LANGKAWI – Pesawat Penerbangan Malaysia MH1432 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi membawa kumpulan pertama pelancong tempatan yang lengkap divaksin dari Kuala Lumpur pada pukul 10.40 pagi Khamis.
Pesawat Boeing 737-800 itu membawa 159 penumpang di bawah projek gelembung pelancongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.
Sebaik pesawat ini mendapat pancutan air di ada kan sebagai simbolik menyambut gelembung pertama ke Langkawi.
Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Nancy Shukri, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, pengerusi jawatankuasa pelancongan negeri Mohd Firdaus Ahmad dan ketua eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib.
Di Jangka lebih 2,500 lagi pelancong akan tiba di Langkawi hari ini melalui udara dan laut.
DI harap semua pelancong dan pengusaha pelancongan akan mematuhi SOP dengan ketat bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA KRAU: Seramai 184 penduduk Orang Asli di Kuala Krau, Temerloh yang positif Covid-19 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Sekolah Kebangsaan Penderas.
Pusat tersebut yang dibuka semalam dijangka menerima penambahan pesakit ekoran tujuh perkampungan masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit telah mencatatkan 1, 133 pesakit Covid-19 dengan merekodkan empat kematian.
Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, PKRC berkenaan setakat ini mampu memuatkan kira-kira 500 pesakit di asrama dan kelas yang diubahsuai.
Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Mahdzir ketika melawat PKRC tersebut sambil memberi sumbangan kepada mangsa, di Kampung Penderas, Kuala Krau, Termeloh, hari ini.
“Kementerian telah memutuskan menggunakan sekolah ini atas kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk sebagai pusat PKRC dan rawatan Covid-19.
“SK Penderas ini majoriti muridnya daripada masyarakat Orang Asli yang bersekolah di sini, oleh itu sesuai dijadikan pusat kuarantin bagi yang terkena covid-19, malah tidak perlu keluar jauh untuk mendapat rawatan, kementerian ini akan membantu sedikit sebanyak peruntukan untuk pusat ini beroperasi,”katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja ke PKRC itu.
Katanya, PKRC itu akan terus beroperasi sehingga kes positif Covid-19 di lokaliti berkenaan diistiharkan tamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihaknya akan kerjasama dengan pelbagai agensi untuk menyalurkan bantuan terutama bagi mereka di kawasan luar bandar yang terkesan Covid-19.
Turut hadir, Timbalan Menteri KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri Dalam Negeri 1 yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Sapiah Dato’ Mohd Nor.
Sebelum ini, perkampungan Orang Asli Kampung Penderas dikenakan PKPD bermula 10 hingga 25 September selepas 120 penduduk dijangkiti wabak Covid-19.
Antara perkampungan turut terjejas wabak Covid-19 di kawasan parlimen berkenaan, Kampung Terbol, Kampung Pian, Kampung Paya Pelong, Kampung Lubuk Wong, Kampung Pasu dan Kampung Paya Mendoi.
Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini, 134, 494 masyarakat orang asli telah menerima vaksin dengan 50,734 orang telah lengkap kedua-dua dos termasuk suntikan satu dos vaksin Cansino dan 77,494 orang menerima dos pertama.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG: Dua belas warga negara tempatan berusia 20 tahun hingga 58 tahun dikenakan kompaun kerana gagal mengemukakan permit kebenaran rentas negeri yang sah daripada pihak polis.
Kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) itu dilakukan oleh mereka yang dipercayai dari arah Kuala Lumpur menghala Genting Highlands, Pahang semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar, 10 lelaki dan dua wanita itu diperiksa sepasukan pegawai dan anggotanya ketika melakukan pemantauan Op Covid-19 di Kilometer 17 pos Kee Sang, Genting Highlands.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar
Ekoran itu, kompaun dikeluarkan kepada mereka di bawah peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021, di mana sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan bayaran sebanyak RM5,000.
“Tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang masih mengambil mudah dan gagal mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.
Oleh itu, beliau turut menyeru agar orang ramai berganding bahu bersama mengikut SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Pandemik Covid-19.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia berjaya merampas 50 unit disyaki sumbu badak yang dianggarkan bernilai RM30 juta dalam satu operasi 9 September lalu..
Kenyataan media yang dikeluarkan hari ini menyatakan PERHILITAN berjaya menahan dua orang suspek warganegara Malaysia yang menjadi dalang sindiket tersebut.
“Hasil pemeriksaan ke atas dua orang suspek warganegara Malaysia tersebut telah menemui dan merampas sumbu badak dibawah Operasi Bersepadu Khazanah ( OBK) Zon Tengah pada 9 September lalu.
