KUALA LUMPUR: Vokakis kumpulan XPDC, Mael menghembuskan nafas terakhir pada usia 55 tahun di Hospital Muar, Johor kira-kira jam 9.30 malam tadi.
Berita pemergian Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim itu disahkan anak perempuan Allahyarham, Sharifah Irfatasha.
“Adalah dengan sedihnya dimaklumkan bapa saya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, menghembuskan nafas terakhir di pada hari Khamis. 27 April lebih kurang jam 9.30 malam di Hospital Muar,” katanya menerusi satu kiriman teks di aplikasi WhatsApp.
Bagaimanapun, Sharifah Irfatasha tidak menjelaskan butiran terperinci mengenai punca kematian bapanya itu.
Difahamkan, arwah mengalami semput dan dibawa ke hospital selepas maghrib.
Khabar duka itu turut dikongsikan pengurus kumpulan yang terkenal dengan genre heavy metal itu yang hanya dikenali sebagai Bro Yazid di akaun Facebook peribadinya.
“Innalillahiwainnahirojiun. Al-Fatihah. Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar jam 9 malam tadi,” tulisnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemilik bengkel di Jerantut rugi RM47,833 diperdaya beli kereta import tak wujud
KUANTAN: Seorang pemilik bengkel di Jerantut kerugian RM47,833 selepas terpedaya dengan tawaran pembelian kereta import tidak wujud di laman sosial Facebook.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata berdasarkan laporan, lelaki berusia 57 tahun itu berminat dengan iklan penjualan kenderaan import di laman sosial terbabit pada 9 Februari lalu.
Katanya, mangsa kemudian berhubung dengan suspek dan berurusan untuk membeli kenderaan jenis Toyota Hilux Black Rally Edition pada harga ditawarkan RM36,000 secara ansuran.
“Mangsa membuat pembayaran deposit dan cukai kastam sehingga lima transaksi ke tiga akaun bank berbeza dalam tempoh sebulan dengan menggunakan wang simpanannya yang berjumlah RM47,833.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, Ramli menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran murah dilakukan pihak tertentu untuk memperdaya mangsa.
“Masyarakat juga diingatkan membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.
Sumber : Berita Harian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan cuti khas tambahan persekolahan pada 19 April (Rabu) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cuti itu bertujuan memberikan ruang kepada murid-murid dan guru untuk membuat persiapan bagi negeri di kumpulan A dan B.
“KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM. Jadi, 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di sini hari ini.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon KPM memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April ini, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri penjawat awam dibayar awal pada 14 April ini
Kerajaan bersetuju tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan daripada 17 April kepada 14 April ini.
Memetik Sinar Harian, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed menerusi surat rasmi pada Isnin memaklumkan, perubahan tarikh itu dibuat setelah mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dalam membuat persediaan bagi menyambut perayaan tidak lama lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Peminta sedekah tahun 2023 lain macam, siap naik Perodua Aruz selepas selesai pusing kedai makan
Peminta sedekah tahun 2023 lain macam, siap naik Perodua Aruz selepas selesai pusing kedai makan. Pemandangan biasa sekiranya kita melihat peminta sedekah buta yang ditarik oleh seorang lagi peminta sedekah lain meminta derma di kedai-kedai makan serta restoran setiap hari.
Hanya bermodalkan tisu sepeket, peminta-peminta sedekah ini akan berjalan mengutip derma sehingga kita sendiri terfikir berapakah hasil yang diperolehi mereka sehari.
Terbaharu, satu video yang dikongsi oleh pengguna Tik Tok Suka Ngail menunjukkan sepasang peminta sedekah menaiki Perodua Aruz berwarna putih.
Lokasi rakaman video dipercayai diambil sekitar Kuala Lumpur itu menyaksikan pasangan tersebut berjalan selepas meminta derma di sebuah restoran kemudian menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) tersebut tidak jauh dari lokasi terbabit.
Rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa kecewa mereka kerana beranggapan golongan seperti itu hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata.
“Sebaik-baik sedekah adalah kepada adik beradik dan keluarga kita dahulu, itu nasihat aku,” jelas Akranim Salleh.
