Dari mesyuarat Exco ke Simpang Pelangai
Dari mesyuarat Exco ke Simpang Pelangai
BENTONG – Yayasan Pelajaran MARA tidak pernah meminggirkan keperluan anak-anak cemerlang di Pahang.
Hari ini, ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Pelajaran MARA kepada pelajar dari Sekolah Kebangsaan Simpang Pelangai, dekat sini.
Amizar berkata, sumbangan itu diharapkan dapat membantu meringankan bebanan ibu bapa pelajar cemerlang terbabit.
“Alhamdulillah.. semoga dengan sumbangan seperti ini dapat meringankan beban para ibu bapa dalam menyediakan keperluan anak-anak mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Amizar yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang seterusnya menziarahi penduduk Kampung Orang Asli Ulu Semei yang dilaporkan meninggal dunia.
“Saya mendapat khabar ada penduduk Kampung Orang Asli Ulu Semei meninggal dunia, kebetulan ada program di sana (jadi) saya ziarah dan ambil kesempatan bersama orang-orang kampung di sini.
“Saya melihat ada beberapa perkara yang perlu dibangunkan dan disediakan di sini.
“Semuanya demi memastikan tiada yang tercicir dari segi pembangunannya, pendidikan dan keperluan asas.
“Kemajuan ini perlu dibina bersama, barulah manfaatnya terasa bahagia dapat dirasai oleh semua,” katanya lagi.- SAHIH