TEMERLOH: Kira-kira 600 penduduk di Desa Murni, dekat sini bergotong-royong menghiasi setiap pintu gerbang di kampung berkenaan dengan Jalur Gemilang bersempena Hari Malaysia.
Penduduk menggunakan daya kreativiti masing-masing menggunakan bahan terbuang untuk mencantikkan semua pintu gerbang di kampung yang mempunyai enam blok itu.
Ketua Kampung Desa Murni, Mohamad Fazrul Ahmad, 34 tahun, berkata, kebanyakan hiasan menggunakan barang-barang terpakai seperti botol plastik, tayar lama, tempurung kelapa dan pelbagai lagi.
“Konsep hiasan ini tidak memerlukan modal besar, paling penting penduduk boleh menonjolkan idea kreatif mereka dan melakukannya secara gotong-royong.
“Kebanyakan hiasan tertumpu di pintu masuk setiap blok dan ia akan kekal untuk tatapan penduduk atau pengunjung ke kampung… sebelum ini pun banyak juga program kami buat, tapi program ini paling meninggalkan kesan kepada kami kerana ia adalah peluang terbaik meraikan sambutan Hari Malaysia, selain dapat membuktikan semangat cintakan negara,” katanya.
Bagi Ketua Blok 6, Mohd Rahimi Ibrahim, 53 tahun, selain menggunakan barang terpakai beliau bersama penduduk lain turut sepakat untuk mempamerkan barang-barang lama yang masih disimpan bagi tatapan generasi muda.
“Kami pamerkan sekali barang-barang lama dan antik dan setiap ahli yang ada barang lama, kami kumpulkan dan kita wujudkan satu galeri… mungkin anak muda kita tak pernah lihat batu giling, kita ada alat menangkap ikan… selain tu kita ada kukur nyior ada… kita ada periuk tembaga lama, jadi mereka (generasi muda) boleh tahu sejarah barang-barang lama ini,” katanya.
tamat
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Demi 89,916 tan durian, penceroboh haram mungkin diberi geran
KUALA LUMPUR – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) tidak menolak kemungkinan Kerajaan Negeri Pahang akan mengutamakan soal ekonomi terutamanya semasa pandemik Covid-19 dalam isu pencerobohan tanahnya.
Presidennya, Aminuddin Yahaya mendakwa kerajaan negeri akan membuat ‘deal’ tertentu dengan penceroboh haram tanah di Raub di mana bukan sahaja terlepas, bahkan mereka akan diberikan geran.
“Penceroboh-penceroboh ini kemungkinan besar bukan sahaja terlepas tetapi akan diberikan geran atau dibuat deal untuk membolehkan mereka meneruskan penanaman durian di tanah kerajaan tersebut.
“Akhirnya semua isu kesalahan yang dilakukan akan tenggelam dan penceroboh akan terus dilindung kerana menjana pendapatan untuk negara.
“Orang Melayu yang telah duduk di situ puluhan tahun memohon geran akan terus berputih mata,” katanya dalam satu kenyataan, malam semalam.
Menurut laporan Bernama baru-baru ini, negara merupakan antara pengeksport utama durian dunia.
Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), pengeluaran durian negara akan meningkat kepada 443,000 tan menjelang 2030 berbanding 384,170 tan pada 2019.
Pengeluaran durian mengikut negeri yang terbesar di Malaysia ialah Pahang dengan 89,916 tan, Johor (87,838 tan) dan Sarawak (34,650 tan).
Di Raub sahaja, pengeluaran Musang King meliputi kawasan penanaman seluas 11,201.2 hektar dengan pengeluaran 70,650 tan metrik bernilai RM1.3 bilion.
Lima destinasi eksport utama negara ialah Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, China serta Vietnam dan pada 2018, Malaysia mengeksport sejumlah 23,381 tan raja buah itu dengan nilai RM118.2 juta.
Kerajaan juga telah memperkenalkan program eco-tourism untuk menarik pelancong yang dinamakan Durio Tour @Raub 2020, yang dijangka dapat memberikan kesan positif terhadap permintaan durian sejuk beku di China, sekali gus meningkatkan nilai eksport durian negara.