” Kedua dua suspek di tahan di bulatan Masjid KLIA Sepang, Selangor kerana melakukan jenayah yang melibatkan penyeludupan hidupan liar,” katanya.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas dua orang suspek tersebut, PERHILITAN telah menemui 50 unit disyaki sumbu badak yang dianggarkan bernilai RM30 juta.
“Turut dirampas adalah sebuah lori dan dokumen berkaitan penyeludupan sumbu badak.
“Kejayaan operasi yang dijalankan oleh anggota Jabatan PERHILITAN itu adalah hasil daripada aktiviti risikan secara berterusan oleh unit khas,” katanya.
Katanya, berdasarkan rekod Jabatan PERHILITAN, kejayaan hasil rampasan kali ini adalah yang terbesar dalam tempoh lima tahun bagi sitaan sumbu badak.
” Spesies-spesies badak serta bahagiannya adalah dilindungi dan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan liar 2010 [Akta 716].
” Ia juga disenaraikan di bawah Apendiks I dalam Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam [Akta 686] di mana spesies- spesies ini tidak boleh diperdagangkan sama ada diimport atau dieksport bagi tujuan komersial,” katanya.
” Terdapat lima kes berkaitan dengan penyeludupan yang melibatkan 96 unit sumbu badak telah direkodkan oleh Jabatan PERHILITAN dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
” Kesemua 50 unit disyaki sumbu Badak ini akan dijalankan analisis Deoxyribonucleic Acid atau DNA oleh Makmal Forensik Jabatan PERHILITAN bagi mengenalpasti sumber asal sumbu badak tersebut sama ada ia daripada spesies badak tempatan atau luar negara, ” katanya.
Beliau berkata, walau bagaimanapun, setakat ini sumbu badak tersebut adalah disyaki diseludup dari luar negara.
” Kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 68, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu menyimpan mana- mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.
” Jika disabit kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua- duanya sekali.
Beliau berkata, pihak Jabatan PERHILITAN memberi amaran tegas kepada mana- mana individu yang menjalankan aktiviti pemburuan haram dan jenayah hidupan liar agar menghentikan serta merta aktiviti terbabit atau bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang yang tegas.
Katanya, Jabatan PERHILITAN menyeru keprihatinan dan kerjasama agensi- agensi penguatkuasa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta serta orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah hidupan liar dalam usaha melindungi khazanah biodiversiti agar tidak diancam kepupusan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengurangkan jumlah prosedur operasi standard (SOP) sebanyak 94.5 peratus bagi memudahkan pemahaman dalam kalangan masyarakat.
Pengurangan jumlah SOP daripada 181 ketika ini dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, dengan mengambil kira faktor tertentu selari peralihan negara ke fasa endemik, menjelang penghujung Oktober ini.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika mengumumkan perkara itu mengakui bahawa rangkaian SOP sedia ada, sejak penularan jangkitan COVID-19 melanda Malaysia pada awal Januari tahun lalu mengundang pelbagai kekeliruan.
Sehubungan itu, katanya, jawatankuasa kuasa membabitkan empat kementerian yang ditugaskan memperincikan langkah penyesuaian dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) membendung penularan COVID-19 ketika negara menuju ke fasa endemik sepakat untuk merintis usaha ke arah memudahkan SOP sebagai persiapan beralih ke fasa berkenaan.
Jelasnya,lagi Perdana Menteri akan membuat satu pengumuman dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Turut hadir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Hishammuddin berkata SOP baharu yang bakal dirangka dan dihebahkan kepada orang ramai itu akan selaraskan membabitkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan.
Jelasnya, setiap kementerian kemudian akan mengeluarkan perincian sama, menggunakan platform masing-masing supaya memudahkan pemahaman dalam kalangan masyarakat.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari mengikirakan pencapaian Soh Wooi Yik yang memenangi pingat Gangsa dalam acara berpasukan lelaki pada sukan Olimpik 2020 Tokyo baru-bar ini dengan menyerahkan insentif wang tunai berjumlah RM50, 000.
Biarpun Wooi Yik tampil buat pertama kali pada sukan Olimpik 2020 Tokyo berganding dengan Aron Chia.
Dalam kejohanan itu gandingan negara itu tidak gentar menunjukkan bergu pilihan Utama bagi membolehkan pasangan itu merangkuk pingat Gangsa yang juga pingat sulung negara pada temasya itu.
Bakat Wooi Yik dalam sukan badminton bermula sejak dia di bangku persekilahan lagi dan atlet Wilayah Persekutuan itu mencipta nama di peringkat tempatan dan juga antarabangsa sehingga mencapai kejayaan terbesar di sukan Olimpik pada bulan lepas.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menyampaikan insentif RM50, 000 hari ini sambil di saksi kan Timbalanya Datuk Seri Jalaludin Alias.
