Padang rumput tiruan bolasepak Jerantut perlu penyelenggaraan
Foto : Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal meninjau padang bola sepak tiruan yang bertakung di Jerantut, kelmarin
Padang rumput tiruan bolasepak Jerantut perlu penyelenggaraan
JERANTUT : Padang rumput tiruan Persatuan Bolasepak Jerantut memerlukan penyelenggaraan khusus bagi membantu meningkatkan mutu bolasepak daerah itu dan negeri Pahang.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, melihat keadaan padang jenis tiruan di situ yang berusia kira-kira 15 tahun wajar diberi perhatian khusus.
“Hari ini kita lihat padang ini ditakungi air selepas hujan di kawasan tengah padang dan beberapa kawasan di sekitar yang memerlukan penyelenggaran yang khusus oleh pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang padang jenis ini.
“Ketika ini kita hanya melihat keadaannya, sama ada perlu diselenggara atau diganti dan dibina baharu, ini memakan kos pembinaan yang agak tinggi,” katanya ketika meninjau padang itu, petang semalam.
Katanya, beliau akan berbincang dengan pihak Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dan mengangkat perkara itu untuk mendapatkan perhatian daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“Saya maklum padang ini sangat aktif dan kerap digunakan untuk perlawanan domestik daerah, malah pernah digunakan oleh pasukan kelab dan negeri dalam Liga Malaysia satu ketika dahulu melakukan pemanasan badan sebelum bertarung di waktu malam dengn psukn Felda United di padang Stadium Felda di Jengka
“Kunjungan di sini atas permintaan awal pihak persatuan bolasepak daerah untuk meninjau keadaan padang dan padang antara ini antara yang terbaik di sebelah Pahang Barat ,” katanya.
Katanya, padang rumput tiruan memang menjadi semakin popular untuk padang bola sepak kerana ketahanannya, penyelenggaraan yang rendah dan kebolehmainan yang konsisten.