Jojo’ peninju Muay Thai negara berusia 16 tahun tumbangkan lawan hanya 16 saat
BANGKOK – Peserta remaja Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, melakarkan penampilan sulung yang menakjubkan dalam siri ONE Championship apabila menumbangkan lawan dengan pukulan ‘knockout’ (KO) di Stadium Tinju Lumpinee, di sini, pada Jumaat.
Peserta Sarawak berusia 16 tahun itu hanya mengambil masa 16 saat dalam pertarungan ‘Flyweight Muay Thai’ untuk keputusan KO terhadap peserta tuan rumah, Padetsuk Fairtex, dalam pusingan pertama.
Beliau memerangkap lawan dengan aksi kombinasi pukulan bertubi-tubi yang disasarkan tepat sehingga lawannya tidak mampu meneruskan saingan.
Johan, yang lebih dikenali sebagai ‘Jojo’, turut menerima bonus prestasi berjumlah Baht 350,000 (RM44,000).
Johan, yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap, berkata beliau menjalani tempoh latihan intensif selama sebulan setengah bagi persediaan menghadapi pertarungan ONE Championship.
“Saya sentiasa mahu bertarung dalam kejohanan ini…maka berlatih dengan gigih untuk mencapai hasrat ini. Saya berlatih kira-kira lapan jam sehari iaitu empat jam mulai jam 6 pagi dan empat jam pada sebelah petang mulai 4 petang.
“Usaha keras selama ini berbaloi. Saya amat berterima kasih kepada jurulatih, Addy Singpayak, yang menjaga saya, beliau adalah jurulatih yang sangat berdedikasi dan memastikan saya berlatih secara konsisten,” katanya.
Tahun lalu, Johan muncul juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selepas menumbangkan peserta Rusia, Rustam Yunusob, bagi kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) dengan kiraan mata 20-18, di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya.- Sarang Burung.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEPEHAN: Kesan gempa bumi mewujudkan bentuk muka bumi baharu iaitu sebuah ngarai di dalam ladang zaitun di Turkiye dengan kedalaman kira-kira lebih daripada 39.6 meter, lebar 274.3 meter dan panjang lebih daripada 1.6 kilometer.
Gempa bumi berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud itu benar-benar membelah kampung Tepehan kepada dua.
Ahli geologi memberitahu CNN bahawa kegagalan jisim batu bukanlah fenomena yang luar biasa, tetapi sesuatu pada skala ini merupakan sesuatu yang belum pernah dilihat dalam hidup mereka.
Walaupun tiada siapa yang cedera di perkampungan pergunungan itu, penduduk bagaimanapun tetap berasa takut dan panik, malah ramai yang mengambil keputusan untuk tidur di luar rumah.
Pada Isnin lalu, dua lagi gempa bumi melanda berukuran 6.4 dan 5.8 magnitud dengan pusat gempa di daerah Defne di wilayah Hatay di Turki.
Gegaran dikatakan turut dirasai di Jordan, Cyprus, Israel, Lubnan dan Mesir.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan berkata, 26 juta orang di seluruh Turkiye dan Syria memerlukan bantuan kemanusiaan segera.
Di Turkiye sahaja, dianggarkan sejuta penduduk kehilangan tempat tinggal dan 80,000 orang kini berada di hospital.
Jumlah kematian kini lebih 47,000 orang dengan 42,310 maut di Turkiye manakala di seberang sempadan di barat laut Syria, jumlah kematian hampir 5,000 orang.-UTUSAN.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Selepas tangguh selama 3 tahun, anak ini menghembuskan nafas terakhirnya di Madinah, banyak benda ‘rare’ berlaku.
KETERUJAAN seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mengikut keluarganya menunaikan umrah, berakhir dengan berita yang menyedihkan.
Kanak-kanak comel itu, Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul menghembuskan nafas terakhir di Madinah akibat jangkitan kuman, pada Selasa.
Kanak-kanak comel itu, Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul menghembuskan nafas terakhir di Madinah akibat jangkitan kuman, pada Selasa.