“Aku memang dah lama hilang hormat dekat golongan macam ini, pernah aku nampak mereka naik Toyota Estima sedangkan aku bawa Perodua Axia sahaja,” kata Naim Tajudin.-Sarangburung.net.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Guru IT rugi RM78,000, diperdaya tawaran kerja dalam talian
PETALING JAYA: Seorang guru teknologi maklumat dan komunikasi (IT) di Alor Gajah, Melaka kerugian RM78,000 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang tidak wujud.
Ketua Polis Alor Gajah Arshad Abu berkata kejadian berlaku pada 31 Mac lalu apabila guru wanita itu menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang individu dikenali sebagai ‘Yasmin’.
“Suspek menawarkan kerja membuat ulasan di tempat-tempat yang terdapat dalam aplikasi Google Maps dan mangsa bersetuju serta menjalankan tugas seperti yang diarahkan.
“Semasa menjalankan tugasnya, guru terbabit diarahkan untuk membuat bayaran ke dalam akaun bank terlibat untuk tujuan membantu menambah keyakinan pelabur terhadap syarikat dan mangsa membuat pembayaran atas dasar pelaburan kepada syarikat suspek,” katanya dalam satu kenyataan.
Arshad berkata mangsa melakukan pindahan wang secara berperingkat pada 1 dan 2 April berjumlah RM78,000 ke dalam akaun yang diberikan suspek.
Katanya, mangsa kemudian menyedari bahawa dirinya telah ditipu dan membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah semalam.
Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
“Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan diminta segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 untuk tindakan pantas menyekat wang yang diserahkan kepada sindiket penipuan,” katanya.-FMT
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Hui Ying (tengah) menyampaikan cenderamata kepada para peserta yang menyertai Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shang Wu, George Town, semalam.
19,431 kekosongan, pengambilan khas guru dalam tempoh terdekat
GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan pengambilan khas guru-guru baharu dalam tempoh terdekat bagi mengatasi masalah kekurangan guru bagi beberapa subjek teras di negara ini.
Lapor Kosmo!, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, jumlah kekurangan guru KPM setakat 31 Januari lalu adalah sebanyak 19,431 kekosongan iaitu kira-kira 4.49 peratus.
“Kekosongan ini berlaku berikutan dari persaraan wajib, persaraan pilihan, kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan meninggal dunia.
“Oleh itu, KPM dalam rancangan untuk adakan pengambilan khas untuk guru-guru, KPM akan umumkan perkara ini dalam masa satu atau dua bulan lagi,” katanya pada sidang akhbar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shang Wu, di sini semalam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Mustakim dan Mohd Norber Kassim (tengah) bergambar bersama-sama warga emas, kakitangan TH serta sukarelawan TH pada pada Program 60 Tahun TH CSR On Wheels di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, Selangor pada 18 Mac 2023.
CSR Tabung Haji pilih baikpulih masjid
Lembaga Tabung Haji (TH) akan memilih sebuah masjid setiap negeri untuk terbabit dalam kerja baik pulih yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat tahun 2023 ini, selaras dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Mustakim Mohamad mengagihkan sumbangan barangan cenderahati kepada warga emas.
CSR ini bertepatan dengan program Zakat Wakalah TH untuk membaiki masjid, rumah fakir miskin, asnaf, anak yatim serta membantu usahawan kecil supaya maju dalam perniagaan serta mampu bersaing.
Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan TH, Mustakim Mohamad, berkata bagaimanapun jika ada permintaan atau permohonan daripada mereka yang memerlukan, TH sedia membantu.
“Langkah itu wajar dilakukan kerana TH mahu memastikan mereka yang dibantu atau diberi sokongan amat memerlukan pembelaan dan bantuan yang disalurkan dimanfaatkan sebaik mungkin serta tidak disalahgunakan.
“Melalui program ini TH berharap dapat mendekati masyarakat dengan lebih berkesan terutama bagi menyampaikan maklumat yang tepat dan bukan setakat mengenai menunaikan ibadat haji juga perkara lain seperti simpanan wang dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada Program 60 Tahun TH CSR On Wheels di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, Selangor pada 18 Mac lalu.
