PETALING JAYA: Anwar Ibrahim sah Perdana Menteri Ke-10. Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, keputusan itu dibuat setelah mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.
“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (Ahli Parlimen P.063, Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.
Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang hari ini di Istana Negara. – UTUSAN
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ahli-ahli Parlimen BN ‘langgar’ titah mengadap Agong, sukarkan proses demokrasi
KUALA LUMPUR: Ahli- ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) gagal hadir atas titah mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan 30 MP BN untuk mengadap baginda di Istana Negara hari ini.
Dalam satu kenyataan kelmarin, 22 November 2022, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, sesi mengadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi ini.
Proses ini bertujuan supaya baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Baginda juga meminta dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan bakal Perdana Menteri ke-10 selesai.
Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terus memberi maklum balas mahu menangguhkan titah Agong berkenaan, tiada keputusan penangguhan dari Istana Negara.
Namun apa yang berlaku hari ini, hanya tiga pemimpin kanan BN yang hadir pada jam 10.40 pagi iaitu Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohammad Hasan; serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Dua calon BN yang menang di Parlimen masing-masing datang menghadap dipercayai dengan SD yang ditandatangani sebelum PRU15 namun dikatakan 10 MP telah menarik balik SD berkenaan.
Menjunjung tinggi kedaulatan Raja Berpelembagaan, seeloknya hadir menghadap, mungkin peluang untuk meluahkan ketidakpuasan di hati.
Rakyat menilai sikap calon yang menang, belum masuk Parlimen sudah menunjukkan sikap penentangan.
Prof Madya Dr Salawati Mat Basir
Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata, apabila mereka tidak hadir ia menyukarkan urusan proses demokrasi.
“Walaupun mereka minta penangguhan namun bergantung budi bicara Agong, kita belum terima keputusan Istana Negara tetapi mereka tidak datang.
“Seeloknya datanglah menjunjung titah Agong, apabila Agong suruh datang datanglah sebab itu sebahagian demokrasi.
“Apabila tak laksanakannya, ia menjurus kepada derhaka kerana menyusahkan proses demokrasi tidak berlaku,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Datuk Nadzim Johan
Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan mempersoalkan sikap wakil rakyat yang dipilih rakyat apabila awal-awal sudah lupa adab dengan Raja.
“Permudahkan urusan bukan sukarkan, jika tidak puas hati dengan mana-mana individu sewajarnya tidak meletakkan titah Agong di belakang.
“Tiada alasan untuk menolak titah Agong, jika kena COVID-19 sekalipun hantarlah sijil sakit, kalau rakyat penjawat awam sakit bukan main lagi tuntut MC,” katanya.
Pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) dan wakil pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat telah meninggalkan Istana Negara pada jam 11.30 pagi setelah selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sementara itu, GPS pula terdiri daripada Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi tiba di Pintu 2 Istana Negara pada jam 11 pagi dan meninggalkan Istana Negara pada jam 11:56 pagi.
Semua pemimpin tersebut sama ada BN dan GPS tidak memberhentikan kenderaan serta memberi sebarang kenyataan kepada media.
Sumber : Media Variasi
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PRU15: Ismail Abd Muttalib berjaya pertahan Maran atas tiket PN
KUANTAN: Penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 1,821 undi.
Beliau memperoleh 19,600 undi menewaskan pencabarnya, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dari Barisan Nasional (BN) yang hanya meraih 17,779 undi.
Manakala calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Shuhor Awang hanya meraih 3,547 undi dan calon Bebas, Muhamad Hafiz Ishak mendapat 166 undi.
Pada PRU14 lalu, Ismail memenangi kerusi terbabit atas tiket Barisan Nasional (BN) menewaskan pencabarnya dari Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sumber : Astro Awani.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perikatan Nasional menang 3 kerusi DUN dan Parlimen Jerantut
Foto atas : dari kiri ke kanan – Pemenang DUN Damak, Zuridan Md Daud, DUN Tahan, Mohd Zakhwan, pemenang parlimen Jerantut, Ir Khairil NIzam dan DUN Pulau Tawar, Yohanis Ahmad.
JERANTUT – Parlimen Jerantut (P081) dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN) disambut dengan sujud syukur sejurus diumumkan menang pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-15, kali ini.
Keputusan PN menyapu bersih kerusi Parlimen Jerantut (P081) dan tiga kerusi diumumkan oleh Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) oleh Khairun Nissa Aris, di Dewan Majlis Daerah Jerantut, awal pagi hari ini.
Kerusi Parlimen Jerantut dimenangi oleh Ir Khairil Nizam Khirudin (PN) mendapat 31,701 undi menewaskan Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (PH) mendapat 11,444 undi dan Datuk Zukarmi Abu Bakar (BN) menerima 23,609 undi. Khairil menang dengan majoriti 8,092 undi
Manakala, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PN) mendapat undi 8,777 undi dan menang dengan majoriti 2,014 mengekalkan kerusi DUN Tahan (N09) buat penggal kedua dengan menewaskan Mohd Abd Talib Mohd Tahar (PH) 724; dan Faezah Ishak (BN) dengan 6,763 undi.
