Pemandu Tersepit Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Bintulu
BINTULU : Seorang pemandu kereta pacuan empat roda tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Nissan Almera di Jalan SGP, Samalaju pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.45 pagi.
Pasukan Bomba yang tiba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pihak Ambulans untuk tindakan selanjutnya.
Manakala pemandu kereta Nissan Almera dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
SUMBER: Bilik Berita CATS