DR.KJEY DIIKTIRAF penerima Sijil Book Of World Records laksana senaman kardio 15 jam tanpa henti
DR.KJEY DIIKTIRAF penerima Sijil Book Of World Records laksana senaman kardio 15 jam tanpa henti
JERANTUT:Pelatih kecergasan Dr K Jey Prabakaran Thevar, 27, menjadi individu pertama mencipta rekod dunia dan Asia melakukan senaman kardio dan angkat berat selama 15 jam tanpa henti di Lipis, bulan Oktober tahun ini.
Anak jati Pahang kelahiran Kuala Lipis berusaha membaiki pencapaiannya tahun lepas manusia pertama diiktiraf berbuat demikian oleh Asia Book Of Records (ABOR) dan dan Malaysia Book of Records (MBOR) selama 12 jam bulan Julai tahun lepas.
“ Kejayaan itu bukan datang bergolek tetapi hasil daripada pengorbanan masa bersama keluarga dan latihan keras selama 16 jam sehari bermula pukul 6.30 pagi hingga 10.30 malam setiap hari di Healthland Gym, Kuala Lipis sejak bulan Februari lagi.
Saya sebelum ini melakar dua rekod dalam Influencer Book Of World Records ( IBOWR), Malaysia Book of Records (MBOR) dan ABOR kerana melakukan senaman kardio dan angkat berat selama 12 jam tanpa henti, pada 23 Julai tahun lepas, katanya.
Dr K Jey Prabakaran Thevar menyatakan demikian kepada pemberita selepas menerima sijil pengiktirafan daripada wakil IBOWR, P.Tamilanban dan wakil MBOR Mohamad Hazrul Hafizi Ahmad Fauzi di Jerantut Hill Resort di sini hari ini
Tegasnya, pencapaian memecah rekod ABOR dan MBOR tahun lepas mendorong saya untuk memecahkan rekod dunia Guinness World Records
yang lebih berprestij melalui aktiviti serupa selama 15 tanpa henti pada bulan September tahun ini.
Tambah beliau, amalan diet tanpa gula dan garam selain makan lapan kali sehari dalam kuantiti kecil, menjadi amalan saya sebagai kekuatan fizikal dan minda.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Kjey bertekad mencipta tiga rekod baharu dunia tahun hadapan ( 2025) dengan menggunakan lebih 20 peralatan seperti treadmill, dumbbell dan barbell dan lain-lain yang sesuai.
“ Saya telah menjalani latihan intensif selama 16 jam sehari selama 6 hari seminggu dan makan lapan kali sehari bagi meningkatkan tenaga dan kecerdasan.
` Tempoh latihan senaman kardio selama enam bulan bagi mencapai target 15 jam satu cabaran hebat tetapi saya telah membuktikannya kejayaan itu,” katanya.
Menurutnya, saya akan bercuti selama tiga minggu bersama keluarga sempena Deepavali dan seterusnya terus menjalankan program latihan intensif dalam cubaan memecahkan rekod dunia terbaru tahun hadapan.
Wakil Book Of World Records, P.Tamilanban berkata, sehingga ini tiada rekod ada manusia lain mampu mencatatkan masa beraktiviti senaman kardio dan angkat berat seluruh dunia.
Menurutnya, aktiviti dan pencapaian Dr K Jey Prabakaran Thevar sentiasa dipantau secara dekat dan dirakam dalam bentuk video untuk sebelum di dihantar kepada ibu pejabat sama ada di India, United Kingdom atau Jerman.
Kegigihan dan tekad Dr Kjey melakukan aktiviti seperti ini luar biasa dan menjadi orang pertama di dunia melakukan senaman ini secara berterusan, katanya.
Menurutnya, kejayaan Dr.Kjey itu menjadi pengajaran dan cabaran kepada semua individu untuk mencipta sesuatu perkara luar biasa dan lain dari yang lain
yang menarik perhatian masyarakat dunia.
Ends-