Aminuddin menjangkakan lebih banyak tanah milik kerajaan negeri akan diteroka secara haram dan tiada tindakan diambil terhadap mereka kerana kerajaan lebih mengutamakan ekonomi daripada kedaulatan watan.
“Jika ini berlaku bermakna bukan saja 360,000 ekar yang telah diceroboh secara haram malah ratusan ribu ekar lagi akan dicerobohi kerana mereka tahu kerajaan “tidak berani” berbuat apa-apa,” katanya lagi. –
Sumber- MalaysiaGazette
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Menurut seorang pengguna media sosial Facebook, kejadian dialaminya ketika bercuti di Pulau Perhentian, sangat mengecewakan, baru-baru ini
Jika anda bercadang untuk bercuti ke pulau atau ke mana saja, terutama PULAU PERHENTIAN (melalui jeti Kuala Besut), pastikan kereta kesayangan anda diletakkan di kawasan meletak kenderaan yang disediakan atau membayar kepada ejen yang sah atau ulat yang MENJAGA di kawasan itu.
Apa tidaknya, gara-gara meletakkan kenderaan di kawasan disediakan, cuma lupa membayar kepada ejen atau ulat, kenderaan miliknya dicalarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
‘Ulat atau ejen sah tu perkara kedua… janji bayar untuk elak kereta tuan-tuan dicalarkan.
“Kejadian hari ini, tiga kereta sederet dicalarkan kononnya, kereta kami mengganggu aktiviti perniagaan… sebab menghalang pandangan dan menyusahkan laluan pintu keluar masuk ke kedai.
“Saya ke Jeti Kuala Besut jam 8 pagi tadi untuk 1 day trip ke Pulau Perhentian. Saya parking kereta di dalam petak berhampiran jeti di hadapan sebuah rumah kedai… tidak ada sebarang tanda dilarang parking di situ… penunggang motosikal tidak berhelmet yang ramai di situ pun tidak datang kepada saya melarang parking dan sebagainya.
“Balik dari pulau jam 5 petang. Saya dapati kereta saya sudah dicalarkan. Kereta lain yang turut jadi mangsa ialah jenis TOYOTA Vellfire dan MITSUBISHI Lancer Evo X (tak tau lah model mana atau Inspira convert
“Semoga tangan ghaib yang mencalarkan kereta kami mendapat balasan Allah,” katanya melalui hantaran pada akaun berkenaan.
Kita harap insiden seperti ini tidak berulang dan memohon kerjasama pihak berkuasa untuk melakukan rondaan lebih kerap di kawasan terbabit.
Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga perlu bertindak lebih proaktif dengan menyediakan lebih banyak ruang meletak kenderaan yang lebih selamat dan sistematik untuk memudahkan pengunjung, terutamanya pelancong serta memastikan keselamatan kenderaan mereka.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dicekup polis, geng Ysuku tak sempat kenduri ikan patin.
Polis menahan sembilan lelaki kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Pantai Timur, hari ini.
Sekumpulan lelaki yang melakukan aksi berbahaya ketika berkonvoi dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menikmati hidangan ikan patin di sini terkejut apabila ditahan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi Ops Samseng Jalanan hari ini.
Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aksi mereka dikesan kira-kira jam 11.15 pagi ketika sedang melakukan tunggangan dengan laju dan berbahaya seperti zig-zag dan menundukkan badan.
“Aksi sembilan lelaki itu dikesan bermula dari Kilometer (KM)105 sehingga KM115.
“Mereka dikatakan dari Kuala Lumpur ke Temerloh untuk makan ikan patin. Tidak lama kemudian, semua penunggang motosikal terbabit berhenti di Plaza Tol Temerloh sebelum ditahan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk siasatan.
Katanya, polis turut menyita kesemua motosikal Yamaha Y15ZR.
Tegasnya, kesemua yang ditahan kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber – sinar
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kes buli di SMK Kemahang 1, Tanah Merah, Kelantan.
Tiga suspek yang membelasah rakannya di asrama sekolah tersebut direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini dikeluarkan terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia 17 tahun itu
Ketiga-tiga suspek itu ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Berdasarkan keterangan awal remaja yang dibuli, ketiga-tiga suspek memukulnya kerana berang apabila dia cuba mempermainkan mereka dengan gurauan hendak belanja KFC.
