Penunggang motosikal maut, isteri patah kaki dalam kemalangan
Penunggang motosikal maut, isteri patah kaki dalam kemalangan
JERANTUT : Seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun maut di tempat kejadian manakala isterinya yang membonceng motosikal itu patah kaki dalam kemalangan di KM17, Jalan Jerantut-Benta, dekat Kampung Som, pada jam 10.20 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 19 tahun telah hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian.
“ Pasangan itu yang menaiki motosikal jenis SYM yang datang dari Damak ke bandar Jerantut bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi yang datang dari arah bertentangan.
“Tiba di tempat kejadian, dipercayai pemandu kereta Myvi telah gagal mengawal kenderaan dipandunya lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri itu,” katanya.
Katanya penunggang yang bertugas di Ladang Risda Damak, Jerantut cedera di bahagian kepala dan punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan.
“Keputusan ujian air kecing negatif setelah menjalankan ujian terhadap pemandu kereta tersebut. Pemandu kereta itu ditahan polis. Kemalangan itu diklasifikasikan Sek 41(1) APJ 1987,” katanya.-SAHIH.