Dua stesen Kg Bantal, Kuala Tahan catat air sungai trend menaik
Dua stesen Kg Bantal, Kuala Tahan catat air sungai trend menaik
JERANTUT : Dua stesen Sungai Tembeling di Kampung Bantal dan Kuala Tahan menunjukkan paras bacaan kedua-dua sungai itu menunjukkan trend menaik.
Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Jerantut , Stesen di Kampung Bantal menunjukkan bacaan mengatasi bacaan normal; 102 meter dan menghampiri paras waspada (104 meter) dan Stesen Kuala Tahan mencatatkan paras air pada 64.67 meter mengatasi paras waspada (64.00 m) pada jam 9.00 pagi ini.
Stesen Kuala Tembeling, Sungai Pahang trend bertahan pada paras 49.27 meter mengatasi paras waspada (49 meter).
Manakala stesen di Stesen Kg. Merting, Stesen Jerantut Feri (Sungai Pahang) dan Stesen Jeram Bungor (Sungai Jelai) menunjukkan paras air sungai trend menurun.
Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Jerantut serta https://publicinfobanjir.water.gov.my menyatakan semua sungai utama berada pada paras normal dan waspada serta keadaan cuaca mendung.
Orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada.-SAHIH.