Sumber – inforoadblock.
#SAHIH
#YANGPASTISAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid yang ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di sini, hari ini.
Nor Hidayah, 28, memberitahu, pembahagian faraid itu merangkumi rumah, kereta, wang tunai dan barang peribadi peninggalan Allahyarham suaminya.
“Alhamdulillah, urusan faraid dapat diselesaikan. Saya sangat berpuas hati dengan keputusannya. Pihak sebelah sana juga akan mendapat bahagian mereka.
“Antara harta yang difaraidkan adalah rumah, kereta, wang tunai dan barangan peribadi arwah seperti jam tangan, kamera dan telefon.
“Walaupun pihak di sebelah sana tidak hadir, namun, ia tidak mengganggu proses mahkamah kerana semua bahagian (faraid) sudah ditetapkan,” katanya kepada pemberita sebaik selesai prosiding tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini.
Prosiding itu dikendalikan secara tertutup.
Mengulas ketidakhadiran ibu mentua, Sabariah Arshad untuk hadir ke mahkamah berhubung kes tuntutan hak penjagaan anak, Nor Hidayah berkata, mahkamah menetapkan Oktober depan sebagai tarikh baharu.
“Saya harap pihak di sana dapat hadir ke mahkamah Oktober nanti,” katanya.
Mengenai wang RM10,000 yang dikeluarkan daripada akaun arwah suami seperti didakwa bekas adik ipar, pelawak Ali Puteh, Nor Hidayah mengaku melakukannya.
Namun, Nor Hidayah menafikan menggunakan wang itu untuk kegunaan peribadi.
“Saya ada mengambil wang RM10,000 tetapi saya masukkan ke dalam akaun anak saya. Saya tidak gunakan sesen pun,” katanya.
Mengulas spekulasi konon kereta mewah peninggalan Abam ditarik, Nor Hidayah menafikannya.
“Kereta masih ada… Dakwaan yang mengatakan kereta itu ditarik tidak benar. Tetapi, saya tidak mahu komen lebih-lebih,” katanya.
Sebelum ini, Nor Hidayah bersama dua peguam mengadakan sidang media tergempar di sini, bagi menjelaskan dakwaan dia membuat tuntutan saman terhadap bekas ibu mentuanya itu.
Peguam Mohamed Ibrahim Mohamad menjelaskan, pihaknya menafikan dakwaan itu dan menegaskan Sabariah yang memfailkan saman terhadap Nor Hidayah, Julai lalu.
Sebelum ini, menerusi siaran langsung di Facebook (FB) sebuah portal berita, Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menunjukkan surat saman yang dihantar peguam Nor Hidayah kepada ibunya.
Menjelaskan mengenai surat saman yang dinyatakan Ali Puteh, peguam syariah Fadhlina Siddiq menjelaskan, nama Sabariah turut tersenarai dalam tuntutan berkenaan sebagai pengesahan waris.
#sahih
#yangpastisahih
Sumber- New Straits Times Press (M) Bhd
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kapal terbang pengebom B-29 yang berlepas dari Pangkalan Udara Tinian di Guam, berada di ruang angkasa Hiroshima pada jam 8.15 pagi. Kira-kira 17 saat kemudian, bom atom (Uranium-235) dilepaskan dan seminit kemudian, bom yang dikenali sebagai Little Boy meledak di udara.
Sasaran awal adalah Jambatan Aioi, tetapi pusat ledakan adalah di atas Hospital Shima, bersebelahan Dewan Promosi Perindustrian Hiroshima yang kini dikenali sebagai Kubah Bom Atom. Natijahnya, kira-kira 60,000 orang terbunuh serta merta! Sesudah Hiroshima, tiga hari kemudian giliran Nagasaki pula menjadi mangsa kekejaman `Little Boy’.
Kira-kira 39 tahun kemudian (1984), statistik melalui Buku Rekod Kesihatan, melaporkan anggaran mangsa yang terbunuh di Hisroshima bertambah enam kali ganda, iaitu seramai 368,000 orang. Ramai yang mati selepas menanggung derita akibat kesan radioaktif bom atom.
Kejadian letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki sentiasa dikenang sebagai antara tragedi kemusnahan manusia dan alam paling menyayat hati.
