PM mahu situasi menang-menang berkaitan isu Cikgu Fadli
PM mahu situasi menang-menang berkaitan isu Cikgu Fadli
BERA – Isu yang tular berkaitan seorang guru bakal berdepan dengan tindakan daripada pihak Kementerian Pendidikan akan diketahui esuk selepas mensyuarat jawatankuasa disiplin yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian itu sendiri.
Menjawab pertanyaan media, Perdana Menteri, Datuk seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan mesyuarat jawatankuasa itu memperolehi situasi menang-menang (win-win situation) dan tiada tindakan keras diambil terhadap guru itu.
“Cuma, kakitangan dan pegawai sewajarnya menghormati pihak kementerian mengikut peraturan tertentu sebagai penjawat awam.
“Apa yang digambarkan dalam surat itu diharap tidak akan berlaku, namun saya tidak mahu mendahului jatankuasa disiplin yang akan dipengerusikan oleh KSU. Semoga yang positif akan didengari esuk selepas mesyuarat tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian di Program Mengeteh Bersama Komuniti India parlimen Bera, semalam..
Katanya, kementerian juga tidak membenarkan sesiapa sahaja termasuk staff dan pegawai membuat komen yang bertentangan dengan kementerian dan pada masa yang sama tindakan hukuman tidak boleh terlalu keras terhadap kakitangan, pegawai dan sebagainya.
“Saya mengetahui isu ini pagi tadi dan difahamkan telah ditularkan dan mendapat reaksi dan komen daripada netizen , malah terdapat komen negatif sekiranya tindakan keras diambil terhadap guru tersebut.
“Saya juga pesan kepada Ketua Pengarah Pendidikan perlu juga mendapatkan pandangan dari guru tersebut dan juga reaksi masyarakat,” katanya.
Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) mengalu-alukan cadangan Menteri Kanan Pendidikan untuk bertemu seorang guru, Mohd. Fadli Salleh dalam masa terdekat.
Presidennya, Mustafa Kamal Husin berkata, pertemuan dengan guru tersebut adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi guru itu yang didakwa berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat.
“Cikgu tersebut meluahkan pandangan sesuatu bertujuan berkaitan membaiki atau meningkatkan sistem pendidikan sedia ada ke arah lebih bagus,” katanya ketika dihubungi.
Manakala, Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jasni Md Kechik berkata, sewajarnya isu itu mungkin boleh diselesaikan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) terlebih dahulu.
“Mungkin perkara ini sudah sedia maklum oleh pihak PPD dan JPN termasuk di bahagian terbabit di KPM.
“Oleh itu, keperluan yang lebih jitu wajar diberi perhatian agar tiada pihak menjadi mangsa keadaan dan juga memberi ruang yang secukupnya,” katanya.-SAHIH.