang Ramadan, pihak masjid akan mengagihkan bantuan kepada anak yatim di kawasan FELDA berkenaan.
Turut hadir pada majlis penyampaian sumbangan itu adalah pemangku Pengerusi Masjid FELDA Jengka 24, imam lshak Gani dan imam Ghani Hussin, Pengerusi GPW FELDA Jengka 24, Rogayah Said dan setiausaha JKKR, Zulmi Abd Rahman.
Razak daud yang juga ketua peneroka Felda Jengka 24 merangkap Pengerusi Gabungan masjid wilayah Jengka berkata selain daripada sumbangan wang ada juga barangan lain seperti beras ,minyak masak ,gula ,tepung dan susu bagi menringankan beban apabila menyambut Ramadan .
Hadir sama setiausaha masjid, Suhaimi Asmuni dan barisan ahli jawatankuasa masjid FELDA Jengka 24.
Menurutnya lagi pada tahun lepas sumbangan hanya bernilai rm200 dan pada tahun ini meningkat kepada rm700 atas sumbangan warga Felda Jengka 24 dan di masa akan datang lebih ramai lagi yang akan menyumbang .
Rata anak yatim yang menerima bantuan sangat berterima kasih dan gembira kerana ia dapat membeli persiapan bulan puasa dan menyambut raya kelak .-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!