Kompleks Mahkamah Syariah bakal jadi mercu tanda terbaru di Temerloh
Kompleks Mahkamah Syariah bakal jadi mercu tanda terbaru di Temerloh
TEMERLOH: Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta membina Kompleks Mahkamah Syariah yang baharu di Persimpangan Sri Semantan di Kg Busut Jin, Mentakab tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kompleks itu dibina ditapak seluas 5 hektar apabila siapnya menjadi mercu tanda daerah Temerloh.
Menurutnya, bangunan dua tingkat ini mula dibuka tender oleh Jabatan Kerja Raya ( JKR) pada bulan Februari tahun hadapan bagi memilih kontraktor yang layak.
Kompleks mahkamah Syariah ini direka bentuk bagi memberi kemudahan bilik bicara, mahkamah tinggi syariah, bilik Hakim, Pejabat Pentadbiran dan kemudahan²an lain standard mahkamah,
katanya.
Syed Ibrahim merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau berkata demikian kepada media selepass menghadiri Mesyuarat Tindakan Daerah Temerloh yang dipengerusikan Pegawai Daerah Temerloh Datuk Khairur Rizal Ramli petang ini.
Tegasnya, dengan pembinaan kompleks ini, susunan fungsi mahkamah lebih teratur kerana dirancang bersesuaian dengan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah.
Tambah beliau, pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah Temerloh memberi nilai ditambah syiar Islam didaerah berikutan lapan buah masjid Baharu sudah dan sedang dibina di daerah Temerloh.
Selain itu Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan Pusat Pemindahan Tetap Mangsa Banjir bernilai RM9 juta dan RM18.9 juta menyelenggara jalan negeri dan Persekutuan di Temerloh,
katanya.
Syed Ibrahim menambah, sebanyak sebanyak 44 projek kecil peruntukan Kerajaan Negeri bernilai lebih RM1.2 juta yang disalur melalui Pejabat Daerah Temerloh.
Tambahnya, antara projek itu membina Dewan SMK Kerdau, baik pulih Sek Agama KAFA Al Khairiah Jengka 23, pendawaian dan pembaikan Padang Futsal Felda Jengka 23, membina jalan Masjid Kg Tekal, dan memasang Pagar Padang Awam Ketumbit Kerdau.
Menurutnya, projek lain ialah baikpulih rumah wakaf perkuburan Megat Segama, menaik taraf Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pejabat Tanah Daerah Temerloh, membina Stor, dataran dan jalan Tanah Perkuburan Kg Bkt Lada, menaik taraf dewan makan Masjid Kg Guntung Kelibang, Kerdau.
Menaik taraf rumah penyembelihan Kg Desa Baru Purun, menaik taraf tanah perkuburan Felda Jengka 22, membina tandas Surau Kg Badok, menaik taraf jalan Kg Bakah, Tekal, Paya Sendayan, Pulau Raya, Batu Sawar, Paya Taram dan menaik taraf dataran serra mengecat Sek KAFA Jengka Jengka 22,
tambahnya.-SAHIH