Bapa arwah iaitu Mohamad Amirul Zulkafly berkata, dia sekeluarga berangkat ke Tanah Suci pada 4 Februari lalu, selepas rancangan itu tertunda selama kira-kira tiga tahun disebabkan oleh pandemik Covid-19.
Jemaah berusia 36 tahun itu memberitahu, tarikh berkenaan juga merupakan hari ulang tahun ke-4 Nur Alesha Ammara yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik.
“Selepas tertangguh selama tiga tahun, akhirnya kami dapat buat umrah di Tanah Suci. Tiket penerbangan pada hari jadi anak saya, Alesha.
“Dia yang paling seronok nak ke sana (tanah suci). Rupa-rupanya Allah dah rancang yang terbaik buat dia, meninggal dunia selepas selesai menunaikan umrah.
“Alesha meninggal dunia kerana jangkitan kuman di bahagian otak, pada pukul 3.05 petang di Madinah, pada 14 Februari,” katanya ketika dihubungi.
Kata Amirul, Alesha seorang kanak-kanak yang sihat, aktif, ceria dan pintar berkomunikasi, serta tiada tanda-tanda sakit sepanjang mengerjakan umrah.
“Selepas kami selesai buat umrah, kami bergerak ke Taif pada 9 Februari sebelum ke Madinah dengan menaiki bas, perjalanan kira-kira enam ke tujuh jam.
“Pada 11 Februari, kami pergi melawat Masjid Nabawi dan bersiar-siar di kawasan sekitar termasuk di luar tanah perkuburan Baqi’ dekat masjid tersebut.
“Alesha tiba-tiba tak nak berjalan. Dia tak menangis, hanya manja minta saya dukung dia sepanjang meninjau tanah perkuburan Baqi’ dari luar,” ujarnya yang berasal dari Arau, Perlis.
Allahyarham Nur Alesha merupakan kanak-kanak yang ceria, penyayang dan peramah.
Menurut Amirul yang juga guru sekolah rendah di Ranau, Sabah itu, anaknya bagaimanapun demam selepas pulang dari ziarah dan hanya berehat di hotel.
“Kami pada mulanya anggap dia sekadar demam biasa, mungkin penat sebab berada dalam bas agak lama. Tapi pada pukul 2 pagi dia menggigil teruk dan badannya kejang.
“Jadi kami bawa dia ke sebuah hospital kanak-kanak berdekatan menggunakan ambulans untuk pemeriksaan dan rawatan. Pada Isnin, doktor cakap, anak kamu sangat sakit, get ready kalau apa-apa berlaku,” katanya sambil menambah rombongan umrah tersebut turut disertai ibu bapanya dan keluarga adik-beradiknya seramai 16 orang.
Enggan berputus asa, dia sekeluarga bersama rombongan membaca Yasin di Masjid Nabawi dan ketika itulah sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku.
“Sewaktu baca Yasin, tiba-tiba ada seekor burung merpati berjalan masuk menghampiri saya sebelum ke tengah bulatan yang dikelilingi kami para jemaah.
“Selepas 10 minit berada di tengah-tengah, ia keluar semula. Ia masuk melalui paha kiri saya dan keluar melalui paha kanan. Hati saya terdetik adakah ia satu petanda,” ujarnya yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 12 tahun.
Ramai turut serta pada pengebumian Allahyarham Nur Alesha di tanah perkuburan Baqi’.
Selain itu, Amirul berkata, arwah anaknya turut meminta untuk dibelikan jubah berwarna putih semasa berada di Makkah dan mahu memakainya.
“Dia minta kami belikan, dan nak pakai terus. Saya kata nanti dulu sebab belum cuci. Ingatkan nak pakaikan dia jubah putih tu semasa di Madinah, tapi tak kesampaian,” tambahnya.
Jika sebelum ini datang ke Madinah dapat menziarah makam Rasulullah, tapi sekarang ada juga pusara anak.
Menggambarkan arwah sebagai anak yang penyayang, peramah dan menghormati orang tua, Amirul berkata, urusan pengebumian anaknya dipermudahkan di tanah perkuburan Baqi’.