Semalam adalah hari ulang tahun ke-60 kejadian itu. Di kebanyakan tempat dunia ini, sambutan diadakan dengan harapan tragedi itu tidak berulang.
Di Hiroshima, Kubah Bom Atom menjadi medan pertemuan rasmi bagi mangsa yang masih hidup untuk mengenang semula detik hitam itu.
Di Kuala Lumpur – Datuk Abdul Razak Abdul Hamid, 80, tidak pernah ketinggalan menyertai sambutan di Hiroshima sebagai tetamu kehormat kerajaan Jepun.
“Hanya tahun ini, saya tidak dapat ke Hiroshima kerana keadaan kesihatan isteri tidak mengizinkan. Sayu tidak dapat pergi.
“Setiap tahun, saya sentiasa menunggu tarikh 6 Ogos kerana seminggu sebelum itu, saya akan berada di sana untuk bertemu semula sahabat lama,” katanya.
Malaysia bertuah kerana tidak memerlukan orang Jepun mengisahkan semula peristiwa itu. Anak jati Pulau Pinang itu Razak adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dari Malaysia.
Peristiwa yang dirasakan seperti berlaku semalam itu baginya bukti kezaliman peperangan yang kerana hendakkan kuasa, sanggup membunuh manusia tidak berdosa.
“Zalim…saya hairan memikirkan manusia yang suka membunuh,” kata bekas mahasiswa Universiti Hiroshima itu ketika ditemui di rumahnya di Gombak, Selangor.
Mengimbas kembali kejadian itu, Abdul Razak bersama Pengiran Yusuf dari Brunei tekun belajar matematik dengan Profesor Hiroshi Toda dalam kelas.
Tiba-tiba terdengar bunyi siren. Semua kelam kabut berlari menyorok dalam lubang perlindungan. Kemudian siren berbunyi lagi menandakan keadaan selamat.
Sebaik saja pelajaran bersambung, terdengar bunyi yang sangat kuat. Boom! Bangunan kayu dua tingkat kelas itu runtuh dan turut terperosok di bawah runtuhan kayu.
“Saya tak tahu berapa lama tertimbus. Apabila sedar, saya nampak cahaya samar-samar lalu merangkak ke arah cahaya itu,” katanya yang cedera ringan di kepala.
Selepas berdiri tegak, Abdul Razak terpegun kerana keadaan sekeliling berjerebu dan sebahagian besar bangunan ranap menyembah bumi.
Toda menyuruh Abdul Razak pulang ke asrama, tetapi beliau sendiri tidak tahu mencari arah ke asrama.
Ketika berjalan mencari-cari, Abdul Razak bertemu rakannya dari Kelantan, Nik Yusuf Nik Ali. Seorang lagi rakan senegara ialah Syed Omar Aksagoff.
Nik menjerit: “Razak! Cepat balik tolong kawan-kawan di asrama.” Saya tanya: ”Awak macam mana? Nik berkata: ”Saya sihat, tak ada apa-apa.”
Rupa-rupanya hari itu adalah pertemuan terakhir dua sahabat karib itu. Nik Yusuf kemudian hilang begitu saja.
Selepas menemui asrama yang sudah menyembah bumi, Abdul Razak bertungkus lumus membantu rakan-rakan dan penduduk Jepun yang terselamat hingga petang.
Pada petang itu, berlaku kebakaran besar yang meragut nyawa mereka yang masih hidup.
“Saya nampak di seberang sungai, orang lari ke tebing tetapi dihalang arus deras. Api menggila seperti puting beliung mara menyambar mereka di tebing.
“Api itu seperti bermata, mara ke seberang sungai kawasan saya berdiri melalui sebuah jambatan,” katanya.
Abdul Razak yang melihat tragedi di seberang sungai tidak berdiam diri lalu berlari ke sebuah jambatan lain. Dengan izin Allah, ada sebuah rakit tertambat di situ.
Beliau bersama rakan-rakannya menaiki rakit yang hanya mampu menampung kira-kira 15 orang. Baki di daratan hangus dijilat api.
Di atas rakit pula, beberapa orang yang mungkin kerana terlalu dahaga meminta air. Abd Razak mencedok air sungai dan diberikan kepada orang itu.
Orang itu mati serta-merta selepas minum. Beberapa orang lain juga menerima nasib sama.