Penyampaian insentif ini adalah untuk meraikan dan mengikirakan usaha gigih pemain badminton, Soh Wooi Yik yang berganding dengan Aron Chia yang menghadiahkan pingat Gangsa buat Malaysia.
Ujarnya beliau amat hargai penghargaan ini dari Wilayah Persekutuan sebab dari kecil Wakil Wilayah sudah lama dekat 10 tahun so Wilayah bagi podium yang berkualuti banyak support sejak belum saya masuk ke nasional team dan amat terima kasih dan hargai.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA – Agihan kadar dividen Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) di bawah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFSU) bagi tahun kewangan berakhir 2020 adalah sebanyak lapan peratus.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, DPK mencatatkan keuntungan sebanyak RM9.05 juta dengan keseluruhan nilai agihan dividen adalah berjumlah RM7.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.
“Saya mengucapkan syabas kepada pengurasan yang telah menunjukkan satu pengurusan yang cekap walaupun dalam keadaan covid negara tidak menggalakkan tetapi masih berjaya mencatatkan mampu memberi dividen sebanyak 8.0 tahun ini”
Beliau berkata, DPK mampu memberikan pulangan yang kompetitif dan melebihi kadar inflasi secara konsisten dengan purata dividen sebenar sebanyak 8.8 peratus bagi lima tahun secara berturut-turut semenjak 2016 serta mencatatkan keuntungan konsisten setiap tahun dengan margin untung bersih melebihi 80 peratus.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Agihan Dividen SPKP, DPK NAFAS 2020 di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan hari ini.
Menurut Dr. Ronald, ahli-ahli pertubuhan peladang di seluruh negara digalakkan untuk melabur bersama SPKP, DPK bagi menikmati pelbagai manfaat tambahan dalam membantu meningkatkan sumber ekonomi warga tani sekaligus mengukuhkan sektor pertanian negara secara keseluruhannya.
Pada masa yang sama katanya, pertubuhan peladang juga digalakkan untuk menambah jumlah pelaburan sedia ada yang dapat memberikan manfaat pulangan terbaik untuk seluruh ahlinya.
DPK sejak dilancarkan pada 17 Disember 2012 sehingga Jun 2021 telah menguruskan aset lebih RM210 juta.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR -Sebanyak 0.009 peratus, atau 90 per satu juta populasi negara ini meninggal dunia akibat COVID-19, biarpun selesai menerima dua dos lengkap vaksinasi,
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah berkenaan, 81 peratus mempunyai penyakit komorbiditi, serta 80 peratus daripada mereka berusia atas 60 tahun.
Menurut nya ,cara terperinci bahawa vaksin work, vaksin safe life tak kira jenis ape tak kira jenis apa pun, ia akan beri perlindungan bagi kita, tetapi masih berlaku sedikit breakthrough death. Kita dapati bahawa dos lengkap, daripada populasi negara, yang dapat dua dos lengkap tetapi meninggal dunia adalah 0.009% 90 per one million population
Beliau berkata, biarpun itu adalah situasi yang berlaku di seluruh dunia, peratusan yang dicatatkan itu menggambarkan vaksinasi di negara ini berkesan, tanpa mengira jenis vaksin.Tak kira jenis apa pun, ia akan beri perlindungan bagi kita, tetapi masih berlaku sedikit breakthrough death.
Veluau berlata pada sidang media di Putrajaya petang tadi.
Khairy berkata, dengan data ini, beliau berharap agar masyarakat dapat terus memberi keyakinan serta terus mendapatkan perlindungan daripada COVID-19 melalui program vaksinasi sedia ada-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara, Langkawi mulai 16 September ini.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata antara SOP berkenaan ialah destinasi itu boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Jelasnya,tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap DI Vaksinasi, walau bagaimanapun tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan PKPD.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pembukaan Semula Sektor Pelancongan Langkawi, di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di Kuala Lumpur.
Turut hadir, Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Santhara dan Ketua Setiausahanya, Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat.
Nancy turut berkata, perlindungan insuran dan saringan COVID-19 tidak diwajibkan kepada semua pelancong yang akan mengunjungi pulau itu.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR- Dua jaguh sukan paralimpik, Abdul Latif Romly dan Cheah Liek Hou tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini.
Pesawat yang membawa pemenang pingat emas acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) dan badminton perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) mendarat di KLIA pukul 4.30 petang.
Liek Hou, merupakan penyumbang pingat emas kedua negara pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo selepas menewaskan pemain Indonesia, Anrimusthi Dheva, 21-17, 21-15 pada perlawanan akhir perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), di Yoyogi National Stadium.
Manakala Abdul Latif, anak muda kelahiran Perlis ini pula terus mengharumkan nama negara di persada dunia apabila berjaya memenangi pingat emas bagi Acara Lompat Jauh T20.
Mereka di sambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!