“Alesha dikebumikan pada pagi 15 Februari, dan petang itu kami menaiki penerbangan pulang ke tanah air. Begitu hebat perancangan Allah, mempermudahkan urusan kami.
“Saya terharu ramai yang hadir untuk solat jenazah dan mengiringinya ke pusara. Ramai sayang Alesha,” katanya yang reda dengan ketentuan Ilahi.
Bagi Amirul, ada hikmah di sebalik pemergian anak perempuannya dan dikebumikan di Tanah Suci.
“Jika sebelum ini datang ke Madinah dapat menziarah makam Rasulullah, tapi sekarang ada juga pusara anak. Rezeki nak datang ke tanah suci itu nanti adalah urusan Allah.
“Apa yang saya mahu kongsi dengan ibu bapa di luar sana adalah anak itu adalah satu rahmat, rezeki dan amanah. Nakal macam mana sekali pun, jangan anggap anak itu menyusahkan atau membebankan kita… anak merupakan satu nikmat yang Allah berikan,” katanya.- Teras Malaysia.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Bunyi seakan benda jatuh membawa penemuan dua ekor ular sawa batik dipercayai tengah mengawan di atas siling sebuah rumah di Lorong Permai Chamang, di sini kira-kira jam 3 petang Ahad.
Menurut Som Salleh, 57, ketika kejadian, dia bersama seorang anak perempuannya berusia 26 tahun sedang berbual di bilik sebelah sebelum terdengar bunyi seakan benda jatuh.
Tangkap layar : Anggota APM beraya menangkap ular sawa.
“Menggigil juga dibuatnya sebab ternampak ekor ular sawa keluar dari atas siling yang sudah pecah. Ini kali pertama saya melihat ular sawa batik sebesar itu.
“Saya keluar dari rumah dan terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM). Sebenarnya saya dan anak sedang berbincang di bilik sebelah, nak beli siling baru sebab ada yang sudah pecah sikit sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Ujar pesara hospital itu, walaupun masih trauma, dia bersyukur tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
“Nasib baik ketika kejadian, anak tidak tidur di bilik berkenaan. Jika tidak, tak tahu apa yang akan berlaku.
“Memang sebelum ini memang ada ular masuk kerana ada rumah terbiar berhampiran tapi haiwan itu keluar sendiri,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bentong, Leftenan (PA) Azizah Husain memberitahu, empat anggota bergegas ke tempat kejadian dan menemui dua reptilia itu pada siling rumah tersebut.
Katanya, kedua-dua reptilia seberat 32 kilogram (kg) dan panjang kira-kira hampir lima meter dan seekor lagi seberat 25kg sepanjang lebih empat meter itu berjaya ditangkap kira-kira 50 minit menggunakan penjerut.
“Orang ramai dingatkan supaya berhati-hati kerana musim panas akan hampir tiba menyebabkan ular akan mencari tempat yang lebih sejuk,” jelas beliau.-SINAR HARIAN.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kerajaan Negeri Pahang lulus peruntukan RM200,000 banjir kilat Bukit Tinggi
KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang meluluskan peruntukan segera sebanyak RM200,000 bagi tujuan menaik taraf sistem perparitan berikutan banjir kilat di Bukit Tinggi, Bentong semalam,
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan tersebut merupakan sumbangan kerajaan bagi meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir di Kampung Bukit Tinggi dengan menampung kos kerosakan yang perlu ditanggung mereka.
Peruntukan ini diluluskan selepas saya melihat sendiri keadaan banjir yang berlaku di kampung ini pada petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut berpuas hati dengan tindakan segera yang diambil Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Bentong dan agensi-agensi yang terlibat dalam menguruskan banjir kilat yang berlaku pada petang semalam.
“Saya berharap semoga penduduk yang terlibat dapat bersama menghadapi ujian ini,” ujarnya.
Semalam, Bukit Tinggi dan Janda Baik, Bentong yang dilanda banjir lumpur menjejaskan 15 buah premis perniagaan dan lima buah kediaman.