“Barang kali kerana air sungai ini penuh dengan mayat, banyak kuman dan perlu dipanaskan terlebih dulu. Tetapi selepas minum air yang dijerang, mereka juga mati.
“Walaupun saya enggan lagi memberikan mereka air, tetapi mereka kata, tak apa, biarlah kami mati asalkan dapat air,” katanya.
Apabila malam menjelma, barulah bantuan ubat-ubatan dan makanan dari tempat lain tiba.
Abdul Razak dan rakan-rakannya bernasib baik kerana seorang penduduk Jepun membawa mereka tinggal di rumahnya selama seminggu.
Pihak berkuasa Jepun kemudian mengesan mereka dan dibawa ke Tokyo. Ketika perjalanan, Syed Omar yang sakit ditinggalkan di Kyoto.
Tiga bulan kemudian, Abdul Razak mendapat tahu bahawa Syed Omar meninggal dunia.
Teka-teki kehilangan Nik Yusuf pula berakhir apabila Abdul Razak menemui nama Nik Yusuf Nik Ali-Malaya di kawasan perkuburan mangsa Hiroshima.
Di Tokyo, hampir sebulan Abdul Razak menerima rawatan kerana kekurangan sel putih dan selepas Jepun menyerah kalah, Amerika Syarikat menguasai negara itu.
Pegawai Amerika Syarikat menemu bualnya dan oleh kerana tidak ada siapa lagi yang menaja pembelajarannya, beliau disuruh pulang ke Malaya.
Setiba di rumah keluarganya di Kampung Baru pada Disember 1945, keadaan kecoh kerana tiada siapa menyangka beliau masih hidup.
Hari ini, peperangan yang berlaku di sana-sini dan bencana alam seperti tsunami menyebabkan Abdul Razak, mudah terkenang balik tragedi Hiroshima dan Nagasaki.
Beliau juga tidak mudah melupakan kata-kata seorang tentera Jepun yang marah kerana negaranya menyerah kalah selepas peristiwa dahsyat itu.
“Razak, kau balik ke negara kau yang makmur, tetapi 20 tahun lagi, Jepun akan bangun semula,” Terbukti kata-kata itu benar. Jepun sudah lama bangkit dari debu kemusnahan.
sumber video -blog soscili
#sahih
#yangpastisahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dalam banyak-banyak keris peninggalan Arwah Aki Mat Kilau , saya tertarik dengan keris Sepukal ini yang seakan Sundang. Keris ini asalnya kepunyaan Ayahandanya iaitu Tok Gajah dan diamanahkan kepada Mat Kilau ketika berusia 16 Tahun.
Keris ini adalah 100 peratus Keris Tempa Pahang yang biasanya digunakan untuk menusuk, menikam dan menghunus.
Keris Mat Kilau ini bukan sahaja untuk menikam, tapi boleh digunakan untuk menghiris kerana kedua mata bilahnya tajam.
Agaknya inilah keris digunakan Mat Kilau ketika membunuh 9 orang musuh sekaligus dalam satu pertempuran suatu ketika dahulu.
Wallahu’alam.
Jika diperhatikan, keris ini memiliki titik bulat berwarna putih, dekat belalai gajah dan aring.
Titik bulat itu diperbuat daripada bahan logam Perak yang dipercayai mempunyai kuasa bagi memusnahkan ilmu kebal.
Hulu keris itu pula diperbuat dari Kayu Kemuning Hitam yang mempunyai banyak khasiat, antaranya sebagai penawar racun.
Sewaktu Mat Kilau mengasingkan diri di Siam (Selatan Thailand), keris ini disembunyikan di dalam tempayan selama kira-kira 30 tahun, sebelum digali semula.
Tujuannya adalah bagi merahsiakan identiti sebenar beliau memandangkan ketika itu, keris ibarat pengenalan diri kerana melalui reka bentuk keris sudah dapat mendedahkan identiti, pangkat dan tempat asal usul pemiliknya.
Gambar Arwah Aki Mat Kilau diambil pada Tahun 1969, keris yang tersisip di pinggang Arwah itu adalah keris yang sama di dalam gambar.