Dengan majoriti 2,296, Zuridan Md Daud (PN) menang buat kali kedua dengan 10,883 undi, menewaskan Muhamad Fasal Jamlus (BN) dengan 6,655 undi; Mohamad Rafly Mohd Satar (PH)-8,587 dan calon Bebas, Izzuddin Ismail (82 undi).
Lebih mengejutkan keputusan PRU kali ini, di DUN Pulau Tawar (N11), calon BN, Datuk Nazri Ngah tewas dengan mendapat undi 9,499; kepada Yohanis Ahmad (PN) mendapat 12,986 undi dan menang dengan majoriti 3,487; manakala, Norani Muhd @ Mohd Arshad (PH) – 1,091; Mohd Rosidi Hassan (PEJUANG) – 50 undi dan Ridzuan Mansor (BEBAS)-544 undi.
Sementara itu, Yohanis Ahmad (PN) sangat berterima kasih kepada semua jentera parti serta pengundi DUN Pulau Tawar yang memilihnya.
“Saya akan menggalas tangungjawab dan amanah yang diberi, Insya Allah akan cuba menyelesaikan semua isu yang ada di DUN ini.
“Kemenangan dengan 4 kerusi termasuk Parlimen Jerantut menunjukkan pengudi di Jerantut sudah mula mahu satu perubahan di Pahang,” katanya ketika ditemui selepas diumumkan menang malam tadi. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jika ditanya apa yang calon Barisan Nasional (BN) Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin mahu, sudah tentu jawapannya ialah pembangunan yang boleh dibanggakan.
Beliau mahu melihat Maran yang lebih maju, berdaya saing dan memiliki kemudahan seperti daerah lain.
“Secara asasnya saya mahukan Maran yang lebih maju, mempunyai infrastruktur lebih baik dan kemudahan setanding dengan tempat lain.
“Di sebalik kemajuan dan pembangunan ini, semuanya tidak bermakna tanpa peluang pekerjaan untuk ditawarkan kepada anak tempatan.
“Jadinya, pembangunan dan perkembangan ekonomi perlu seiring supaya semua dapat menikmati limpahan peluang yang ada,” katanya.
Shahaniza menjelaskan pengukuhan jenama Maran itu sendiri sangat penting supaya semua warga daerah ini dapat menumpang bangga apabila nama Maran disebut.
“Ini bukanlah impian saya seorang, tapi impian semua penduduk di Maran tanpa mengira penyokong parti mana.
“Oleh itu saya mengajak semua pihak, tak kira penyokong PAS, MCA, MIC, AMANAH, PKR, DAP, Bersatu dan UMNO sendiri, untuk ketepikan perbezaan dan bersama bersatu hati memberi kepercayaan kepada saya.
“Sudah tentu saya akan berusaha membawa perubahan ke daerah Maran yang kita sayangi ini,” katanya lagi.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PRU15: 56 pelombong emas berlesen di Lipis, pendapatan cecah RM10,000
LIPIS – Sebanyak 56 lesen diluluskan oleh Kerajaan Pahang bagi pengusaha lombong emas di bawah Skim Pelombong Kecil (SPK) di tiga buah kampung di kawasan Padang Tengku, Lipis tahun ini.
Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN) Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebanyak 68 permohonan lesen sedang menunggu kelulusan, membabitkan Kampung Petola, Kampung Dada Kering dan Kampung Pagar Sasak di Padang Tengku.
“Diharapkan pemohon lesen di tapak berkeluasan di bawah 4.05 hektar bersabar kerana dalam tempoh ini kerajaan negeri dan Pahang Mining Corporation (PMC) masih tidak mengadakan mesyuarat kerana berdepan PRU15.
“Namun, perkara ini sudah ada dalam pengetahuan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerana calon BN DUN Padang Tengku, Datuk Mustapa Long sendiri menghantar permohonan berkenaan.
“Menteri Besar juga maklumkan lesen melombong akan diluluskan dalam masa terdekat,” katanya selepas program Sehari Bersama Pekebun Kecil Makmur dan penduduk Asli majlis di Kampung Dada Kering dekat sini hari ini.
Beliau yang juga penyandang kerusi Lipis, berkata SPK ditawarkan kepada 56 pengusaha di tiga buah kampung tersebut pada Jun lalu.
Katanya, SPK diwujudkan kerana kerajaan menyedari terdapat pelbagai kekangan seperti keperluan permohonan melombong yang ketat, tempoh proses yang lama, kos pengendalian yang tinggi dan kesan ke atas alam sekitar.
“Melalui pelaksanaan SPK kelak, aktiviti perlombongam boleh dilaksanakan secara berkelompok termasuk menggabungkan atau perkongsian antara pengusaha dengan tanah pemilik bersebelahan untuk menjimatkan kos pengendalian.