Banjir tersebut juga menyebabkan jalan lama Bentong ke Kuala Lumpur ditutup kepada kenderaan ringan. – MalaysiaGazette
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir mengumumkan keluar parti bersama beberapa ahli lain.
Hal itu dimaklumkan menerusi surat bertarikh 10 Februari (Jumaat) kepada Setiausaha Agung PEJUANG Datuk Amiruddin Hamzah, seperti yang dikongsi bekas timbalan presiden Datuk Marzuki Yahya di Facebook.
Marzuki berkata, keputusan itu didakwa dibuat berikutan kecewa dengan tindakan parti tersebut memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).
“Keputusan PEJUANG memutuskan hubungan dengan GTA secara langsung menyingkir kami dari kekal sebagai ahli apabila kami bertindak meneruskan perjuangan di atas landasan GTA.
“Bagi kami, matlamat perjuangan GTA adalah untuk menyatupadukan parti-parti Melayu, badan-badan bukan kerajaan dan juga orang perseorangan yang berprinsip serta berpegang kepada perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air,” menurut surat tersebut.
Selain itu, turut mengambil langkah sama adalah bekas ahli Majlis Eksekutif Pusat Armin Baniaz Pahamin dan bekas ketua Pejuang Wilayah Persekutuan Khairuddin Abu Hassan.
Pada 16 Disember lalu, Mahathir disahkan meletak jawatan sebagai pengerusi PEJUANG, beberapa minggu selepas prestasi buruk parti itu dan GTA dalam PRU15.
Pada 14 Januari lalu, Pejuang mengambil keputusan untuk keluar dari GTA.
Presidennya yang juga anak kepada Mahathir, Mukhriz berkata keputusan itu bagi memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan Pejuang dan dibuat setelah mengambil kira pandangan para perwakilan dalam perhimpunan agung parti.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Seorang Penolong Pegawai Perubatan di sebuah hospital di sini direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan berjumlah RM17,859.00.
Ia sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital terbabit daripada ejen-ejen pengurus jenazah yang berkenaan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamed Shah Reza Noot Azman mengikut peruntukan Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Lelaki terbabit yang berusia 57 tahun yang bertugas di Unit Perubatan Forensik telah ditahan di Pejabat SPRMTemerloh, semalam.
Berdasarkan rekod, suspek disyaki telah menerima suapan sebanyak RM17,859.00 sekitar tahun 2021 hingga 2022.
Beliau ditahan reman sehingga 14 Febuari ini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Gajah liar terus mengganas ceroboh di Kampung Simoi Lama
LIPIS – Sebuah rumah milik seorang pekebun Orang Asli, Norfini Ajik, 46, antara kesan terbaharu apabila kawanan gajah liar terus mengganas di Kampung Simoi Lama, Pos Lenjang dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam, Norfini ketika sampai di kebun tanaman anak durian, pisang, tebu dan serai terkejut melihat rumah lama dijadikan tempat dia berehat serta menyimpan peralatan pertanian hampir roboh diganggu kawanan gajah liar berkenaan.
Keadaan rumah milik Norfini Ajik musnah akibat pencerobohan kawanan gajah liar di Kampung Simoi Lama, Pos Lenjang, Lipis semalam. – Foto Ihsan Penduduk
“Saya amat terkejut melihat sebahagian dinding dan lantai kayu sudah roboh, sebatang tiang (rumah) patah malah akan runtuh bila-bila masa.
“Lebih memeranjatkan saya, kawanan gajah liar terdiri daripada tujuh ekor masih berada tidak jauh sedang makan di kawasan tanaman berdekatan,” katanya di Kampung Simoi Lama dekat sini.
Menurut Norfini, selain peralatan rumah rosak, papan lampu (tenaga) solar juga dirosakkan, manakala banyak tanamannya turut musnah.
Cerita Norfini, memandangkan kawanan gajah liar itu masih berdekatan, dia terus lari ke kawasan matau untuk bertemu dengan beberapa orang pekerja di situ.