Sewaktu Mat Kilau keluar daripada persembunyian dan mendedahkan identitinya pada tahun 1969, keris itu diserahkan kepada menantu yang juga anak muridnya, Arwah Abu Bakar, dan kini dijaga cucunya, Alhamadi Abu Bakar (guru utama Seni Silat Tapak Setia Suci-Warisan Mat Kilau) yang menetap di Kuantan.
Bissirril Al-Fatihah Arwah Aki Mat Kilau Pahlawan Melayu Pahang.
Gagah perkasa Dato Laksamana Keris sebilah tersisip di pinggang Pahlawan berani bijak laksana Berundur langkah ia berpantang
Sauh dilabuh ke arah hilir Kapal bermalam di Tanjung Tuan Peluh bercucur darah mengalir Kerana bangsa rela terkorban
Terbang helang ke atas angkasa Tiba di awan menyongsong pergi Terbilang negara ternama bangsa Jasa pahlawan dijunjung tinggi.
Sumber – Admin
www.sahih.com.my
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang Pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad telah berangkat melawat negeri Pahang pada hari Sabtu, 7hb Jun 1958. Baginda telah berangkat tiba menaiki keretapi di stesen keretapi Mentakab dan disambut oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah.
Baginda telah menghilir Sungai Pahang dari Temerloh dan disambut di pangkalan Pekan oleh KDYMM Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muazzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah. Satu majlis Santapan Diraja telah diadakan di sebelah malam di Istana Kota Beram.
Pada keesokan harinya iaitu pada hari Ahad, 9hb Jun 1958, satu temasya menangkap ikan telah diadakan di Sungai Pahang selama enam jam.
Menurut laporan akhbar @beritaharian di sebalik keseronokan rakyat yang turut serta menangkap ikan pada hari tersebut, suatu peristiwa telah menggemparkan orang ramai ketika itu apabila seekor buaya muncul di Tanjung Langgar, 7 kilometer dari Pekan.
Pada sebelah malamnya, Rombongan DiRaja telah berangkat ke kediaman Menteri Besar, Dato’ Abdullah bin To’ Muda Haji Ibrahim untuk satu majlis santapan.
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berangkat ke Terengganu pula pada hari Isnin, 10hb Jun 1958.
Kredit- House Of Pahang
#sahih
#yangpastisahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Polis berjaya memberkas seorang wanita Rohingya dipercayai ketua geng samun tepi jalan dan pecah rumah, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, tangkapan dibuat hasil soal siasat dijalankan terhadap enam suspek dipercayai ahli kumpulan sama yang ditahan sebelum ini.
“Susulan tangkapan tiga lelaki dan tiga perempuan warga Myanmar itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara akhirnya berjaya mengesan danmenangkap ketua geng samun dikenali Geng Jahan yang diburu sejak minggu lalu.
“Wanita berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Homestay Jalan Sri Bayu Pantai Morib di Taman Ria Jenjarom.
“Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun … mereka ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari IPD Klang Utara yang dibantu pasukan D8 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada jam 2.30 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek yang dipercayai ketua kumpulan itu, positif dadah jenis Methamphetamine.
Nurulhuda berkata, susulan penahanan itu, polis merampas sebuah kereta jenis PROTON Wira warna hitam; surat pajak gadai; beg pelbagai jenama; telefon bimbit pelbagai jenama; kad prabayar dan wang tunai, termasuk mata wang asing.
“Suspek (wanita) direman empat hari bermula semalam hingga 8 September ini, manakala suspek lelaki warga tempatan yang dipercayai bertanggungjawab memajak emas yang dicuri geng samun itu, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Rabu lalu, polis menahan enam warga Myanmar, termasuk tiga wanita, disyaki ahli Geng Jahan yang aktif melakukan jenayah samun serta pecah rumah di sini dan beberapa daerah sekitar.
Jumaat lalu, polis menahan dua suspek di sebuah hotel bajet di bandar Klang, serta merampas sejumlah barang kemas dipercayai hasil kegiatan samun dan pecah rumah.
Polis turut menahan empat lagi suspek di sekitar Klang dan Kuala Langat, selain merampas sejumlah barang kemas sudah dipajak oleh kumpulan itu di dua kedai pajak dekat Teluk Panglima Garang.
SUMBER- HARIAN METRO
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!