Turut hadir pada program itu Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman; isteri beliau Datin Seri Junaida Ahmad; Pegawai Menanggung Kerja Ketua Modal Insan TH, Mohd Norber Kassim; Ketua Pegawai Kumpulan Medic Iman (KMI), Jamilah Ibrahim; Pengerusi PJMM, Azman Rasman; Penasihat 2 PJMM, Mohiadin Bahado; sukarelawan TH; dan rakan strategik TH.
Katanya, pada program itu kakitangan TH dengan dibantu oleh sukarelawan menyediakan dan memasak sendiri sarapan dan makan tengah hari untuk warga emas juga tetamu yang hadir.
Mustakim berkata, dalam program pernah diadakan sebelum ini, TH mendapati pengurusan PJMM menunjukkan pentadbiran yang baik serta terurus dalam menjaga, mengurus serta menyantuni warga emas dengan sempurna.
“Pemilihan PJMM untuk program berkenaan amat tepat dan menarik minat kami TH untuk datang membuat CSR apabila melihat banyak perubahan yang dilakukan demi keselesaan, keceriaan dan kesejahteraan warga emas meneruskan kelangsungan hidup.
“Semoga program CSR TH ini mampu menjadi contoh terbaik kepada pelbagai pihak lain untuk hadir membantu dan meringankan bebanan pengurusan PJMM yang komited dan bertanggungjawab menjaga warga emas,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Kerajaan Pahang melancarkan 10 lori tangki baharu untuk kegunaan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), hari ini.
Pelancaran itu dilakukan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dataran Bentong, dekat Bentong sebelum mesyuarat Exco kerajaan negeri.
Wan Rosdy berkata, lori tangki itu adalah untuk kegunaan ketika waktu kecemasan dan krisis air seperti banjir, kemarau dan lain-lain keperluan.
“Dengan adanya lori tangki air baharu ini, saya harap ia dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan PAIP kepada pengguna,” katanya melalui hantaran di laman sosial Facebook miliknya, pagi tadi.
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif PAIP, Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, penerimaan 10 lagi lori tangki baharu dapat membantu meningkatkan jumlah aset lori tangki dimiliki PAIP ketika ini.
“Lima daripada lori diterima hari ini berkapasiti 5,000 liter dan lima lagi mempunyai kapasiti 10,000 liter.
“Penerimaan lori ini juga dapat meningkatkan kecekapan operasi bekalan air alternatif kepada pengguna jika berlaku masalah gangguan bekalan,” katanya.
TAMAT-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Penerapan konsep kesederhanaan boleh menjadi tunjang utama dalam memulihkan UMNO.
Melalui konsep ini juga dapat membina semula hubungan rapat antara ahli UMNO dan bukan ahli UMNO yang masih yakin dengan perjuangan parti.
Calon ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah berkata, nilai murni dalam UMNO dan semangat kesetiaan kepada parti perlu dihidupkan semula.
“Kita sebagai ahli UMNO mempunyai tanggungjawab besar dalam membentuk pemikiran masyarakat dan prinsip kesederhanaan inilah akan membantu kita dalam merangka gerak kerja di peringkat lapangan.
“Begitu juga dengan kesetiaan kepada perjuangan parti harus dipertahankan walaupun kita lihat segelintir ahli UMNO sanggup ‘melompat’ selepas kita kalah pada PRU14,” katanya.
Beliau yang juga bendahari UMNO Bahagian Jerantut berharap setiap perwakilan dapat membuat pilihan tepat dan memilih pemimpin yang layak mengetuai UMNO Jerantut.
Katanya, pertimbangan rasional dalam kalangan ahli sangat penting dalam melakukan pembaharuan dalam parti itu.
“Saya fikir semua perwakilan dan ahli UMNO (Jerantut) sudah faham apa yang sedang berlaku dalam parti ini selepas PRU15.
“Jadi inilah masa sesuai untuk kita bersama-sama membuat pertimbangan yang sebaik mungkin demi kebaikan UMNO dan daerah Jerantut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!