“Kerajaan negeri dan PMC sentiasa memantau pengoperasian lombong menjadi lebih teratur menerusi pengeluaran Sijil Pelesenan Melombong (SPL) yang mengutamakan aktiviti perlombongan mesra alam untuk memberikan kesan yang minimum kepada alam sekitar,” katanya.
Katanya, kerajaan negeri turut menerima permohonan daripada pengusaha lombong tersebut untuk mendapatkan peralatan tambahan seperti jengkaut dan pam air bagi kerja melombong menerusi Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung tersebut.
“Permohonan juga daripada pengusaha berkenaan bagi kebenaran mendalamkan operasi cari gali kepada kedalaman enam meter berbanding tiga meter sebelum ini juga telah diterima dan kerajaan negeri dan PMC dalam pertimbangan kelulusan selepas PRU15 ini,” katanya.
Beliau berkata, usaha meluluskan lesen melombong di bawah SPK kerana kerajaan negeri amat prihatin untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, malah menyedari kampung tersebut berpotensi sebagai kawasan pengeluaran emas secara komersial.
“Buat permulaan sejak memperoleh lesen, ada kalangan pengusaha di sini memperoleh pendapatan bulanan kira-kira RM10,000 dan dijangka meningkat sekiranya usaha cari gali diperdalamkan dan perluasan kawasan operasi,” katanya.
Sumber : Astro Awani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang) • Pahang (Rompin) • Selangor (Kuala Langat dan Sepang) • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) • Melaka • Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Kota Tinggi) • Sarawak: Kuching (Lundu dan Kuching) • Sabah: Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga 10:00 pagi; Khamis, 17 November 2022.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 7:35 pagi, 17 November 2022
#ributpetirmetmalaysia
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
#metmalaysia
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Pacuan empat roda yang terbabas ke dalam semak susulan kejadian itu. – Foto PDRM
BENTONG Sepasang suami isteri masing-masing berusia 26 tahun maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25, Jalan Bentong ke Raub dekat sini hari ini.
Kejadian berlaku pada jam 5 pagi hari ini dan pasangan tersebut maut di tempat kejadian setelah motosikal mereka terbabas lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan polis mendapati mangsa bersama rakannya yang lain masing-masing menunggang dua motosikal
“Pasangan itu balik ke rumahnya di Kampung Sungai Miak, Karak selepas menghadiri majlis perkahwinan di Lurah Biut dekat sini.
“Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal pasangan berkenaan cuba memotong motosikal di hadapan nya lalu terbabas ke laluan bertentangan,” katanya.
Katanya, motosikal pasangan berkenaan kemudiannya bertembung bahagian sisi dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 49 tahun tahun dari Johor memandu ke arah Raub.
Menurut Zaiham, pasangan suami isteri itu disahkan oleh petugas perubatan di tempat kejadian, manakala dua lagi pembonceng menerima rawatan di Hospital Bentong.
Katanya, pemandu kenderaan pacuan itu tidak mengalami kecederaan. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang melihat kejadianitu diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk membantu siasatan,” katanya.
Sumber : Awani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tiga maut, kanak-kanak cedera kemalngan di KM 165.8 LPT
MARAN: Tiga maut manakala seorang kanak-kanak cedera apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabas di kilometer 165.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuala Lumpur, pagi ini.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pada jam 8.10 pagi dan seramai lapan anggota digegaskan ke lokasi kejadian.
“Berikutan kejadian itu, dua wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa maut di lokasi kejadian. Manakala seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan.
“Pasukan bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kereta menggunakan peralatan khas,” katanya.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala kanak-kanak yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan susulan.
Ismail turut berkata, identiti mangsa masih belum diketahui setakat ini.
Sumber : Awani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dia sebagai caretaker kepada kerajaan negeri Pahang perlu mendapatkan pandangan daripada sudut perundangan sebelum mengisytiharkan cuti pada 18 November ini.
Namun, kerajaan negeri memang berhasrat untuk selari dengan kerajaan Persekutuan untuk menetapkan cuti umum pada Jumaat depan bagi memberi laluan kepada pengundi sempena Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
“Sama ada boleh mengisytiharkan atau tidak saya masih tunggu jawapan penasihat undang-undang negeri untuk selari dengan kerajaan Pusat.
“Jangan sama Pahang dengan Selangor kerana negeri itu masih belum bubarkan kerajaan, manakala kita (Pahang) dalam situasi kerajaan sementara. Kalau jadi kita isytiharkan dalam masa terdekat,” katanya kepada media selepas meninjau rumah contoh di tapak projek FELDA Sungai Retang hari ini.
Beberapa negeri yang DUNnya tidak dibubarkan telah mengumumkan cuti umum sehari sebelum hari mengundi pada 19 November ini.
Katanya, beliau akan mengumumkan keputusan tersebut (cuti) pada malam ini atau esok.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!