“Tetapi, dalam beberapa minit sahaja gajah liar ini mara ke arah matau dan kami pun beredar dari tempat ini untuk mengelakkan daripada ancaman keselamatan,” katanya.
Seorang penduduk, Atan a/l Dan, 40, berkata, sehingga ini sudah hari kelima kawanan gajah liar itu masuk ke kampung mereka sehingga merosakkan banyak tanaman komersial.
“Kalau rumah di kebun milik jiran saya diceroboh, kemungkinan lebih banyak lagi rumah dibina daripada kayu hutan di sini akan diceroboh dan diganggu malahan keselamatan kami juga semakin terancam,” katanya.
Ujarnya, sebaik-baiknya pihak berkuasa perlu menangkap haiwan liar ini dibawa ke santuari tempat lain untuk jaminan keselamatan penduduk Orang Asli di sini dalam tempoh jangka panjang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr. Nur Amalina Che Bakri meluahkan rasa bangga apabila dijemput ke Istana Buckingham, London untuk bertemu Raja Charles III dan Permaisuri.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Amalina berkata, jemputan tersebut adalah bagi mewakili negara pada pertemuan yang dianjurkan baginda di istana tersebut.
“Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III dan Permaisuri pada majlis resepsi di Istana Buckingham, mewakili Malaysia.
Dalam pada itu, Amalina berkata, kali terakhir dia bertemu Raja Charles III adalah pada tahun 2017.
Jelas beliau, ketika itu baginda adalah Putera Wales dan telah datang melawat Hospital Diraja London di mana tempat dia bekerja selepas serangan pengganas London Bridge.
Sumber : SarangBurung.net
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Banjir Pahang pulih, semua PPS Rompin ditutup hari ini
ROMPIN – Selepas lapan hari banjir melanda di beberapa perkampungan daerah ini, semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup pada jam 2 petang, di sini hari ini.
PPS Sekolah Kebangsaan Denai dekat sini yang menemapatkan seramai 27 orang mangsa daripada lapan buah keluarga antara yang terakhir ditutup berikutan banjir surut dan penduduk yang terjejas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada petang hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) Pahang, Che Adam A Rahman berkata, semalam sebanyak tiga buah PPS sudah ditutup, iaitu balai raya Bukit Lepas, balai raya Kampung Rekoh dan balai raya Kampung Jawa.
“Kesemua PPS yang dibuka sejak 24 Januari lalu berikutan banjir di daerah ini sudah ditutup petang ini apabila mangsa banjir yang ditempatkan di situ sudah pulang ke rumah masing-masing berikutan banjir surut.
“Walau bagaimanapun kawasan penempatan mangsa banjir berkenaan sentiasa dipantau keselamatan oleh anggota pihak berkuasa beruniform, balai penghulu dan Jawatan Kuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) berikutan cuaca masih tidak menentu,” katanya dalam kenyataan di sini petang ini.
Katanya, banjir yang melanda beberapa buah penampatan di Mukim Keratong Dua dan Mukim Endau sejak 24 Januari lalu bermula pemindahan awal di PPS bandar Perwira Jaya dan Kampung Setajam.
Dalam perkembangan yang sama, paras air anak Sungai Pahang di Rompin, iaitu Sungai Keratong di Jambatan Bahau – Keratong kini menurun pada bacaan 22.79 meter tren menurun, manakala Sungai Keratong di Jambatan Kuantan/Segamat (Kuantan) menunjukkan bacaan paras bahaya, iaitu 10.67 meter dam juga tren menurun yang dilaporkan pada pukul 12 tengah hari tadi.
“Walau bagaimanapun hujan lebat dan ribut petir dilaporkan masih berlaku di kebanyakan tempat 11 buah daerah negeri mulai petang hari ini hingga ke malam esok.
“Penduduk yang tinggal di pesisir sungai perlu berwaspada dan sentiasa memperoleh maklumat sahih daripada pihak berkuasa beruniform, agensi kerajaan, balai penghulu dan JPKK,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!